Sponsor

ads header

TOOL: CURRENCY STRENGTH METER

OUTLINE:-


Jadi apakah sebenarnya Currency Strength Meter ni? Ianya berfungsi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang berdasarkan kepada perbandingan dengan matawang yang lain. Dan hasilnya korang akan mendapat satu senarai yang menunjukkan matawang yang paling kuat sehingga yang paling lemah.

I
Currency Strength Meter : FX Blue

MACAM MANA NAK MEMANFAATKAN METER NI?

Caranya, korang akan melihat senarai untuk mendapatkan matawang yang paling kuat dan paling lemah. Seterusnya korang akan jadikan matawang tersebut sebagai pasangan.

Contoh:-
Matawang paling kuat adalah GBP dan matawang yang paling lemah CHF dan JPY untuk medium-term period (timeframe H1). Maka dari sini, korang tahu matawang yang korang boleh fokus untuk trade ketika itu adalah dua matawang iaitu GBPCHF dan GBPJPY.

Namun, adakah korang perlu trade kedua-dua matawang tersebut? TIDAK!! Korang hanya fokus kepada satu atau dua pasangan sahaja bergantung kepada modal korang.

Go to Top


JADI YANG MANA SATU PATUT KORANG FOKUS?

Ok. Untuk menentukan pasangan yang boleh korang fokus pula, korang perlu lihat senarai lain pula dengan bantuan maklumat yang korang dapat daripada website berikut :-

Website tersebut akan menunjukkan sentimen para trader seluruh dunia pada ketika itu.

Apa yang akan korang perhatikan di sini ye? Ok. Cuba korang klik dulu link tersebut dan tengok apa yang kelihatan?

Yezzaa. Dekat situ akan ada senarai pasangan matawang berdasarkan kepada apa yang berlaku di pasaran semasa. Maksubnya korang dapat melihat samaada ramai trader yang sedang BUY/SELL sesuatu pasangan matawang tersebut.


GBPJPY


GBPCHF


Berdasarkan kepada screen shot tersebut korang dapat perhatikan bahawa ramai trader sekarang ini memilih untuk SELL GBPJPY dan GBPCHF. Adakah ini bermakna korang akan terus masuk untuk follow the trend untuk SELL juga?


SABAR DULU !!!

Sebelum korang nak masuk entry mana-mana posisi adalah seeloknya korang buat analisa teknikal terlebih dahulukan? Apa guna korang belajar buat analisa tapi tak nak guna kan? Masa ni la nak tunjukkan kehandalan korang menganalisa market.

Analisa sampai lebam. Dah puas hati baru entry menggunakan kefahaman teknikal korang. Jangan ikut-ikut orang@masta pula ye. Cukup la ikut signal orang tu. Cuba la guna signal sendiri pula. Mesti satu kepuasan yang amat bila TP tu akan lebih terserlah. Hehe ..

Go to Top


DEKAT MANA NAK TENGOK CURRENCY STRENGTH METER TU?

Korang klik je link dekat bawah ni ye. Pilih la yang mana korang selesa antara 2 meter tu.

1. FX BLUE - www.fxblue.com
2. BABYPIPS.COM - babypips.com/currency-strength

Banyak je lagi meter lain dekat luar sana tu. Korang survey la sendiri pula ye. Kalau rajin tu share la juga dekat sini!! Komen dekat bawah.

Go to Top


Moga kita semua mendapat kebaikan meter tu. Semoga bermanfaat buat semua ye.


No comments: