Dalam forex trading terdapat beberapa perkataan atau term yang korang wajib tahu, baru tak nampak sangat korang tu macam beginner (pemula). Baru la boleh nak gebang dengan sobat lain yang baru nak mula trade forex kan. Hahahaha ..
Moh tengok dekat list bawah ni untuk term yang biasa trader gunakan. Kalau ada sobat korang yang guna term pelik-pelik tu korang tunjuk artikel #abgman ni. Suh dia study elok-elok. Jangan buat malu orang kampung dia pula.
- Forex
- Foreign Exchange @ Tukaran Matawang Asing.
- Major pair
- Pasangan matawang utama yang berpasangan dengan USD.
- Paling banyak didagangkan di seluruh dunia.
- Minor pair
- Pasangan matawang yang berpasangan dengan selain USD.
- Juga dikenali sebagai CROSS PAIR.
- Exotic pair
- Adalah pasangan matawang yang jarang trader trade dan liquidity yang sangat kecil.
- Spread yang dikenakan adalah sangat tinggi berbanding jenis pasangan lain disebabkan liquidity kecil.
- Matawang yang tergolong di dalam senarai ini adalah; Mexican peso (MXN), Chinese yuan (CNY), Russian rouble (RUB), Hong Kong dollar (HKD), Singapore dollar (SGD), Turkish lira (TRY), South Korean won (KRW), South African rang (ZAR), Brazilian real (BRL) dan Indian rupee (INR).
- Leverage
- Nisbah amaun yang digunakan dalam transaksi kepada deposit yang diperlukan.
- Ia adalah peratusan atau peningkatan pecahan yang korang boleh berdagang daripada jumlah modal yang korang ada.
- Ia membolehkan korang berdagang jauh lebih tinggi daripada modal yang ada.
- Contohnya, leverage 100:1 bermakna korang boleh berdagang nilai 100 kali lebih besar daripada modal dalam akaun dagangan.
- Trading platform
- Perisian yang digunakan untuk melaksanakan segala urusan dagangan seperti membuat analisa dan membuka/menutup entry.
- MT4 merupakan perisian yang paling banyak digunakan untuk trade forex.
- Boleh digunakan di desktop, smartphone.
- Boleh digunakan secara percuma.
- Selain daripada MT4, terdapat juga MT5, Tradingview, Ctrader, Ninjatrader dll (sekadar menamakan beberapa perisian yang biasa para trader gunakan)
- Long (Buy) / Short (Sell)
- Long = buy base / sell quote
- Short = sell base / buy quote
- Bid/Ask
- Bid = harga korang short (sell)
- Ask = harga korang long (buy)
- Spread
- Perbezaan harga antara Ask-Bid.
- Caj yang dikenakan oleh broker kepada trader.
- Fixed spread = nilai spread yang dikenakan adalah tetap tidak berubah. Broker 4 decimal mengenakan fixed spread.
- Variable/floating = spread berubah-ubah setiap masa. Broker 5 decimal mengenakan variable spread.
- Broker yang menawarkan variable spread dikatakan mengenakan caj yang lebih murah.
- Namun ada juga broker yang menawarkan kedua jenis spread tersebut bergantung kepada jenis akaun trading yang digunakan.
- Pips dan Pipettes
- Pip = nilai perubahan pada harga sesuatu pair.
- Carta 5 decimal adalah lebih aktif kerana kita boleh nampak pergerakan perubahan yang lebih kecil berlaku pada harga.
- 4 decimal = 1.3400 naik ke 1.3500 = 100 pips.
- 5 decimal = 1.34000 naik ke 1.35000 = 1000 pipettes.
- Pipettes = fractional pips.
- 1 pips = 10 pipettes
- Rollover @ Swap
- Caj yang dikenakan oleh broker sekiranya ada entry yang tidak ditutup dan dibawa ke hari berikutnya.
- Positif atau negatif swap bergantung kepada jumlah lot, jenis pair dan posisi yang dibuka.
- Swap positif bermakna broker membayar kepada korang.
- Swap negatif pula adalah sebaliknya.
- Kadar swap juga berubah dari masa ke masa.
- Untuk mengelakkan caj rollover, korang boleh membuka akaun islamik (swap free account).
- Bullish market
- keadaan market semasa trend menaik.
- Bearish market
- Keadaan market semasa trend sedang menurun.
- Market order (Instant execution)
- Entry BUY atau SELL pada harga semasa.
- Perlu dilaksanakan secara manual.
- Pending order (PO)
- Order akan berlaku secara automatik di server setelah korang meletakkan order.
- Tidak perlu buka perisian setiap masa setelah order dibuat.
- Entry akan trigger secara automatik apabila harga telah sampai kepada harga yang telah diletakkan.
- PO terbahagi kepada dua jenis iaitu (limit order dan stop order):
- Limit order
- Buy limit = buy bawah daripada harga semasa
- Sell limit = sell atas dari harga semasa
- Stop order
- Buy stop = buy atas dari harga semasa
- Sell stop = sell bawah dari harga semasa
- Stop loss (SL)
- Untuk mengurangkan risiko kerugian.
- Trade korang takkan rugi melebihi had SL yang telah diletakkan.
- Trailing stop
- Berfungsi untuk melindungi keuntungan korang.
- Order ini dilaksanakan oleh trading platform yang bermaksub perisian tersebut perlu dibuka untuk memastikan trailing stop berfungsi.
- Analisa teknikal (TA)
- Analisa yang dibuat berdasarkan kepada carta pair pada trading platform.
- Analisa fundamental (FA)
- Analisa yang dibuat berdasarkan kepada data ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi pergerakan nilai matawang.
- Take profit (TP)
- Order yang berlaku secara automatik apabila harga telah pun melepasi had harga yang telah diletakkan sebagai TP.
- Margin call (MC)
- Merupakan alert yang dihantar oleh broker kepada trader untuk memberitahu mereka bahawa modal mereka telah turun di bawah jumlah minima yang diperlukan untuk membolehkan entry kekal dibuka.
- Setelah menerima alert MC, trade mempunyai pilihan untuk menambah modal kepada akaun trading tersebut, atau menutup position untuk memastikan margin mencukupi.
- Terma MC ini adalah kerana apa yang dipraktikkan oleh broker dahulu untuk telefon (call) pelanggan memberitahu tentang keadaan modal akaun yang semakin kurang. Buat masa terkini, MC diberitahu melalui email.
- Stop out (SO)
- Dalam forex trading, stop out berlaku apabila position korang ditutup secara automatik kerana margin/modal korang telah berkurang sehingga kepada keadaan di mana ia tidak mampu lagi untuk menampung entry yang dibuka.
- Ianya adalah tindakan yang diambil oleh broker apabila margin pelanggan tidak mencukupi.
- Setiap jenis akaun trading mempunyai level SO yang berbeza (ditentukan oleh broker).
- Contoh level SO yang biasa broker kenakan adalah 50%, 20% dan ada juga yang mengenakan 10%. Semakin besar nilai % yang ditetapkan maka semakin cepat akaun trading korang kena SO ni.
- Korang kena ambil tahu juga SO ni agar dapat menjaga entry korang dengan berhemah.
- Elakkan akaun trading yang mempunyai SO terlampau tinggi. Agak susah untuk yang beginner kawal nanti.
- Margin
- Adalah sejumlah modal yang korang perlukan untuk membuka entry dengan leverage.
- Apabila trade forex, korang hanya perlu meletakkan sedikit modal untuk membuka dan mempertahankan entry baru.
- Modal ini dikenali sebagai margin.
- Slippage
- Berlaku apabila sesuatu order itu fill dekat harga berbeza daripada yang dipinta.
- Perbezaan antara harga yang dipinta dengan harga sebenar dilaksanakan dipanggil slippage.
- Floating
- Biasanya dirujuk kepada keadaan semasa entry korang tu tengah mengalami kerugian daripada entry yang telah dibuat.
- Floating dikaitkan dengan margin semasa menjadi negatif disebabkan oleh entry.
- Breakout
- Berlaku apabila harga bergerak di atas level resistance atau di bawah level support.
- Bahasa mudahnya, harga telah pun melepasi level SNR.
- Terdapat teknik yang berasaskan kepada breakout ini, namun korang perlu berhati-hati sebab kadang-kadang boleh juga berlaku FALSE BREAKOUT.
- Breakeven
- Adalah keadaan di mana entry korang ketika itu tidak membuat keuntungan atau kerugian duit.
- Dari segi price action, ianya adalah level di mana risiko pada perdagangan dipulihkan. Bermakna total kerugian korang telah menjadi sifar.
- Quote
- Apabila matawang di sebut harga (quote) di pasaran forex, biasanya ia disebut harga dalam matawang lain.
- Sebut harga untuk pasangan matawang merujuk kepada berapa yang diperlukan untuk menukarkan satu matawang kepada matawang lain.
- Off quote
- Bermaksub broker tidak dapat memberikan korang sebut harga untuk order yang telah dibuat.
- ECN
- Electronic Communication Network @ ECN adalah suatu tempat yang berasaskan kepada menggabungkan banyak Liquidity Provider (LP) sama ada bank atau bukan bank, yang terus menghantar harga ke ECN.
- STP
- Boleh dikatakan sebagai jenis akaun biasa yang ditawarkan oleh broker kerana ia satu proses automatik yang berlaku sepenuhnya melalui pemindahan secara elektronik tanpa sebarang campur tangan manual.
- Penggunaannya adalah popular untuk pemprosesan pembayaran serta pemprosesan perdagangan sekuriti.
- Ia membantu dalam kecekapan penjejakan dan pengumpulan wang kepada dan dari rakan kongsi perniagaan dan pelanggan.
- A book
- Bermaksub kesemua order pelanggan dihantar terus kepada pembekal kecairan (Liquidity Provider - LP) yang seterusnya mengarahkannya ke pasaran antara bank.
- Pendekatan A-book mempunyai satu manfaat utama berbanding model lain iaiu tiada konflik kepentingan.
- Sama ada trader mendapat keuntungan atau kehilangan wang, broker memperoleh komisen tanpa mengira hasilnya.
- Tetapi, forex tidak semudah itu, broker dan trader mempunyai kelemahan apabila menggunakan pendekatan A-book.
- B book
- Apabila broker forex beroperasi sebagai market maker, ianya dirujuk sebagai B-book.
- Order diproses secara dalaman oleh broker.
- Terdapat konflik kepentingan yang jelas kerana broker berfungsi bukan sahaja sebagai perantara, tetapi juga sebagai rakan niaga kepada transaksi.
- Akibatnya, konsep B-book seringkali dikaitkan dengan penipuan.
- Hakikatnya, forex adalah pasaran yang sangat tidak dapat diramalkan, dan model B-book dikaitkan dengan kedua-dua keuntungan besar dan kerugian besar.
- Keuntungan trader adalah bersamaan dengan kerugian pihak broker.
- Market maker
- Merujuk kepada firma atau individu yang secara aktif memetik pasaran dua belah dalam keselamatan tertentu.
- Menyediakan BID dan tawaran (ASK) bersama dengan saiz pasaran, liquidity dan depth kepada pasaran dan mendapat keuntungan daripada perbezaan spread bid-ask.
- Juga boleh membuat trade untuk akaun mereka sendiri (dikenali sebagai prinsipal trade).
- Market maker biasanya bekerja untuk brokerage house yang lebih besar untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan antara spread.
- Dealing desk (DD)
- Tempat di mana market maker melaksanakan dan memperdagangkan instrumen kewangan.
- Dealer berada di sana untuk memudahkan perdagangan bagi pihak pelanggan mereka dan boleh bertindak sebagai prinsipal atau ejen.
- Sebagai prinsipal, dealer mengambil bahagian lain dari pedagangan pelanggan. Dealer boleh mengambil risiko dalam transaksi sedemikian atau berurusan dengan inventori mereka sendiri.
- Manakala sebagai ejen, dealer akan mengendalikan order pelanggan dengan mencari kecairan dalam pasaran sekunder dan pelanggan akan menerima harga yang sama yang dilaksanakan oleh dealer.
- Disebabkan perdagangan elektronik, bilangan dealer forex di meja@desk telah menurun dengan ketara sejak pertengahan tahun 2000-an.
- Pada akhir1990-an, meja urusan boleh terdiri daripada 15-20 dealer, dengan selalunya berbilang orang meliputi matawang yang sama.
- No dealing desk (NDD)
- Menawarkan STP perdagangan forex.
- Broker yang menggunakan sistem ini bekerja secara langsung dengan LP.
- Dengan kaedah NDD, trader berurusan dengan banyak LP untuk mendapatkan harga tawaran dan permintaan yang paling kompetitif.
- Pelabur yang menggunakan kaedah ini mempunyai akses kepada kadar executable, yang melaksanakan kaedah ECN untuk menjadikannya berfungsi.
- Dealer didedahkan terus dengan spread yang tepat yang tersedia untuk retail trader di pasaran interbank.
- Broker NDD akan mengenakan yuran pertukaran atau komisen.
- OHLC
- OHLC adalah singkatan kepada Open, High, Low dan Close, yang merupakan empat data harga dalam forex.
- Open menunjukkan harga pembukaan suatu pasangan matawang dalam tempoh tertentu (misalnya per hari atau per minggu).
- High menunjukkan harga tertinggi dalam tempoh yang sama,
- Low menunjukkan harga terendah, dan
- Close menunjukkan harga penutupan. Data OHLC sangat penting bagi trader forex kerana ia dapat membantu mereka memahami pergerakan harga dan membuat keputusan trading.
- Naked forex trading
- Naked forex trading - juga dikenali sebagai trading price action - adalah satu cara trading yang biasa digunakan oleh para trader untuk membuat analisa teknikal.
- Ia melibatkan pembelian dan penjualan matawang tanpa menggunakan sebarang indikator.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
- -
Kalau korang nak hubungi #abgman boleh klik link >> INI <<