Sponsor

ads header

ADVANCE: CARA INSTALL BANYAK MT4 DALAM SATU OS (WINDOWS)

Jadi, macam mana kalau nak install banyak MT4 daripada broker yang sama? Kalau ikut cara install yang normal biasa kita buat tu, kita hanya dapat satu sahaja MT4.

Sebelum itu .. kenapa perlu install banyak MT4 serentak ni? Tujuannya untuk apa ye?


Okay.

Contoh situasi .. katalah korang nak run:-

  • Dua (2) EA (Expert Advisor) berlainan
  • Di dua (2) akaun MT4
  • TETAPI di broker yang sama.
Jadi korang perlu dapatkan dua MT4 daripada broker yang sama tu. Boleh bayang tak situasi tu? Haa .. rumit juga ye nak dapatkan gambaran yang tepat ni. Hahaha .. Tak apa. #abgman try ..

Jom kita baca dekat bawah ni macam mana nak buat untuk selesaikan isu ni. Sebelum tu, pastikan korang dah siap-siap install satu MT4 dari broker pilihan korang tu ye. Baik, dah siap install tu korang close dulu semua MT4 yang tengah open/run tu.

Korang buka FILE EXPLORER (WIN + E) >> Program Files (x86).

Cari folder di mana program MT4 korang berada. (HINT: biasanya nama folder tersebut adalah nama broker yang korang install sebelum ni)

Gambar 1: Contoh yang digunakan adalah MT4 untuk broker TradingPro

Seterusnya korang copy folder tersebut. Klik kanan di atas folder tersebut dan COPY.

Gambar 2: Klik kanan di atas folder tersebut dan COPY.

Korang PASTE folder tersebut di dalam Program Files (x86) yang sama. Klik kanan di dalam Program Files (x86) tersebut dan PASTE.

Gambar 3: Klik kanan di dalam Program Files (x86) tersebut dan PASTE.

Sistem OS akan create satu folder baru dengan nama XX MetaTrader 4 Terminal - Copy.

Korang boleh rename folder tersebut kepada nama lain yang mewakili program MT4 kedua atau biarkan sahaja nama default tersebut. Klik kanan di atas folder tersebut dan RENAME.

Gambar 4: Klik kanan di atas folder tersebut dan RENAME.

Buka folder (baru) tersebut dan cari application dengan nama terminal.exe.

Klik kanan >> send to >> Desktop (create shortcut).

Gambar 5: Create shortcut untuk application tersebut di desktop.

Rename shortcut tersebut kepada sesuatu yang mewakili MT4 kedua. Contohnya seperti nombor akaun trading di broker tersebut.

Korang juga boleh menukarkan icon shortcut tersebut kepada default icon untuk broker tersebut.

Klik kanan atas shortcut >> Properties.

Seterusnya akan keluar popup untuk properties tersebut.

Klik Change Icon >> Browse >> cari lokasi folder yang kita paste di Program Files (x86) tadi >> pilih terminal.ico >> Open >> Ok >> Apply.

Selesai.

Gambar 6: Tukarkan icon untuk shortcut tersebut kepada icon default untuk broker.

Okay, dah siap. Korang boleh mula gunakan MT4 tersebut macam biasa. Masukkan nombor akaun dan katalaluan untuk akaun trading tersebut.

Haa .. mudah je kan? Tak ada la banyak sangat step yang nak kena ikut .. kan?? Hehehe ..

Klik SINI kalau nak download ebook ni.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: