Sponsor

ads header
Results for teknik

Hai sobat2 .. hari ni #abgman nak kongsikan 1 lagi teknik yang difikirkan agak senang untuk dipraktikkan iaitu TEKNIK STOCHASTIC GHOST.


Kalau korang berminat dengan teknik yang sesuai untuk SCALPING dan SWING, maka teknik ini sesuai untuk korang cuba.


*****


SETTING


Jom kita tengok setting yang digunakan untuk teknik ni pula. Seperti mana nama yang diberikan, teknik ini hanya menggunakan indikator STOCHASTIC sahaja.


SETTING STOCHASTIC (CLOSE/CLOSE/SIMPLE)

1. 15/3/5

2. 32/3/5

3. 50/3/5

Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih faham lagi ye.


Stochastic Oscillator 15,3,5 (Close, Simple)

Stochastic Oscillator 32,3,5 (Close, Simple)

Stochastic Oscillator 50,3,5 (Close, Simple)

*****


SOP ENTRY


Seterusnya, jom kita tengok cara penggunaan atau SOP untuk TEKNIK STOCHASTIC GHOST ni.

1. Tunggu kesemua Stochastic berkumpul di atas (dalam kawasan 80/90) untuk SELL.

2. Tunggu kesemua Stochastic berkumpul di bawah (kawasan 20/10) untuk BUY.

3. TP @ Close secara manual semua entry apabila sudah profit 5 pips atau salah 1 Stoch telah patah balik.

    a. Jika entry BUY semasa semua stochastic di bawah level 20/10, maka untuk CLOSE @ TP adalah apabila salah 1 stoch mencecah naik di level 80/90.

    b. Jika SELL entry semasa semua stochastic berada di atas level 80/90, maka korang akan CLOSE @ TP apabila salah 1 stoch mencecah level 20/10.


*****


TIPS


Terdapat 2 tips yang perlu korang berikan perhatian semasa menggunakan teknik ni.


1. Untuk SCALPING, korang perlu gunakan pada TF M5 untuk entry.

Untuk dapatkan ketepatan entry dan mengurangkan floating, korang perlu memastikan STOHASTIC pada TF M5 adalah selari dengan TF H1.

    a. Jika STOCHASTIC M5 berada di atas untuk entry SELL pastikan STOCHASTIC H1 menghala ke bawah.

    b. Jika STOCHASTIC M5 berada di bawah untuk entry BUY, pastikan STOCHASTIC di H1 menghala ke atas.

    c. Juga tips untuk trade secara scalping, adalah digalakkan korang untuk menggunakan broker yang menawarkan SPREAD YANG RENDAH supaya entry korang itu cepat profit dan dapat close dengan segera.


2. Bagi SWING pula, korang perlu gunakan pada TF H1 untuk entry.

Untuk ketepatan dan mengurangkan floating, korang perlu rujuk kepada TF D1. Pastikan kedua TF tersebut adalah selari sebelum entry.

    a. Jika STOCHASTIC di H1 berkumpul di atas untuk entry SELL, pastikan STOCHASTIC di TF D1 menghala ke bawah.

    b. Jika STOCHASTIC di TF H1 berkumpul di bawah untuk entry BUY, pastikan STOCHASTIC di D1 menghala ke atas.


*****


AMARAN

1. Pastikan kesemua STOCHASTIC berkumpul selari di level 80/90 untuk SELL dan level 20/10 untuk BUY.

2. Jika kesemua STOCHASTIC tidak berkumpul di level tersebut maka setup tersebut adalah tidak VALID untuk entry.


Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk contoh setup yang valid untuk entry.










--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi December 24, 2023
Read more ...

Divergen @ "Percanggahan" dalam dagangan forex merujuk kepada perbezaan atau percanggahan antara dua atau lebih indikator (penunjuk) atau set data. Dalam dagangan forex, perbezaan boleh merujuk kepada perbezaan antara harga pasangan matawang dan penunjuk teknikal seperti oscillator, contohnya Relative Strength Index (RSI) atau Moving Average Convergence Divergence (MACD).


Apabila harga pasangan matawang yang bergerak dalam satu arah, tetapi penunjuk teknikal bergerak ke arah yang bertentang, ini dipanggil "capah negatif" @ "negative divergence". Ia boleh menjadi tanda potensi pembalikan harga. Sebaliknya, apabila kedua-dua harga pasangan matawang dan penunjuk teknikal bergerak ke arah yang sama, ini dipanggil "capah positif" @ "positive divergen". Positive divergen boleh menunjukkan bahawa arah aliran harga semasa berkemungkinan berterusan.


Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun perbezaan boleh menjadi alat yang berguna dalam perdagangan forex, ia bukan jaminan pergerakan harga masa hadapan. Ia hanyalah salah satu daripada banyak faktor yang dipertimbangkan oleh peniaga semasa membuat keputusan tentang membeli atau menjual matawang. Oleh itu, divergen lebih baik digunakan bersama-sama dengan alat analisa teknikal dan asas pasaran yang lain.


DIVERGEN DALAM FOREX TRADING


Untuk menggunakan divergen dalam dagangan forex, berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan:


1. Cari pasangan matawang yang sedang menunjukkan divergen antara pergerakan harga dan penunjuk teknikal seperti MACD atau Stochastic Oscillator.


2. Tentukan arah perdagangan. Jika ada divergen bullish, buka posisi BELI. Sebaliknya, jika ada divergen bearish, buka posisi JUAL.


3. Pasang SL (Stop Loss) di bawah rendah (lower low) atau atas tinggi (higher high), bergantung pada arah perdagangan.


4. Tentukan TP (Take Profit). Ia boleh dilakukan dengan menentukan ratio Risk:Reward atau dengan menentukan level SNR.


5. Monitor perdagangan korang dan tutup posisi apabila mencapai TP atau SL.


Perlu diingat bahawa perdagangan forex memiliki tahap risiko yang tinggi dan divergen tidak merupakan indikator yang tepat untuk pergerakan harga. Oleh kerana itu, selalu disarankan untuk melakukan percubaan dan memahami risiko sebelum melakukan perdagangan.


CONTOH SETUP DIVERGEN TYPE-R


SENARAI INDIKATOR YANG DIGUNAKAN:


  1. Awesome Oscillator (AO)
  2. Stochastic Oscillator (STO)
  3. Bollinger Bands (BB)
*kesemua indikator tersebut menggunakan default setting untuk MT4 (sesuai untuk digunakan pada smartphone dan juga desktop).


Setup korang akan kelihatan seperti di bawah ni:

Indikator yang digunakan adalah AO, STO dan BB (setting Default).


CARA ANALISA & ENTRY


1. Timeframe (TF) yang disyorkan adalah H4 ke atas.


2. Korang perhatikan bukit AO. Untuk valid setup divergen type-R, bukit AO sebelah kanan terkini perlu lebih rendah daripada bukit sebelah kiri. Rujuk gambar di bawah untuk penjelasan.

Pair GbpUsd; H4. Setup BUY. Line MERAH adalah untuk marking divergen yang berlaku.


3. Seterusnya korang tengok indikator STO. Untuk setup BUY (rujuk gambar di atas), STO perlu rapat ke bawah (level 20 ke bawah) untuk mula entry.

*jaga MM korang dengan baik.
**kemungkinan untuk market bergerak sikit lagi ke bawah sebelum mula retrace masih ada.


4. Untuk TP, korang boleh letakkan pada MID BB. Cari level SNR/engulfing berdekatan dengan MID BB tersebut.


5. Atau korang boleh rujuk kepada STO untuk tutup entry apabila STO sudah rapat. (Rujuk gambar). Tutup entry apabila STO sudah rapat pada level 80 ke atas untuk setup buy.

Untuk TP, boleh letakkan berdekatan dengan Mid BB (level harga yang terdapat SNR @ SND). Atau boleh juga close all manual apabila STO telah mencecah level 80 dan ke atas.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi June 14, 2023
Read more ...

OHLC adalah singkatan kepada Open, High, Low dan Close, yang merupakan empat data harga dalam forex. Open menunjukkan harga pembukaan suatu pasangan matawang dalam timeframe tertentu (misalnya per hari atau per minggu). High menunjukkan harga tertinggi dalam timeframe yang sama, Low menunjukkan harga terendah, dan Close menunjukkan harga penutupan.


Data OHLC sangat penting bagi trader forex kerana ia dapat membantu mereka memahami pergerakan harga dan membuat keputusan trading.


CONTOH TEKNIK BERDASARKAN KEPADA OHLC


Ada beberapa teknik trading berdasarkan kepada OHLC untuk forex, di antaranya adalah:

  1. Trend Following: teknik ini menggunakan OHLC untuk mengenalpasti trend market. Jika harga menunjukkan trend naik, trader akan membuka posisi beli, dan jika trend turun, mereka akan membuka posisi jual.
  2. Price Action: teknik ini fokus kepada pergerakan harga dan pembentukan candle stick sebagai signal untuk membuka posisi. Trader akan memerhatikan formasi candle dan trend yang terjadi untuk menentukan posisi beli atau jual.
  3. Moving Average: teknik ini menggunakan purata pergerakan harga dalam timeframe tertentu untuk meramalkan pergerakan harga selanjutnya. Jika harga berada di atas moving average, trader akan membuka posisi beli, dan jika harga berada di bawah moving average, trader akan membuka posisi jual.
  4. Support and Resistance: teknik ini fokus kepada level support dan resistance dalam pergerakan harga. Jika harga menembusi level support, trader akan membuka posisi jual, dan jika harga menembusi level resistance, trader akan membuka posisi beli.


Kejayaan dalam forex trading sangat bergantung kepada strategi dan disiplin dalam mengikuti aturan teknik yang digunakan. Korang perlu selalu berhati-hati dan terus belajar untuk meningkatkan kemampuan trading. Kejayaan tidak hadir sekelip mata, melainkan dengan penat lelah korang belajar dan memahirkan diri dengan teknik trading forex.


TEKNIK OHLC YANG MUDAH


Bila nak buat mapping?

  1. Setiap hari Isnin & Jumaat, korang buat mapping menggunakan timeframe weekly, W1.
  2. Manakala untuk hari Selasa sampai Khamis, korang buat mapping berdasarkan kepada timeframe daily, D1.


Pasangan TF yang disyorkan:


Setiap timeframe mempunyai pasangan masing-masing. Tidak semua timeframe itu sesuai dipasangkan. Tiada jodoh kata orang. Hehe ..


Jadi, pasangan yang diyorkan adalah seperti di bawah ni ye:

W1 = H4

D1 = H1

H4 = M30


Baik .. untuk penerangan kali ini, #abgman akan gunakan TF H4 & M30 ye.


H4 (hint arah entry)


Untuk setup BUY, candlestick sebelumnya perlu CLOSED dalam keadaan SELL.


(TF H4 bermaksub kita perlu menunggu setiap 4 jam untuk sebatang candle pada TF H4 siap. Selagi candle tidak siap @ close, korang jangan gatal-gatal nak entry ye. Ikut je SOP yang ada ni.)


Contoh carta yang disediakan adalah untuk GOLD @ H4.

Gold @ H4. Line kuning tersebut adalah line tengah untuk kotak marking tersebut.


Setelah candle tersebut closed dalam keadaan SELL, maka korang marking kotak untuk shadow candle sell tersebut. Seterusnya korang letakkan satu line horizontal pada tengah kotak tersebut.


*BONUS apabila terdapat candle ENGULFING sebelah kiri carta korang tu. Semakin kuat alasan untuk korang BUY jika terdapat engulfing tersebut.

Korang perhatikan bahawa terdapat candle engulfing di sebelah kiri carta.


Setelah korang sudah marking kotak dan letakkan line horizontal tersebut korang perlu tukar kepada TF M30 pula.


M30 (confirmation dan entry)


Seterusnya korang perlu tunggu candle BUY siap.

Entry setelah candle BUY siap closed. Untuk TP korang cari SNR @ SND terdekat.


Candle tersebut adalah candle confirmation untuk setup BUY tersebut valid dengan syarat candle tersebut closed di atas line horizontal yang dibuat sebelum ini. Jika terdapat candle closed di bawah line horizontal ianya adalah sedikit berisiko untuk entry.


Dekat mana nak set TP & SL?


Haa .. untuk SL boleh letakkan di bawah kotak tersebut dalam jarak kira-kira 15-20 pips. Manakala untuk TP pula korang boleh letakkan pada jarak yang sesuai dengan kehendak korang sendiri. Sebaiknya carilah SNR atau SND terdekat untuk letakkan TP korang tu.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi June 07, 2023
Read more ...


Naked forex trading - juga dikenali sebagai trading price action - adalah satu cara trading yang biasa digunakan oleh para trader untuk membuat analisa teknikal. Ia melibatkan pembelian dan penjualan matawang tanpa menggunakan sebarang indikator.


Kedengaran berisiko tinggi? Tidak? Apakah daya tarikan dan faedah gaya trading ini? Bagaimanakah ia berfungsi, atau adakah ia sebenarnya berfungsi? Bagaimanakah korang akan melaksanakan strategi perdagangan price action?


Dalam artikel kali ini, #abgman akan membincangkan secara detail tentang naked trading, dan memberikan korang petua tentang cara mencubanya, mudahan tanpa kehilangan pakaian korang. Hahahaha..


1. Apakah itu naked forex trading?


Naked forex trading, atau dikenali sebagai price action trading, ialah apabila korang membuat keputusan trading berdasarkan kepada pergerakan harga semasa dan bukan pada pergerakan harga dan keadaan pasaran masa lalu atau masa hadapan.


Apabila korang menggunakan naked trading, bermakna korang menggunakan carta price action untuk membuat keputusan kerana ia membantu korang melihat apa yang sedang dilakukan oleh pasaran dan ke mana ia mungkin pergi.


Ia adalah cara yang mudah untuk berdagang di mana korang membuat keputusan perdagangan dengan segera dan cepat, tanpa menggunakan indikator teknikal yang dilampirkan pada carta korang.


Apakah yang dimaksubkan dengan price action dalam trading?


Ramai trader jangka pendek mendasarkan semua keputusan perdagangan mereka pada price action dan corak serta arah aliran yang boleh diambil daripada mereka.


Apakah price action?


Ringkasnya, ia adalah pergerakan harga aset yang dicatatkan dari semasa ke semasa.


2. Bagaimana korang berdagang menggunakan price action?


Berdagang dengan strategi price action, seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah berdasarkan membuat keputusan perdagangan subjektif selepas membaca perubahan harga pasaran.


Secara mudah, teknik naked trading ini tidak menggunakan sebarang petunjuk (indikator) atau analisis asas.


Walau bagaimanapun, korang boleh gabungkan dengan beberapa analisa teknikal juga jika korang mahu.


Bagaimana korang berdagang tanpa penunjuk (indikator)


Apabila korang berdagang dengan penunjuk, korang perlu menganalisis banyak data dan corak terperinci. Ini mungkin mengambil masa yang lebih lama dan menghalang korang daripada mengambil tindakan pada masa yang tepat.


Jika korang seorang beginner dalam trading, korang mungkin mendapati semua analisa dan strategi ini sukar untuk difahami dan lebih suka kaedah dagangan naked trading yang lebih mudah dan ringkas.


Untuk berdagang tanpa indikator, korang hanya perlu mengenal pasti corak dalam carta harga dan menggunakan corak tersebut untuk meramalkan ke mana pasaran mungkin pergi seterusnya.


Untuk berbuat demikian, korang perlu belajar cara membaca carta harga dan menganalisis corak candle. Korang juga perlu mempunyai pengetahuan tentang pasaran, kitaran pasaran, memahami cara ia berfungsi dan memahami arah aliran dan corak pasaran.


Jadi, mari kita imbas kembali .. untuk berdagang tanpa indikator, korang perlu:

1. Dapatkan pengetahuan tentang pasaran forex.
2. Fahami bagaimana pasaran forex berfungsi.
3. Fahami kitaran pasaran forex.
4. Tajamkan sense korang terhadap trend dan corak pasaran.
5. Belajar membaca carta harga.
6. Belajar menganalisa corak candlestick.
7. Gunakan semua pengetahuan ini untuk meramalkan ke mana pasaran mungkin pergi seterusnya.


3. Apakah strategi price action trading?


Apakah strategi price action, dan adakah hanya satu strategi sahaja?


Tidak. Terdapat beberapa strategi price action yang boleh korang pakai, strategi yang tidak memerlukan penggunaan indikator atau analisa asas.


Berikut adalah beberapa strategi tersebut:


Strategi Candlestick


Strategi ini juga dikenali sebagai strategi PIN BAR. Corak candlestick (atau corak pin bar) kelihatan seperti lilin dengan sumbu panjang.


Pin bar menujukkan penolakan atau pembalikan harga tertentu dan sumbu menunjukan julat harga yang ditolak oleh trader. Apabila korang menggunakan strategi ini, korang mendasarkan keputusan kepada andaian bahawa harga akan bergerak ke arah yang bertentangan dengan sumbu.


Di sinilah trader kemudiannya memutuskan untuk memilih kedudukan LONG (BUY) atau SHORT (SELL) bergantung kepada kedudukan mana yang mereka percaya akan menghasilkan keuntungan.


Strategi Inside Bar


Strategi Inside bar ialah pendekatan perdagangan price action dua bar di mana outer bar lebih penting daripada inside bar (saiz inside bar lebih kecil dan berada dalam julat tinggi ke rendah bar sebelumnya).


Ini bermakna bahawa tinggi dan rendah inside bar adalah lebih besar daripada bar sebelumnya. Oleh itu, inside bar menunjukkan tempoh penyatuan atau turun naik harga.


Apa yang korang lakukan kemudian? Korang dinasihatkan supaya meletakkan SL (stop loss) lebih sedikit daripada bahagian atas atau bawah inside bar bergantung pada arah mana pemecahan itu diramalkan.


Head & Shoulder Reversal Trade


Corak head & shoulder, yang merupakan corak reversal bearish (menurun) kelihatan seperti kepala dengan dua bahu di kedua-dua sisi. Ia menunjukkan bahawa aliran menaik telah memuncak dan reversal (daripada menurun kepada kenaikan harga) telah bermula.


Ini adalah apabila penggantian puncak yang lebih tinggi (puncak pertama dan kedua) dipecahkan oleh puncak ketiga, yang lebih rendah daripada puncak kedua.


Corak reversal trading head & shoulder dianggap oleh trader sebagai salah satu corak yang paling bergantung untuk reversal, menunjukkan bahawa aliran menurun hampir berakhir.


Trend Trading


Trend trading sangat bagus untuk trader beginner kerana korang hanya perlu megikuti arah aliran harga. Terdapat pelbagai cara korang boleh menjejaki arah aliran harga pasaran dan korang boleh mengikuti serta belajar daripada trader berpengalaman.


Cara yang baik untuk memulakan trend trading adalah dengan memilih entry SHORT (SELL) semasa pasaran menurun (aliran menurun) dan apabila pasaran menaik (aliran menaik) pilihlah entry LONG (BUY).


Trend Entry Selepas Retracement


Strategi naked trading ini adalah apabila trader melihat jualan short (sell) selepas mengikuti arah aliran menurun sedia ada dengan paras tertinggi lebih rendah (lower high) muncul konsisten.


Jika harga pasaran mula meningkat, dengan tinggi dan rendah  trending menaik, maka pelabur akan mempertimbangkan untuk membeli.


Trend Entry Selepas Breakout


Dalam strategi forex trading price action - breakout, trader akan mengkaji carta dan isyarat untuk melihat sama ada harga telah bergerak di luar garisan rintangan (resistance).


Jika breakout berlaku di atas garisan resistance, trader akan memilih entry beli (LONG). Jika harga bergerak di bawah paras sokongan (support), maka trader akan memilih entry jual, atau melihat untuk menjual.


Apabila harga bergerak melepasi halangannya, terdapat peningkatan dalam volatility dan harga lebih cenderung untuk bergerak ke arah breakout.


Urutan (Zigzag @ wave) Tinggi dan Rendah


Berdagang secara naked pada asasnya adalah mengenai mengikuti paras tinggi dan rendah untuk mencari arah aliran yang muncul dalam harga pasaran.


Jika harga matawang didagangkan pada tahap tinggi yang lebih tinggi (higher high) dan rendah yang lebih tinggi (higher low), ia menunjukkan arah aliran menaik (bullish).


Jika matawang itu didagangkan pada paras tertinggi yang lebih rendah (lower high) dan paras rendah yang rendah (lower low), maka ia adalah aliran menurun (bearish).


Untuk memanfaatkan strategi ini, pilih entry point di bahagian bawah aliran kenaikkan dan kemudian tetapkan SL sebelum rendah yang lebih tinggi (higher low).


4. Memahami kitaran pasaran forex.


Memahami kitaran pasaran forex adalah bahagian penting dalam pelan perdagangan price action korang jika ingin berdagang tanpa indikator. Jadi mari kita kaji.


Apa yang korang perlu tahu tentang kitaran pasaran?


Terdapat pelbagai kitaran pasaran, ada yang pergi untuk jangka masa yang lama dan yang lain lebih pantas. Tetapi mari kita berpegang kepada asas hari ini. Corak kitaran pasaran biasa berlaku seperti ini:

1. Ranging low
2. Trending menaik (upward - bullish)
3. Ranging high
4. Trending menurun (downward - bearish)


Memperoleh pemahaman yang baik tentang kitaran pasaran akan membantu korang apabila berdagang naked trading tanpa indikator, jadi korang boleh menilai sama ada idea yang baik untuk membuat perdagangan atau tidak.


Untuk peluang yang lebih baik untuk berjaya, korang perlu berdagang mengikut arah aliran dan bukannya ke arah yang bertentangan.


5. Cara membaca carta price action


Apabila berdagang forex, terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan. Korang perlu sedar tentang julat dagangan harian, sentimen pasaran, dan sama ada korang mahu berada dalam entry BUY (long) atau SELL (short) atau tidak.


Dan kemudian terdapat carta price action.


Carta price action mungkin sukar dibaca pada pandangan pertama. Ini benar terutamanya jika korang baru dalam perdagangan forex. Tetapi ia sebenarnya agak mudah apabila korang memahaminya.


Carta ini memecahkan pergerakan harga dari semasa ke semasa kepada bar yang mudah dibaca. Ini membolehkan trader melihat bagaimana pasaran telah bergerak dan jenis aliran yang telah berlaku.


Perkara yang paling penting untuk diingat apabila naked forex trading dan membaca carta price action, adalah untuk memberikan perhatian kepada kedudukan dan pergerakan harga semasa. Berdasarkan kitaran, korang mesti menentukan ke mana harga akan pergi supaya korang boleh memutuskan bagaimana korang akan berdagang.


6. Kebaikan dan keburukan naked trading


Seperti semua perkara dalam kehidupan, tidak dapat tidak terdapat beberapa kebaikan dan keburukan kepada perdagangan price action yang perlu korang ingat apabila membuat keputusan untuk mengambil pendekatan ini.


Kebaikan Naked Forex Trading


* Ia mempunyai pintu keluar dan kemasukan yang lebih berfaedah berbanding berdagang menggunakan indikator.
* Korang menghabiskan sedikit masa untuk analisa.
* Dagangan price action boleh diuji pada simulator.
* Korang boleh menggunakan strategi pilihan masing-masing.

Keburukan Naked Forex Trading

* Trading korang tidak dapat di “automatik” kan.
* Memerlukan lebih fokus dan usaha daripada pendekatan konvensional.
* Setiap trader akan mentafsir signal dengan cara mereka sendiri.
* Indikator biasanya mengikuti selepas harga.


7. Pengurusan risiko untuk naked forex trading


Terdapat risiko biasa untuk perdagangan forex mengikut mana-mana pendekatan yang korang putuskan untuk ambil.


Ini adalah:

* Risiko urusniaga
* Risiko kadar faedah (interest rate)
* Risiko leverage
* Risiko rakan niaga (counterparty)
* Risiko negara (country)


Dalam perdagangan price action, kelemahan terbesar yang boleh menyebabkan korang berisiko ialah tidak mempunyai pemahaman yang cukup tentang industri untuk naked trading. Dagangan price action dilakukan dalam masa nyata.


Ini bermakna korang perlu mempunyai pemahaman yang baik tentang pasaran forex, bagaimana pasangan matawang boleh bergerak, dan di mana ia berada dalam kitaran pasaran.


Dengan pengetahuan, pemahaman dan alatan asas yang betul, korang boleh berjaya dalam perjalanan untuk naked trading.


8. Patutkah korang mencuba naked forex trading sebagai beginner trader?


Trader berpengalaman sebenarnya mengesyorkan bahawa jika korang adalah beginner dalam trading, adalah idea yang baik untuk memulakan dagangan forex secara naked trading sebelum korang mula menggunakan indikator.


Kenapa?


Oleh kerana perdagangan price action adalah berdasarkan pasaran semasa dan bukan pada pergerakan pasaran masa lalu atau hadapan, sebagai seorang beginner korang boleh berlatih menonton dan meramalkan arah mana pasaran akan bergerak.


Menajamkan naluri dagangan korang adalah sebahagian daripada menjadi pedagang yang baik, dan menggunakan pelbagai strategi yang disenaraikan di atas, korang boleh mempelajari asas perdagangan sebelum korang menggunakan analisa dan indikator pada carta trading korang.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi May 31, 2023
Read more ...

Korang ada akaun Tradingview? Ada, tapi akaun free je?? Haaa .. tak perlu akaun yang berbayar premium tu pun. Yang free pun dah ok. Janji boleh akses kepada fungsi-fungsi dekat Tradingview tu.

Ehhh .. tapi betul ke ada teknik Tradingview ni? Haaa .. meh #abgman nak share. Register akaun Tradingview cepat-cepat. Kang tak ada dah akaun free selepas ni #abgman tak tahu.

Selepas korang dah siap register tu, buka je mana-mana carta pair, namun adalah disyorkan untuk menggunakan teknik ini untuk GOLD (XAUUSD) pada timeframe H1. Tetapi korang boleh je gunakan teknik ini untuk pair lain.


INDIKATOR

Okay, seterusnya korang klik ikon PENUNJUK, METRIK & STRATEGI tu.

Korang taip je UT BOT dekat bahagian search tu. Nanti keluar senarai. Korang pilih UT BOT yang dibuat oleh Yo_adriiiiaan.

Korang tutup window tadi. Korang klik dekat gambar gear (setting) untuk UT BOT tu.

Korang klik dekat tab GAYA/STYLE tu. Untick yang TRAILING STOP.

Klik OK.

Kita sambung dengan indikator kedua pula.

Sama macam step dekat atas. Klik ikon untuk PENUNJUK, METRIK & STRATEGI sekali lagi. Kali ni dekat search tu korang taip MOVING AVERAGE EXPONENTIAL.

Klik dekat indikator tu. Selepas tu korang boleh tutup window tu.

Sama juga macam tadi. Korang klik dekat ikon gear (setting) untuk EMA tu.

Untuk EMA ni korang perlu ubah setting dekat 2 bahagian.

#1 korang perlu ubah dekat tab INPUT. Klik dekat PANJANG, ubah nilai 9 kepada 200.

#2 klik tab GAYA/STYLE, klik kotak sebelah EMA tu.

Korang tukarkan ketebalan line biru kepada yang ketiga tebal. Ini untuk memudahkan korang nampak line EMA biru tu nanti.

Pastikan carta korang adalah seperti di bawah ni.


Macam mana nak guna teknik ni? SOPnya macam mana?


SOP SELL

SOP untuk contoh entry SELL adalah seperti berikut:

#1 korang perlu memastikan bahawa candle berada di bawah 200 EMA untuk trend SELL.

#2 seterusnya korang tunggu je signal SELL keluar untuk entry.

#3 untuk SL korang boleh letakkan pada shadow tertinggi sebelah kiri yang paling dekat.

#4 untuk TP pula korang boleh letakkan pada nisbah 1:2 daripada entry. Atau boleh je korang nak setkan TP dekat SNR/SND terdekat. *(untuk pair lain selain daripada GOLD, korang boleh gunakan nisbah R:R 1:1.5)

Rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas lagi.


SOP BUY

Untuk BUY pula macam mana? Korang terbalikkan je SOP tu .. sama je step dia. Kalau tak jelas lagi boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih lagi kefahaman.

Korang perlu memastikan bahawa candle berada di atas untuk trend BUY. Setelah itu barulah korang tunggu signal BUY keluar. Nisbah Risk:Reward adalah sama iaitu 1:2. Atau boleh juga korang setkan TP dekat SNR/SND terdekat. *(untuk pair lain selain daripada GOLD, korang boleh gunakan nisbah R:R 1:1.5)


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi May 17, 2023
Read more ...

Dalam bidang analisa teknikal, terdapat pelbagai cara analisa diperkenalkan. Korang boleh pelajari pelbagai jenis teknik bergantung kepada teknik yang macam mana korang minat. Setiap trader mempunyai teknik yang mereka suka (ianya adalah subjektif, bukan semua orang minat yang sama).

Begitu juga dengan teknik yang berkait dengan FIBONACCI RETRACEMENT yang diajar oleh cikgu-cikgu di luar sana. Terdapat pelbagai teknik yang berkaitan dengan fibo di luar sana. Korang perlulah rajin mencari cikgu-cikgu yang mengajar ye. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Hari ni, #abgman ingin berkongsi satu teknik fibo yang #abgman suka gunakan.

Kita mulakan dengan menukarkan setting fibo yang akan digunakan nanti.Terdapat hanya sedikit perubahan yang perlu #abgman lakukan kepada fibo tersebut. #abgman akan gunakan platform MT4 (setting yang sama untuk versi desktop dan mobile).


Jom .. kita mulakan !!!


SETTING FIBONACCI RETRACEMENT

Gambar 01: Simbol FIBONACCI RETRACEMENT

1. Korang klik simbol untuk fibo (seperti dalam gambar di atas). Atau korang boleh klik dekat INSERT >> FIBONACCI >> RETRACEMENT.

Gambar 02: Klik Insert >> Fibonacci >> Retracement

2. Seterusnya, korang klik sahaja di mana-mana bahagian carta, kemudian tarik je fibo tersebut. Mana-mana je asalkan fibo tersebut berada di carta. Kita hanya nak tukarkan setting untuk fibo tersebut.

3. Fibo korang akan kelihatan seperti di bawah.

Gambar 03: Default FIBONACCI RETRACEMENT

4. Klik dua kali di atas line merah tersebut. Klik kanan >> FIBO PROPERTIES.

Gambar 04: Klik kanan >> Fibo Properties

5. Ikut step yang terdapat pada artikel berkenaan (BASIC: FIBONACCI RETRACEMENT) ni. Korang perlu edit DESCRIPTION untuk kesemua level fibo tersebut. Tambahkan ( -%$ ). Dan tukarkan juga warna (STYLE) kepada yang lebih mudah untuk dilihat. Dalam contoh, #abgman gunakan warna merah. Klik OK.

Gambar 05: Edit DESCRIPTION untuk kesemua level fibo dan tukarkan warna

6. Oh yaa .. tambahkan juga satu level iaitu 1.314 (TP WAJIB) seperti gambar di bawah. Nanti #abgman kongsikan kenapa.

Gambar 06: Tambahkan satu level fibo iaitu TP WAJIB (131.4%)


SOP ENTRY

Selesai bab setting untuk fibo tersebut. Jom kita teruskan dengan macam mana nak tarik fibo pula.

#abgman yakin sekarang ni korang sudah pun tahu bahawa pergerakan harga di pasaran forex adalah secara zig-zag. Dan untuk mengesahkan bahawa trend sudah sampai masa untuk membuat u-turn adalah dengan memastikan bahawa pergerakan zig-zag itu telah memecahkan tahap SNR yang terdekat.

Untuk downtrend, fibo perlu ditarik daripada bawah ke atas. Bermaksub point pertama yang diklik akan menandakan level 100, manakala point kedua adalah untuk level kosong bagi fibo tersebut.


NAK TARIK DARI MANA KE MANA?

#abgman ambil contoh analisa untuk downtrend. Step yang perlu korang buat adalah seperti di bawah ni:-

1. Untuk downtrend, korang perlu tunggu harga memecahkan dahulu trendline.

2. Setelah trendline dah pecah, korang tunggu pula harga melakukan retracement yang ketara dan jelas.

3. Apabila harga sudah membuat retracement, barulah korang tarik fibo bermula daripada badan candle terakhir sebelum harga retrace. *LEVEL 100

4. Untuk point kedua fibo, korang akan letakkan pada bayang (shadow) tertinggi sebelum harga memecahkan trendline pada step kedua.

Sila rujuk kepada gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.

Gambar 07: Contoh donwtrend untuk pair GBPCAD, Daily (21.2.2022 - 26.9.2022)

Seperti yang korang nampak pada gambar di atas, #abgman tarik dari bawah ke atas untuk downtrend. Confirmation untuk tarik fibo adalah apabila harga telah pun memecahkan SNR terdekat (kotak kuning). Jelas harga telah sampai ke hujung trend apabila menyentuh level fibo iaitu 423.6% untuk downtrend tersebut.

Gambar 08: Contoh uptrend untuk pair GBPCAD, Daily (26.9.2022 - terkini)

Cuba korang perhatikan contoh untuk uptrend di atas pula. Seperti yang korang nampak, #abgman hanya tarik fibo untuk uptrend apabila harga telah pun memecahkan SNR terdekat (kotak kuning) tersebut. Harga telah pun melepasi level TP WAJIB dan seterusnya terus ke level 161.8%. Jika harga tidak mampu untuk memecahkan level SNR terdekat, maka adalah masih valid untuk korang BUY ketika itu.


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN TP WAJIB - 131.4%?

Menurut Kamus Dewan Online, WAJIB bermaksub:-

"2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu"

Maka boleh kita tafsirkan bahawa TP WAJIB adalah bermaksub level fibo yang MESTI, PERLU untuk harga melepasinya. 

Untuk selamat, #abgman syorkan korang meletakkan TP pada level tersebut. Jika harga pergi ke level 161.8% itu adalah BONUS.

Manakala untuk SL korang boleh letakkan pada level 0%. KENAPA? Sebab harga sudah pasti telah melepasi SNR terdekat jika ia memecahkan level kosong, yang bermaksub trend untuk fibo tersebut sudah tidak valid untuk korang hold entry. Atau mungkin korang boleh tambahkan dalam 15-20 pips daripada level kosong untuk SL tersebut.

Andai korang masih lagi hold entry setelah harga melepasi level kosong tersebut, maka korang akan mengalami kerugian yang lebih besar nanti. Lebih baik rugi sedikit terkena SL daripada MC keseluruhan akaun trading tersebut.


TIMEFRAME UNTUK ANALISA DAN ENTRY?

Untuk analisa, #abgman syorkan korang untuk gunakan timeframe H4 dan ke atas. H1 ni banyak kali berlaku false signal. Jadi kalau nak analisa yang boleh diyakini, sememangnya H4 adalah yang terbaik.

Persoalan seterusnya pula adalah dekat mana nak entry? Kebiasaanya, jika fibo yang korang tarik itu betul maka kawasan terbaik untuk entry adalah yang berdekatan dengan SNR yang sebaris dengan level fibo iaitu level 23.6, 38.2, 50 dan 61.8. Lebih bagus lagi jika terdapat ENGULFING pada level SNR tersebut.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 15, 2023
Read more ...

Hari ni #abgman nak berkongsi salah satu teknik M1 SCALPING yang pernah #abgman pelajari dahulu. Semoga bermanfaat untuk korang. #abgman mulakan dengan asas yang perlu korang semua faham dan jelas dulu sebelum #abgman pergi ke bahagian yang lebih advance.


TREND

Dalam mana-mana teknik analisa, adalah penting untuk korang jelas tentang major trend yang sedang berlaku sebelum korang entry.

Terdapat tiga (3) trend utama yang perlu korang tahu iaitu:
  • Uptrend (bullish @ BUY)
  • Downtrend (bearish @ SELL)
  • Sideway @ ranging = NO ENTRY
Gambar 1: Contoh chart Uptrend dan Downtrend

Gambar 2: Contoh chart Uptrend, Downtrend dan juga Sideway trend


KENAPA PERLU IKUT TREND SEMASA?

Di antara kelebihan jika korang entry berdasarkan kepada trend semasa adalah RISIKO trade korang itu adalah RENDAH. Kebarangkalian untuk salah entry adalah kecil jika korang entry mengikut arah yang sepatutnya.

Selain itu, WIN RATIO juga adalah TINGGI sekiranya korang entry berdasarkan trend semasa.


OVERBOUGHT vs. OVERSOLD

Gambar 3: Rahsia Overbought (OB) vs. Oversold (OS)


OVERBOUGHT (OB) – satu keadaan dimana price sudah mengalami KENAIKAN yang cukup tinggi dan tahap teratas menyebabkan arus buyer semakin mengecil; kebiasaannya price menjadi sukar untuk naik lebih tinggi lagi; price cenderung dan berpeluang BESAR untuk TURUN !!!


OVERSOLD (OS) – satu keadaan dimana price sudah mengalami PENURUNAN yang cukup rendah dan tahap terbawah menyebabkan arus seller semakin mengecil; kebiasaannya price menjadi sukar untuk turun lebih rendah lagi; price cenderung dan berpeluang BESAR untuk NAIK !!!


TIP !!!
  • Cari OB di TF M15, tukar ke TF M1 tunggu OB sebelum entry SELL
  • Cari OS di TF M15, tukar ke TF M1 tunggu OS sebelum entry BUY


INDIKATOR

Okay. Seterusnya #abgman nak kongsikan indikator apa yang digunakan dalam teknik M1 scalping ini. Senarai indikator yang perlu korang masukkan chart adalah seperti di bawah ni.

  1. MOVING AVERAGE
    1. EMA 50
    2. EMA 100
    3. EMA 200
  2. STOCHASTIC OSCILLATOR
  3. MACD


MOVING AVERAGE (EMA 50)

Gambar 4: EMA 50


MOVING AVERAGE (EMA 100)

Gambar 5: EMA 100

MOVING AVERAGE (EMA 200)

Gambar 6: EMA 200

STOCHASTIC OSCILLATOR; 3, 1, 3

Gambar 7: Stochastic Oscillator

Gambar 8: Stochastic Oscillator


*OPTIONAL: tambahan level

  • 90 = SELL
  • 10 = BUY

MACD 12, 26, 1

Gambar 9: MACD


FOLLOW THE TREND MENGGUNAKAN tiga (3) EMA


UPTREND @ BUY – susunan tiga (3) EMA (M15)

  • 50 (kuning) @ atas
  • 100 (merah) @ tengah
  • 200 (hijau) @ bawah

*fokus mencari setup BUY

Gambar 10: Uptrend


DOWNTREND @ SELL – susunan tiga (3) EMA (M15)

  • 200 (hijau) @ atas
  • 100 (merah) @ tengah
  • 50 (kuning) @ bawah

*fokus mencari setup SELL

Gambar 11: Downtrend


SIDEWAY / RANGING - tiga (3) EMA – kuncup @ rapat

  • pertukaran trend akan berlaku (TIADA ENTRY)
  • Tiga (3) EMA dalam keadaan RAPAT/MENGUNCUP/BERSILANG TIDAK TERSUSUN
  • menunjukkan keadaan TREND SEMASA adalah KURANG JELAS
  • dalam situasi ini, LEBIH BAIK cari pair lain yang lebih selamat untuk TRADE

* korang hanya trade dalam keadaan TREND SEMASA yang jelas

Gambar 12: Sideway @ ranging


DOUBLE CONFIRM TREND SEMASA – MACD


CONTOH #1 - UPTREND

Bulatan A trend semasa UPTREND

2nd confirmation – bukit / lembah MACD di ATAS

*pastikan tiga (3) EMA & MACD adalah sama iaitu UPTREND / ATAS

Gambar 13: Tiga (3) EMA Uptrend; Bulatan A Uptrend; Bulatan B bukit MACD di atas


CONTOH #2 - DOWNTREND

Bulatan A trend semasa DOWNTREND

2nd confirmation – bukit / lembah MACD di BAWAH

*pastikan tiga (3) EMA & MACD adalah sama iaitu DOWNTREND / BAWAH

Gambar 14: Tiga (3) EMA Downtrend; Bulatan A Downtrend; Bulatan B bukit MACD di bawah


MENGENALPASTI AREA OB & OS DENGAN STOCHASTIC 3, 1, 3

Gambar 15: Bulatan A (Overbought - OB); bulatan B (Oversold - OS)

Korang perlu memastikan bahawa STOCHASTIC telah berada di zon OB atau OS untuk melakukan entry.


SOP ENTRY BUY


  1. Pastikan tiada NEWS.
  2. TF M15, cari pair trend semasa adalah jelas UPTREND – 3 EMA.
    1. 50 EMA (KUNING)
    2. 100 EMA (MERAH)
    3. 200 EMA (HIJAU)
  3. Confirmation trend semasa – MACD (BUKIT ATAS).
  4. Apabila jelas UPTREND tunggu STO 313 OVERSOLD (OS).
  5. Setelah STO 313 OS maka standby untuk BUY.
  6. Tunggu STO 313 sentuh level 0 @ bentuk mahu bengkok, tukar ke TF M1.
  7. TF M1 abaikan tiga (3) EMA & MACD, hanya fokus STO 313 untuk entry BUY.
  8. Entry BUY hanya apabila STO 313 menyentuh level 0.
  9. Take profit (TP) jika STO 313 OB level 100.
  10. Stop loss (SL) jika tiga (3) EMA pada M15 bersilang tukar trend.

SOP ENTRY SELL


  1. Pastikan tiada NEWS.
  2. TF M15, cari pair trend semasa adalah jelas DOWNTREND – tiga (3) EMA.
    1. 200 EMA (HIJAU)
    2. 100 EMA (MERAH)
    3. 50 EMA (KUNING)
  3. Confirmation trend semasa – MACD (BUKIT BAWAH).
  4. Apabila jelas UPTREND tunggu STO 313 OVERBOUGHT (OB).
  5. Setelah STO 313 OS maka standby untuk SELL.
  6. Tunggu STO 313 sentuh level 100 @ bentuk mahu bengkok, tukar ke TF M1.
  7. TF M1 abaikan tiga (3) EMA & MACD, hanya fokus STO 313 untuk entry SELL.
  8. Entry SELL hanya apabila STO 313 menyentuh level 100.
  9. Take profit (TP) jika STO 313 OS level 0.
  10. Stop loss (SL) jika tiga (3) EMA pada M15 bersilang tukar trend.


BONUS !!! (KILLER ENTRY)

Dekat bawah ni #abgman nak berkongsi entry bonus sekiranya hadir setup tersebut korang jangan lepaskan peluang untuk kaut sebanyak mungkin profit.

Korang fokus dekat STO 313 untuk TF M15 & M30 serentak sentuh level 0 @ 100. Perhatikan juga tiga (3) EMA pada TF M15/M30 & H1/H4 - perlu selari @ sama arah untuk confirmation. Kekuatan OB/OS pada M15/M30 akan buatkan STO H1 ikut arah walaupun H1 tak sampai OB/OS.

Sebab kekuatan utama adalah trend yang sama arah.

Nak download e-book nota ini? Klik link sini untk dapatkannya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi February 27, 2023
Read more ...