Sponsor

ads header
Results for tool

Terdapat beberapa portal yang korang WAJIB follow dan baca untuk berjaya di dalam forex trading ni. Portal tersebut menyediakan ilmu pengetahuan bermula daripada basic sehingga advance, juga memberikan analisa pasaran terkini dan juga news ekonomi semasa. Yang bagusnya, kesemua blog ini disediakan secara percuma sahaja. Tapi seeloknya korang register la satu akaun dekat website tu, senang untuk korang simpan setting yang custom tu nanti, tak adalah kena setting setiap kali nak guna.


1. Investing.com

Investing.com adalah portal kewangan global yang terkenal dan jenama internet yang disediakan daripada 27 edisi dalam 21 bahasa. Aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS yang menyediakan berita, analisa, petikan streaming, carta dan data teknikal serta alatan kewangan tentang pasaran kewangan global.


2. Daily FX

DailyFX ialah salah satu portal terkemuka dunia untuk berita dan analisa dagangan forex yang merupakan laman web penyelidikan FXCM. Ia menyediakan setiap alatan yang korang perlukan untuk berdagang dalam pasaran pertukaran asing. Para penganalisis melaporkan setiap hari tentang perubahan terkini dalam pasaran mata wang, menyediakan analisa teknikal tepat pada masanya dan pemeriksaan rapi pembentukan carta dengan harga semasa.


3. FX Street

FX Street ialah sumber utama untuk analisis forex masa nyata (real time) di mana korang boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan terbaik dalam pasaran mata wang pada bila-bila masa, 24 jam.


4. Babypips

Babypips ialah laman web dan komuniti pendidikan trader yang terkenal dan paling banyak dirujuk. Selama 10 tahun yang lalu, ia telah menjadi destinasi utama untuk mempelajari cara berdagang pasaran forex. Kini mereka menawarkan artikel harian mengenai berita forex, pelajaran dan kuiz, kalendar eokonomi dan koleksi alatan untuk trade forex. Segala-galanya yang diperlukan oleh trader untuk memulakan perdagangan forex ada di sini. Oleh itu, ia adalah salah satu blog perdagangan forex terbaik.


5. Investopedia

Investopedia ialah salah satu sumber kandungan kewangan terkemuka di dunia di web, dengan lebih daripada 20 juta pelawat unik dan 60 juta paparan halaman setiap bulan. Ia adalah laman web pendidikan kewangan terbesar di dunia. Ia dikuasakan oleh pasukan saintis data dan pakar kewangan yang menawarkan maklumat kewangan tepat pada masanya, dipercayai dan boleh diambil tindakan untuk setiap pelabur.


6. Forex Factory

Forex Factory adalah blog laman web terkemuka tentang forex di mana pedagang forex profesional dari seluruh dunia berkumpul dan menjadikannya salah satu blog dagangan forex terbaik. Laman web ini menyediakan maklumat berkualiti tinggi yang boleh digunakan oleh trader dalam mencapai cita-cita mereka. Ia menawarkan persekitaran yang produktif yang membawa keluar kelebihan para trader untuk membolehkan mereka lebih maju ke hadapan.


7. Earn Forex

Earn Forex ialah laman web terkenal yang menyediakan pelawat dengan alat dan maklumat untuk menjadi forex trader yang berjaya. Mereka menerangkan asas perdagangan forex, memberikan korang e-book dan artikel percuma yang membantu untuk mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan. Mereka juga menawarkan kalkulator online, indikator yang boleh dimuat turun, dan juga expert advisor (EA) percuma. Korang juga boleh melihat sistem penilaian broker yang jujur berdasarkan ulasan trader.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi May 24, 2023
Read more ...

Sebelum ni .. #abgman ada kongsikan teknik scalping menggunakan timeframe M1. Timeframe yang agak liar untuk setengah orang. Kan? Boleh sakit jantung tu kalau tak biasa dengan dia punya laju. Hehe ..

Jadi .. ada lagi tak cara lain nak filter untuk mendapatkan signal yang tepat? Okay, jom #abgman kongsikan sedikit lagi TOOL yang boleh membantu korang dalam mendapatkan entry yang bermutu.


Step #1:

Korang download salah satu daripada dua file INDIKATOR ni. Kenalpasti dahulu MT4 korang BUILD berapa untuk download file yang betul. Hanya perlu download satu file sahaja.

Perbezaan antara kedua file tersebut adalah xxx500.ex4 adalah untuk MT4 Build 500 ke bawah, manakala xxx600.ex4 pula adalah untuk MT4 yang Build 600 ke atas. Seeloknya UPDATE la MT4 korang tu kepada latest version. Pakai yang latest baru selamat.

Macam mana nak pastikan MT4 korang yang mana satu? Buka MT4 korang, lepas tu klik HELP >> ABOUT.

Contoh MT4 #abgman build 1359, jadi gunakan file xxx600.ex4


Step #2:

Setelah korang telah dapatkan file yang betul, COPY dan PASTE file tersebut di dalam DATA FOLDER untuk MT4 korang tu. Dekat mana nak cari folder ni?

Korang klik FILE >> OPEN DATA FOLDER

Korang paste kan file tersebut di dalam folder MQL4 >> INDICATORS. Restart MT4 korang tu.


Step #3:

Korang buka NAVIGATOR, CTRL+N. Korang double click indicator yang sesuai dengan MT4 tu. Atau boleh je drag indicator tu masuk ke chart korang.


Step #4:

Ubahkan INPUT untuk indikator tersebut.

Ubah nilai GMTHours mengikut broker yang korang gunakan. Jika tidak pasti, bertanyalah dengan IB atau CS broker tersebut untuk jawapan tepat.


Step #5:

Entry berdasarkan kepada SIGNAL yang diberikan. Korang fokus kepada dua timeframe ini sahaja. Selain daripada signal ini, korang elakkan untuk entry.

Signal BUY

Signal SELL

Step #6:

Korang boleh buat analisa berdasarkan kepada SOP Teknik: M1 Scalping atau mana-mana teknik scalping yang korang tahu. Entry hanya apabila sop dan signal menunjukkan arah yang sama. M15 untuk trend entry, manakala M1 pula adalah untuk point entry berdasarkan kepada trend M15.

Gabungkan sop teknik + indikator ini untuk mendapatkan keyakinan entry yang lebih baik. Sayangi USD korang. #TAYOR. Tidak semua teknik dan indikator itu sesuai digunakan bersama, namun tidak salah sekiranya korang mencuba dahulu. Mana tahu keserasian itu ada. Cia cia cia ..


Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi April 12, 2023
Read more ...


Korang pernah guna atau dengar VPS (VIRTUAL PRIVATE SERVER)? Haaa .. kalau nak tahu VPS ni adik beradik tiri dengan VPN (VIRTUAL PRIVATE NETWORKS) tapi lain-lain fungsi dia. Hehehe ..

Secara ringkasnya ..

VPS ni boleh diibaratkan sebagai KOMPUTER KORANG TAPI BERADA DI INTERNET @ MAYA @ VIRTUAL @CLOUD BASED DESKTOP.


Manakala VPN tu pula fungsinya untuk membolehkan korang MENYAMAR SEOLAH KORANG BERADA DI TEMPAT LAIN KETIKA MENGGUNAKAN INTERNET pada waktu itu.

Contohnya .. sekarang ni korang berada di Malaysia, tapi korang boleh menyamar/berlakon seolah korang berada di Jepun.


MACAM MANA?
Dengan cara korang set lokasi dekat apps/software tu dekat Jepun.


KENAPA?
Antara sebab kenapa korang perlu menyamar menggunakan VPN adalah untuk membolehkan korang AKSES KEPADA CONTENT/WEBSITE YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH PIHAK BERKU4SA. Website yang pernah diblok oleh pihak berku4sa adalah seperti website untuk mengakses wallet/kabinet broker-broker tertentu.

Contoh lagi .. katalah korang nak tengok anime yang ditayangkan di ne+f1ix, namun cerita tersebut tidak ditawarkan untuk region Malaysia, maka dengan cara korang setkan lokasi VPN korang kepada Jepun, akan memberikan korang peluang untuk akses kepada cerita anime tersebut lebih awal daripada sobat-sobat lain yang berada di Malaysia.

Seronokkan? Barulah korang boleh gebang dah tengok cerita tu lagi awal daripada sobat korang tu. Hahaha ..


JADI jangan tersalah order pula ye. VPS DAN VPN ITU BERBEZA FUNGSINYA !!!


Okay .. sebelum kita pergi lebih jauh. Korang juga perlu tahu bahawa pakej VPS yang disediakan biasanya bergantung kepada kegunaan server tu kepada korang nanti. Biasanya orang ramai menggunakan VPS ni untuk hosting website dan juga untuk forex. Keduanya memiliki spesifikasi yang berbeza ye. Pastikan korang baca betul-betul spesifikasi yang diiklankan sebelum subscribe kepada mana-mana pakej yang ditawarkan.

Kalau korang nak gunakan VPS ni untuk menjalankan robot @ Expert Advisor, maka #abgman syorkan korang untuk mendapatkan VPS YANG DIKHASKAN UNTUK FOREX. Fungsi VPS ni semua sama dengan komputer korang dekat rumah tu. Korang boleh install dan uninstall software. Jadi korang boleh install semua software yang korang perlu dekat VPS ni.


Ianya boleh digunakan secara peribadi tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Ibaratnya komputer maya tu milik korang je, melainkan korang kongsikan password VPS tu dengan orang lain lah.

Sebelum korang order VPS, pastikan korang telah pun MEMPUNYAI EA YANG INGIN DIPASANG DI VPS itu. 

  • Baca SINI kalau nak tahu cara macam mana nak install EA di dekstop ye.
  • Juga baca di SINI kalau nak tahu macam mana nak install banyak MT4 di dalam desktop tersebut.

Korang perlu tahu bahawa untuk menggunakan VPS forex ini, terdapat tiga entiti yang terlibat iaitu,

  1. PC korang
  2. VPS dan EA
  3. Juga server MT4 broker yang korang gunakan tu.

Ketiga entiti ni saling berhubung menggunakan internet. Jadi dengan adanya tiga perkara tersebut, korang tidak perlulah untuk monitor komputer setiap masa. EA yang dipasang akan menghantar order kepada MT4 secara automatik.


Kebiasaannya EA memerlukan MT4 yang beroperasi 24 jam lima hari seminggu tanpa gagal. Tanpa VPS, ini bermakna komputer korang perlu beroperasi sepanjang masa tanpa sebarang isu yang mungkin akan berlaku.

Isu2 yang boleh menjejaskan perjalanan EA adalah seperti di bawah

  1. Blackout.
  2. Line internet terputus.
  3. Kerosakan komputer (software atau hardware) dll isu lagi
(Komen la dekat bawah kalau korang ada lagi isu-isu yang biasa dihadapi semasa run EA dekat komputer korang tu).

Terdapat beberapa sebab kenapa korang perlu menggunakan VPS untuk run EA. Antaranya adalah:-

  • KORANG AKAN MENDAPAT HOSTING YANG ULTRA FAST. Ianya mampu untuk memberikan kelajuan 3x lebih laju daripada normal server.
  • ULTRA-LOW LATENCY. Pusat data VPS kebanyakkannya terletak di New York, London, Amsterdam, Montreal dll yang mana mampu memberikan masa latency yang paling cepat.
  • 100% UPTIME. Bermaksub EA korang takkan berhenti berfungsi walaupun berlaku terputus bekalan elektrik atau internet.
  • SERVER YANG OPTIMIZED UNTUK MT4 DAN MT5 TRADING. Pengalaman korang menjalankan EA akan menjadi smooth tanpa gangguan dengan VPS forex server.
  • TEKNOLOGI HARDWARE YANG TERKINI. Kebanyakkan VPS menawarkan pakej yang menggunakan SSD (Solid State Disk) yang pasti memberikan kelajuan semasa menggunakan VPS tersebut.
  • KESELAMATAN DAN BACKUP YANG BERTERUSAN. Server VPS mempunyai pasukan teknikal untuk memastikan tidak berlaku apa-apa pelanggaran keselamatan atau cyber-attack. Sistem backup (DDoS) mereka akan memastikan bahawa data korang adalah selamat.
  • Korang juga boleh mengakses VPS forex dengan menggunakan REMOTE DESKTOP CONNECTION PADA BILA-BILA MASA. Bermaksub korang hanya perlukan telefon pintar korang untuk monitor VPS ini.

Antara kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa mencari VPS yang sesuai untuk korang adalah:-

  1. BILANGAN MT4 YANG BOLEH DITAMPUNG OLEH VPS TERSEBUT. Adalah tidak digalakkan untuk meletakkan MT4 melebihi kapasiti yang disyorkan kerana ia akan mengakibatkan beban yang lebih kepada sistem, dan seterusnya mungkin akan menyebabkan sistem terhenti.
  2. LOKASI SERVER VPS ADALAH SAMA DENGAN LOKASI SERVER MT4 (broker). Ia dapat memberikan latency yang lebih baik sekiranya jarak adalah dekat antara keduanya.
  3. HARGA PAKEJ YANG DITAWARKAN juga penting untuk diperhatikan. Di luar sana terdapat banyak VPS yang ditawarkan, jadi pilihlah VPS yang sesuai dengan modal korang juga. Terdapat pakej bayaran untuk bulanan, tiga bulan sekali, enam bulan sekali atau tahunan. Pilih ikut kemampuan korang ye.
  4. SISTEM OS YANG DITAWARKAN. #abgman syorkan untuk menggunakan sekurangnya WINDOWS SERVER 2012 R2 dan ke atas. Ini dapat menjamin sistem yang lancar untuk run MT4 korang nanti.
  5. Juga pastikan bahawa VPS tersebut menggunakan SSD untuk sistem mereka. SSD akan menjadikan server tersebut ringan untuk korang akses.

Berikut merupakan antara VPS yang #abgman gunakan buat masa sekarang ni


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi December 12, 2022
Read more ...

Semasa trade forex, kita tidak boleh menolak kepentingan untuk monitor news walaupun kita bukanlah trade berdasarkan kepada fundamental. Apa yang biasa berlaku semasa news adalah akan berlaku pergerakan yang besar (volatile) kerana kesan daripada news yang berlaku terutamanya news yang memberikan high impact seperti news yang berkaitan dengan interest rate.

Nasihat #abgman .. kalau boleh, elakkan untuk trade matawang yang dijadualkan ada news high impact ketika itu. Trade lah matawang lain dulu sementara. Atau lebih baik berhenti trade sekejap sehingga efek news tu habis.

Source: https://www.earnforex.com/guides/top-forex-calendars/#TheList

Kalau korang rajin, klik la link dekat atas ni dan baca review tentang 11 website yang menyediakan kalendar untuk ekonomi ni. Setiap orang ada keperluan yang tersendiri daripada kalendar ekonomi ini. Antara website yang menyediakan kalendar ekonomi ni adalah seperti FOREX FACTORY, FXSTREET, MYFXBOOK dan lain-lain (#abgman senaraikan beberapa website sahaja).

Untuk #abgman (secara personal), lebih suka gunakan FOREX FACTORY berbanding website lain.

Source: www.forexfactory.com

KENAPA YE?


#abgman tak suka website yang terlampau banyak grafik/iklan kerana ianya akan kacau fokus kepada news yang penting ketika itu.

Untuk event news itu pun korang boleh filter berdasarkan efek (high, medium, low dan non economic).

Source: www.forexfactory.com

Matawang mana yang korang nak fokus pun boleh dipilih daripada 9 matawang yang terpilih. Jenis-jenis event pun boleh difilter juga.

#abgman suka TICK news yang ada efek HIGH dan NON ECONOMIC sahaja. Untuk EVENT TYPE dan MATAWANG tu memang #abgman akan tick kesemua kotak yang ada.

Manakala untuk monitor news pula #abgman suka pilih period untuk satu minggu.


KENAPA?

Sebabnya dengan view ni, #abgman boleh monitor berapa banyak lagi news high impact yang akan berlaku dalam minggu tersebut. Dan juga hari apa yang tiada news langsung.

Dua perkara ini penting dalam menentukan hari apa yang boleh trade jika korang jenis trade Intraday.

Korang suka pakai website mana untuk monitor news? Cer komen sikit dekat bawah. Kotlah boleh bertukar-tukar pendapat.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 24, 2022
Read more ...
source: https://www.teamviewer.com/en/


JADI APAKAH “TEAMVIEWER” NI?

Selamat ke? Mudah ke nak gunakan?

Berdasarkan kepada website official, aplikasi ini dikatakan boleh digunakan untuk access kepada device (pc, hp, tablet dll) korang secara remote dari jauh, juga untuk mendapatkan bantuan daripada sesiapa sahaja juga secara remote, dan juga bekerja secara remote menggunakan apa sahaja device yang ada berdekatan dengan korang.

source: https://www.teamviewer.com/en/

REMOTE WORKING? APA TU?

Maksubnya korang boleh melakukan kerja daripada jauh sahaja dengan syarat mempunyai liputan internet.


SELAMAT KE?

Menurut website Teamviewer, aplikasi mereka adalah dilindungi oleh penyulitan AES 256-bit end to end, mempunyai pengesahan dua faktor, pengurusan akses berbutir, kebenaran peranti dan ciri keselamatan gred industri yang lain. Mereka juga mematuhi sepenuhnya GDPR dan diperakui mengikut SOC2, HIPAA/HITECH, ISO/IEC 27001 dan ISO 9001:2015.

source: https://www.teamviewer.com/en/

Dalam bahasa mudahnya .. untuk membenarkan orang lain remote device korang daripada jauh, mereka memerlukan password yang akan bertukar secara automatik dalam software tersebut. Jadi tidak timbul isu mereka boleh login tanpa kebenaran korang. Dan juga, untuk korang login ke device baru pun, akan memerlukan pengesahan dua faktor yang mana mungkin sukar untuk dilakukan tanpa pengetahuan (device) korang.

Nak tahu detail lagi pasal teamviewer tu korang boleh la baca sendiri ye. Info hujung jari je sekarang ni. Korang pilih nak baca atau tak je. Korang boleh klik SINI untuk baca dekat official website mereka ye.


JADI KENAPA #abgman DUK PROMOTE TEAMVIEWER NI?

Baik .. #abgman berikan contoh situasi yang biasa berlaku ye.

Katalah korang nak install MT4 dekstop dekat komputer. Tapi selepas dah siap tu, korang tak boleh nak login ke akaun. #abgman guide pakai WhatsApp pun tak boleh juga selesaikan perkara ini.

Pilihan terakhir yang #abgman boleh bagi ketika itu adalah untuk remote komputer korang tu gunapakai Teamviewer sekejap. Dah selesai isu/masalah tu korang off la teamviewer tu.

Haaa .. kan mudah tu. Kita remote je komputer tu daripada jauh. Tak perlulah #abgman nak travel jauh-jauh semata nak tolong setup akaun MT4 korang tu.

Naya tuan .. Jadi .. tiada lagi alasan jarak jauh untuk kita menolong. Antara mahu dengan tidak sahaja.

Dekat mana nak download Teamviewer ni? Korang klik je link INI untuk ke page download official.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 19, 2022
Read more ...

Ada ke TOOL untuk mudahkan trade FOREX ni?

Jadi .. hari ni #abgman nak share la satu tool/apps yang kita boleh gunakan dalam trading.

Korang pernah dengar atau guna tak website/apps investing.com?

Yang pernah guna mesti dah tahu macam mana rupa dan kegunaan benda alah website/apps tu kan. Yang tak pernah guna atau pertama kali dengar, jangan bimbang, #abgman nak kongsi la ni macam mana nak mendapatkan hasil yang terbaik daripada website/apps tu.

Korang klik je link dekat atas tu .. korang akan terus sampai ke website investing.com tu ..

Source: www.investing.com

Nak cantik lagi, korang signup la siap-siap satu akaun dekat website tu. Jadi nanti bila korang ada buat apa-apa perubahan setting custom, korang tak perlu dah load semula setting tu. Cuma perlu LOGIN je akaun investing.com yang dah korang signup tu. Kan lagi mudah kalau macam tu. Iye dak?


JADI APA YANG SYOKNYA PASAL INVESTING.COM NI ??

Haaa .. meh sini #abgman nak tunjukkan. Sebenarnya banyak je yang korang boleh dapat dari investing.com ni.

Antaranya, korang boleh dapatkan berita semasa berkait dengan ekonomi (saham, forex, komoditi dll). 

Tapi hari ni #abgman tak nak cerita pasal fungsi lain-lain tu. #abgman nak cerita yang istimewa sikit. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni jap. (Klik caption tu kalau korang nak pergi ke page yang dimaksubkan)

Source: www.investing.com

APA YANG KORANG NAMPAK DARI GAMBAR TU?

Haa .. betul la tu. Korang boleh tengok trend semasa untuk sesuatu pair matawang tersebut.

#abgman ambil contoh pair USDJPY. Dalam gambar tu, korang boleh tengok kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY kecuali timeframe 1 minit.

Maka #abgman boleh buat kesimpulan bahawa, USDJPY sekarang ni MUNGKIN boleh dicari peluang untuk BUY. Tapi masih lagi tidak betul-betul kuat disebabkan timeframe 1 minit tu menunjukkan SELL. Andai kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY maka baru #abgman yakin/cun nak entry BUY.

Selepas tu nak buat apa pula ye? Apa lagi kan!!! Korang cari la peluang untuk BUY sahaja pada waktu tu. Jangan terus masuk BUY, buat la analisa untuk dapatkan point entry yang terbaik. Kang kalau floating korang marah #abgman lak.
"Ehhh .. dahtu kena ON komputer setiap kali nak dapatkan info dari investing.com ni ke?"

Tak perlu pun. Sekarang kan zaman semua dah mudah. Pakai je smartphone korang tu. Korang boleh dapatkan apps tersebut daripada Play Store atau App Store.

Play store

App store

Install siap-siap dalam device korang. Senang bila nak pakai nanti. Tak perlu dah korang nak buka browser setiap kali nak tengok investing.com ni.

Korang login la ke akaun yang dah signup sebelum ni. Jadi senang la bila nak digunakan nanti. Korang boleh set kan pair yang korang biasa trade dalam senarai tu. Cepat la sikit nanti bila nak rujuk. Jangan la letak banyak-banyak melainkan memang korang kaki entry semua pair yang ada. Hehehehe ..


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 16, 2022
Read more ...

OUTLINE:-


Jadi apakah sebenarnya Currency Strength Meter ni? Ianya berfungsi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang berdasarkan kepada perbandingan dengan matawang yang lain. Dan hasilnya korang akan mendapat satu senarai yang menunjukkan matawang yang paling kuat sehingga yang paling lemah.

I
Currency Strength Meter : FX Blue

MACAM MANA NAK MEMANFAATKAN METER NI?

Caranya, korang akan melihat senarai untuk mendapatkan matawang yang paling kuat dan paling lemah. Seterusnya korang akan jadikan matawang tersebut sebagai pasangan.

Contoh:-
Matawang paling kuat adalah GBP dan matawang yang paling lemah CHF dan JPY untuk medium-term period (timeframe H1). Maka dari sini, korang tahu matawang yang korang boleh fokus untuk trade ketika itu adalah dua matawang iaitu GBPCHF dan GBPJPY.

Namun, adakah korang perlu trade kedua-dua matawang tersebut? TIDAK!! Korang hanya fokus kepada satu atau dua pasangan sahaja bergantung kepada modal korang.

Go to Top


JADI YANG MANA SATU PATUT KORANG FOKUS?

Ok. Untuk menentukan pasangan yang boleh korang fokus pula, korang perlu lihat senarai lain pula dengan bantuan maklumat yang korang dapat daripada website berikut :-

Website tersebut akan menunjukkan sentimen para trader seluruh dunia pada ketika itu.

Apa yang akan korang perhatikan di sini ye? Ok. Cuba korang klik dulu link tersebut dan tengok apa yang kelihatan?

Yezzaa. Dekat situ akan ada senarai pasangan matawang berdasarkan kepada apa yang berlaku di pasaran semasa. Maksubnya korang dapat melihat samaada ramai trader yang sedang BUY/SELL sesuatu pasangan matawang tersebut.


GBPJPY


GBPCHF


Berdasarkan kepada screen shot tersebut korang dapat perhatikan bahawa ramai trader sekarang ini memilih untuk SELL GBPJPY dan GBPCHF. Adakah ini bermakna korang akan terus masuk untuk follow the trend untuk SELL juga?


SABAR DULU !!!

Sebelum korang nak masuk entry mana-mana posisi adalah seeloknya korang buat analisa teknikal terlebih dahulukan? Apa guna korang belajar buat analisa tapi tak nak guna kan? Masa ni la nak tunjukkan kehandalan korang menganalisa market.

Analisa sampai lebam. Dah puas hati baru entry menggunakan kefahaman teknikal korang. Jangan ikut-ikut orang@masta pula ye. Cukup la ikut signal orang tu. Cuba la guna signal sendiri pula. Mesti satu kepuasan yang amat bila TP tu akan lebih terserlah. Hehe ..

Go to Top


DEKAT MANA NAK TENGOK CURRENCY STRENGTH METER TU?

Korang klik je link dekat bawah ni ye. Pilih la yang mana korang selesa antara 2 meter tu.

1. FX BLUE - www.fxblue.com
2. BABYPIPS.COM - babypips.com/currency-strength

Banyak je lagi meter lain dekat luar sana tu. Korang survey la sendiri pula ye. Kalau rajin tu share la juga dekat sini!! Komen dekat bawah.

Go to Top


Moga kita semua mendapat kebaikan meter tu. Semoga bermanfaat buat semua ye.


hilmannawi October 14, 2022
Read more ...