Antara soalan yang biasa ditanya adalah dekat mana nak entry, dekat mana nak TP dan dekat mana nak SL/CL? Haa .. kenapa timbul soalan2 macam ni ye? Antara jawapan yang biasa diberikan adalah:
- Tiada masa untuk analisa.
- Tak pandai nak analisa sendiri.
- Baru nak cuba trade.
- Dan lain-lain jawapan/alasan yang boleh diberikan .. cer tambah skit dekat bahagian komen bawah nunnn.
Okay .. isu ni sebenarnya tiada jawapan yang tepat sebab ianya bergantung kepada situasi korang sendiri.
Sebagai contoh, buat mereka yang baru nak berjinak dengan forex (newbie) atau yang tiada masa untuk buat analisa sendiri, korang mungkin boleh menggunakan khidmat signal provider ini. NAMUN .. ada beberapa perkara yang korang perlu beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk follow entry/signal tersebut.
Andai korang berhajat nak mendapatkan signal sifoo, abgman syorkan dapatkan trial dahulu signal mereka. Alaaa .. kalau services provider dekat luar sana berani nak offer trial, takkan mereka tak berani pula kan. Apa brann. Korang boleh try di akaun demo atau real (yang korang sanggup burn modal) untuk mencuba ketepatan signal yang diberikan. Kalau signal yang diberikan cun, barulah korang proceed dengan subscribe full servis masuk group VVIP mereka.
Namun, korang harus ingat bahawa signal provider juga adalah manusia biasa yang membuat analisa berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka. Tidak mustahil signal yang diberikan rugi kerana terkena SL. Namun yang penting win rate signal yang diberikan, untung mengatasi kerugian. Sebagai contoh, daripada 10 signal yang berikan, 8 signal untung, manakala 2 signal rugi. Secara keseluruhan, akaun korang masih mendapat untung. Adalah lebih selamat untuk follow signal yang ada diberikan level SL. Sekurangnya korang masih ada modal lagi untuk recover akaun selepas SL tu.
Selain itu, jika korang tahu teknik yang signal provider berikan adalah BONUS sebab korang tahu macam mana nak counter entry (jika perlu) sekiranya signal yang diberikan salah arah. Tak semua signal provider akan mengajar teknik yang mereka guna, tapi kalau korang pandai cari pasti akan jumpa sifoo yang memberikan value added kepada servis yang disediakan dengan turut mengajar teknik yang digunapakai.
Abgman pun kadang2 ada juga intai signal yang diberikan. Kenapa? Sebabnya dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa untuk filter pair mana nak entry. Andai signal yang diberikan selari dengan teknik yang kita belajar, maka keyakinan untuk entry semakin bertambah. Kan mudah kerja tu. Hehehe ..
Dalam trading ni kita bukan nak berlumba siapa lagi yang lebih hebat, namun yang lebih penting adalah untuk mendapatkan profit semaksima yang mungkin. Cara mana nak dapatkan profit tu, korang jadilah lebih kreatif, jangan tutup minda kepada pelbagai peluang yang ada.
Berbalik kepada persoalan di atas .. korang tepuklah dada, tanya selera sendiri. Korang lagi tahu apa yang korang perlukan dalam trading ni. Tak salah pun mengambil servis signal provider, namun janganlah bergantung kepada mereka sahaja untuk trading. Untuk permulaan tiada masalah, namun bukan untuk selamanya ye. Seeloknya, korang melaburlah sedikit duit yang ada untuk mencari ilmu juga. Sambil-sambil trade ikut signal yang diberikan, korang juga boleh cari ilmu trading yang sesuai.
--
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: