Jom #abgman guide korang macam mana nak buat deposit dekat broker Octa pula ye.
Step pertama sekali korang kena LOGIN ke kabinet Octa. Seterusnya, dekat primary account tu korang pilih la akaun MT4 yang korang nak masukkan deposit tu. Selepas tu korang klik NEW DEPOSIT atau DEPOSIT tu. Sama je fungsi dua button tu.
Klik DEPOSIT |
Ok .. next step. Korang klik lak button billplz (Instant Bank Transfer FPX). #abgman recommend guna option ni untuk deposit.
Klik billplz (Instant Bank Transfer FPX) |
Skrol ke bawah sedikit, korang akan nampak option untuk masukkan jumlah yang korang nak deposit. Contoh dekat sini #abgman nak deposit $100 (bersamaan dengan RM 472). Klik CONTINUE.
Masukkan jumlah deposit. Klik CONTINUE |
Ok .. lepas ni korang akan nampak list ONLINE BANKING yang ada. Korang pilihlah bank mana yang korang ada tu. (Dalam contoh ni MAYBANK). Klik DEPOSIT.
Klik DEPOSIT |
Seterusnya akan keluar DEPOSIT CONFIRMATION. Korang check la nilai yang tertera tu betul ke tak. Kalau semua dah okay, korang klik je CONFIRM tu.
Klik CONTINUE |
Page seterusnya, korang akan dibawa ke page login ONLINE BANKING.
Dalam contoh ni .. #abgman guna maybank2u.com. Proceed je online banking tu sampai selesai. (Kalau nama kompeni yang tertera tu berlainan korang jangan bimbang sebab broker Octa guna 3rd party payment system, jadi memang akan tertera nama kompeni lain.)
Proceed ONLINE BANKING macam biasa sampai selesai. Contoh: Maybank2u |
Biasanya proses duit masuk ke MT4 atau wallet tu tidak lama jika tiada isu teknikal. Korang bersabar je sekejap tunggu duit tu masuk dalam MT4 ye.
- -
Kalau korang nak hubungi #abgman boleh klik link >> INI <<