Sponsor

ads header

BASIC: FIBONACCI RETRACEMENT

Hari ni #abgman nak berkongsi sikit lagi pasal BASIC MT4.

#abgman nak bercerita pasal Fibonacci Retracement (atau biasa orang sebut fibo). Dalam bidang analisa teknikal ni macam-macam jenis teknik fibo diperkenalkan. Di antaranya adalah seperti Smart Fibo, Fibo Musang, Fibo Gear, Fibo Panda dll (#abgman sebutkan beberapa contoh sahaja ye, kalau ada lagi jenis-jenis fibo lain, boleh la korang komen dekat bawah nanti #abgman update semula).

Ok. Kembali kepada tujuan utama artikel ni. Jadi apakah perkongsian BASIC MT4 kali ni??

Artikel ni BUKAN mengenai macam mana nak guna fibo atau cara nak tarik fibo ye. Untuk belajar teknik menggunakan fibo tu, korang boleh cari dalam SOCMED. Ramai cikgu-cikgi yang mengajar sekarang ni dekat sana. Bersilaturahim la dengan mereka, bertalaqi untuk mendapatkan ilmu dari mereka. Baru berkat ilmu yang kita nak belajar tu.

Opss .. panjang lebar pula bebel. Okay, terus ke tajuk utama.

Yang #abgman nak berkongsi hari ini adalah macam mana korang nak dapatkan nilai untuk setiap level fibo tu secara automatic tanpa perlu korang menggunakan Crosshair atau dengan meletakkan horizontal line. Ada cara yang lebih mudah sebenarnya untuk dapat nilai tu.

“Dalam forex ni korang kena cepat, baru tak terlepas entry yang berharga.”

Gambar 1: Perhatikan di sebelah kanan carta.

Sila perhatikan di sebelah kanan carta tersebut. Yang ada hanyalah level-level yang telah di setting secara default tanpa sebarang nilai. Maksubnya, untuk mengetahui nilai setiap level itu, korang perlu klik crosshair dan letakkan di setiap level untuk mengetahui nilai yang tepat untuk level tersebut.

Untuk mudahkan kerja korang. Ikuti langkah-langkah kat bawah ni untuk ubah setting default Fibonacci tersebut.

1) Klik 2x di atas fibo yang dah ditarik tadi.

2) Klik kanan, dan pilih Fibo properties.

Gambar 2: Klik kanan, pilih FIBO PROPERTIES.

3) Akan keluar windows seperti di bawah.

Gambar 3: Windows untuk setting Fibonacci.

4) Klik tab FIBO LEVELS.

Gambar 4: Klik tab FIBO LEVELS.

5) Edit di bahagian Description. Tambahkan simbol %$ di tepi setiap level tersebut.

Gambar 5: Edit description. Tambahkan simbol %$.

6) Letakkan simbol tersebut untuk kesemua level fibo yang ada.

Gambar 6: Edit kesemua level fibo yang ada.

7) Seterusnya klik OK.

8) Perhatikan di tepi setiap level fibo tadi telah ada nilai secara automatik. Jadi mudah la untuk korang letakkan PO, ikut je nilai yang terdapat pada setiap level tersebut (mengikut teknik-teknik yang dipelajari la ye).

Gambar 7: Perhatikan di sebelah kanan carta. Nilai untuk setiap level automatik diletakkan.

Pesan penaja – cari la cikgu untuk belajar macam mana nak gunakan Fibonacci Retracement dengan optimum. Melaburlah sedikit untuk mendapatkan ilmu. Tak rugi melabur untuk ilmu ni.

Klik sini kalau korang nak download ebook ni dalam bentuk pdf.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: