Bila sebut perkataan MONEY MANAGEMENT, apa yang akan korang terbayang?
Selain daripada menggunakan saiz lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, sebenarnya ada lagi cara lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan akaun trading korang blow.
Apa tu? Cer cerita ...
Okay .. macam ni. Ni apa yang #abgman amalkan untuk diri sendiri ye. Kalau korang rasa cara ini juga sesuai dengan diri korang boleh lah cuba juga.
Selain daripada membuat pengiraan berapa lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, #abgman juga suka set target untuk setiap trading @ entry tu. Sebagai contoh, #abgman suka set target untuk setiap minggu profit yang terkumpul mestilah sekurangnya (+/-) nilai tertentu.
Nilai tertentu tu pula adalah nilai komitmen bulanan #abgman (convert kepada USD) dan dibahagikan kepada 4 untuk mendapatkan nilai yang perlu untuk seminggu. Sebagai contoh, katalah komitmen bulanan #abgman adalah $1000, maka target mingguan yang perlu #abgman dapatkan adalah sebanyak $250 seminggu.
Dan .. katalah selepas 1x entry, target mingguan tersebut sudah pun tercapai, jadi untuk akaun tersebut #abgman dah boleh rehatkan. Jika gatal tangan, nak juga entry lagi selepas itu, #abgman akan gunakan akaun lain.
Maka untuk setiap entry yang dibuat, #abgman tak ada rasa nak tekan lot yang besar sangat, berbeza dengan jika kita set target harian. Emosi lebih tenang dengan set target mingguan atau bulanan berbanding target harian ni.
Untuk target mingguan ni .. andai katalah korang dapat profit yang sedikit kurang daripada target yang diletakkan tu, usahlah korang entry lagi akaun tersebut. Anggap sahaja untuk minggu tersebut, rezeki korang adalah setakat itu sahaja. Tak perlu nak kejar untuk mencukupkan juga target tersebut.
KENAPA?
Jangan hanya kerana nak mencukupkan nilai target yang mungkin kurang tak sampai $1 korang kehilangan (blow @ mc) akaun tersebut. Hal ini sudah banyak kali terjadi dekat #abgman dan juga sobat2 lain. Jadikanlah pengajaran .. jangan diulang kesilapan mereka2 ini (termasuk #abgman juga). Korang jangan lupa kita trade ni untuk mendapatkan hasil USD untuk tempoh masa selama yang mungkin.
Peluang untuk entry pada minggu berikutnya masih ada. Peluang untuk menjana USD masih ada. Bertenang sahaja.
Trading adalah bisnes.
Ada minggu kita untung lebih, ada masa kita untung kurang. InsyaAllah yang terlebih tu mampu untuk cover yang terkurang nanti.
--
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: