Sponsor

ads header

TRICK: CLOSE ALL MANUAL VIA SMARTPHONE

Pernah tak korang alami situasi di mana korang tengah entry scalping berlayer-layer kek lapis penuh satu skrin telefon. Nak set TP untuk setiap entry memang tak sempat la kan bila dah berlayer bagai tu. Dah la pakai telefon skrin kecil. Kalau pakai tablet tu okay lah sikit sebab skrin besarkan.

Jadi? Ada cara tak nak setelkan isu ni pakai telefon pintar? Kalau korang ada laptop atau PC takda la plak korang nak search keyword CLOSE ALL via SMARTPHONE ni kan? Kan? Kan?

Meh #abgman tunjuk macam mana korang boleh close all entry tu serentak pakai telefon.

P/s - korang kena test dulu broker yang korang guna tu boleh gunapakai tak trick ni. Sebab ada je broker yang #abgman pernah try cuba test tak lepas nak guna trick ni. Melilau tangan nak close entry manual satu per satu. Masak. Hahahaha.


STEP #1

Andaikan korang sudah ada beberapa entry dan entry tersebut telah profit.

Untuk trick close all secara manual dengan telefon ni berjaya, korang perlu masukkan satu entry MELAWAN arah entry korang sebelum ini dengan saiz lot yang sama (TOTAL LOT).

Rujuk contoh di bawah ni untuk lebih faham ye.

Katakanlah korang dah entry

EMPAT (4x) entry SELL dengan total LOT 0.40,

maka untuk close all korang perlu masukkan

SATU (1x) entry BUY dengan saiz LOT 0.40.


STEP #2

Rujuk contoh di bawah untuk satu (1x) entry BUY dengan lot 0.40.

Korang tak perlu tunggu entry BUY tu profit, yang penting entry SELL tu dah profit!!


STEP #3

Korang klik lama atas entry BUY tadi sehingga keluar popup seperti di bawah.

Seterusnya korang perlu klik CLOSE BY.


STEP #4

Dekat atas tu korang pilih MULTIPLE CLOSE BY.

Sama macam tadi, korang tak perlu bimbang profit berkurang walaupun masa ni dekat entry BUY tu negatif. Dekat bawah nanti korang akan nampak alasan kenapa tak perlu bimbang tu ye.

Korang klik dekat CLOSE bawah tu dengan tenang-tenang aja ye.


STEP #5

Cuba korang perhatikan di dalam kotak merah tu (gambar di bawah).

Kesemua EMPAT (4x) entry BUY dengan lot 0.00 setiap satu bernilai KOSONG.

Dan profit korang dari hasil SELL tadi masih sama tidak berkurang sedikit pun.


Klik SINI kalau nak download ebook ni. Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: