Sponsor

ads header

Dalam bidang analisa teknikal, terdapat pelbagai cara analisa diperkenalkan. Korang boleh pelajari pelbagai jenis teknik bergantung kepada teknik yang macam mana korang minat. Setiap trader mempunyai teknik yang mereka suka (ianya adalah subjektif, bukan semua orang minat yang sama).

Begitu juga dengan teknik yang berkait dengan FIBONACCI RETRACEMENT yang diajar oleh cikgu-cikgu di luar sana. Terdapat pelbagai teknik yang berkaitan dengan fibo di luar sana. Korang perlulah rajin mencari cikgu-cikgu yang mengajar ye. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Hari ni, #abgman ingin berkongsi satu teknik fibo yang #abgman suka gunakan.

Kita mulakan dengan menukarkan setting fibo yang akan digunakan nanti.Terdapat hanya sedikit perubahan yang perlu #abgman lakukan kepada fibo tersebut. #abgman akan gunakan platform MT4 (setting yang sama untuk versi desktop dan mobile).


Jom .. kita mulakan !!!


SETTING FIBONACCI RETRACEMENT

Gambar 01: Simbol FIBONACCI RETRACEMENT

1. Korang klik simbol untuk fibo (seperti dalam gambar di atas). Atau korang boleh klik dekat INSERT >> FIBONACCI >> RETRACEMENT.

Gambar 02: Klik Insert >> Fibonacci >> Retracement

2. Seterusnya, korang klik sahaja di mana-mana bahagian carta, kemudian tarik je fibo tersebut. Mana-mana je asalkan fibo tersebut berada di carta. Kita hanya nak tukarkan setting untuk fibo tersebut.

3. Fibo korang akan kelihatan seperti di bawah.

Gambar 03: Default FIBONACCI RETRACEMENT

4. Klik dua kali di atas line merah tersebut. Klik kanan >> FIBO PROPERTIES.

Gambar 04: Klik kanan >> Fibo Properties

5. Ikut step yang terdapat pada artikel berkenaan (BASIC: FIBONACCI RETRACEMENT) ni. Korang perlu edit DESCRIPTION untuk kesemua level fibo tersebut. Tambahkan ( -%$ ). Dan tukarkan juga warna (STYLE) kepada yang lebih mudah untuk dilihat. Dalam contoh, #abgman gunakan warna merah. Klik OK.

Gambar 05: Edit DESCRIPTION untuk kesemua level fibo dan tukarkan warna

6. Oh yaa .. tambahkan juga satu level iaitu 1.314 (TP WAJIB) seperti gambar di bawah. Nanti #abgman kongsikan kenapa.

Gambar 06: Tambahkan satu level fibo iaitu TP WAJIB (131.4%)


SOP ENTRY

Selesai bab setting untuk fibo tersebut. Jom kita teruskan dengan macam mana nak tarik fibo pula.

#abgman yakin sekarang ni korang sudah pun tahu bahawa pergerakan harga di pasaran forex adalah secara zig-zag. Dan untuk mengesahkan bahawa trend sudah sampai masa untuk membuat u-turn adalah dengan memastikan bahawa pergerakan zig-zag itu telah memecahkan tahap SNR yang terdekat.

Untuk downtrend, fibo perlu ditarik daripada bawah ke atas. Bermaksub point pertama yang diklik akan menandakan level 100, manakala point kedua adalah untuk level kosong bagi fibo tersebut.


NAK TARIK DARI MANA KE MANA?

#abgman ambil contoh analisa untuk downtrend. Step yang perlu korang buat adalah seperti di bawah ni:-

1. Untuk downtrend, korang perlu tunggu harga memecahkan dahulu trendline.

2. Setelah trendline dah pecah, korang tunggu pula harga melakukan retracement yang ketara dan jelas.

3. Apabila harga sudah membuat retracement, barulah korang tarik fibo bermula daripada badan candle terakhir sebelum harga retrace. *LEVEL 100

4. Untuk point kedua fibo, korang akan letakkan pada bayang (shadow) tertinggi sebelum harga memecahkan trendline pada step kedua.

Sila rujuk kepada gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.

Gambar 07: Contoh donwtrend untuk pair GBPCAD, Daily (21.2.2022 - 26.9.2022)

Seperti yang korang nampak pada gambar di atas, #abgman tarik dari bawah ke atas untuk downtrend. Confirmation untuk tarik fibo adalah apabila harga telah pun memecahkan SNR terdekat (kotak kuning). Jelas harga telah sampai ke hujung trend apabila menyentuh level fibo iaitu 423.6% untuk downtrend tersebut.

Gambar 08: Contoh uptrend untuk pair GBPCAD, Daily (26.9.2022 - terkini)

Cuba korang perhatikan contoh untuk uptrend di atas pula. Seperti yang korang nampak, #abgman hanya tarik fibo untuk uptrend apabila harga telah pun memecahkan SNR terdekat (kotak kuning) tersebut. Harga telah pun melepasi level TP WAJIB dan seterusnya terus ke level 161.8%. Jika harga tidak mampu untuk memecahkan level SNR terdekat, maka adalah masih valid untuk korang BUY ketika itu.


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN TP WAJIB - 131.4%?

Menurut Kamus Dewan Online, WAJIB bermaksub:-

"2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu"

Maka boleh kita tafsirkan bahawa TP WAJIB adalah bermaksub level fibo yang MESTI, PERLU untuk harga melepasinya. 

Untuk selamat, #abgman syorkan korang meletakkan TP pada level tersebut. Jika harga pergi ke level 161.8% itu adalah BONUS.

Manakala untuk SL korang boleh letakkan pada level 0%. KENAPA? Sebab harga sudah pasti telah melepasi SNR terdekat jika ia memecahkan level kosong, yang bermaksub trend untuk fibo tersebut sudah tidak valid untuk korang hold entry. Atau mungkin korang boleh tambahkan dalam 15-20 pips daripada level kosong untuk SL tersebut.

Andai korang masih lagi hold entry setelah harga melepasi level kosong tersebut, maka korang akan mengalami kerugian yang lebih besar nanti. Lebih baik rugi sedikit terkena SL daripada MC keseluruhan akaun trading tersebut.


TIMEFRAME UNTUK ANALISA DAN ENTRY?

Untuk analisa, #abgman syorkan korang untuk gunakan timeframe H4 dan ke atas. H1 ni banyak kali berlaku false signal. Jadi kalau nak analisa yang boleh diyakini, sememangnya H4 adalah yang terbaik.

Persoalan seterusnya pula adalah dekat mana nak entry? Kebiasaanya, jika fibo yang korang tarik itu betul maka kawasan terbaik untuk entry adalah yang berdekatan dengan SNR yang sebaris dengan level fibo iaitu level 23.6, 38.2, 50 dan 61.8. Lebih bagus lagi jika terdapat ENGULFING pada level SNR tersebut.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 15, 2023
Read more ...

Moh kita tengok apa pula news penting yang akan berlaku sepanjang minggu ini.

Berita/news pada minggu ini bermula dengan Daylight Saving Time (DST) yang berlaku untuk matawang CAD dan juga USD.

Berita/event ekonomi 12hb - 17hb Mac 2023

Peristiwa Ekonomi Utama:


Angka Inflasi AS (bermula pada 14hb Mac, 8.30 malam GMT +8) - Masa untuk kita melihat sama ada data AS akan terus menyokong pandangan hawkish Fed.

Kita akan menerima laporan CPI untuk Februari pada sesi New York pada Selasa ini, dan para analisis mengharapkan pergerakan yang sedikit perlahan dari 0.5% menjadi 0.4% untuk bacaan bulanan.

Ini mungkin menurunkan CPI tahunan dari 6.4% menjadi 6.0% untuk bulan itu sementara angka teras mungkin menunjukkan peningkatan 0.4% lagi.

Seterusnya, pembacaan PPI dijadualkan pada hari Rabu, dan ini dijangka menunjukkan tekananharga yang lebih rendah. Angka utama dijangka menurun dari 0.7% menjadi 0.3% dari bulan ke bulan pada Februari sementara versi teras laporan kemungkinan turun dari 0.5% menjadi 0.4%.


Jualan runcit AS (15hb Mac, 8.30 malam GMT +8) -  Pemerhati pasaran juga akan mengambil kira keadaan perbelanjaan pengguna, yang kemungkinan telah perlahan pada bulan sebelumnya.

Jualan runcit utama dianggarkan menurun sebanyak 0.3% pada bulan Februari, membatalkan sebahagian daripada keuntungan 3.0% sebelum ini, sementara jualan runcit teras mungkin menunjukkan penurunan 0.1% setelah kenaikan 2.3% sebelum ini.

Keputusan yang lebih lemah daripada yang dijangka boleh menyebabkan sektor pengguna yang tidak stabil dan menimbulkan keraguan sama ada Fed dapat mengekalkan kecenderungan pengikatan yang agresif atau tidak.


KDNK New Zealand Q4 (16hb Mac, 5.45 pagi GMT +8) - Seterusnya, kita mempunyai angka pertumbuhan terkini dari New Zealand, walaupun hasil sebenar mungkin menunjukkan susut nilai untuk suku terakhir tahun 2022.

Para analisa meramalkan penurunan KDNK sebanyak 0.2% untuk tempoh tersebut, jauh dari pertumbuhan 2.0% sebelum ini dan mungkin cukup untuk merangsang spekulasi mengenai penjedaan pengikatan (tightening pause) dari RBNZ. Di sisi lain, kejutan positif atau pembacaan positif mungkin bermaksub kenaikan Kiwi untuk peringkat seterusnya.


Laporan Pekerjaan Australia (16hb Mac, 8.30 pagi GMT +8) - Peningkatan yang kuat dalam pengambilan pekerja dijangka untuk Australia, kerana perubahan pekerjaan Februari boleh mencapai 49.7k selepas pengurangan sebelumnya sebanyak 11.5k.

Ini mungkin mencukupi untuk menurunkan kadar pengangguran sedikit daripada 3.7% menjadi 3.6%, tetapi tentu saja komponen asas masih mungkin membawa beberapa kesan. Titik lemah di pasaran buruh Australia mungkin memperkuatkan jangkaan yang tidak terlalu hawkish untuk RBA, yang mungkin menarik Aussie ke selatan.


Kenyataan Dasar Monetari ECB (16hb Mac, 9.15 malam GMT +8) - Yang terakhir tetapi pasti bukan yang terakhir adalah keputusan ECB, yang mungkin disertai dengan kenaikan kadar faedah sebanyak 0.5% dari 3% menjadi 3.5%.

Ingat bahawa beberapa pegawai ECB telah mengulangi keperluan untuk melakukan lebih banyak tindakan untuk mengekang tekanan inflasi, dengan beberapa tindakan yang lebih agresif diperlukan. Hanya perhatikan petunjuk mengenai gerakan dasar mereka untuk menilai bagaimana matawang bersama mungkin bertindak balas.


Seperti minggu lepas, pada minggu ini, juga dijadualkan akan berlaku LDR pada hari Isnin, 13hb Mac 2023. Nak tengok bila lagi akan berlaku LDR? Meh tengok jadual LDR dekat SINI ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 13, 2023
Read more ...
Source: Tradingview

Ketika ini, #abgman akan mencari peluang untuk SELL berdasarkan kepada beberapa sebab, iaitu:

1) Harga telah pun memecahkan trendline@channel utk hint pertukaran arah kepada SELL.

2) Harga juga telah memecahkan SNR terdekat iaitu 162.785 sebelum membuat retracement mencari entry SELL ketika ini.

Maka dengan ini, #abgman akan mencari peluang untuk SELL pair GBPJPY pada level harga 164.269. Untuk SL penulis akan letak pada 15-20 pips daripada level harga 164.515.

TP pula penulis akan letakkan pada level fibo 131.4 atau lebih tepat lagi pada harga 160.184.


===============

PENAFIAN RISIKO

===============

Sebarang pandangan, kaji selidik, analisis, harga, atau maklumat lain yang terkandung di laman ini adalah ulasan pasaran umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. #abgman tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk kerugian pada keuntungan yang berlaku secara langsung atau tidak dari menggunakan maklumat seperti itu.

hilmannawi March 10, 2023
Read more ...

AMARAN: ARTIKEL INI SEDIKIT PANJANG. BACA DENGAN KERELAAN KORANG 😅

Sejujurnya apa sahaja yang #abgman kongsi di SINI adalah merupakan apa yang #abgman gunakan untuk trade. Kesemua yang bermula daripada BASIC sampailah kepada ADVANCE, teknik, tool dan tip & trick merupakan apa yang memang #abgman gunakan untuk trade. Andai ianya bermanfaat untuk korang, gunakanlah. Kalau tak berguna, abaikan sahaja. Tiada paksaan.

TETAPI ...  Percayalah bahawa bukan kesemua yang dikongsikan itu sesuai untuk semua orang.

Tidak ada satu ubat yang sesuai untuk kesemua jenis penyakit. Kalau betul macam tu mudahlah kerja doktor. Berikan je "Panadol" untuk kesemua jenis sakit dari ringan sakit demam, hinggalah kepada sakit yang berat seperti kencing manis, jantung berlubang hatta kanser sekali pun. Bukan begitu ye sobat sekalian.

“Dalam perjalanan korang mencari ilmu untuk trade ni, korang akan berjumpa dengan pelbagai jenis teknik @ ilmu @ cikgu sekalipun, tetapi diakhir perjalanan tersebut, korang akan mendapat satu teknik yang serasi @ sesuai dengan diri korang.”

Maka percayalah, ketika itu korang sudah pun mencapai tahap yang dikatakan bahawa korang telah pun mendapat teknik yang ampuh untuk korang dapatkan USD dengan mudah.

Ini cara yang #abgman amalkan ye. Korang mungkin gunakan step yang berbeza. Yang pasti, matlamat kita adalah sama iaitu untuk menjana pendapatan daripada analisa teknikal ini.


JADI MACAM MANA #abgman DAPATKAN ENTRY??

1. #abgman akan bermula dengan melihat kepada Currency Strength Meter dan juga Forex News. Meter adalah untuk mencari matawang mana untuk trade, manakala news adalah untuk memastikan bahawa tiada berita yang berkait dengan matawang tersebut dalam masa terdekat.

2. Setelah #abgman sudah kenalpasti matawang mana yang sesuai untuk trade ketika itu, barulah #abgman akan buka chart yang berpasangan dengan matawang tersebut.

3. #abgman akan membuat analisa untuk pair tersebut dengan menggunakan teknik yang sesuai. Kebanyakkan masa #abgman akan menggunakan teknik scalping iaitu M1 Scalping.

4. #abgman akan filter kesemua chart yang telah dibuka. Pair yang tidak menepati sop teknik tersebut #abgman akan tutup supaya tidak menganggu fokus kepada pair yang betul. Biasanya dalam 10 chart yang dibuka MUNGKIN akan ada hanya tiga pair yang betul-betul menepati sop teknik yang digunakan. Dan daripada tiga pair tersebut biasanya akan ada satu @ dua pair sahaja yang sesuai untuk entry dalam masa terdekat. Dengan cara ini, #abgman sudah mengurangkan beban untuk menganalisa pair yang tidak perlu.

5. #abgman cuba kawal untuk trade hanya satu pair sahaja buat satu masa untuk memastikan bahawa Money Management (MM) adalah terjaga. Cuma kadang-kadang terbabas juga entry banyak pair serentak jika terdapat banyak setup yang cantik. Hahahaha .. tapi layer secara berhemah la ye. Kalau tidak pun, jika nak trade banyak pair macam tu, #abgman akan kecilkan saiz lot (sesuai dengan modal).


PAIR APA NAK TRADE?

#abgman tak ada senarai pair mana yang #abgman suka trade sebab boleh dikatakan hampir semua pair yang ada setup cun #abgman akan trade. Haaa .. gitu!!

Cuma, kalau dapat #abgman akan cuba trade pair yang mempunyai spread yang halus. Bukan semua jenis akaun trading itu sesuai untuk kesemua jenis teknik. Untuk teknik scalping sebolehnya memang #abgman suka gunakan akaun jenis ECN untuk memastikan spread yang ditawarkan adalah kecil sahaja.


BILA MASA YANG SESUAI UNTUK ANALISA DAN TRADE?

Kalau korang pernah berjumpa atau bertanya dengan #abgman berkenaan teknik, pasti #abgman akan bertanya tentang latarbelakang pekerjaan korang. KENAPA YE? Jawapannya adalah untuk memastikan teknik yang dikongsikan adalah sesuai dengan cara hidup korang.

Ada orang yang masih bekerja 9-5 setiap hari, maka #abgman akan syorkan untuk fokus teknik jenis intraday atau swing? Teknik ini kebanyakkannya tidak memerlukan korang untuk monitor chart setiap masa. Korang hanya perlu untuk buat analisa, dan meletakkan Pending Order (PO) berdasarkan kepada analisa tersebut.

Manakala buat korang yang mempunyai banyak masa terluang, maka korang mungkin boleh kepada teknik scalping. Ini kerana korang ada banyak peluang untuk analisa dan entry. Scalping akan memerlukan korang untuk memberikan fokus yang lebih ketika entry kerana perubahan boleh berlaku dengan cepat.

Namun, tidak menjadi satu kesalahan jika korang dapat memahirkan diri dengan beberapa jenis trading. Akan ada ketika korang perlu menggunakan teknik scalping, dan akan ada ketika korang perlu untuk intraday @ swing. Jadi tidak salah pun jika korang mahir dengan dua, tiga teknik. Kata kuncinya adalah MAHIRKAN DIRI.

Dalam trading ni kita bukan dalam pertandingan siapa yang mendapat profit lebih daripada orang lain. Jadi trade lah dengan masa yang sesuai untuk korang. Komitmen setiap orang tidak sama. Ada orang hanya memerlukan sedikit profit untuk menampung komitmen bulanan mereka, manakala ada juga yang memerlukan profit yang beribu untuk bayar komitmen mereka. Janganlah dibuat perbandingan dengan orang lain, nescaya hidup korang akan lebih tenang.

Tetapi kita sebagai rakyat di ASIA adalah beruntung kerana market forex adalah aktif pada waktu korang sudah pun selesai menyiapkan kerja hakiki korang. Jadi waktu malam boleh korang buat kerja part time untuk mencari duit lebihan tanpa perlu keluar daripada rumah. Untungkan???


NAK TRADE PAKAI APA?

Pernah juga sobat sekalian yang hadir untuk ngeteh bagitahu segan nak datang sebab hanya ada HP semata .. laptop tak ada, pc desktop lagilah tak ada. Bagi #abgman, untuk bermula, korang gunalah apa sahaja device yang korang ada. Tak adanya orang nak tanya korang pakai apa untuk trade? Yang orang akan tanya berapa banyak profit/loss korang, teknik apa yang korang gunakan. Itu je.

#abgman pernah berjumpa dengan trader yang beliau memang hanya menggunakan HP untuk trade. Dan profit yang beliau dapat tu sebenarnya lebih dari mampu untuk membolehkan beliau membeli laptop/pc dengan spesifikasi yang paling mantap. Tapi beliau masih kekal trade dengan HP. KENAPA? Sebab beliau sudah selesa dengan device yang beliau gunakan tu. Buat apa ikut-ikut orang. Janji beliau bahagia.

Bagi pihak #abgman secara personal, #abgman suka gunakan MT4 desktop di atas beberapa sebab seperti:-

  • Skrin monitor yang besar membenarkan #abgman untuk melihat carta dengan lebih banyak candle ke belakang (ke kiri carta).
  • Skrip atau Expert Advisor dapat digunakan untuk trade. Keduanya mampu untuk memudahkan urusan trading korang.
  • Lebih banyak carta dapat dibuka dan diperhatikan secara serentak disebabkan oleh skrin monitor yang besar.

Namun begitu, trade menggunakan MT4 desktop ini juga mempunyai kelemahan. Antaranya adalah jika ianya sebuah pc atau desktop maka korang tidak dapat membawa ke mana sahaja melainkan jika korang sanggup untuk pikul desktop tu ke sana, ke sini. Hehehe ...

Haaa .. lainlah kalau korang guna laptop, barulah korang dapat trade di mana sahaja dengan syarat ada sambungan internet.

Pucuk pangkal, yang penting adalah korang selesa untuk trade menggunakan device tersebut. Jika korang selesa trade dengan HP teruskan sahaja. Tiada yang melarang. Begitu juga jika korang gemar trade pakai pc @ desktop pun teruskan trade tersebut. Korang yang tentukan sendiri.


DEKAT MANA NAK TRADE? BILIK TRADING? KERETA? TEPI JALAN?

Untuk persoalan ni #abgman tak ada jawapan yang specific. Sebabnya #abgman trade je di mana sahaja asalkan ada setup dan situasi yang sesuai untuk trade. Kadang-kadang sambil menunggu sesuatu urusan selesai, #abgman boleh je trade. Tapi yang paling sesuai adalah untuk trade dalam keadaan korang dah bertenang.

Contohnya korang baru sampai ke rumah selepas redah jam dekat hiway Sungai Buloh. Tak sempat nak berehat dan mandi bagai terus korang nak buka MT4 untuk trade sebab ada news NFP malam tu. Dahla sifu besar ada share signal cun malam tu ..

Haaa .. bertenanglah dulu orang muda. Rehat dulu. Mandi dulu. Emosi dah okay semua barulah korang buka MT4 buat analisa dulu, bukan terus entry tikam je BUY @ SELL (itu judi namanya!!!). Andai memang dah tertulis rezeki korang masa tu jangan bimbang pasti akan ada kesempatan untuk korang entry nanti. Nak kalut ke mana weh??


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 08, 2023
Read more ...
Source: Apps Store pada 7hb Mac 2023

Seperti mana yang korang semua maklum, bermula pada bulan September 2022, aplikasi/platform Metatrader 4 dan Metatrader 5 telah dikeluarkan daripada gedung aplikasi Apps Store untuk IOS (iphone dan ipad) terkesan terutamanya buat mereka yang baru-baru nak install aplikasi tersebut.

Macam-macam solusi telah dikongsikan untuk menyelesaikan isu tersebut, salah satunya adalah dengan meminjam Apple ID daripada mereka yang pernah install aplikasi tersebut.

Dan, akhirnya bermula 6hb Mac 2023 (setelah 9 bulan - dah macam mengandung la pula ye .. hahahaha), satu khabar gembira buat mereka apabila kedua aplikasi tersebut kembali disenaraikan untuk download di Apps Store. Barulah tak pening kepala korang macam mana nak cari cara untuk install MT4 dekat iphone 14 Pro Max 512gb kaler gold baru beli CASH tu ye. Legaaa .. hahahaha ..

Cadangan dari #abgman .. dah alang-alang boleh install tu korang install la dulu walaupun mungkin MT5 tu korang tak gunakan lagi. Manalah kita tahu kot-kot nanti timbul lagi isu dengan Apps Store yang menyebabkan Meta trader dikeluarkan sekali lagi. Siapa tahu kan?

"Sediakan payung sebelum hujan."


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 07, 2023
Read more ...

Minggu yang agak sibuk untuk para trader kerana kita jangkakan TIGA pengumuman bank pusat serta data untuk pasaran uruh terkini bagi AS.

Berita/event ekonomi 6hb - 10hb Mac 2023

Peristiwa Ekonomi Utama:

Keputusan dasar RBA (7hb Mac, 11.30 pagi GMT +8) - Pertumbuhan dan inflasi yang lebih perlahan? Reverse Bank of Australia (RBA) dijangka mengumumkan kenaikan kadar faedah yang ke-10 berturut-turut, kali ini sebanyak 25 mata asas kepada paras tertinggi sedekad sebanyak 3.6% pada hari Selasa.

Dalam kenyataan Februari RBA menyatakan bahawa kenaikan kadar selanjutnya "akan diperlukan dalam beberapa bulan akan datang." Jika sentimen yang sama muncul pada penyata Mac, maka pasaran boleh menetapkan harga dalam kenaikan kadar selanjutnya pada April dan Mei.


Powell Testifies (7hb Mac, 11.00 malam GMT +8) - Apabila sekarang ini pasaran naratif membeli lebih tinggi untuk tempoh lebih lama, pasaran akan melihat laporan dasar monetari separuh tahunan Powell untuk tanda-tanda lebih hawkish.

Walaupun acara ini mungkin akan mendapat banyak perhatian, Fed tidak mungkin komited kepada laluan dasar yang pasti terutamanya menjelang pengeluaran data buruh dan inflasi AS.


Penyata dasar BOC (8hb Mac, 11.00 malam GMT +8) - Pada mesyuarat Januari lalu, Bank of Canada (BOC) telah menyatakan bahawa ia menjangka untuk "memegang kadar dasar pada paras semasa sambil menilai kesan kadar faedah terkumpul bertambah." Sejak itu, inflasi Kanada meleset daripada jangkaan manakala KDNK menunjukkan tanda-tanda terhenti. Inilah sebabnya mengapa pasaran melihat BOC memegang kadar faedahnya stabil pada 4.5% minggu ini selepas menaikkannya dengan kadar rekod 425 mata asas dalam tempoh 10 bulan lalu.


Kemaskini dasar BOJ (10hb Mac, sesi Asia) - Penganalisis tidak menjangkakan kenyataan dasar terakhir Gabenor Kuroda mengandungi kejutan. Dasar ultra longgar Bank of Japan (BOJ) termasuk kadar faedah dan kawalan yield curve dijangka tidak disentuh menjelang pelantikan Gabenor dan Timbalan Gabenor BOJ yang baru.


Tajuk utama berkaitan NFP (10hb Mac, 9.30 malam GMT +8) - Pasaran buruh AS dijangka menjadi sederhana selepas menambah setengah juta pekerjaan pada Januari. Gaji bukan ladang dijangka masuk di tempat melebihi paras 200k manakala kadar pengangguran dan purata pendapatan setiap jam masing-masing mengekalkan kadar 3.4% dan 0.3%.

Trend tuntutan pengangguran awal yang rendah secara berterusan dan kejutan menaik dalam indeks pekerjaan perniagaan menyebabkan beberapa penganalisis meramalkan lebih banyak kenaikan untuk data buruh AS minggu ini. Sebaliknya, kita boleh melihat semakan menurun pada pelarasan bermusim bulan lepas atau pasaran boleh memilih untuk menumpukan pada kekurangan momentum dalam pekerjaan sepenuh masa.

Penunjuk utama minggu ini boleh mengecilkan spekulasi NFP. Laporan ADP dilihat mencetak satu lagi keuntungan 195k manakala pembukaan kerja JOLTS perlahan daripada 11.01m kepada 10.61m pada hari Rabu. Pemberhentian kerja Challenger pada hari Khamis dan tuntutan pengangguran awal juga boleh membayangkan kemungkinan terdapat kejutan meningkat kepada data NFP.

Satu lagi laporan NFP yang kukuh akan memberikan lebih banyak ruang kepada Fed untuk menaikkan kadar faedahnya lebih tinggi atau mengekalkannya pada paras tinggi lebih lama daripada harga pasaran sedia ada.


Dan korang juga tahu pada minggu ini juga, atau lebih tepat lagi pada hari Isnin, 6hb Mac 2023 akan berlaku LDR. Apa yang dimaksubkan dengan LDR? Korang boleh baca dengan lebih lanjut dekat SINI.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 06, 2023
Read more ...

Source: Tradingview

Major trend yang sedang berlaku adalah SELL. Namun sekarang ini retracement sedang berlaku.

#abgman akan mencari peluang SELL dekat area kotak tersebut. Jika dikecilkan lagi timeframe kepada M30.


Entry : Area yang sesuai untuk entry adalah pada level 1.94811 @ 1.94893.


SL : Manakala untuk SL korang boleh letakkan pada jarak 15 @ 20 pips daripada entry tersebut.


TP : Penulis syorkan pada level 1.90424.


================

PENAFIAN RISIKO

================

Sebarang pandangan, kaji selidik, analisis, harga, atau maklumat lain yang terkandung di laman ini adalah ulasan pasaran umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. #abgman tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk kerugian pada keuntungan yang berlaku secara langsung atau tidak dari menggunakan maklumat seperti itu.

================


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
hilmannawi March 02, 2023
Read more ...