Sponsor

ads header
Results for trick&tip
Buat para trader yang biasa run Expert Advisor atau EA pasti biasa menggunakan VPS kan? Korang pernah tak alami keadaan di mana korang perlu monitor dan akses lebih daripada satu VPS dalam satu masa hampir serentak.

Mesti peningkan perlu hafal katalaluan untuk setiap VPS. Kalau kesemua VPS tu menggunakan katalaluan yang sama okay la juga kan. Kalau tak sama? Fuhhh .. berasap bang nak ingat satu per satu katalaluan tu.

Ada cara nak selesaikan ke masalah ni? Haaa .. korang datang tempat yang betul kali ni .. hahahahha ..

Moh sambung baca dekat bawah ni ..


Step #1

Pastikan korang dah install apps MICROSOFT REMOTE DESKTOP di smartphone korang ye.

Step #1: Pastikan remote desktop dah siap install.

Step #2

Klik yang garis tiga tu. Seterusnya klik USER ACCOUNTS.

Step #2: Klik USER ACCOUNTS.

Step #3

Klik simbol + untuk menambah akaun VPS.

Step #3: Klik + untuk tambah akaun VPS.

Step #4

Masukkan DOMAIN\USERNAME dan PASSWORD.

Step #4: Masukkan DOMAIN\USERNAME dan KATALALUAN.

TIP!!!

  1. DOMAIN@CLIENT: isikan NICKNAME untuk mewakili VPS tersebut agar korang mudah ingat ianya kepunyaan siapa.
  2. USERNAME: WAJIB letakkan ADMINISTRATOR ye.
Seterusnya tekan SAVE.


Step #5

Apabila sudah selesai, akan keluar page seperti di bawah ini. Korang boleh tambah sebanyak mungkin USER ACCOUNTS di sini. Setiap satu mewakili VPS yang berlainan ye.

Step #5: Tambah USER ACCOUNT di sini.


Step #6

Klik VPS yang korang nak gunakan. Klik simbol +, lepas tu klik DESKTOP.

Step #6: Masukkan VPS yang nak digunakan tadi.

Step #7

Masukkan IP untuk VPS tersebut. Untuk USERNAME tu korang pilihlah USER ACCOUNT yang korang dah create sebelum ni. (Ini akan memudahkan korang daripada memasukkan password setiap kali nak login ke VPS yang berbeza).

Step #7: Masukkan IP untuk VPS tersebut.

Klik SAVE setelah korang siap masukkan kesemua detail yang perlu tu.

Nak download  ebook ni dalam pdf? Klik sini ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 28, 2022
Read more ...

Pernah tak korang alami situasi di mana korang tengah entry scalping berlayer-layer kek lapis penuh satu skrin telefon. Nak set TP untuk setiap entry memang tak sempat la kan bila dah berlayer bagai tu. Dah la pakai telefon skrin kecil. Kalau pakai tablet tu okay lah sikit sebab skrin besarkan.

Jadi? Ada cara tak nak setelkan isu ni pakai telefon pintar? Kalau korang ada laptop atau PC takda la plak korang nak search keyword CLOSE ALL via SMARTPHONE ni kan? Kan? Kan?

Meh #abgman tunjuk macam mana korang boleh close all entry tu serentak pakai telefon.

P/s - korang kena test dulu broker yang korang guna tu boleh gunapakai tak trick ni. Sebab ada je broker yang #abgman pernah try cuba test tak lepas nak guna trick ni. Melilau tangan nak close entry manual satu per satu. Masak. Hahahaha.


STEP #1

Andaikan korang sudah ada beberapa entry dan entry tersebut telah profit.

Untuk trick close all secara manual dengan telefon ni berjaya, korang perlu masukkan satu entry MELAWAN arah entry korang sebelum ini dengan saiz lot yang sama (TOTAL LOT).

Rujuk contoh di bawah ni untuk lebih faham ye.

Katakanlah korang dah entry

EMPAT (4x) entry SELL dengan total LOT 0.40,

maka untuk close all korang perlu masukkan

SATU (1x) entry BUY dengan saiz LOT 0.40.


STEP #2

Rujuk contoh di bawah untuk satu (1x) entry BUY dengan lot 0.40.

Korang tak perlu tunggu entry BUY tu profit, yang penting entry SELL tu dah profit!!


STEP #3

Korang klik lama atas entry BUY tadi sehingga keluar popup seperti di bawah.

Seterusnya korang perlu klik CLOSE BY.


STEP #4

Dekat atas tu korang pilih MULTIPLE CLOSE BY.

Sama macam tadi, korang tak perlu bimbang profit berkurang walaupun masa ni dekat entry BUY tu negatif. Dekat bawah nanti korang akan nampak alasan kenapa tak perlu bimbang tu ye.

Korang klik dekat CLOSE bawah tu dengan tenang-tenang aja ye.


STEP #5

Cuba korang perhatikan di dalam kotak merah tu (gambar di bawah).

Kesemua EMPAT (4x) entry BUY dengan lot 0.00 setiap satu bernilai KOSONG.

Dan profit korang dari hasil SELL tadi masih sama tidak berkurang sedikit pun.


Klik SINI kalau nak download ebook ni. Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 10, 2022
Read more ...