Sponsor

ads header
Results for bebel

Antara soalan yang biasa ditanya adalah dekat mana nak entry, dekat mana nak TP dan dekat mana nak SL/CL? Haa .. kenapa timbul soalan2 macam ni ye? Antara jawapan yang biasa diberikan adalah:

  1. Tiada masa untuk analisa.
  2. Tak pandai nak analisa sendiri.
  3. Baru nak cuba trade.
  4. Dan lain-lain jawapan/alasan yang boleh diberikan .. cer tambah skit dekat bahagian komen bawah nunnn.

Jadi? Kesimpulannya nak ikut signal sifoo atau buat signal sendiri?


Okay .. isu ni sebenarnya tiada jawapan yang tepat sebab ianya bergantung kepada situasi korang sendiri.


Sebagai contoh, buat mereka yang baru nak berjinak dengan forex (newbie) atau yang tiada masa untuk buat analisa sendiri, korang mungkin boleh menggunakan khidmat signal provider ini. NAMUN .. ada beberapa perkara yang korang perlu beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk follow entry/signal tersebut.


Andai korang berhajat nak mendapatkan signal sifoo, abgman syorkan dapatkan trial dahulu signal mereka. Alaaa .. kalau services provider dekat luar sana berani nak offer trial, takkan mereka tak berani pula kan. Apa brann. Korang boleh try di akaun demo atau real (yang korang sanggup burn modal) untuk mencuba ketepatan signal yang diberikan. Kalau signal yang diberikan cun, barulah korang proceed dengan subscribe full servis masuk group VVIP mereka.


Namun, korang harus ingat bahawa signal provider juga adalah manusia biasa yang membuat analisa berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka. Tidak mustahil signal yang diberikan rugi kerana terkena SL. Namun yang penting win rate signal yang diberikan, untung mengatasi kerugian. Sebagai contoh, daripada 10 signal yang berikan, 8 signal untung, manakala 2 signal rugi. Secara keseluruhan, akaun korang masih mendapat untung. Adalah lebih selamat untuk follow signal yang ada diberikan level SL. Sekurangnya korang masih ada modal lagi untuk recover akaun selepas SL tu.


Selain itu, jika korang tahu teknik yang signal provider berikan adalah BONUS sebab korang tahu macam mana nak counter entry (jika perlu) sekiranya signal yang diberikan salah arah. Tak semua signal provider akan mengajar teknik yang mereka guna, tapi kalau korang pandai cari pasti akan jumpa sifoo yang memberikan value added kepada servis yang disediakan dengan turut mengajar teknik yang digunapakai.


Abgman pun kadang2 ada juga intai signal yang diberikan. Kenapa? Sebabnya dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa untuk filter pair mana nak entry. Andai signal yang diberikan selari dengan teknik yang kita belajar, maka keyakinan untuk entry semakin bertambah. Kan mudah kerja tu. Hehehe ..


Dalam trading ni kita bukan nak berlumba siapa lagi yang lebih hebat, namun yang lebih penting adalah untuk mendapatkan profit semaksima yang mungkin. Cara mana nak dapatkan profit tu, korang jadilah lebih kreatif, jangan tutup minda kepada pelbagai peluang yang ada.


Berbalik kepada persoalan di atas .. korang tepuklah dada, tanya selera sendiri. Korang lagi tahu apa yang korang perlukan dalam trading ni. Tak salah pun mengambil servis signal provider, namun janganlah bergantung kepada mereka sahaja untuk trading. Untuk permulaan tiada masalah, namun bukan untuk selamanya ye. Seeloknya, korang melaburlah sedikit duit yang ada untuk mencari ilmu juga. Sambil-sambil trade ikut signal yang diberikan, korang juga boleh cari ilmu trading yang sesuai.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 05, 2023
Read more ...

Bila sebut forex, mesti korang terbayang kalau nak dapatkan income mesti trade sendiri je untuk dapatkan sumber pendapatan kan? Sebenarnya terdapat banyak cara/cabang untuk dapatkan income daripada forex ni.


Antaranya adalah:

1) Menjadi IB dan MIB.

2) Berkongsi pendidikan mengajar forex (teknikal dan fundamental).

3) Local depositor.

4) Menyediakan servis VPS.

5) Programmer (Expert Advisor - EA, skrip, indikator dll).

6) Menjual @ sewa EA kepada client.

7) Bekerja dengan broker.

8) Signal provider.

9) Manager copytrade.

10) Fund manager.

11) Prop trading (hot item sekarang ni) & affiliate.

12) Buka broker sendiri.


1) Menjadi IB dan MIB.

Antara cara yang paling mudah adalah dengan menjadi IB (Introducer Broker) ataupun MIB (Master Introducer Broker). Seperti mana yang korang faham, IB dan MIB ni berfungsi sebagai orang yang memperkenalkan broker kepada para client yang berada di bawah network mereka. IB dan MIB akan mendapat pendapatan daripada sistem affiliate berdasarkan kepada entry oleh client tersebut. IB dapat affiliate daripada profit yang client buat ke? Mesti ramai yang berfikir macam tu kan? Tidak begitu ye tuan puan. Affiliate ni adalah berdasarkan kepada spread yang telah diperkenalkan oleh broker untuk setiap pair yang ada. Spread tersebut akan dibahagi sesama yang berada dalam senarai affiliate tersebut. Semakin mahal spread yang diperkenalkan maka semakin masyuk la mereka yang berada di dalam senarai tersebut.


(Korang pernah tak terfikir macam mana broker yang meletakkan nilai spread yang kecil/halus namun berupaya membayar affiliate yang besar kepada para IB dan MIB mereka? Dari mana mereka mendapatkan sumber untuk membayar affiliate besar tersebut?) - kalau ada yang tahu bolehlah kongsikan pendapat korang dekat komen di bawah ye. #sharingiscaring.


2) Berkongsi pendidikan mengajar forex (teknikal dan fundamental).

Seterusnya adalah dengan menjadi cikgu/sifu/master sifu forex yang mengajar ilmu trading sama ada teknikal atau fundamental kepada orang ramai. Jika ilmu trading korang itu berjaya menjana pendapatan yang konsisten, pastinya ia akan menjadi daya penarik untuk mengalakkan orang ramai berguru untuk dengan korang walaupun harga yang diletakkan mahal kerana pelaburan itu pasti dapat ditebus dengan profit yang akan dijana selepas kelas tersebut.


Medium pengajaran pula boleh diadakan secara bersemuka (offline) dan juga secara maya (online) seperti webinar, youtube, channel telegram dll.


Dan sebenarnya ada juga cikgu tersebut menjadi MIB atau IB kepada broker yang digunakan di dalam kelas tersebut. Boleh dikatakan ianya suatu BONUS kepada MIB atau IB tersebut jika mereka pandai mengajar forex.


3) Local depositor.

Terdapat juga MIB yang ditawarkan oleh broker untuk menjadi LD - Local Depositor broker tersebut.


Apa yang dimaksubkan dengan LD tu? LD ni kira macam orang tengah (wakil) tempatan untuk urusan deposit dan juga withdrawal untuk sesuatu broker tu. Kenapa perlu ada LD? Kadang-kadang untuk mempercepatkan urusan deposit dan withdrawal, maka LD diperkenalkan. Macam mana LD mendapat income? Broker akan memberikan rate yang berbeza kepada LD untuk urusan deposit dan withdrawal. Perbezaan rate tersebut merupakan income kepada para LD tersebut.


4) Menyediakan servis VPS.

Terdapat juga mereka yang menawarkan perkhidmatan sewa VPS kepada orang ramai untuk menjalankan Expert Advisor mereka. Seperti yang korang maklum, untuk run EA dengan stabil tanpa sebarang gangguan (blackout, internet off, sistem OS rosak dll) adalah digalakkan untuk korang menggunakan VPS untuk memastikan EA tersebut dapat running 24 jam. Walaupun terdapat VPS yang ditawarkan dengan harga yang murah, namun kadang-kadang terdapat mereka yang tidak dapat monitor VPS tersebut, maka dengan cara menyewa slot dalam VPS orang lain, akan dapat menyelesaikan beberapa isu seperti tidak pandai masukkan EA ke dalam MT4 atau tidak pandai install banyak MT4 dalam satu OS.


Menyelesaikan isu@masalah orang sebenarnya dapat menjana pendapatan untuk kita. SETUJU?


5) Programmer (Expert Advisor - EA, skrip, indikator dll).

Manakala buat mereka yang pandai dengan programming pun sebenarnya dapat menjana income daripada forex dengan menyediakan perkhidmatan membuat EA kepada mereka yang memerlukan. Tidak semua orang pandai untuk membina EA mereka sendiri. Mereka mungkin ada satu teknik yang proven dan konsisten, namun untuk menjadikan teknik tersebut mampu running secara automatik maka mereka perlu program kan teknikal tersebut menjadi EA yang padu.


6) Menjual @ sewa EA kepada client.

Setelah EA tersebut siap dan telah melalui testing yang berterusan (supaya tiada isu yang timbul dan terbukti mampu menjana profit) maka sudah sampai masanya untuk owner menjual@menyewakan EA tersebut kepada orang ramai yang memerlukan. Jika dijual, biasanya EA tersebut akan dikhaskan (kunci) kepada owner akaun  sahaja berdasarkan kepada nombor akaun dan broker. Orang lain tidak akan boleh untuk run EA tersebut.


Manakala jika disewa, fail EA tersebut tidak akan diberikan kepada orang ramai, melainkan mereka yang berminat untuk sewa perlu bersetuju untuk membenarkan korang yang memasang EA tersebut di VPS (kepunyaan korang juga untuk memudahkan urusan). Dan biasanya kalau istilah sewa ni biasanya client hanya perlu register menggunakan link owner dan deposit akaun tersebut. Win-win situation kata orang.


7) Bekerja dengan broker.

Broker ini tetap adalah suatu perniagaan. Dan seperti mana-mana perniagaan, mereka tetap memerlukan staf untuk beroperasi. Korang boleh join broker sebagai Regional Officer (RO), Business Development Manager (BDM) atau mungkin juga sebagai support team untuk customer service dll. Berminat? Cubalah email kepada mereka untuk bertanya sebarang peluang untuk bekerja dengan mereka.


8) Signal provider.

Seandainya korang sudah mahir trade sendiri dan konsisten, apa kata korang menyediakan signal kepada follower. Signal tu korang boleh berikan dengan menggunakan telegram untuk memaksimumkan jumlah follower.


Dan daripada servis signal provider ini, korang boleh up sale untuk mengadakan kelas pula nanti.


9) Manager copytrade.

Jika korang telah mahir untuk trade secara konsisten, mungkin korang boleh menjalankan copytrade untuk mendapatkan extra income daripada self trading tu. Copytrade ni maksubnya follower korang akan dapat meniru entry korang tanpa mereka perlu membuat trading tu sendiri. Kesemuanya boleh ditetapkan di dalam sistem.


Macam mana manager mendapat income? Setiap copytrade yang dijalankan, akan terdapat profit sharing di atas profit yang dijana. Biasanya profit sharing yang ditetapkan oleh manager copytrade adalah dalam nisbah 20:80 atau 15:75. Malah jika manager tersebut mempunyai reputasi yang baik mungkin mereka boleh letakkan nisbah yang lebih tinggi.


Cara kira profit sharing? Okay. Katalah korang telah trade dan profit sebanyak $10 dan nisbah yang ditetapkan adalah sebanyak 20:80. Jika follower korang meletakkan modal yang sama banyak, maka ketika itu mereka juga akan mendapat profit sebanyak $10. Namun disebabkan oleh profit sharing tersebut, mereka akan mendapat sebanyak $8 manakala $2 akan dimiliki oleh manager tersebut.


Jadi, manager copytrade akan mendapat $10 + $2 = $12 daripada entry tersebut. Jika ada 10 orang follower dengan modal yang sama? $10 + ($2 x 10) = $30. Korang kiralah sendiri berapa manager copytrade dapat.


Jika 10 follower dengan modal lebih besar? Kalau modal lebih besar, maka saiz lot yang dibuka juga akan besar, maka profit yang diperoleh juga akan besar. Bayang berapa manager copytrade tersebut dapat!


10) Fund manager.

Sebagaimana nama yang diberikan, fund manager adalah mereka yang akan menguruskan fund daripada investor. Dan biasanya fund tersebut adalah dalam nilai yang sangat besar. Fund tersebut akan disediakan oleh pihak broker atau institusi kewangan. Korang akan terikat dengan T&C yang disediakan seperti limit floating dan maksimum cutloss yang dibenarkan. T&C tersebut adalah untuk menjaga pihak investor.


Para trader perlu melepasi beberapa syarat sebelum mereka dibenarkan untuk manage fund tersebut. Para trader tidak perlu untuk mengeluarkan modal sendiri untuk trade. Mereka akan trade kesemua modal yang diperolehi daripada investor (diuruskan oleh pihak broker).


11) Prop trading (hot item sekarang ni) & affiliate.

Cara prop trading berfungsi adalah lebih kurang sama dengan fund manager, namun terdapat fee tertentu yang dikenakan kepada para trader untuk membolehkan mereka join sistem prop trading ini. Selain itu, terdapat syarat-syarat trading yang perlu diikuti oleh para trader. Apabila mereka melanggar syarat yang dikenakan maka akaun tersebut akan terbatal dan mereka perlu bermula semula.


Terbaru yang diperkenalkan adalah affiliate kepada prop trading. Macam mana tu? Sama tugas macam dengan IB dan MIB, mereka perlu memperkenalkan prop trading kepada trader untuk join, dan affiliate akan diperolehi apabila trader membeli ujian prop trading tersebut. Ada sistem affiliate yang one-off payment sahaja, dan ada juga yang memberikan affiliate selagi mana trader membeli ujian dengan kod diskaun korang. Dengar-dengar affiliate prop trading lagi masyuk?

Nak tahu lagi detail pasal prop trading? Boleh baca dekat SINI ye.


12) Buka broker sendiri .. hak ni lagi masyuk !!

Yang last sekali, korang boleh buka broker sendiri. Bersepah dekat luar sana yang nak letgo akaun perniagaan broker mereka. Pandai cari dapatlah yang harga murah-murah. Dah dapat tu korang rebrand la kepada jenama korang sendiri pula. Cari team management yang pandai bab brokerage ni.


Untung woo kalau buka broker sendiri ni.


Apa sahaja cabang dalam bidang forex yang korang nak buat, buatlah dengan bersungguh-sungguh sampai berjaya. Korang tidak perlu kekal dengan satu cabang sahaja sebab boleh je gabungkan 2 atau 3 cabang serentak selagi mana korang mampu untuk uruskan dengan baik.


Korang ada lagi ke cara lain untuk jana pendapatan melalui forex? Kongsikan dekat komen ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi July 26, 2023
Read more ...

AMARAN: ARTIKEL INI SEDIKIT PANJANG. BACA DENGAN KERELAAN KORANG 😅

Sejujurnya apa sahaja yang #abgman kongsi di SINI adalah merupakan apa yang #abgman gunakan untuk trade. Kesemua yang bermula daripada BASIC sampailah kepada ADVANCE, teknik, tool dan tip & trick merupakan apa yang memang #abgman gunakan untuk trade. Andai ianya bermanfaat untuk korang, gunakanlah. Kalau tak berguna, abaikan sahaja. Tiada paksaan.

TETAPI ...  Percayalah bahawa bukan kesemua yang dikongsikan itu sesuai untuk semua orang.

Tidak ada satu ubat yang sesuai untuk kesemua jenis penyakit. Kalau betul macam tu mudahlah kerja doktor. Berikan je "Panadol" untuk kesemua jenis sakit dari ringan sakit demam, hinggalah kepada sakit yang berat seperti kencing manis, jantung berlubang hatta kanser sekali pun. Bukan begitu ye sobat sekalian.

“Dalam perjalanan korang mencari ilmu untuk trade ni, korang akan berjumpa dengan pelbagai jenis teknik @ ilmu @ cikgu sekalipun, tetapi diakhir perjalanan tersebut, korang akan mendapat satu teknik yang serasi @ sesuai dengan diri korang.”

Maka percayalah, ketika itu korang sudah pun mencapai tahap yang dikatakan bahawa korang telah pun mendapat teknik yang ampuh untuk korang dapatkan USD dengan mudah.

Ini cara yang #abgman amalkan ye. Korang mungkin gunakan step yang berbeza. Yang pasti, matlamat kita adalah sama iaitu untuk menjana pendapatan daripada analisa teknikal ini.


JADI MACAM MANA #abgman DAPATKAN ENTRY??

1. #abgman akan bermula dengan melihat kepada Currency Strength Meter dan juga Forex News. Meter adalah untuk mencari matawang mana untuk trade, manakala news adalah untuk memastikan bahawa tiada berita yang berkait dengan matawang tersebut dalam masa terdekat.

2. Setelah #abgman sudah kenalpasti matawang mana yang sesuai untuk trade ketika itu, barulah #abgman akan buka chart yang berpasangan dengan matawang tersebut.

3. #abgman akan membuat analisa untuk pair tersebut dengan menggunakan teknik yang sesuai. Kebanyakkan masa #abgman akan menggunakan teknik scalping iaitu M1 Scalping.

4. #abgman akan filter kesemua chart yang telah dibuka. Pair yang tidak menepati sop teknik tersebut #abgman akan tutup supaya tidak menganggu fokus kepada pair yang betul. Biasanya dalam 10 chart yang dibuka MUNGKIN akan ada hanya tiga pair yang betul-betul menepati sop teknik yang digunakan. Dan daripada tiga pair tersebut biasanya akan ada satu @ dua pair sahaja yang sesuai untuk entry dalam masa terdekat. Dengan cara ini, #abgman sudah mengurangkan beban untuk menganalisa pair yang tidak perlu.

5. #abgman cuba kawal untuk trade hanya satu pair sahaja buat satu masa untuk memastikan bahawa Money Management (MM) adalah terjaga. Cuma kadang-kadang terbabas juga entry banyak pair serentak jika terdapat banyak setup yang cantik. Hahahaha .. tapi layer secara berhemah la ye. Kalau tidak pun, jika nak trade banyak pair macam tu, #abgman akan kecilkan saiz lot (sesuai dengan modal).


PAIR APA NAK TRADE?

#abgman tak ada senarai pair mana yang #abgman suka trade sebab boleh dikatakan hampir semua pair yang ada setup cun #abgman akan trade. Haaa .. gitu!!

Cuma, kalau dapat #abgman akan cuba trade pair yang mempunyai spread yang halus. Bukan semua jenis akaun trading itu sesuai untuk kesemua jenis teknik. Untuk teknik scalping sebolehnya memang #abgman suka gunakan akaun jenis ECN untuk memastikan spread yang ditawarkan adalah kecil sahaja.


BILA MASA YANG SESUAI UNTUK ANALISA DAN TRADE?

Kalau korang pernah berjumpa atau bertanya dengan #abgman berkenaan teknik, pasti #abgman akan bertanya tentang latarbelakang pekerjaan korang. KENAPA YE? Jawapannya adalah untuk memastikan teknik yang dikongsikan adalah sesuai dengan cara hidup korang.

Ada orang yang masih bekerja 9-5 setiap hari, maka #abgman akan syorkan untuk fokus teknik jenis intraday atau swing? Teknik ini kebanyakkannya tidak memerlukan korang untuk monitor chart setiap masa. Korang hanya perlu untuk buat analisa, dan meletakkan Pending Order (PO) berdasarkan kepada analisa tersebut.

Manakala buat korang yang mempunyai banyak masa terluang, maka korang mungkin boleh kepada teknik scalping. Ini kerana korang ada banyak peluang untuk analisa dan entry. Scalping akan memerlukan korang untuk memberikan fokus yang lebih ketika entry kerana perubahan boleh berlaku dengan cepat.

Namun, tidak menjadi satu kesalahan jika korang dapat memahirkan diri dengan beberapa jenis trading. Akan ada ketika korang perlu menggunakan teknik scalping, dan akan ada ketika korang perlu untuk intraday @ swing. Jadi tidak salah pun jika korang mahir dengan dua, tiga teknik. Kata kuncinya adalah MAHIRKAN DIRI.

Dalam trading ni kita bukan dalam pertandingan siapa yang mendapat profit lebih daripada orang lain. Jadi trade lah dengan masa yang sesuai untuk korang. Komitmen setiap orang tidak sama. Ada orang hanya memerlukan sedikit profit untuk menampung komitmen bulanan mereka, manakala ada juga yang memerlukan profit yang beribu untuk bayar komitmen mereka. Janganlah dibuat perbandingan dengan orang lain, nescaya hidup korang akan lebih tenang.

Tetapi kita sebagai rakyat di ASIA adalah beruntung kerana market forex adalah aktif pada waktu korang sudah pun selesai menyiapkan kerja hakiki korang. Jadi waktu malam boleh korang buat kerja part time untuk mencari duit lebihan tanpa perlu keluar daripada rumah. Untungkan???


NAK TRADE PAKAI APA?

Pernah juga sobat sekalian yang hadir untuk ngeteh bagitahu segan nak datang sebab hanya ada HP semata .. laptop tak ada, pc desktop lagilah tak ada. Bagi #abgman, untuk bermula, korang gunalah apa sahaja device yang korang ada. Tak adanya orang nak tanya korang pakai apa untuk trade? Yang orang akan tanya berapa banyak profit/loss korang, teknik apa yang korang gunakan. Itu je.

#abgman pernah berjumpa dengan trader yang beliau memang hanya menggunakan HP untuk trade. Dan profit yang beliau dapat tu sebenarnya lebih dari mampu untuk membolehkan beliau membeli laptop/pc dengan spesifikasi yang paling mantap. Tapi beliau masih kekal trade dengan HP. KENAPA? Sebab beliau sudah selesa dengan device yang beliau gunakan tu. Buat apa ikut-ikut orang. Janji beliau bahagia.

Bagi pihak #abgman secara personal, #abgman suka gunakan MT4 desktop di atas beberapa sebab seperti:-

  • Skrin monitor yang besar membenarkan #abgman untuk melihat carta dengan lebih banyak candle ke belakang (ke kiri carta).
  • Skrip atau Expert Advisor dapat digunakan untuk trade. Keduanya mampu untuk memudahkan urusan trading korang.
  • Lebih banyak carta dapat dibuka dan diperhatikan secara serentak disebabkan oleh skrin monitor yang besar.

Namun begitu, trade menggunakan MT4 desktop ini juga mempunyai kelemahan. Antaranya adalah jika ianya sebuah pc atau desktop maka korang tidak dapat membawa ke mana sahaja melainkan jika korang sanggup untuk pikul desktop tu ke sana, ke sini. Hehehe ...

Haaa .. lainlah kalau korang guna laptop, barulah korang dapat trade di mana sahaja dengan syarat ada sambungan internet.

Pucuk pangkal, yang penting adalah korang selesa untuk trade menggunakan device tersebut. Jika korang selesa trade dengan HP teruskan sahaja. Tiada yang melarang. Begitu juga jika korang gemar trade pakai pc @ desktop pun teruskan trade tersebut. Korang yang tentukan sendiri.


DEKAT MANA NAK TRADE? BILIK TRADING? KERETA? TEPI JALAN?

Untuk persoalan ni #abgman tak ada jawapan yang specific. Sebabnya #abgman trade je di mana sahaja asalkan ada setup dan situasi yang sesuai untuk trade. Kadang-kadang sambil menunggu sesuatu urusan selesai, #abgman boleh je trade. Tapi yang paling sesuai adalah untuk trade dalam keadaan korang dah bertenang.

Contohnya korang baru sampai ke rumah selepas redah jam dekat hiway Sungai Buloh. Tak sempat nak berehat dan mandi bagai terus korang nak buka MT4 untuk trade sebab ada news NFP malam tu. Dahla sifu besar ada share signal cun malam tu ..

Haaa .. bertenanglah dulu orang muda. Rehat dulu. Mandi dulu. Emosi dah okay semua barulah korang buka MT4 buat analisa dulu, bukan terus entry tikam je BUY @ SELL (itu judi namanya!!!). Andai memang dah tertulis rezeki korang masa tu jangan bimbang pasti akan ada kesempatan untuk korang entry nanti. Nak kalut ke mana weh??


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 08, 2023
Read more ...

Klik gambar di atas untuk tengok posting asal beliau di FB.

Sedikit perkongsian daripada sahabat FB yang membuat posting berkenaan brokerage. Menarik isu yang dikongsikan oleh beliau.

Jom baca perkongsian asal beliau di bawah:

Broker yang baik depa jaga semuanya baik client ka LD ka
LD ini adalah client juga tau
Kami promo broker cara kami
withdrawal client kami yang bayar guna duit kami dahulu ya itu perniagaan dah semestinya 
ada broker tak bayar duit LD 40kusd+
Ada broker lewat bayar duit LD sampai berminggu2
Ada broker nak tutup bagitau LD dulu bayar duit LD dulu
Masalah broker kami tak cerita pun pada client
Kami diam tetapi ada limitnya juga ya
Pusing2 pun jumpa juga 1 hari nanti
Tapi kalau nak gado juga ku on ja
Kita pasang lawyer siap2
Bende basic je 3 hari bekerja tak dpt wd tu
Jauhi je broker biasa tu bukan prop memang dah tulis 3 hari
Jika depo LD tetapi wd broker yg urusi juga hati-hati
Ku dah beri hint 
Masing2 dah besar faham2 je la

Berikut merupakan respon kepada posting beliau oleh rakan-rakan trader lain.

Antara perkara yang menarik perhatian #abgman adalah mengenai pesanan beliau kepada rakan-rakan trader lain berkenaan broker iaitu berkaitan dengan withdrawal.

Kenapa dengan withdrawal? Sebabnya isu withdrawal ni adalah isu sensitif kepada para trader di mana sahaja mereka berada.

Menurut beliau, berhati-hatilah dengan broker yang lambat memproses withdrawal korang sampai melebihi 3 hari bekerja. Delay maksimum yang boleh diterima adalah tiga hari bekerja sahaja. Jika lebih, cepat-cepatlah keluarkan modal korang tu dan cari je broker lain yang lebih baik.

Satu perkara lagi yang dipesan adalah jika deposit diuruskan oleh LD (Local Depositor) namun withdrawal diuruskan oleh sendiri oleh broker, yang tu korang juga patut berhati-hati - lebih baik jika korang lari jauh-jauh daripada broker seperti ini.

Bagus sebenarnya kita berkawan dengan rakan trader lain untuk tahu isu-isu semasa berkaitan trading (umumnya) dan forex (khasnya). Yang baik kita ambil sebagai pengajaran, yang buruk kita elakkan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 28, 2023
Read more ...

Permulaan tahun 2023, para trader kecoh dengan isu beberapa broker berkaitan dengan pengeluaran oleh client mereka. Adakah ini suatu kelaziman broker di Malaysia, khasnya?

Jom kita ikuti perkongsian yang dibuat oleh sahabat trader kita di facebook.


Nukilan asal beliau:



Lately banyak gak lalu post berkenaan sangkut withdrawal dengan broker.. saya sebagai orang yang manage broker, ini adalah perkara pertama yang paling saya takuti iaitu tak mampu bayar withdrawal client.. saya sampai mewajibkan team finance untuk update daily kesihatan kewangan untuk pastikan kemampuan untuk membayar withdrawal tidak terganggu.


Sebenarnya apa yang saya perasan.. berapa ramai RO dalam Malaysia ni yang bekerja dengan broker masing-masing, boleh lihat kekuatan kewangan broker anda? kalau lah anda boleh lihat.. takkan anda tidak menggulupur tengok duit takder nak bayar withdrawal? kecuali anda tak dapat lihat statistik ni dan dirahsiakan? yang anda tahu net deposit sahaja? tahu tak net deposit positive tidak melambangkan broker tu untung!!! sebab profitable client tak withdraw lagi.. kena semak PnL hourly/daily baru tahu perubahan equity pool clients yang ada.


Broker yang tak mampu bayar ni, mengikut pengalaman saya ada beberapa faktor.

1) Overspending - menggunakan deposit client untuk memberi jajan kepada MIB/IB untuk marketing expenses.

2) Management - boss bawa lari duit ataupun guna duit deposit client untuk kepentingan sendiri mahupun kepentingan company

3) Teknikal - berlaku glitch dalam sistem broker, seperti affiliate terbayar lebih, withdraw dah approve tapi duit tak tolak, staff pecah amanah dan amik kesempatan atas teknikal error ni.

4) Memang tak nak bayar bila dah sampai masa.


Jangan salahkan staf kalau mereka berhenti tatkala broker ada isu dengan pergi tempat lain, kekadang mereka ni stay pun tak boleh buat apa dah.. gaji pun mungkin dipotong.. so baik pindah cari peluang kat tempat lain.. betul tak? hidup mesti diteruskan.


Kepada client/IB yang kena tempias.. saya doakan semoga suatu hari nanti semua isu ni akan selesai.. walaupun peluang agak tipis.. sebab RO broker senyap je bila ada isu.. patut tampil lah bersuara kat depan bagi keadaan reda.. ini live chat/sales/bdm apa je kuasa yang mereka ada.. RO dah makan gaji dan komisen waktu senang.. takkan waktu susah senyap je


Sepanjang career saya dalam industri brokerage ni.. dah berpuluh broker tawarkan kerja.. tetapi saya hanya bekerja dengan 2 broker sahaja.. so far pemilihan saya tepat.. Alhamdulillah broker pertama saya XM sampai sekarang kukuh.. dan GMI Markets setakat ini cemerlang dengan kekukuhan kewangan (yang mana datang Gala Dinner saya dah tengok pun statistik broker GMI kan).. saya berhenti XM tatkala di kemuncak kerjaya.. nampak gayanya GMI pun saya dan team dah bawa ke kemuncak hasil air tangan anak melayu sendiri.. siapa kata broker anak melayu tak boleh sukses?


So, kalau ada broker yang tengah senak.. perlukan konsultan saya.. roger2.. saya tak caj pun.. saya boleh bagi pendapat dan tengok apa yang berlaku.. saya tak pandai.. dan tak berpengalaman.. cuma ada lah sikit2 rasa tanggungjawab untuk memastikan client dibawah jagaan saya tiada isu untuk withdrawal.


5 tahun di XM, 4 tahun di GMI.. next ke mana kitaaaaaa? saya berminat pulak nak try kerja dengan broker bermasalah.. ada job2 hello saya ya.


Done #bebel

Nukilan: fb Royfaizal Razali Chong

hilmannawi January 12, 2023
Read more ...