Money Management (pengurusan kewangan) atau biasa disebut sebagai MM merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan korang dalam trading. Nampak macam mudah je MM ni tapi tak semua orang betul-betul mampu ikut 100% yang telah mereka rancang.
Contoh, mereka rancang untuk merisikokan 2% daripada modal pada setiap entry yang dibuat, namun disebabkan kerap kena Stop Loss (SL) mereka tidak mengikut rancangan asal dengan mengubah risiko trading kepada 10% hanya kerana nak membalas dendam kepada market.
Percayalah .. perbuatan ni hanya akan merosakkan lagi akaun trading dan mental korang.
Sepatutnya apa yang perlu korang lakukan adalah untuk berhenti trading buat seketika apabila mengalami kerugian secara berturut. Supaya emosi korang kembali stabil dan korang mampu untuk membuat analisa dengan tenang kembali.
“Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.”
Forex trading adalah suatu perniagaan, dan dalam setiap perniagaan HOLDING POWER adalah amat penting. Salah satu cara untuk bertahan dalam sesuatu perniagaan adalah MM. Dalam menguruskan modal forex trading, (tiada kos untuk marketing, sewa kedai, upah pekerja, urusniaga dengan pembekal dan lain-lain kos yang berkaitan dengan perniagaan) korang hanya perlu menguruskan akaun trading dengan baik.
TEKNIK MONEY MANAGEMENT YANG PADU!!!
Untuk beginner dan juga mereka yang masih lagi mengalami kerugian berterusan di dalam trading, #abgman ingin mensyorkan korang untuk mengikuti cara MM yang dikongsikan ini.
Apa kata korang cuba risikokan hanya 2% untuk setiap entry korang tu. Dengan cara ini, korang mempunyai kira2 50x SL untuk Margin Call (MC).
Selain itu, Risk:Reward ratio 1:2 iaitu SL 2% dan Take Profit (TP) 4% juga perlu diamalkan.
Sebagai contoh, katalah korang ada modal $1000, maka risiko SL korang hanyalah $20 dan TP pula adalah $40.
Atau korang boleh gunakan R:R yang sedikit besar iaitu 1:3. Jadi SL korang kekal $20 untuk 1 setup, manakala TP adalah $60. Jika korang rugi 6x dalam 10x trade, korang masih lagi untung sebanyak $120 untuk 4x TP.
TP 4x $60 = $240
SL 6x $20 = $120
Keseluruhan $240-$120 = $120
*masih lagi UNTUNG > RUGI
Jika korang merisikokan akaun sehingga 10%, korang hanya memerlukan 10x terkena SL untuk MC. Tanya diri sendiri adakah korang sanggup merisikokan 10%
Kalau nak bertahan lama, sila gunakan % risiko SL dan TP yang sesuai. Tapi yang paling utama adalah, korang WAJIB ikut rancangan tersebut untuk berjaya.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
--
No comments: