OHLC adalah singkatan kepada Open, High, Low dan Close, yang merupakan empat data harga dalam forex. Open menunjukkan harga pembukaan suatu pasangan matawang dalam timeframe tertentu (misalnya per hari atau per minggu). High menunjukkan harga tertinggi dalam timeframe yang sama, Low menunjukkan harga terendah, dan Close menunjukkan harga penutupan.
Data OHLC sangat penting bagi trader forex kerana ia dapat membantu mereka memahami pergerakan harga dan membuat keputusan trading.
CONTOH TEKNIK BERDASARKAN KEPADA OHLC
Ada beberapa teknik trading berdasarkan kepada OHLC untuk forex, di antaranya adalah:
- Trend Following: teknik ini menggunakan OHLC untuk mengenalpasti trend market. Jika harga menunjukkan trend naik, trader akan membuka posisi beli, dan jika trend turun, mereka akan membuka posisi jual.
- Price Action: teknik ini fokus kepada pergerakan harga dan pembentukan candle stick sebagai signal untuk membuka posisi. Trader akan memerhatikan formasi candle dan trend yang terjadi untuk menentukan posisi beli atau jual.
- Moving Average: teknik ini menggunakan purata pergerakan harga dalam timeframe tertentu untuk meramalkan pergerakan harga selanjutnya. Jika harga berada di atas moving average, trader akan membuka posisi beli, dan jika harga berada di bawah moving average, trader akan membuka posisi jual.
- Support and Resistance: teknik ini fokus kepada level support dan resistance dalam pergerakan harga. Jika harga menembusi level support, trader akan membuka posisi jual, dan jika harga menembusi level resistance, trader akan membuka posisi beli.
Kejayaan dalam forex trading sangat bergantung kepada strategi dan disiplin dalam mengikuti aturan teknik yang digunakan. Korang perlu selalu berhati-hati dan terus belajar untuk meningkatkan kemampuan trading. Kejayaan tidak hadir sekelip mata, melainkan dengan penat lelah korang belajar dan memahirkan diri dengan teknik trading forex.
TEKNIK OHLC YANG MUDAH
Bila nak buat mapping?
- Setiap hari Isnin & Jumaat, korang buat mapping menggunakan timeframe weekly, W1.
- Manakala untuk hari Selasa sampai Khamis, korang buat mapping berdasarkan kepada timeframe daily, D1.
Pasangan TF yang disyorkan:
Setiap timeframe mempunyai pasangan masing-masing. Tidak semua timeframe itu sesuai dipasangkan. Tiada jodoh kata orang. Hehe ..
Jadi, pasangan yang diyorkan adalah seperti di bawah ni ye:
W1 = H4
D1 = H1
H4 = M30
Baik .. untuk penerangan kali ini, #abgman akan gunakan TF H4 & M30 ye.
H4 (hint arah entry)
Untuk setup BUY, candlestick sebelumnya perlu CLOSED dalam keadaan SELL.
(TF H4 bermaksub kita perlu menunggu setiap 4 jam untuk sebatang candle pada TF H4 siap. Selagi candle tidak siap @ close, korang jangan gatal-gatal nak entry ye. Ikut je SOP yang ada ni.)
Contoh carta yang disediakan adalah untuk GOLD @ H4.
Gold @ H4. Line kuning tersebut adalah line tengah untuk kotak marking tersebut. |
Setelah candle tersebut closed dalam keadaan SELL, maka korang marking kotak untuk shadow candle sell tersebut. Seterusnya korang letakkan satu line horizontal pada tengah kotak tersebut.
*BONUS apabila terdapat candle ENGULFING sebelah kiri carta korang tu. Semakin kuat alasan untuk korang BUY jika terdapat engulfing tersebut.
Korang perhatikan bahawa terdapat candle engulfing di sebelah kiri carta. |
Setelah korang sudah marking kotak dan letakkan line horizontal tersebut korang perlu tukar kepada TF M30 pula.
M30 (confirmation dan entry)
Seterusnya korang perlu tunggu candle BUY siap.
Entry setelah candle BUY siap closed. Untuk TP korang cari SNR @ SND terdekat. |
Candle tersebut adalah candle confirmation untuk setup BUY tersebut valid dengan syarat candle tersebut closed di atas line horizontal yang dibuat sebelum ini. Jika terdapat candle closed di bawah line horizontal ianya adalah sedikit berisiko untuk entry.
Dekat mana nak set TP & SL?
Haa .. untuk SL boleh letakkan di bawah kotak tersebut dalam jarak kira-kira 15-20 pips. Manakala untuk TP pula korang boleh letakkan pada jarak yang sesuai dengan kehendak korang sendiri. Sebaiknya carilah SNR atau SND terdekat untuk letakkan TP korang tu.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: