Sponsor

ads header

BASIC: MULTI TIMEFRAME

APA YANG KORANG FAHAM PASAL MULTI TIMEFRAME (MTF)?


Dalam bahasa mudahnya boleh disebut sebagai PELBAGAI JANGKA MASA.

Penting ke MTF ni dalam forex? Sebenarnya isu ini agak subjektif. Kenapa? Sebab ada je teknik yang menggunakan single timeframe, dan ada juga teknik yang memang menggunakan MTF ni. Yang mana guna single timeframe tu kira tak ada kaitan la dengan artikel ni ye. Hehehe ..

Buat mereka yang belum tahu, timeframe yang terdapat di dalam forex ni biasanya adalah

  1. Monthly (Mn)
  2. Weekly (W1)
  3. Daily (D1)
  4. 4 Hour (H4)
  5. 1 Hour (H1)
  6. 30-Minute (M30)
  7. 15-Minute (M15)
  8. 5 Minute (M5) dan
  9. 1 Minute (M1)
P/s - tapi ada juga platform yang menyediakan timeframe H5 (5 jam) namun tidak menyediakan timeframe H4.


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN TIMEFRAME NI YE?

Kita ambil contoh M1. Setiap candle yang terhasil memerlukan masa selama satu minit untuk disiapkan. Dalam satu period, akan terdapat 1440 candle mewakili 1440 minit untuk satu hari.

Manakala timeframe untuk H1 atau satu jam pula terdapat 24 candle untuk satu period.

Gambar 1: Timeframe H1 akan mempunyai 24 candle di dalam 1 period.

Untuk D1 pula akan terdapat 21-23 candle bergantung kepada bulan tersebut.

W1 pula terdapat 52 candle setiap period.

Gambar 2: Untuk timeframe W1 akan mempunyai 52 candle di dalam 1 period.

Setiap timeframe yang kecil akan siap terbentuk dahulu sebelum timeframe yang besar boleh siap. Disebabkan inilah, setiap timeframe itu mempunyai pasangan mereka yang tersendiri. Boleh rujuk senarai di bawah untuk pasangan tersebut (ni pasangan timeframe yang #abgman suka gunakan)

Mn = W1

D1 = H4

H4 = H1

H1 = M15

M15 = M1

Boleh ke nak gunakan pasangan yang lain daripada senarai ni? Boleh je. Semua tu bergantung kepada kesesuaian korang semasa nak buat analisa.

Setiap pasangan timeframe tu boleh digunakan untuk membuat analisa jenis trading style yang berlainan. 


Seperti contohnya:-

Pasangan timeframe D1+H4 atau H4+H1 sesuai untuk trading jenis swing.

Manakala H1+M15 sesuai untuk intraday.

Dan kalau korang minat untuk scalping maka boleh gunakan pasangan timeframe M15+M1.


WAJIB KE TRADE MENGIKUT PASANGAN TIMEFRAME NI?

Tak juga sebab ada je teknik yang menggunakan single timeframe seperti #abgman sebut dekat atas tu. Teknik mana yang guna single timeframe tu? Korang cari la sendiri ye.


MACAM MANA NAK GUNA PASANGAN TIMEFRAME NI?

Biasanya timeframe besar digunakan untuk menentukan MAJOR TREND entry korang nanti. Manakala timeframe kecil tu pula digunakan untuk mencari ENTRY POINT yang sesuai.

Korang trade dengan cara yang sama ke? Komen la sikit dekat bawah ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: