Sponsor

ads header

TEKNIK: DIVERGEN TYPE-R

Divergen @ "Percanggahan" dalam dagangan forex merujuk kepada perbezaan atau percanggahan antara dua atau lebih indikator (penunjuk) atau set data. Dalam dagangan forex, perbezaan boleh merujuk kepada perbezaan antara harga pasangan matawang dan penunjuk teknikal seperti oscillator, contohnya Relative Strength Index (RSI) atau Moving Average Convergence Divergence (MACD).


Apabila harga pasangan matawang yang bergerak dalam satu arah, tetapi penunjuk teknikal bergerak ke arah yang bertentang, ini dipanggil "capah negatif" @ "negative divergence". Ia boleh menjadi tanda potensi pembalikan harga. Sebaliknya, apabila kedua-dua harga pasangan matawang dan penunjuk teknikal bergerak ke arah yang sama, ini dipanggil "capah positif" @ "positive divergen". Positive divergen boleh menunjukkan bahawa arah aliran harga semasa berkemungkinan berterusan.


Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun perbezaan boleh menjadi alat yang berguna dalam perdagangan forex, ia bukan jaminan pergerakan harga masa hadapan. Ia hanyalah salah satu daripada banyak faktor yang dipertimbangkan oleh peniaga semasa membuat keputusan tentang membeli atau menjual matawang. Oleh itu, divergen lebih baik digunakan bersama-sama dengan alat analisa teknikal dan asas pasaran yang lain.


DIVERGEN DALAM FOREX TRADING


Untuk menggunakan divergen dalam dagangan forex, berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan:


1. Cari pasangan matawang yang sedang menunjukkan divergen antara pergerakan harga dan penunjuk teknikal seperti MACD atau Stochastic Oscillator.


2. Tentukan arah perdagangan. Jika ada divergen bullish, buka posisi BELI. Sebaliknya, jika ada divergen bearish, buka posisi JUAL.


3. Pasang SL (Stop Loss) di bawah rendah (lower low) atau atas tinggi (higher high), bergantung pada arah perdagangan.


4. Tentukan TP (Take Profit). Ia boleh dilakukan dengan menentukan ratio Risk:Reward atau dengan menentukan level SNR.


5. Monitor perdagangan korang dan tutup posisi apabila mencapai TP atau SL.


Perlu diingat bahawa perdagangan forex memiliki tahap risiko yang tinggi dan divergen tidak merupakan indikator yang tepat untuk pergerakan harga. Oleh kerana itu, selalu disarankan untuk melakukan percubaan dan memahami risiko sebelum melakukan perdagangan.


CONTOH SETUP DIVERGEN TYPE-R


SENARAI INDIKATOR YANG DIGUNAKAN:


  1. Awesome Oscillator (AO)
  2. Stochastic Oscillator (STO)
  3. Bollinger Bands (BB)
*kesemua indikator tersebut menggunakan default setting untuk MT4 (sesuai untuk digunakan pada smartphone dan juga desktop).


Setup korang akan kelihatan seperti di bawah ni:

Indikator yang digunakan adalah AO, STO dan BB (setting Default).


CARA ANALISA & ENTRY


1. Timeframe (TF) yang disyorkan adalah H4 ke atas.


2. Korang perhatikan bukit AO. Untuk valid setup divergen type-R, bukit AO sebelah kanan terkini perlu lebih rendah daripada bukit sebelah kiri. Rujuk gambar di bawah untuk penjelasan.

Pair GbpUsd; H4. Setup BUY. Line MERAH adalah untuk marking divergen yang berlaku.


3. Seterusnya korang tengok indikator STO. Untuk setup BUY (rujuk gambar di atas), STO perlu rapat ke bawah (level 20 ke bawah) untuk mula entry.

*jaga MM korang dengan baik.
**kemungkinan untuk market bergerak sikit lagi ke bawah sebelum mula retrace masih ada.


4. Untuk TP, korang boleh letakkan pada MID BB. Cari level SNR/engulfing berdekatan dengan MID BB tersebut.


5. Atau korang boleh rujuk kepada STO untuk tutup entry apabila STO sudah rapat. (Rujuk gambar). Tutup entry apabila STO sudah rapat pada level 80 ke atas untuk setup buy.

Untuk TP, boleh letakkan berdekatan dengan Mid BB (level harga yang terdapat SNR @ SND). Atau boleh juga close all manual apabila STO telah mencecah level 80 dan ke atas.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: