APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN OHLC NI?
OHLC adalah singkatan kepada Open, High, Low dan Close.
Bahasa mudahnya, OHLC adalah asas pergerakan harga yang seterusnya akan membentuk candle (lilin). Ianya akan menunjukkan harga untuk open (buka), high (tinggi), low (rendah) dan close (tutup) untuk setiap tempoh masa (timeframe) atau period. OHLC boleh digunakan dekat mana-mana timeframe, tidak tertakluk kepada hanya satu timeframe sahaja. Manakala teknik yang menggunapakai OHLC adalah pelbagai.
OHLC terbentuk berdasarkan kepada timeframe yang korang rujuk. Sebagai contoh, jika korang trade menggunakan timeframe D1, maka OHLC yang sempurna hanya akan siap terbentuk apabila sesi trading berakhir. Jadi, pastikan korang tunggu OHLC siap sepenuhnya sebelum membuat apa-apa keputusan trading kerana bentuk/maklumat OHLC tu masih boleh berubah selagi ia tidak siap sepenuhnya.
OHLC adalah sangat berguna kerana ia menunjukkan empat point major, dengan harga close dikatakan yang paling penting untuk kebanyakkan trader. OHLC juga mampu untuk menunjukkan momentum sesuatu trend itu semakin bertambah atau berkurang. Apabila harga open dan close terletak berjauhan maka ia menunjukkan momentum pergerakan market yang kuat, manakala jika open dan close adalah dekat maka ia menunjukkan bahawa market tiada arah yang nyata atau momentum yang lemah ketika itu.
Kedudukan untuk high dan low untuk dua jenis candle bull dan bear itu adalah sama sahaja. High adalah harga tertinggi untuk candle tersebut bagi period itu. Manakala low pula adalah harga terendah yang candle itu turun sepanjang period tersebut bergerak sebelum ianya siap.
Untuk harga open dan close pula mungkin sedikit mengelirukan buat mereka yang masih baru berkenalan dengan carta ni. Maksub open dan close candle mewakili kedudukan harga semasa ianya dibuka dan ditutup.
- Untuk candle bull @ buy, harga open akan berada di kedudukan bawah pada body candle itu.
- Manakala untuk candle bear @ sell pula, harga open akan berada di kedudukan atas pada body candle.
Rujuk kepada gambar di atas untuk lebih faham. Perbezaan di antara candle bull dan bear adalah pada kedudukan harga open dan close untuk sebatang candle tersebut.
MACAM MANA NAK GUNA OHLC DALAM TRADING?
Untuk contoh penggunaan OHLC dalam analisa teknikal, korang boleh refer dekat artikel >>> INI.
Ini adalah salah satu teknik/cara yang digunapakai oleh para trader OHLC. Banyak lagi teknik/cara lain untuk analisa berdasarkan kepada OHLC ni. Nanti #abgman share teknik lain pula yang berdasarkan kepada OHLC ni ye. Stay tune gais.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: