Sponsor

ads header

BASIC: MAJOR TREND? (PART 1)

Macam mana nak menentukan major trend?

Selain daripada menggunakan trendline, kita juga boleh gunakan sifat candle itu sendiri untuk menentukan MAJOR TREND untuk minggu tersebut.


MACAM MANA TU? JOM TERUSKAN BACAAN

Untuk menentukan arah trend untuk sesuatu minggu, kita akan merujuk kepada candle minggu sebelumnya.

#1 Gunakan timeframe weekly. Sebab kita nak menentukan major trend untuk seminggu kan? Jadi kita fokus kepada timeframe weekly. (Rujuk contoh di bawah).

Chart: AUDUSD 5.8.2018

#2 Seterusnya, kita akan kira jarak pips dari HIGH ke CLOSE (HC) dan juga LOW ke CLOSE (LC). Yang mana lagi panjang?

#3 Jika HC > LC maka kita akan mencari peluang untuk SELL. Begitu juga jika sebaliknya LC > HC maka kita akan fokus mencari peluang BUY.

#4 Maka dari contoh pair AUDUSD pada 5.8.2018 telah memberikan petunjuk bahawa minggu seterusnya kita patut fokus mencari peluang SELL.


MACAM MANA NAK BUY ATAU SELL?

Yang ni korang boleh gunakan teknik yang pernah korang belajar. Tak kisah la nak gunakan naked chart atau chart berselirat dengan indikator. Matlamat kita adalah nak dapatkan sebanyak mungkin USD dari setiap analisa yang kita buat.

Bila nak entry? Kita akan entry hanya pada hari RABU atau KHAMIS. Kenapa? Sebab Isnin dan Selasa biasanya market akan melakukan retracement dahulu. Rabu@Khamis barulah market akan mengikut arah sebenarnya.

Stop loss (SL) dekat mana? Kita akan letakkan SL pada HIGH/LOW candle minggu sebelumnya.

"Ehh .. kata nak tahu cara baca MAJOR TREND je. Ni dah termasuk teknik entry la plak."

Nak teknik lain lagi? Proceed ke MAJOR TREND PART 2 dan PART 3 pula ye.

Klik sini kalau korang nak download ebook ni dalam bentuk pdf.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: