Sponsor

ads header
Results for basic

Dagangan forex boleh dianalisa menggunakan 2 kaedah utama analisa iaitu fundamental (asas) dan teknikal. Kedua-dua pendekatan ini agak berbeza dalam fokus dan metadologinya.

Berikut ialah gambaran keseluruhan analisa fundamental dan teknikal dalam konteks forex trading.


ANALISA FUNDAMENTAL

Ianya melibatkan kajian faktor ekonomi, politik dan sosial yang boleh mempengaruhi nilai matawang. Pedagang yang menggunakan analisa fundamental melihat pelbagai data dan maklumat untuk membuat keputusan perdagangan.

Elemen utama analisa fundamental termasuk;

  • Penunjuk EKONOMI: peniaga menganalisa data ekonomi seperti pertumbuhan KDNK, kadar inflasi, angka pekerjaan dan kadar faedah bank pusat untuk mengukur kesihatan ekonomi negara.
  • Peristiwa GEOPOLITIK: kestabilan politik dan peristiwa seperti pilihan raya, peperangan dan perjanjian perdagangan boleh memberi kesan ketara kepada nilai matawang.
  • DASAR BANK PUSAT: peniaga memberi perhatian kepada keputusan bank pusat, seperti perubahan kadar faedah dan program pelonggaran kuantitatif, yang boleh mempengaruhi nilai matawang.
  • SENTIMEN PASARAN: berita, sentimen pasaran dan laporan ekonomi boleh mendorong pergerakan matawang, terutamanya dalam jangka pendek.
  • IMBANGAN PERDAGANGAN: imbangan perdagangan negara (eksport vs. import) boleh memberi kesan ke atas nilai matawangnya. 

Analisa fundamental memberikan pemahaman yang lebih luas tentang faktor jangka panjang yang mempengaruhi pasangan matawang. Peniaga yang menggunakan pendekatan ini bertujuan untuk memanfaatkan trend yang didorong oleh perkembangan ekonomi dan politik.


ANALISA TEKNIKAL

Manakala analisa teknikal, sebaliknya memfokuskan kepada data harga dan volume sejarah untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan. Pedagang yang menggunakan analisa teknikal menggunakan pelbagai alat dan corak carta untuk membuat keputusan pedagangan.

Elemen utama analisa teknikal termasuk:

  • CARTA HARGA: pedagang menggunakan carta harga, seperti carta candlestick dan carta garis, untuk mengenalpasti corak, arah aliran dan tahap sokongan/rintangan.
  • PENUNJUK @ INDIKATOR: penganalisa teknikal menggunakan pelbagai indikator seperti moving average, RSI dan MACD untuk membuat keputusan dagangan berdasarkan data harga sejarah.
  • CORAK CARTA: peniaga mencari corak seperti head & shoulder, bendera dan segi tiga untuk meramalkan pergerakan harga.
  • SUPPORT & RESISTANCE: penganalisa teknikal mengenalpasti tahap sokongan dan rintangan utama di mana pergerakan harga berkemungkinan terhenti atau terbalik.
  • JANGKA MASA: pedagang boleh menggunakan pelbagai jangka masa (contoh, harian, setiap jam, minit) untuk menganalisa data harga dan membuat keputusan perdagangan jangka pendek atau jangka panjang.

Analisa teknikal lebih tertumpu kepada pergerakan harga jangka pendek dan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada turun dan naik pasaran jangka pendek.


YANG MANA LEBIH BAIK?

Setengah pedagang menggunakan gabungan kedua-dua analisa fundamental dan teknikal untuk membuat keputusan pedagangan yang bermaklumat. Pilihan antara kedua-dua kaedah ini selalunya bergantung kepada gaya dagangan pedagang, time horizon dan pilihan peribadi.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan batasannya, dan pedagangan yang berjaya selalunya memerlukan pemahaman yang baik tentang faktor fundamental dan teknikal yang mempengaruhi pasaran forex.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 01, 2023
Read more ...

Buat mereka yang dah biasa dengan copytrade dan prop trading pasti akan biasa dengan perkataan drawdown ni. Ianya adalah antara faktor penting yang perlu dititikberat oleh para trader tersebut.


Jadi, sebenarnya apa yang dimaksubkan dengan DRAWDOWN ni?


Meh kita tengok contoh di bawah untuk mudahkan korang faham apa itu drawdown. Katakan korang ada modal trading sebanyak $100,000 dan korang rugi sebanyak $50,000 iaitu 50%. Peratusan (%) tersebutlah yang kita semua kenali sebagai drawdown tu. Mudahkan?


Drawdown dalam perdagangan forex merujuk kepada penurunan atau kerugian dari jumlah modal yang telah dilaburkan. Ia adalah perbezaan antara jumlah baki tertinggi dalam akaun perdagangan dan baki semasa.


Drawdown boleh berlaku apabila perdagangan mengalami kerugian, dan ia penting untuk diukur kerana ia dapat memberikan gambaran tentang sejauh mana risiko yang diambil oleh seorang trader. Trader yang mengurus risiko dengan baik cenderung memiliki drawdown yang lebih rendah, yang dapat membantu mereka untuk menjaga modal.


Maximum drawdown tu apa pula?


Ianya merujuk kepada jumlah kerugian terbesar yang pernah dialami oleh seorang trader atau akaun trading dalam tempoh masa tertentu. Ia mengukur sejauh mana penurunan terburuk dalam nilai akaun trading dari puncak tertinggi sebelumnya.


Maximum drawdown adalah cara untuk menilai risiko dalam trading, dan penting bagi trader untuk memahami berapa besar kerugian yang mungkin mereka alami selama tempoh tertentu. Semakin rendah maximum drawdown, semakin baik, kerana ini berarti risiko dalam akaun trading lebih terkawal. Trader sering berusaha untuk mengawal risiko dan mengurangi maximum drawdown selama kegiatan trading mereka.


Perbezaan utama antara drawdown dan maximum drawdown:


Drawdown merujuk kepada penurunan atau kerugian dalam nilai akaun trading dari puncak tertinggi hingga titik terendah sebelum pulih kembali. Ia adalah ukuran kerugian dalam perdagangan yang boleh terjadi pada setiap titik dalam sejarah trading korang.


Drawdown tidak membatasi diri pada satu tempoh masa tertentu dan seringkali diukur sebagai % penurunan dari titik tertinggi sehingga titik terendah sebelum pulih.


Maximum drawdown pula adalah ukuran kerugian terburuk atau terbesar yang pernah dialami oleh akaun trading dalam satu tempoh tertentu, biasanya dinyatakan dalam %. Ia mengukur kerugian terbesar dalam akaun korang dari titik tertinggi hingga titik terendah selama tempoh masa tertentu, misalnya, selama sebulan atau setahun.


Maximum drawdown memberikan pandangan yang lebih terbatas tentang seberapa buruknya kerugian yang mungkin korang alami dalam tempoh tertentu. Jadi, sementara drawdown adalah kerugian yang dapat terjadi bila-bila saja dalam sejarah trading korang, maximum drawdown adalah ukuran kerugian terbesar dalam tempoh waktu tertentu.


Maximum drawdown berguna untuk menilai risiko dalam jangka masa tertentu, sementara drawdown lebih umum menggambarkan kerugian yang terjadi sepanjang perjalanan trading korang tu.


Macam mana korang boleh dapatkan drawdown yang rendah?


Untuk mencapai drawdown yang rendah dalam forex trading, korang boleh mempertimbangkan beberapa langkah berikut:-

  1. Rancang trading yang baik. Buat trading plan yang jelas dengan aturan kawalan risiko yang ketat. Tetapkan TP dan SL yang masuk akal untuk setiap trading.
  2. Pengurusan risiko. Batasi risiko dalam setiap perdagangan dengan melaburkan hanya sebagian kecil dari modal korang pada satu trading. Sebagai pedoman umum, korang tidak patut merisikokan lebih daripada 1-2% dari modal korang dalam satu trading.
  3. Diversifikasi. Korang pernah dengar pesanan agar jangan meletakkan semua telur dalam satu bakul? Pelbagaikan portfolio korang dengan berbagai instrumen kewangan seperti forex, saham, FCPO dan lain-lain lagi untuk mengurangkan risiko rugi keseluruhan modal andai berlaku sesuatu diluar jangkaan.
  4. Analisa pasaran. Pelajari analisa teknikal dan fundamental untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik. Elakkan trading yang berdasarkan kepada emosi atau spekulasi semata.
  5. Pemantauan berterusan. Pantau portfolio korang secara teratur dan buat penilaian semula strategi trading korang jika diperlukan. Jangan biarkan trading korang berjalan tanpa pengawasan.
  6. Penggunaan Stop Loss (SL). Pasti korang menggunakan order SL dalam setiap trade untuk mengurangkan kerugian korang. Ini adalah tool penting dalam pengawalan risiko.
  7. Disiplin. Pertahankan disiplin dalam mengikuti trading plan korang tu. Jangan cuba memulihkan kerugian dengan meningkatkan saiz pelaburan atau mengambil risiko yang tidak perlu.
  8. Tambah ilmu. Terus belajar tentang market forex dan strategi trading. Perubahan market adalah hal yang konstan, jadi adalah penting untuk menambahbaik teknik trading.
  9. Kawalan psikologi. Kuasai emosi korang, seperti ketamakan dan ketakutan. Ini adalah faktor penting dalam menghindari drawdown yang tinggi.
  10. Evaluasi dan perbaikan. Setelah mengalami drawdown, evaluasi trading korang dan ambil pengajaran daripada kerugian tersebut. Selalu mencari cara untuk memperbaiki strategi korang.
Ingatlah bahawa drawdown adalah perkara yang sentiasa berlaku dalam forex trading dan tidak selalu dapat dielakkan sepenuhnya. Tujuannya adalah mengelola dan meminimalkan risikonya agar tetap dalam had yang boleh korang terima.

--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 25, 2023
Read more ...

MONEY MANAGEMENT (PART 1)

MONEY MANAGEMENT (PART 2)


Bila sebut perkataan MONEY MANAGEMENT, apa yang akan korang terbayang?


Selain daripada menggunakan saiz lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, sebenarnya ada lagi cara lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan akaun trading korang blow.


Apa tu? Cer cerita ...


Okay .. macam ni. Ni apa yang #abgman amalkan untuk diri sendiri ye. Kalau korang rasa cara ini juga sesuai dengan diri korang boleh lah cuba juga.



Selain daripada membuat pengiraan berapa lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, #abgman juga suka set target untuk setiap trading @ entry tu. Sebagai contoh, #abgman suka set target untuk setiap minggu profit yang terkumpul mestilah sekurangnya (+/-) nilai tertentu.


Nilai tertentu tu pula adalah nilai komitmen bulanan #abgman (convert kepada USD) dan dibahagikan kepada 4 untuk mendapatkan nilai yang perlu untuk seminggu. Sebagai contoh, katalah komitmen bulanan #abgman adalah $1000, maka target mingguan yang perlu #abgman dapatkan adalah sebanyak $250 seminggu.


Dan .. katalah selepas 1x entry, target mingguan tersebut sudah pun tercapai, jadi untuk akaun tersebut #abgman dah boleh rehatkan. Jika gatal tangan, nak juga entry lagi selepas itu, #abgman akan gunakan akaun lain.


Maka untuk setiap entry yang dibuat, #abgman tak ada rasa nak tekan lot yang besar sangat, berbeza dengan jika kita set target harian. Emosi lebih tenang dengan set target mingguan atau bulanan berbanding target harian ni.


Untuk target mingguan ni .. andai katalah korang dapat profit yang sedikit kurang daripada target yang diletakkan tu, usahlah korang entry lagi akaun tersebut. Anggap sahaja untuk minggu tersebut, rezeki korang adalah setakat itu sahaja. Tak perlu nak kejar untuk mencukupkan juga target tersebut.


KENAPA?


Jangan hanya kerana nak mencukupkan nilai target yang mungkin kurang tak sampai $1 korang kehilangan (blow @ mc) akaun tersebut. Hal ini sudah banyak kali terjadi dekat #abgman dan juga sobat2 lain. Jadikanlah pengajaran .. jangan diulang kesilapan mereka2 ini (termasuk #abgman juga). Korang jangan lupa kita trade ni untuk mendapatkan hasil USD untuk tempoh masa selama yang mungkin.


Peluang untuk entry pada minggu berikutnya masih ada. Peluang untuk menjana USD masih ada. Bertenang sahaja.


Trading adalah bisnes.

 

Ada minggu kita untung lebih, ada masa kita untung kurang. InsyaAllah yang terlebih tu mampu untuk cover yang terkurang nanti.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 18, 2023
Read more ...

Sebelum ni dekat PART 1 #abgman dah ada share satu cara nak jaga MONEY MANAGEMENT. Untuk PART 2 ni, #abgman nak share cara lain pula untuk money management dengan mudah.


Terdapat banyak cara atau formula yang diajarkan oleh cikgu-cikgu forex dalam cara menentukan saiz lot yang sesuai berdasarkan kepada modal yang korang gunakan. Meh #abgman share cara-cara yang senang untuk digunakan.


CARA #1 FORMULA


Modal / 12 = A

A x 80% = B

B / 1000 = TOTAL LOT yang boleh digunakan


Korang kena ingat bahawa formula di atas adalah TOTAL lot yang digunakan. Contoh; katalah korang ada modal $1000, maka daripada formula tersebut korang akan mendapat TOTAL lot yang boleh digunakan adalah 0.06. Kalau korang nak gunakan tiga entry@layer, maka setiap entry tersebut korang boleh gunakan lot bersaiz 0.02 sahaja.


CARA #2 FORMULA


Andai korang rasa formula di atas agak susah untuk ingat, korang boleh gunakan formula di bawah ni pula untuk kira jumlah lot yang boleh digunakan.


Modal / 5000

@

Modal / 3000

* yang ni pun korang boleh gunakan untuk menentukan saiz lot yang sesuai berdasarkan kepada modal yang ada.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

--

MONEY MANAGEMENT (PART 1)

MONEY MANAGEMENT (PART 3)

hilmannawi June 28, 2023
Read more ...

Apabila nampak perkataan PLATFORM mesti korang terbayangkan senarai broker yang boleh digunakan untuk trader forex kan? TAPI sebenarnya, platform yang dimaksubkan di sini adalah sistem perisian yang digunakan untuk trade secara online.

Semasa perkembangan awal platform trading forex pada lewat 90an, forex trading hanya dibenarkan untuk institusi kewangan yang besar sahaja. Pembangunan internet, perisian trading dan penubuhan broker forex (yang membenarkan dagangan pada margin) telah memulakan perdagangan runcit untuk para trader. Hari ini, trader boleh berdagang matawang spot dengan broker menggunakan margin. Ini bermakna mereka perlu meletakkan hanya sebahagian kecil daripada saiz dagangan dan boleh membeli dan menjual matawang dalam beberapa saat.


SEJARAH AWAL PLATFORM TRADING FOREX

Pada tahun 1996 menyaksikan platform dagangan dalam talian generasi pertama untuk forex. Teknologi web bukan sahaja membenarkan perdagangan tukaran matawang asing secara runcit untuk memupuk cara mudah dan pantas untuk pelanggan mengakses pasaran, tetapi juga pasangan matawang semasa membuat dagangan dari komputer mereka sendiri.

Pembangunan perisian platform dagangan telah menyaksikan beberapa peringkat perubahan. Pada mulanya, platform dagangan adalah berdasarkan program asas yang dimuat turun ke komputer. Ini diikuti dengan pembangunan antara muka yang lebih mudah digunakan dan ciri lanjutan seperti alat carta dan analisis teknikal.

Peringkat seterusnya menyaksikan peralihan kepada platform berasaskan web dan peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar. Sejak 2010, terdapat juga tumpuan pada perkembangan untuk mengintegrasikan alat dagangan automatik dan perdagangan sosial ke dalam platform dagangan forex.


APAKAH YANG DIMAKSUBKAN DENGAN PLATFORM TRADING?

Platform trading adalah sistem perisian yang digunakan untuk trade securities. Ia membenarkan pelabur untuk membuka, menutup dan menguruskan posisi pasaran secara online melalui pihak tengah kewangan, contohnya seperti broker online.

Platform perdagangan online sering ditawarkan oleh broker baik secara percuma atau dengan diskaun sebagai balasan untuk mengekalkan akaun yang dideposit dan melakukan sejumlah perdagangan tertentu setiap bulan. Platform dagangan terbaik akan menawarkan kombinasi fungsi yang berguna dan yuran yang rendah.


MEMAHAMI PLATFORM TRADING

Platform trading adalah sistem perisian yang ditawarkan kepada investor dan trader oleh institusi kewangan tertentu, seperti brokerage dan bank. Pada dasarnya, platform trading memungkinkan investor dan trader untuk membuat perdagangan dan memantau akaun mereka.

Seringkali, platform trading menyertakan fungsi lain yang membantu investor membuat keputusan pelaburan mereka. Fungsi-fungsi ini meliputi real time quote, carta interaktif, dan pelbagai alatan untuk menganalisa carta, news feed terkini, dan kajian/analisa premium. Platform juga dapat disesuaikan dengan pasaran tertentu, seperti saham, matawang, option atau future market.


Ada dua jenis platform trading iaitu:

1. Platform komersial.

  • Disediakan untuk trader harian dan juga investor retail.
  • Mudah digunakan, pelbagai fungsi yang berguna (seperti real time quote), berita ekonomi antarabangsa, carta yang menarik, perkongsian pendidikan dan juga alatan untuk analisa.

2. Platform proprietary.

  • Platform khas dibangunkan untuk brokerage besar dan institusi kewangan lain untuk kegunaan mereka sendiri.
  • Tidak disediakan untuk kegunaan retail trader.


PLATFORM TRADING FOREX YANG POPULAR

Terdapat beberapa platform trading yang popular dikalangan trader di Malaysia. Antaranya adalah:

*senarai tidak mengikut susunan pilihan popular.


1. Metatrader (desktop, mobile dan web terminal); MT4 dan MT5

2. Tradingview

3. Ctrader

4. Ninjatrader


Setiap platform trading tersebut mempunyai peminat/pengguna yang tersendiri. Setiap platform itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap broker menawarkan platform yang berbeza-beza. Ada yang menawarkan Metatrader kepada pelanggan mereka, dan ada juga yang menawarkan Ctrader. Setiap platform disediakan secara percuma oleh broker-broker di luar sana. Korang boleh try cuba test yang mana serasi dengan diri tu.

Metatrader dikatakan antara platform yang paling banyak digunakan untuk trade forex berbanding platform lain. Terdapat pelbagai kelebihan yang disediakan antaranya trader dapat menggunakan pelbagai jenis alat (tool) default tersedia di dalam perisian tersebut untuk membantu analisa masing-masing, dan juga para trader dapat menggunakan tool atau skrip yang dibuat custom oleh programmer untuk memudahkan analisa dan entry. Selain itu, trader juga dapat menggunakan fungsi automatik expert advisor (robot) untuk membantu dalam menjalankan trading berdasarkan kepada algo teknik yang dah terbukti berkesan secara manual trade.

Pada akhir tahun 2022, para trader dikejutkan dengan keputusan Apps Store (IOS) membuang Metatrader daripada senarai aplikasi yang ditawarkan, namun buat trader yang gemar menggunakan Metatrader usah khuatir kerana kebanyakkan broker telah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan penggunaan Metatrader web terminal. Ini bermakna korang tidak perlu untuk install perisian Metatrader di dalam komputer atau tablet, korang hanya perlu membuka browser internet pilihan masing-masing dan membuka laman website untuk web terminal tu.

Cuma, kekurangan yang terdapat adalah ianya tidak mampu untuk menyimpan template pilihan korang yang bermaksub korang perlu membuat setting setiap kali nak menggunakannya. Diharapkan Metatrader dapat mengubah aplikasi tersebut untuk menarik lebih ramai trader untuk menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, korang perlu ada sambungan internet untuk menggunakannya.

UPDATE: bermula 6hb Mac 2023, aplikasi MT4 telah kembali ke APP STORE (IOS). Lega la korang ehh..

Jadi, apakah platform trading pilihan korang? Yang mana lebih mudah digunakan, user friendly. Cuba kongsikan pilihan korang dekat komen. Kita sharing is caring sesama kita. Ayuhhhh .. !!!


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi May 10, 2023
Read more ...

Slippage berlaku apabila sesuatu order itu dilaksanakan pada harga yang berlainan daripada harga yang diminta. Perbezaan antara harga yang diharapkan diisi dengan harga sebenar diisi adalah slippage. Setiap kali order korang diisi pada harga yang berlainan daripada harga diminta, maka ia dipanggil slippage. Slippage ini tidak semestinya sesuatu yang negatif kerana mana-mana perbezaan di antara harga diminta dan harga sebenar diisi layak dipanggil slippage.

Harga pasaran boleh berubah dengan cepat, yang menyebabkan slippage untuk berlaku sewaktu delay di antara order diproses dan juga siap transaksi.

Slippage berlaku semasa pasaran berada dalam keadaan volatile, contohnya semasa berita terkini atau apabila data ekonomi dihebahkan.

Di bawah keadaan pasaran yang normal dalam forex, pasangan matawang utama (major pair) adalah kurang terdedah kepada slippage kerana matawang tersebut adalah lebih cair berbanding matawang jenis lain.

Major pair yang dinyatakan adalah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, AUD/USD dan NZD/USD.

Korang boleh melindungi diri dari slippage dengan meletakkan LIMIT ORDER dan menghindari INSTANT ORDER.


CONTOH SLIPPAGE

Katakan korang cuba untuk membeli EUR/USD pada harga 1.1050. Jadi, dekat platform trading tu, korang dah nampak tertera harga 1.1050 dan tekan BUY.

Jadi, 1.1050 adalah harga yang korang nak order tersebut dilaksanakan.

Order tersebut akan dihantar ke broker melalui sambungan internet korang.

Setelah menerima order tersebut, broker seterusnya akan memeriksa sama ada korang memiliki fund yang mencukupi untuk melaksanakan order tersebut. Ini bermakna, broker akan memastikan bahawa korang ada free margin yang cukup selepas mengambilkira position lain yang ada.

Tempoh masa dari transaksi komunikasi sehingga memproses data, kesemua langkah ini akan menyebabkan delay. Ini bermakna, dari saat broker menghantar quote asal, sehingga kepada masa broker boleh melaksanakan order tersebut, harga semasa mungkin telah berubah.

Perbezaan harga antara harga yang di “QUOTE” dengan harga yang di “FILL” dikenali sebagai slippage.

Harga akhir yang dilaksanakan dengan harga maksub dilaksanakan akan mempunyai tiga hasil, iaitu:

  1. Tiada slippage
  2. Slippage positif
  3. Slippage negatif


TIADA SLIPPAGE

Apabila order dihantar, dan harga semasa yang ditawarkan adalah juga 1.1050 (seperti yang korang nakkan sebelum ni), maka order korang akan diisi dekat harga 1.1050.


SLIPPAGE POSITIF

Order dihantar, dan harga terbaik untuk BUY yang ditawarkan tiba-tiba bertukar kepada 1.1045 (5 pips kurang daripada harga yang dipinta), order seterusnya dilaksanakan pada harga yang lebih baik iaitu 1.1045.


SLIPPAGE NEGATIF

Order dihantar, dan harga terbaik untuk BUY yang ditawarkan tiba-tiba bertukar kepada 1.1057 (7 pips tinggi daripada harga yang diminta - requested), order seterusnya dilaksanakan pada harga 1.1057.


APA YANG MENYEBABKAN SLIPPAGE?

Macam mana slippage berlaku dan kenapa order tidak boleh filled dekat harga yang diminta?

Pasaran adalah merangkumi pembeli (buyer) dan penjual (seller).

Untuk setiap pembeli yang ingin membeli pada harga tertentu dengan kuantiti tertentu, perlukan juga jumlah yang sama banyak mereka yang ingin menjual pada harga tertentu dan kuantiti tertentu. Jika tidak, akan berlaku ketidaksamaan di antara pembeli dan penjual.

Inilah yang akan menyebabkan harga berubah-ubah dan bergerak naik atau turun.

Sebagai contoh, jika korang ingin menjual EUR/USD pada 1.1050, tetapi tidak mencukupi mereka yang ingin menjual EURO pada harga 1.1050, maka order korang perlu mencari harga terbaik seterusnya.

Harga itu semestinya perlu lebih tinggi (kerana tiada penjual di 1.1050), dan inilah yang menyebabkan slippage negatif. Katakanlah order korang fill pada 1.1053, maka korang mengalami slippage negatif sebanyak 3 pips.

Sebaliknya, jika terdapat ramai yang ingin menjual EURO, order korang mungkin dapat mencari penjual yang sanggup menjual pada harga yang lebih rendah dari 1.1050, seperti 1.1048. Jika order korang fill, maka korang dapat membeli EURO dengan harga 2pips lebih murah dari yang korang inginkan. Ini adalah slippage positif.

Slippage boleh berlaku kepada order STOP LOSS (SL). Ini bermakna bahawa jika korang meletakkan SL dalam order sebagai Pending Order (PO), jika harga bergerak laju, maka order korang mungkin tidak fill.

Sebagai contoh, korang membeli EUR/USD pada 1.1050 dan meletakkan SL pada 1.1030. Tiba-tiba sesuatu berlaku di Eropah, dan EUR/USD turun mendadak. SL korang akan triggered namun ia telah fill dekat harga 1.0930. Korang mengalami slippage negatif sebanyak 100 pips.


KENAPA SLIPPAGE ITU PENTING?

Slippage penting kerana korang mungkin akan menerima harga execution yang tidak adil. Broker akan menghasilkan keuntungan tanpa risiko dari korang.

Sebagai contoh, korang nak trade GBP/USD. Broker quote korang harga BID 1.3085 dan ASK 1.3090.

Apabila korang hantar market order, korang berharap untuk membeli pada harga 1.3090.

Tetapi disebabkan oleh delay semasa menguruskan order, katalah pasaran telah pun bergerak ke bawah kepada harga 1.3080. Broker sekarang ini boleh fill order korang dekat harga 1.3080. TETAPI korang minta nak beli dekat 1.3090.

Jadi, broker membeli GBP/USD pada 1.3080 dan seterusnya menjual dekat korang pada 1.3090, membuat keuntungan tanpa risiko sebanyak 10 pips untuk order tersebut.

Sebagai trader, korang tidak tahu bahawa harga telah berubah. Korang hanya melihat pesanan itu telah dilaksanakan pada 1.3090 yang merupakan harga di mana pesanan diletakkan.


REQUOTE

Daripada mengisi pesanan dengan harga yang berbeza, terdapat broker yang melakukan apa yang dikenali sebagai requote.

Ini adalah keadaan di mana broker tidak dapat atau tidak mahu mengisi pesanan dengan harga yang korang minta. Mereka meletakkan delay execution dan mengembalikan permintaan korang dengan penawaran yang berbeza, seringkali kurang menguntungkan korang.

Jika pasaran telah bergerak dengan limit tertentu, broker akan menghantar korang harga baru. Inilah yang dikatakan sebagai requote.

Seterusnya korang akan mendapat pilihan untuk berdagang dengan harga baru. Tentu sahaja, tiada jaminan bahawa pesanan baru itu akan terisi. Korang mungkin akan menerima penawaran requote sekali lagi. Ini sering berlaku jika pasaran bergerak laju, seperti semasa data ekonomi dilepaskan atau press conference bank negara.

Pada saat broker tu mendapat pesanan, pasaran telah bergerak terlalu laju untuk melaksanakan harga yang ditunjukkan.

Notification requote muncul di platform trading korang, yang memberitahu korang bahawa harga telah bergerak dan memberikan korang pilihan apakah korang bersedia menerima harga itu atau tidak.

Kebanyakkan masa, requote biasanya berlaku kepada perdagangan yang sangat besar.

Jika broker korang tidak dapat melaksanakan pesanan korang dengan segera, mungkin ada variasi harga yang signifikan, bahkan jika hanya baru beberapa saat berlalu.

Requote mungkin membuatkan korang kecewa, tetapi itu hanya mencerminkan kenyataan bahawa harga telah berubah dengan cepat.

Dengan demikian, jika requote berlaku semasa pasaran tenang atau korang mengalaminya secara berterusan, mungkin sudah waktunya untuk beralih kepada broker lain.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi May 03, 2023
Read more ...

APAKAH YANG DIMAKSUBKAN DENGAN OFF QUOTE NI?

Saban tahun, perdagangan automatik menjadi semakin popular. Oleh kerana itu, adalah tidak menghairankan bahawa platform yang paling terkenal digunakan untuk berdagang dengan robot oleh retail trader adalah MetaTrader 4 (MT4).

Di bawah ni, #abgman menjawab pertanyaan “Apa yang dimaksubkan dengan Off Quote di MT4 dan cara mengatasi perkara ni daripada berlaku?"

Semasa turun naik yang melampau dan kecairan yang rendah dalam pasaran, contohnya semasa berita ekonomi yang penting, pergerakan harga boleh turun dan naik dengan sangat cepat. Mesej ERROR di MT4 "OFF QUOTES" atau sebut harga tidak aktif bermaksub bahawa pada masa pesanan (order) korang sampai ke server, harga telah berubah dan menyebabkan order tersebut tidak boleh diterima. Ini bermakna tiada harga baru pada instrumen yang dipilih untuk beberapa waktu, dan harga terkini ini tidak lagi boleh dianggap sebagai harga pasaran. Atas sebab ini, apabila korang cuba untuk melaksanakan order pada harga ini, server akan memaparkan mesej "OUT OF QUOTES" @ kehabisan sebut harga dan enggan melengkapkannya. Off quote adalah perkara biasa semasa tempoh kecairan rendah, contohnya semasa tempoh berita berprofil tinggi atau sekitar waktu pasaran ditutup atau dibuka.


MENGAPAKAH ERROR OFF QUOTES BERLAKU?

Jom kita tengok faktor yang menyebabkan error OFF QUOTE berlaku. Terdapat banyak sebab untuk OFF QUOTE di MT4, seperti sambungan internet yang lemah, turun naik pasaran yang ketara dan ralat pelaksanaan dengan server broker. Secara amnya, jika MT4 tidak mendapat harga order daripada broker atau LP (Liquidity Provider), sebut harga tidak akan dipaparkan pada platform MT4.

Isu sambungan internet, sambungan internet yang teruk adalah sebab yang agak biasa untuk error MT4 136. Apabila membuat order trading, jika MT4 korang kehilangan sambungan internet atau gagal menyambung ke server broker, platform MT4 akan memaparkan error OFF QUOTE dalam order window.

Broker atau server LP akan menolak untuk melaksanakan order. Kadangkala, broker atau LP menolak order kerana tiada harga yang sepadan dengan BID/ASK korang pada waktu itu.

Sebagai contoh, korang meletakkan order jual EUR/USD pada 1.2030 dengan deviation maksimum sebanyak 5 pip. Pada masa yang sama, broker menawarkan korang harga jualan tertinggi 1.2020. Oleh itu, harga telah melebihi had deviation daripada harga yang korang letak. Order korang itu akan ditolak, dan MT4 akan memaparkan OFF QUOTE. Isu ini biasannya berlaku kerana pasaran sangat tidak menentu (volatile), dan broker tidak dapat menandingi harga real-time yang disediakan oleh MT4.


MACAM MANA NAK SELESAIKAN OFF QUOTE DI MT4?


KES #1: ISU SAMBUNGAN INTERNET.

OFF QUOTE dalam MT4 biasanya menunjukkan sambungan internet terputus dan menyebabkan tiada harga real-time tersedia. Semak sambungan internet korang. Jika ia perlahan, atau firewall korang menyekat MT4, platform mempunyai masalah dengan sambungan, dan korang melihat OFF QUOTE dalam error description MT4.

Jika OFF QUOTE disebabkan oleh masalah sambungan, korang perlu semak sama ada terdapat mana-mana mesej tersebut:

  • Pada komputer: lihat di bahagian bawah sebelah kanan platform jika korang dapat melihat mesej “INVALID ACCOUNT” atau “CONNECTION FAILED”.
  • Untuk mobile: jika korang menggunakan aplikasi mudah alih, sila semak sama ada mesej “DISCONNECTED” tertera di bahagian atas menu.


Langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jika korang melihat mana-mana mesej ini, korang mungkin tidak log masuk dengan betul. Sila ikuti langkah ini untuk menyelesaikan isu tersebut:

  • Semak ID: ID MT4 korang adalah ID yang merangkumi nombor akaun lima atau enam angka tanpa huruf.
  • Semak katalaluan: katalaluan MT4 korang diterima melalui email apabila korang mencipta akaun MT4 tersebut. Jika korang tidak dapat mencarinya atau telah menukarnya dan terlupa, sila hubungi CS (khidmat pelanggan) broker tersebut untuk dapatkan bantuan.
  • Semak server: pastikan server yang dipilih adalah tepat/betul berdasarkan kepada email yang diterima.
    • Pada komputer: klik “FILE” dan kemudian pilih “CONNECT TO TRADING ACCOUNT”. Korang akan melihat window muncul di mana korang boleh memilih server yang betul.
    • Pada mobile: klik “SETTING” kemudian “CONNECT” untuk memilih server yang korang nak akses.

Selain mengesahkan bahawa korang berada di server yang betul, adalah berguna untuk memastikan korang tidak cuba menyambung ke server demo.


Bagaimana untuk menyemak sama ada korang telah login?

Setelah berjaya LOGIN, korang akan melihat harga dalam bahagian “MARKET WATCH” di sebelah kiri panel trade MT4. Akhir sekali, jika korang masih tidak dapat menyambung, sila semak halaman “STATUS PLATFORM” untuk memastikan MT4 berfungsi dengan betul.


KES #2: ISU VOLATILITY MT4.

Isu yang biasa menyebabkan OFF QUOTE adalah volatility pasaran. Harga naik dan turun setiap saat dan berubah dengan sangat cepat. Harga terbaik berada di luar range maksimum deviation yang korang dah tetapkan untuk order trading korang tu.

Tetapan maksimum deviation ini membolehkan korang untuk memantau slippage dengan menentukan nilai maksimum pip deviation daripada harga order yang telah dihantar, yang korang sanggup terima untuk diisi. Namun, maksimum pip deviation yang ketat boleh menyebabkan penolakan order berdasarkan pergerakan pasaran yang cepat jika korang berdagang semasa situasi pasaran yang volatile.


KES #3: MASALAH TEKNIKAL BROKER.

Ini sangat jarang berlaku, tetapi broker boleh mengalami isu teknikal untuk connectivity dan juga boleh offline untuk beberapa saat hingga beberapa jam. Jika itu masalahnya, korang akan mendapat mesej error OFF QUOTE. Isu ini tidak dapat diselesaikan oleh korang kerana ianya melibatkan isu teknikal broker. Cuma apa yang dapat korang lakukan adalah dengan berhubung dengan khidmat pelanggan broker untuk menyatakan isu yang berlaku agar mereka mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu berkait. Buat sementara waktu, korang hanya boleh menunggu broker menyelesaikan isu berkenaan.


BAIKI ISU OFF QUOTE DENGAN MEMBUAT TETAPAN MAKSIMUM DEVIATION YANG LEBIH BESAR.

Pada window trading order execution MT4, ubah tetapan maksimum pips deviation dalam range untuk order trade korang. Deviation maksimum membolehkan korang untuk menentukan range pips yang dapat diterima jika pesanan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada harga yang dipinta.

Sebagai contoh, jika korang meletakkan 2 pips sebagai maksimum deviation, yang bermakna korang bersetuju jika harga yang dilaksanakan mungkin 2 pips lebih tinggi atau rendah dari harga yang diminta.

Dengan cara ini, korang dapat minimalkan jumlah pesanan yang ditolak. Dan itu sangat berguna semasa pasaran sangat volatile. Jika berlaku slippage, broker dapat memberikan korang harga yang dalam margin deviation.

Untuk memaksimumkan deviation, buka TOOLS > OPTIONS > TRADE TAB > dekat DEFAULT BY DEVIATION > KLIK DEFAULT dan masukkan jumlah pips yang korang nak. Klik OK dan lakukan order sekali lagi.


RINGKASAN !!!

  • Elakkan trading semasa pasaran sangat volatile dan juga liquidity rendah.
  • Periksa jika instrumen tersebut tersedia untuk trade ketika itu.
  • Jika error tersebut berterusan, sila berhubung dengan khidmat pelanggan broker tersebut.
  • Restart MT4 korang dan letakkan order sekali lagi, pastikan proses tersebut dilakukan tidak terlalu cepat.
  • Jika korang menggunakan expert advisor (EA), tutupkan sekejap selepas restart MT4 korang, dan aktifkan semula selepas itu, atau korang boleh cuba trade secara manual untuk memastikan isu OFF QUOTE telah selesai.

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi April 26, 2023
Read more ...


SEJARAH RINGKAS

Indikator Average True Range (ATR) diperkenalkan oleh J. Welles Wilder di dalam buku beliau bertajuk “New Concepts in Technical Trading” pada tahun 1978 (sumber). Di dalam buku yang sama, beliau juga memperkenalkan Relative Strength Index (RSI), dan juga Parabolic SAR (PSAR).

Dalam artikel ini, #abgman akan menerangkan apakah itu indikator ATR, apa yang diukur dan juga macam mana nak gunakan indikator ATR dalam trading menggunakan MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5). Kita juga akan melihat macam mana nak gunakan ATR di dalam sistem trading.


APAKAH YANG DIMAKSUBKAN DENGAN INDIKATOR ATR?

Indikator ATR ini mengukur volatility di dalam pasaran. TETAPI bagaimana ATR melakukannya?

Wilder mengembangkan indikatornya semasa meninjau pasaran komoditi, dan menyedari bahawa mengukur volatility dengan melihat rentang (range) perdagangan harian adalah terlalu sederhana. Sebaliknya, beliau menentukan bahawa untuk memberikan angka yang tepat untuk volatility dalam tempoh masa tertentu, penutupan sesi dagangan perlu dipertimbangkan bersama dengan harga tinggi semasa dan rendah semasa.

Dengan demikian, beliau mendefinasikan rentang sebenarnya (true range) berdasarkan kepada tiga nilai tersebut iaitu:

  • Jarak antara arus tinggi dan rendah
  • Jarak antara penutupan sebelumnya dan tinggi semasa
  • Jarak antara penutupan sebelumnya dan rendah semasa

Beliau seterusnya mencadangkan untuk mengambil purata (average) ini selama beberapa hari untuk memberikan nilai volatility yang tepat. Secara logiknya, beliau menyebut ini sebagai Average True Range.

Pada dasarnya, ATR adalah moving average dari true range selama tempoh masa yang telah ditentukan. Untungnya, trader yang menggunakan MT4 atau MT5 tidak perlu bimbang untuk membuat kira-kira formula, kerana kedua platform tersebut akan melakukan pengiraan untuk korang secara automatik.

Selanjutnya, kita akan melihat cara menggunakan indikator ATR di MT4 dan MT5.


MACAM MANA NAK MENGGUNAKAN INDIKATOR ATR DI MT4 DAN MT5?

Indikator ATR datang secara default saat korang install MT4 dan juga MT5, yang bermakna korang tidak perlu untuk download file tambahan untuk menggunakan fungsi tersebut.

Di MT4 dan MT5 korang akan menemukan indikator ATR di bahagian “INDIKATOR” di dalam windows “NAVIGATOR” di sisi kiri skrin korang.

Atau jika untuk MT4 mobile pula, korang boleh tengok video di bawah macam mana nak masukkan indikator ATR tu.

Apabila korang menambahkan indikator ATR ke carta, korang akan disajikan dengan windows untuk setting indikator ATR tersebut. Satu-satunya setting yang perlu korang fikirkan adalah “PERIOD”.

Ini adalah jumlah period di mana MT4 dan MT5 akan melakukan pengiraan untuk ATR. Seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas untuk setting ATR, nilai default adalah 14, yang merupakan point bermula yang terbaik untuk trader. Setelah korang sudah terbiasa dengan indikator ATR, korang mungkin nak berEKSPERIMEN dengan menggunakan period yang berbeza untuk mendapatkan period yang terbaik untuk korang.

Setelah korang klik OK, indikator ATR akan terpampang di bahagian carta korang tu.

(Untuk maklumat lanjut macam mana korang nak masukkan indikator ATR ke dalam carta, korang boleh rujuk kepada ARTIKEL ini)


MACAM MANA NAK MENGGUNAKAN INDIKATOR ATR DI DALAM TRADING.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, indikator ATR mengukur tahap volatility di pasaran. Seringkali, para trader salah tafsir dengan tepat apakah maknanya, kerana terkeliru antara volatility dengan momentum.

Tidak seperti momentum, volatility tidak memberitahu korang apa pun tentang kekuatan trend, juga tidak memberitahu korang arahnya. Sebaliknya, ia hanya memberitahu korang berapa banyak harga yang berlegar di sekitar harga purata.

Jadi, apakah kegunaan ATR untuk trading?

Salah satu penggunaan ATR yang biasa adalah membantu trader meletakkan STOP LOSS (SL) yang sesuai. Sebagai contoh, jika ATR menunjukkan bahawa volatility semasa adalah rendah, maka para trader boleh meletakkan SL yang ketat.

Sebaliknya ketika volatility adalah tinggi, para trader dinasihatkan untuk meletakkan SL lebih jauh daripada entry korang. Ini kerana, ketika volatility tinggi, trader akan mengharapkan pergerakan harga yang lebih besar. Oleh kerana itu, SL yang terlalu ketat mungkin akan terkena dahulu sebelum waktunya semasa pasaran yang volatile.

(Disyorkan untuk korang meletakkan SL pada jarak x1.5 daripada nilai ATR yang tertera pada carta korang. Katalah nilai ATR yang tertera untuk pair yang korang tengok sekarang adalah 150 point, maka jarak SL yang disyorkan berdasarkan kepada ATR tersebut adalah 225 point daripada entry korang tu.)


RINGKASAN !!!

Indikator ATR awalnya dicipta untuk komoditi, tetapi hari ini ianya digunapakai secara meluas ke pasaran saham dan forex, dan merupakan salah satu indikator volatility tersedia yang paling popular.

Kerana indikator ATR tidak mengukur arah dan hanya mempertimbangkan besarnya kisaran, indikator ini memiliki penggunaan terbatas untuk menghasilkan signal dagangan. Namun, ATR adalah alat yang berguna untuk memberikan gambaran tentang seberapa banyak pasaran sedang bergerak. Sebaliknya, ia dapat membantu korang untuk meletakkan SL yang sesuai di tempatnya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi April 19, 2023
Read more ...


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN OHLC NI?

OHLC adalah singkatan kepada Open, High, Low dan Close.

Bahasa mudahnya, OHLC adalah asas pergerakan harga yang seterusnya akan membentuk candle (lilin). Ianya akan menunjukkan harga untuk open (buka), high (tinggi), low (rendah) dan close (tutup) untuk setiap tempoh masa (timeframe) atau period. OHLC boleh digunakan dekat mana-mana timeframe, tidak tertakluk kepada hanya satu timeframe sahaja. Manakala teknik yang menggunapakai OHLC adalah pelbagai.

OHLC terbentuk  berdasarkan kepada timeframe yang korang rujuk. Sebagai contoh, jika korang trade menggunakan timeframe D1, maka OHLC yang sempurna hanya akan siap terbentuk apabila sesi trading berakhir. Jadi, pastikan korang tunggu OHLC siap sepenuhnya sebelum membuat apa-apa keputusan trading kerana bentuk/maklumat OHLC tu masih boleh berubah selagi ia tidak siap sepenuhnya.

OHLC adalah sangat berguna kerana ia menunjukkan empat point major, dengan harga close dikatakan yang paling penting untuk kebanyakkan trader. OHLC juga mampu untuk menunjukkan momentum sesuatu trend itu semakin bertambah atau berkurang. Apabila harga open dan close terletak berjauhan maka ia menunjukkan momentum pergerakan market yang kuat, manakala jika open dan close adalah dekat maka ia menunjukkan bahawa market tiada arah yang nyata atau momentum yang lemah ketika itu.

Kedudukan untuk high dan low untuk dua jenis candle bull dan bear itu adalah sama sahaja. High adalah harga tertinggi untuk candle tersebut bagi period itu. Manakala low pula adalah harga terendah yang candle itu turun sepanjang period tersebut bergerak sebelum ianya siap.

Untuk harga open dan close pula mungkin sedikit mengelirukan buat mereka yang masih baru berkenalan dengan carta ni. Maksub open dan close candle mewakili kedudukan harga semasa ianya dibuka dan ditutup.

  • Untuk candle bull @ buy, harga open akan berada di kedudukan bawah pada body candle itu.
  • Manakala untuk candle bear @ sell pula, harga open akan berada di kedudukan atas pada body candle.

Rujuk kepada gambar di atas untuk lebih faham. Perbezaan di antara candle bull dan bear adalah pada kedudukan harga open dan close untuk sebatang candle tersebut.


MACAM MANA NAK GUNA OHLC DALAM TRADING?

Untuk contoh penggunaan OHLC dalam analisa teknikal, korang boleh refer dekat artikel >>> INI.

Ini adalah salah satu teknik/cara yang digunapakai oleh para trader OHLC. Banyak lagi teknik/cara lain untuk analisa berdasarkan kepada OHLC ni. Nanti #abgman share teknik lain pula yang berdasarkan kepada OHLC ni ye. Stay tune gais.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi April 05, 2023
Read more ...

Antara soalan yang biasa ditanya adalah,

“Tuan, broker forex mana yang selamat untuk deposit dan trade?”

Itulah kan. Mesti korang pun pernah alami keadaan dimana korang dah trade penat-penat, tiba-tiba bila nak keluarkan duit, sangkut tak lepas. Barulah masa tu kantoi broker tu tak gentel. Sakit juga tu kan.

Jadi, macam mana nak pilih broker yang selamat ni? Ada tip ke ke? Terdapat beberapa kriteria yang perlu korang perhatikan sebelum membuat deposit.


Antaranya ..

1. Korang perlu memastikan bahawa broker tersebut berdaftar dengan REGULATOR yang kukuh.

  • Contoh regulator adalah
    • FCA / FSA: UK
    • NFA / COMMODITY FUTURES TRADING COMMISSION (CFTC): USA
    • CYSEC: Cyprus
    • ASIC: Australia
  • Regulator tersebut adalah tegas dalam menangani salahlaku yang dilakukan oleh pihak broker.
  • Deposit korang adalah lebih selamat kerana ada tempat untuk mengadu andai berlaku sesuatu salahlaku oleh broker.

2. Korang juga perlu memerhatikan saiz komisen (swap dan spread) kerana keduanya adalah merupakan pendapatan broker.

  • Andai cas komisen yang dikenakan terlampau tinggi maka korang perlu mendapatkan jarak profit atau pips yang lebih jauh. Agak penat untuk dapatkan pips yang banyak ni.
  • Korang juga perlu tahu samaada spread yang ditawarkan adalah tetap (fix) atau terapung (variable), ini kerana dengan perubahan pasaran yang ketara, parameter ini boleh berubah dengan ketara juga.
  • Untuk trader beragama ISLAM, korang perlu memastikan bahawa cas SWAP tersebut boleh dikecualikan ke atas korang.

3. Deposit permulaan untuk setiap akaun trading juga antara kriteria penting. 

  • Pelbagai broker menawarkan pelbagai jenis akaun trading kepada trader. Dan setiap akaun trading tersebut mempunyai nilai yang berbeza untuk deposit permulaan. Ada yang serendah $1 sehingga setinggi $1000 untuk permulaan.
  • Kegagalan untuk deposit nilai yang betul akan menyebabkan akaun trading tersebut tidak dapat diaktifkan. Korang perlu mencari broker yang menawarkan nilai deposit yang sesuai dengan kemampuan poket korang la ye.
  • Adakah ini bermakna korang perlu deposit nilai permulaan ni setiap kali nak topup? Untuk topup akaun trading tersebut, korang boleh deposit tanpa limit minima. Ini kerana akaun tersebut telah aktif setelah korang deposit permulaan dan melakukan transaksi entry yang pertama.
  • Contohnya seperti broker TradingPro ada menawarkan akaun jenis ECN dengan modal permulaan serendah $50. Spread yang rendah semestinya untuk akaun trading jenis ECN ni.

4. Ciri-ciri deposit dan WD (pengeluaran wang). Kedua proses tersebut perlu menggunakan pelbagai jenis sistem pembayaran dan kelajuan transaksi adalah penting. Juga tiada isu viral@lambat berkenaan deposit dan WD.

5. Kebolehpercayaan dan sejarah broker. Korang perlu ambil tahu tentang:-

  • Pengalaman broker. Bila mula beroperasi?
  • Lesen. Bila dikeluarkan?
  • Dimana broker didaftarkan? Berkait dengan regulator.
  • Berapa jumlah modal yang dimiliki? Ini perlu untuk menunjukkan kestabilan kewangan broker; jika berlaku FORCE MAJEURE, maka broker mampu untuk membayar keuntungan kepada pelanggannya.
  • Apakah ulasan pelanggan (review @ testimonial)?

6. Kelajuan pelaksaan pesanan (order).

  • Berapa cepat transaksi ditutup dalam pasaran? Ini kerana jika ianya lambat diproses, maka korang akan mengalami kerugian.

7. Sekatan tambahan. Terdapat broker yang menetapkan had pada jumlah minima dana pada deposit dan bilangan transaksi yang boleh dilakukan dalam satu masa.

8. Perjanjian kerjasama pula penting untuk memastikan terdapat mekanisma untuk menyelesaikan pertikaian, yang ditetapkan dalam perjanjian, sebelum korang bersetuju untuk membuka akaun trading di broker tersebut.

9. Broker tersebut juga sepatutnya mempunyai pejabat urusan atau wakil di Malaysia untuk memudahkan korang berurusan sekiranya perlu.

10. Tiada trading rule yang pelik-pelik. Kebiasaan trading rule yang pelik ni hanyalah untuk menyusahkan korang daripada mampu untuk menjana keuntungan daripada trading korang.

11. Juga terdapat broker yang biasanya menawarkan BONUS untuk deposit, tetapi ianya tidak support floating. Sekiranya korang mendapat tawaran sedemikian, seeloknya abaikan sahaja bonus tersebut sebab ada pun tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk akaun trading korang tu. Perhiasan semata-mata.


Kesimpulannya ..

Untuk membolehkan korang mampu trade lama, #abgman syorkan satu amalan yang bagus untuk korang sebagai trader, iaitu korang buatlah WD secara konsisten kesemua profit yang telah dibuat tanpa mengira jumlah profit. Selagi USD tersebut berada di dalam akaun trading atau wallet/kabinet, ianya masih lagi dikira sebagai hakmilik broker sebab bila-bila masa je USD tersebut boleh hilang atau habis. Tapi bila korang dah WD masa tu barulah jadi hakmilik sah korang.

Seandainya jika broker tersebut tutup perniagaan, korang tidak kehilangan kesemua dana deposit. Jadi kuranglah risiko korang kena tipu dengan broker. Jika korang perlu topup akaun, deposit je semula duit yang korang dah WD tu. Nampak macam menyusahkan sebab perlu buat deposit banyak kali TETAPI ianya adalah selamat untuk tempoh masa yang lama.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 29, 2023
Read more ...

MC adalah singkatan kepada Margin Call yang bermaksub kekurangan margin dalam akaun trading atau habis kesemua modal pelaburan. Dalam forex trading, tahap margin call adalah apabila tahap margin telah mencapai tahap atau ambang tertentu.

Apabila ambang ini dicapai, korang berada dalam kemungkinan bahaya. Ini kerana korang telah mempunyai beberapa atau semua entry korang akan ditutup secara paksa atau dicairkan. Tahap margin ialah metrik dan tahap panggilan margin ialah nilai khusus metrik iaitu tahap margin.

Margin call juga boleh berlaku apabila trader tidak lagi mempunyai sebarang margin boleh guna atau bebas. Ini bermaksub akaun korang tu memerlukan lebih banyak deposit untuk menampung kerugian semasa. Ini akan berlaku apabila kerugian dagangan mengurangkan margin boleh guna di bawah tahap yang boleh diterima (ditentukan oleh broker). Setiap jenis akaun yang dibuka mempunyai tahap margin call yang berbeza-beza.


APA YANG MENYEBABKAN MARGIN CALL?

Korang pernah tak mengalami MC tapi masih lagi mahu meneruskan trading dalam forex? Duit dah banyak habis, tapi masih tidak serik untuk trade forex?

#abgman yakin korang telah mengalami sekurangnya sekali MC sepanjang korang trade forex kan? Apabila berlakunya MC, ada je trader yang masih tak ambil serius kenapa mereka MC. Yang biasa berlaku adalah, korang mengetahui kesilapan yang dilakukan selepas MC tetapi selepas korang deposit modal baru, korang masih lagi melakukan kesilapan yang sama dan akhirnya menyesal kembali (tapi sekejap je .. pasti berulang lagi selagi korang tidak betul2 belajar daripada kesilapan tersebut).

Lazimnya, penyebab MC adalah korang tidak mengikut perancangan sop trading. Sop penting diabaikan menyebabkan korang terdedah kepada potensi besar untuk loss, lebih teruk lagi MC keseluruhan modal trading.


#abgman SENARAIKAN ANTARA PENYEBAB BERLAKUNYA MC

1. Entry tanpa Stop Loss (SL)

  • SL mampu mengelakkan korang daripada mengalami lebih banyak kerugian. Kebiasaannya trader meletakkan HOPE ANALYSIS dengan berharap floating loss mereka akan bertukar menjadi keuntungan walaupun telah jelas analisa mereka tidak tepat.

2. Tidak berani untuk Cut Loss (CL)

  • Biasa berlaku apabila floating loss semakin besar, dan korang pula tidak sanggup menerima kenyataan kerugian tersebut. Yang mana menyebabkan kerugian semakin banyak dan akhirnya korang MC.

3. Entry dengan lot besar.

  • Kebanyakkan trader tamak akan membuat entry dengan lot besar kononnya ingin mendapatkan keuntungan besar daripada sekali entry. Sekalipun analisa yang dibuat adalah tepat, namun korang perlu ingat bahawa pergerakan harga forex bukanlah pergerakan yang lurus semata-mata. Harga akan sentiasa melakukan retracement samaada untuk mendapatkan momentum meneruskan perjalanan atau memang sudah sampai waktu untuk berubah arah pergerakan. Jadi dengan meletakkan saiz lot yang terlampau besar adalah sangat-sangat merisikokan akaun trading korang.

4. Entry dengan layer yang banyak.

  • Selain daripada saiz lot yang terlampau besar, jika korang entry dengan lot yang kecil tapi layer terlampau banyak juga boleh menyebabkan berlakunya MC. Market tidak mengikut analisa korang, koranglah yang perlu mengikut arah market untuk mendapatkan keuntungan yang setimpal. Korang berasa yakin dengan analisa disebabkan layer banyak tetapi apabila layer melebihi kemampuan modal akan menyebabkan akaun trading tersebut MC jika market membuat pergerakan besar menjauhi kawasan korang layer.

CARA UNTUK MENGELAKKAN MC

1. Tutup (CL) entry semasa yang sedang rugi ATAU tambah modal sebelum MC.

Jika modal di dalam akaun trading korang hampir mencapai had, korang boleh membuat dua pilihan.

  • Pertama, tutup entry semasa. Ini harus dilakukan walaupun korang masih dalam floating untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
  • Kedua, korang boleh deposit modal tambahan supaya tahap margin akaun trading korang meningkat.

2. Pilih leverage yang sesuai.

Leverage boleh membantu trader untuk mendapatkan keuntungan dengan modal yang minimum tetapi ia juga boleh menyebabkan kerugian kerana overtrade disebabkan mampu untuk layer entry kerana leverage yang besar.

3. Money management yang baik.

MC tidak akan berlaku jika korang mengamalkan pengurusan kewangan yang baik, seperti hanya meletakkan 2% ekuiti dalam trading. Katakan korang mempunyai modal sebanyak $1000, maka korang hanya perlu risiko kan $20 untuk setiap entry. Jadi korang perlu melakukan kesilapan sebanyak 50x sebelum akaun trading tersebut MC. Agak mustahil berlaku melainkan korang tidak belajar daripada kesilapan.

Setiap entry yang korang lakukan sentiasa berisiko untuk RUGI, malah lebih teruk lagi habis keseluruhan modal trading. Apa yang mampu menghalang daripada MC adalah dengan mengelakkann melakukan 4 kesilapan di atas.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi February 06, 2023
Read more ...

Jadi apa yang dimaksubkan dengan leverage ni? Dalam bahasa mudahnya leverage boleh dikatakan sebagai pinjaman daripada broker kepada para trader namun tidak perlu dibayar kembali kepada broker sekiranya korang LOSS atau Margin Call (MC). Maksubnya korang tak perlu fikir macam mana nak bayar balik duit tu kalau MC.


Seperti mana yang korang sedia maklum, pasaran forex adalah sebesar $5 trillion yang mana memang memerlukan modal besar untuk korang berdagang di dalamnya. Dan seperti kebanyakkan orang, tidak semua mampu untuk menyediakan modal besar untuk mulakan dagangan. Maka di atas sebab inilah maka konsep leverage daripada broker diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada semua orang berdagang forex dengan modal yang minima.


Dengan adanya leverage, korang mampu untuk trade seolah ada modal besar. Sebab itu jangan hairan mengapa korang boleh buka lot besar dengan modal kecil. Besar atau kecil leverage adalah bergantung kepada yang ditawarkan oleh broker. Ada broker yang menawarkan serendah 1:50 dan ada juga sampai 1:2000.

Leverage ni boleh juga dijadikan sebagai money management trader. Macam mana tu? Untuk mengurangkan risiko akaun korang cepat MC, #abgman syorkan korang menggunakan leverage yang kecil. Ini kerana dengan menggunakan leverage kecil seperti 1:100 korang hanya akan mampu membuka entry dengan saiz lot yang kecil, yang mana dapat memastikan akaun korang selamat walaupun sedang floating.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 30, 2023
Read more ...

Apa yang dimaksubkan dengan CURRENCY PAIR (pasangan matawang) dalam forex?

Pasangan matawang ialah SEBUT HARGA @ QUOTATION untuk dua matawang yang berbeza, dengan nilai satu matawang disebut harga berbanding matawang yang lain. Matawang yang pertama dalam pasangan matawang dipanggil matawang asas (base), dan matawang kedua dipanggil matawang sebut harga (quote).

Sebagai contoh pasangan matawang USD/JPY. Maka USD adalah matawang asas (base) manakala JPY pula adalah matawang sebut harga (quote).

Pasangan matawang disebut berdasarkan harga bida (beli) dan permintaan (jual). Harga bida ialah harga yang broker forex akan membeli matawang asas daripada korang, sebagai pertukaran untuk sebut harga atau matawang kaunter. Permintaan (atau juga disebut sebagai tawaran) ialah harga yang broker akan menjual matawang asas kepada korang sebagai pertukaran untuk sebut harga atau matawang balas.

Apabila berdagang matawang, korang menjual satu matawang untuk membeli matawang yang lain. Sebaliknya, apabila berdagang komoditi atau saham, korang menggunakan wang tunai untuk membeli unit komoditi itu atau beberapa saham-saham tertentu. Data ekonomi yang berkaitan dengan pasangan matawang, seperti kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK), mempengaruhi harga pasangan dagangan.


Pasangan Matawang Utama (Major Pair)

Pasangan matawang yang didagangkan secara meluar ialah EURO berbanding DOLLAR A. S atau ditunjukkan sebagai EUR/USD. Malah ia adalah pasangan matawang paling cair di dunia kerana ia adalah yang paling banyak didagangkan. Sebut harga EUR/USD = 1.2500 bermakna satu EURO ditukar kepada 1.2500 DOLLAR A. S.. Dalam kes ini, EUR ialah matawang asas dan USD ialah matawang sebut harga (matawang kaunter). Cara lain untuk melihat perkara ini ialah korang akan dikenakan bayaran $125 untuk membeli 100 Euro.

Matawang yang berdagang paling banyak volume berbanding DOLLAR A.S. dirujuk sebagai matawang utama (MAJOR PAIR); termasuk

  • EUR/USD
  • USD/JPY
  • GBP/USD
  • USD/CHF
  • AUD/USD
  • USD/CAD

Dua pasangan matawang dalam senarai di atas iaitu AUD/USD & USD/CAD juga dikenali sebagai matawang komoditi kerana kedua-dua Kanada dan Australia kaya dengan komoditi dan kedua negara dipengaruhi oleh harga mereka. Major pair cenderung mempunyai pasaran paling cair dan berdagang 24 jam sehari dari Isnin hingga Khamis. Pasaran matawang dibuka pada pagi Isnin (waktu tempatan GMT +8) dan ditutup pada hari Sabtu pukul empat (4) pagi.


Pasangan Matawang Kecil (Minor Pair)

Pasangan matawang yang tidak dikaitkan dengan DOLLAR A.S. disebut sebagai matawang kecil (minor) atau CROSS. Matawang ini berasal daripada negara yang mempunyai kekuatan ekonomi dunia seperti Eropah, Great Britain, Kanada, Jepun, Australia, New Zealand dan Switzerland. Pasangan ini mempunyai spread yang sedikit besar dan tidak secair seperti yang utama, tetapi ia adalah pasaran yang cukup cair. Pasangan cross yang berdagang paling banyak volume adalah antara pasangan matawang dimana matawang individu juga merupakan matawang utama. Contoh pasangan cross tersebut adalah EUR/GBP. GBP/JPY dan EUR/CHF.


Pasangan Matawang Eksotik (Exotic Pair)

Pasangan matawang eksotik termasuk matawang negara yang mempunyai ekonomi lebih kecil dari perspektif global seperti negara Brazil, Mexico, Hungary, Hong Kong dan Singapura. Pasangan ini tidak cair (pergerakan chart adalah perlahan), dan spread lebih besar. Contoh pasangan matawang eksotik ialah USD/SGD (DOLLAR A. S. x DOLLAR Singapura).


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 23, 2023
Read more ...

Money Management (pengurusan kewangan) atau biasa disebut sebagai MM merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan korang dalam trading. Nampak macam mudah je MM ni tapi tak semua orang betul-betul mampu ikut 100% yang telah mereka rancang.

Contoh, mereka rancang untuk merisikokan 2% daripada modal pada setiap entry yang dibuat, namun disebabkan kerap kena Stop Loss (SL) mereka tidak mengikut rancangan asal dengan mengubah risiko trading kepada 10% hanya kerana nak membalas dendam kepada market.

Percayalah .. perbuatan ni hanya akan merosakkan lagi akaun trading dan mental korang.

Sepatutnya apa yang perlu korang lakukan adalah untuk berhenti trading buat seketika apabila mengalami kerugian secara berturut. Supaya emosi korang kembali stabil dan korang mampu untuk membuat analisa dengan tenang kembali.

“Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.”

Forex trading adalah suatu perniagaan, dan dalam setiap perniagaan HOLDING POWER adalah amat penting. Salah satu cara untuk bertahan dalam sesuatu perniagaan adalah MM. Dalam menguruskan modal forex trading, (tiada kos untuk marketing, sewa kedai, upah pekerja, urusniaga dengan pembekal dan lain-lain kos yang berkaitan dengan perniagaan) korang hanya perlu menguruskan akaun trading dengan baik.


TEKNIK MONEY MANAGEMENT YANG PADU!!!

Untuk beginner dan juga mereka yang masih lagi mengalami kerugian berterusan di dalam trading, #abgman ingin mensyorkan korang untuk mengikuti cara MM yang dikongsikan ini.

Apa kata korang cuba risikokan hanya 2% untuk setiap entry korang tu. Dengan cara ini, korang mempunyai kira2 50x SL untuk Margin Call (MC).

Selain itu, Risk:Reward ratio 1:2 iaitu SL 2% dan Take Profit (TP) 4% juga perlu diamalkan.

Sebagai contoh, katalah korang ada modal $1000, maka risiko SL korang hanyalah $20 dan TP pula adalah $40.

Atau korang boleh gunakan R:R yang sedikit besar iaitu 1:3. Jadi SL korang kekal $20 untuk 1 setup, manakala TP adalah $60. Jika korang rugi 6x dalam 10x trade, korang masih lagi untung sebanyak $120 untuk 4x TP.

TP 4x $60 = $240

SL 6x $20 = $120

Keseluruhan $240-$120 = $120

*masih lagi UNTUNG > RUGI

Jika korang merisikokan akaun sehingga 10%, korang hanya memerlukan 10x terkena SL untuk MC. Tanya diri sendiri adakah korang sanggup merisikokan 10%

Kalau nak bertahan lama, sila gunakan % risiko SL dan TP yang sesuai. Tapi yang paling utama adalah, korang WAJIB ikut rancangan tersebut untuk berjaya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

--

MONEY MANAGEMENT (PART 2)

MONEY MANAGEMENT (PART 3)

hilmannawi January 16, 2023
Read more ...

Persoalan yang biasa kedengaran ..

Tuan .. bila waktu yang elok untuk analisa? .. Bila masa yang sesuai untuk entry?

Okay .. jom #abgman kongsikan tentang isu ni.

Terdapat perkara basic yang korang perlu tahu, iaitu pergerakan market forex ni berlaku selama 24 jam dan ianya terbahagi kepada tiga sesi urusniaga yang berlainan iaitu:

  • Asia
  • Eropah (juga dikenali sebagai London Open)
  • dan Amerika (New York)
Korang juga perlu tahu bahawa setiap pasangan matawang tersebut mempunyai waktu aktif yang berlainan. Contohnya, untuk waktu tempatan di Malaysia, pasangan USDJPY adalah aktif pada waktu pagi (ketika Tokyo memulakan sesi dagangan mereka) dan juga aktif waktu malam (apabila New York pula memulakan sesi dagangan mereka).


KENAPA PERLU AMBIL TAHU TENTANG MASA NI?

Pergerakan pasangan matawang adalah dipengaruhi oleh sesi dagangan. Ianya aktif pada waktu yang berbeza mengikut waktu sesi dagangan tersebut. Pada waktu market aktif, korang akan dapat melihat banyak pergerakan pada carta, yang seterusnya akan mempengaruhi analisa yang dibuat ketika itu.

Market juga adalah aktif apabila dua sesi dagangan bertindih iaitu:

  • sesi TOKYO vs. LONDON (5 petang waktu tempatan); dan juga
  • sesi LONDON vs. NEW YORK (8 malam ke atas)

Masa terbaik untuk korang trade adalah bila terdapat banyak transaksi @  LIQUIDITY pada waktu tersebut.


PERTINDIHAN SESI TOKYO VS. LONDON

Liquidity pada sesi ini tidak begitu banyak. Sebab itu jarang berlaku pergerakan yang besar atau laju ketika ini melainkan terdapat berita yang berkait dengan matawang ASIA tersebut.


PERTINDIHAN SESI LONDON VS. NEW YORK

Dua pusat kewangan terbesar iaitu LONDON dan NEW YORK sedang beroperasi ketika ini. Korang akan dapat melihat pergerakan besar dalam pasaran pada sesi ini, lebih lagi jika terdapat berita dari USA dan KANADA.


JADI BILA WAKTU SESUAI UNTUK ENTRY?

Adalah syorkan untuk korang trade pada sesi LONDON VS. NEW YORK yang menyaksikan pergerakan harga yang laju. Ini akan membantu entry korang cepat mencapai sasaran.

Manakala adalah digalakkan juga korang untuk mengelakkan trade selepas pukul 12 tengah malam. KENAPA? Alasannya adalah kerana selepas tengah malam, pergerakan harga adalah perlahan disebabkan hanya pasaran NEW YORK sahaja yang beroperasi ketika ini. Sekiranya korang entry juga pada waktu itu, kemungkinan besar korang terpaksa menunggu lama untuk harga sampai dekat TP korang.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 02, 2023
Read more ...

Dalam artikel sebelum ini #abgman ada menulis tentang JENIS-JENIS AKAUN TRADING untuk forex. hari ini #abgman nak berkongsi berkenaan JENIS-JENIS BROKER yang perlu korang tahu sebelum memilih broker mana untuk korang gunakan.


Jenis broker yang biasa digunakan adalah seperti yang #abgman senaraikan di bawah ni.

  1. STRAIGHT-THROUGH PROCESSING (STP)
  2. A-BOOK
  3. B-BOOK
  4. MARKET MAKER
  5. DEALING DESK
  6. NO DEALING DESK (NDD)


#1 STRAIGHT-THROUGH PROCESSING (STP)

STP ni boleh dikatakan jenis akaun yang biasa ditawarkan oleh broker-broker kerana ianya adalah satu proses automatik yang berlaku sepenuhnya melalui pemindahan secara elektronik tanpa sebarang campur tangan manual. Penggunaannya adalah popular untuk pemprosesan pembayaran serta pemprosesan perdagangan sekuriti. Mana-mana syarikat yang terlibat dengan STP perlu mempunyai sistem dan rangkaian teknikal yang diperlukan untuk memudahkan kecekapan STP. Komputer, kerangka utama (mainframes), pertukaran elektronik dan internet semuanya meningkatkan peluang untuk pemprosesan STP.

Secara amnya, STP paling terkenal dalam bidang pembayaran dan perdagangan sekuriti. Walau bagaimanapun, secara amnya ia adalah metodologi yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai senario teknikal. Dalam semua bidang STP, teknologi untuk STP sentiasa berkembang. Untuk pembayaran, matawang kripto dan penyedia fintech telah memperkenalkan sejenis STP yang lebih pantas, terutamanya sebagai alternatif kepada bank.

ACH dan SWIFT merupakan penemuan yang mengubah keupayaan bank dan juga mencipta pelbagai peluang untuk platform teknologi kewangan. STP sendiri telah meningkatkan kecekapan dan kelajuan pembayaran domestik dan juga di peringkat global. STP menyelaraskan penggunaan maklumat pembayaran dan maklumat routing supaya arahan tidak perlu dimasukkan secara manual.


BAGAIMANA STP BERBEZA DARIPADA PEMBAYARAN TRADISI?

Kaedah tradisional menghantar wang melibatkan pelbagai jabatan pada permulaan dan penerimaan pemindahan yang boleh mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan. Pembayaran akan dimulakan terlebih dahulu melalui telefon atau program perisian. Butiran penyelesaian pembayaran perlu disahkan oleh seseorang di kedua-dua syarikat melalui telefon, e-mail, atau faks. Butiran penyelesaian kemudian dimasukkan secara manual ke dalam sistem pembayaran dan kemudiannya disahkan sama ada oleh penyelia untuk memastikan ketepatan sebelum melepaskan pembayaran. Sebelum ACH dan SWIFT, transaksi pembayaran kemudiannya dihantar melalui mesej telegraf menggunakan kod khas. Proses ini boleh mengambil masa antara beberapa jam hingga beberapa hari untuk dimulakan, bergantung pada butiran yang terlibat.

Seperti yang korang boleh bayangkan, STP adalah bantuan besar untuk perniagaaan. Ia boleh menyelaraskan proses perakaunan untuk syarikat, terutamanya dalam akaun belum bayar dan akaun belum terima. Ia membantu dalam kecekapan penjejakan dan pengumpulan wang kepada dan dari rakan kongsi perniagaan dan pelanggan. Ia mengurangkan bilangan kesilapan yang terlibat dengan fungsi perakaunan dan modal kerja yang lebih baik, kecekapan aliran tunai. Ia juga membantu dalam analitik perniagaan yang lebih baik, memandangkan syarikat boleh menjejaki tingkah laku pelanggan dan corak perbelanjaan serta kelewatan atau kesilapan yang mahal oleh pelanggan atau sistem.

#2 A-BOOK

Apabila broker menggunakan model perniagaan A-book, semua order pelanggannya dihantar terus kepada pembekal kecairan forex (Liquidity Provider - LP), yang seterusnya mengarahkannya ke pasaran antara bank.

Broker A-book diberi pampasan sama ada dengan jumlah transaksi yang telah ditetapkan (selalunya satu lot) atau dengan markup kepada spread yang mereka sediakan. Dalam pelan ini, broker hanya bertindak sebagai orang tengah, menawarkan perkhidmatan kewangan. Rakan niaga muktamad adalah sama ada sekumpulan trader yang membuat order bertentangan di pasaran atau penyedia kecairan yang membekalkan kecairan kepada pasaran.

Pendekatan A-book mempunyai satu manfaat utama berbanding model lain: tiada konflik kepentingan. Sama ada trader mendapat keuntungan atau kehilangan wang, broker memperoleh komisen tanpa mengira hasilnya. Manakala, dari sudut teori, trader dan broker berminat untuk berjaya dalam trading, realitinya tidak begitu. Lebih banyak bilangan urus niaga yang diselesaikan oleh trader, lebih besar jumlah komisen yang diperoleh oleh broker mereka.

Walau bagaimanapun, forex tidak semudah itu. Trader dan broker mempunyai kelemahan apabila menggunakan pendekatan A-book. Untuk mengalihkan order pelanggan ke pasaran luar, broker mesti membuat perjanjian dengan LP (atau dengan kebanyakkan mereka), mendapatkan lesen yang selamat dan menawarkan bantuan teknikal kepada LP. Semuanya datang dengan kos dari segi masa dan wang. Akibatnya, broker A-book terpaksa menaikkan markup pada spread untuk menampung perbelanjaan syarikat.


#3 B-BOOK

Apabila broker forex beroperasi sebagai market maker, ianya dirujuk sebagai B-book. Order diproses secara dalaman oleh broker. Dalam erti kata lain, order yang dibuat oleh trader tidak boleh dilihat di mana2 selain daripada platform trading disediakan oleh broker.

Dalam kes ini, terdapat konflik kepentingan yang jelas kerana broker berfungsi bukan sahaja sebagai perantara, tetapi juga sebagai rakan niaga kepada transaksi. Akibatnya, konsep B-Book sering kali dikaitkan dengan penipuan. Pada hakikatnya, forex adalah pasaran yang sangat tidak dapat diramalkan, dan model B-book dikaitkan dengan kedua-dua keuntungan besar dan kerugian besar.

Keuntungan trader adalah bersamaan dengan kerugian pihak broker. Broker yang menipu mungkin berminat untuk meletakkan sebut harga bukan pasaran di terminal, mengintip STOP LOSS yang trader tetapkan, dan meletakkan plugin di bahagian server platform dalam usaha untuk membuat trader kerugian dalam trading mereka.

Jika broker beroperasi dengan cara ini, ianya akan membawa kepada keburukan. Trader yang telah ditipu tidak akan berdiam diri dan sudah pasti akan merosakkan imej broker, yang mana adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam pasaran forex. Pada akhirnya, kerjasama long-term yang akan menang.


#4 MARKET MAKER

Istilah market maker pula merujuk kepada firma atau individu yang secara aktif memetik pasaran dua belah dalam keselamatan tertentu, menyediakan BIDS dan tawaran (dikenali sebagai ASK) bersama-sama dengan saiz pasaran setiap satu. Market maker menyediakan liquidity dan depth kepada pasaran dan mendapat keuntungan daripada perbezaan spread bid-ask. Mereka juga boleh membuat trade untuk akaun mereka sendiri, yang dikenali sebagai principal trade.

Market maker mengambil bahagian dalam pasaran sekuriti dengan menyediakan perkhidmatan perdagangan untuk pelabur dan meningkatkan kecairan dalam pasaran. Mereka secara khusus menyediakan bid dan tawaran untuk keselamatan tertentu sebagai tambahan kepada saiz pasarannya. Market maker biasanya bekerja untuk brokarage house yang lebih besar untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan antara spread bid dan ask.


#5 DEALING DESK

Dealing desk ialah tempat market maker melaksanakan dan memperdagangkan instrumen kewangan seperti forex, ekuiti, opsyen, komoditi dan aset kewangan lain. Dealer berada di sana untuk memudahkan perdagangan bagi pihak pelanggan mereka dan boleh bertindak sebagai prinsipal atau ejen. Apabila bertindak sebagai prinsipal dealer mengambil bahagian lain dari perdagangan pelanggan. Apabila bertindak sebagai ejen, dealer akan mengendalikan order pelanggan dengan mencari kecairan dalam pasaran sekunder dan pelanggan akan menerima harga yang sama yang dilaksanakan oleh dealer.

Dalam pasaran matawang asing, dealing desk adalah tempat dealer forex di bank atau institusi kewangan berada. Memandangkan pasaran forex dibuka sepanjang masa, banyak institusi mempunyai dealing desk di seluruh dunia. Dealing desk juga boleh didapati di luar pasaran pertukaran asing, seperti di bank dan syarikat kewangan, untuk melaksanakan degangan dalam sekuriti dan produk kewangan lain. Dealing desk tidak terhad kepada forex. Mereka melaksanakan banyak aset kewangan seperti ekuiti, ETP, opsyen dan komoditi.

Institusi kewangan besar selalunya mempunyai kemudahan urusan yang dikendalikan oleh ramai dealer dan market maker. Dalam organisasi yang besar, matawang utama, seperti EURO dan YEN, mungkin mempunyai berbilang dealing desk yang mempunyai kakitangan segelintir dealer yang pakar dalam matawang ini.

Selain itu, jika institusi itu berurusan dalam ekuiti, ETF, opsyen dan komoditi, setiap aset ini secara amnya akan mempunyai dealing desk dealer sendiri.

Dealer berada di sana untuk memudahkan perdagangan bagi pihak pelanggan mereka. Mereka bertindak sebagai prinsipal atau ejen. Apabila bertindak sebagai prinsipal dealer mengambil sisi lain perdagangan pelanggan. Dealer boleh mengambil risiko dalam transaksi sedemikian atau berurusan dengan inventori mereka sendiri. Apabila bertindak sebagai ejen, dealer akan mengendalikan order pelanggan dengan mencari kecairan dalam pasaran sekunder. Dalam kes ini, pelanggan akan menerima harga yang sama yang dilaksanakan oleh dealer.

Disebabkan perdagangan elektronik, bilangan dealer forex di "meja@desk" telah menurun dengan ketara sejak pertengahan tahun 2000-an. Pada akhir 1990-an, meja urusan boleh terdiri daripada 15 hingga 20 dealer, dengan selalunya berbilang orang meliputi matawang yang sama.


#6 NO DEALING DESK (NDD)

Berbeza dengan dealing desk, atau broker market maker, yang menerbitkan kadar dan harga yang serupa, tetapi tidak sama dengan kadar pasaran interbank, broker NDD menawarkan apa yang dikenali sebagai STRAIGHT-THROUGH PROCESSING (STP) perdagangan forex.

Broker forex yang menggunakan sistem ini bekerja secara langsung dengan pembekal Liquidity provider (LP). Apabila berdagang melalui NDD, korang bukannya berurusan dengan satu penyedia kecairan, tetapi pelabur akan berurusan dengan banyak pembekal untuk mendapatkan harga tawaran dan permintaan yang paling kompetitif. Pelabur yang menggunakan kaedah ini mempunyai akses kepada kadar executable. Mereka mungkin menggunakan kaedah ECN (Electronic Communication Network) untuk menjadikannya berfungsi.

Implikasi berurusan secara langsung dengan market interbank adalah dua kali ganda: saiz spread kadar matawang dan jumlah kos tambahan untuk membuat perdagangan. Dengan broker NDD, dealer didedahkan terus kepada spread yang tepat yang tersedia untuk retail trader di pasaran interbank. Bergantung pada pasangan matawang yang didagangkan, dan bergantung pada broker dealing desk yang dibandingkan, broker NDD mungkin menawarkan spread yang lebih besar. Ini bermakna kos untuk membuat trading adalah lebih besar (kerana retail trader mesti melepaskan nilai spread dengan setiap perdagangan pergi balik).

Selain itu, broker NDD boleh mengenakan yuran pertukaran atau komisen. Disebabkan mereka menghantar spread terus kepada pelanggan, mereka perlu mengenakan bayaran dengan cara lain atau menghadapi tiada wang untuk perkhidmatan mereka. Dalam dua cara ini, berdagang dengan broker NDD mungkin menjadi lebih mahal dari semasa ke semasa berbanding dengan broker dealing desk.


BROKER MANA PILIHAN HATI?

Jadi apa yang korang dapat daripada artikel ni? Yea betul .. dekat pasaran terdapat pelbagai jenis broker forex yang menjalankan urusniaga masing-masing. Untuk pihak broker, mereka pasti akan mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan semaksima mungkin.

Mesti korang dah pening nak pilih broker yang mana satu kan? Nasihat #abgman, korang gunalah broker mana-mana pun. Janji broker bayar withdrawal korang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sentiasa withdraw profit yang dibuat. USD yang berada di dalam wallet/kabinet broker masih lagi milik broker melainkan USD yang korang dah withdraw masuk ke akaun bank. Yang tu baru betul hakmilik kekal korang. Letakkan deposit yang korang sanggup hilang. Elakkan guna duit belanja anak-anak, duit raya mereka .. tapi gunalah duit lebihan yang korang ada.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi December 26, 2022
Read more ...