Dalam bidang analisa teknikal, terdapat pelbagai cara analisa diperkenalkan. Korang boleh pelajari pelbagai jenis teknik bergantung kepada teknik yang macam mana korang minat. Setiap trader mempunyai teknik yang mereka suka (ianya adalah subjektif, bukan semua orang minat yang sama).
Begitu juga dengan teknik yang berkait dengan FIBONACCI RETRACEMENT yang diajar oleh cikgu-cikgu di luar sana. Terdapat pelbagai teknik yang berkaitan dengan fibo di luar sana. Korang perlulah rajin mencari cikgu-cikgu yang mengajar ye. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Hari ni, #abgman ingin berkongsi satu teknik fibo yang #abgman suka gunakan.
Kita mulakan dengan menukarkan setting fibo yang akan digunakan nanti.Terdapat hanya sedikit perubahan yang perlu #abgman lakukan kepada fibo tersebut. #abgman akan gunakan platform MT4 (setting yang sama untuk versi desktop dan mobile).
Jom .. kita mulakan !!!
SETTING FIBONACCI RETRACEMENT
Gambar 01: Simbol FIBONACCI RETRACEMENT |
1. Korang klik simbol untuk fibo (seperti dalam gambar di atas). Atau korang boleh klik dekat INSERT >> FIBONACCI >> RETRACEMENT.
Gambar 02: Klik Insert >> Fibonacci >> Retracement |
2. Seterusnya, korang klik sahaja di mana-mana bahagian carta, kemudian tarik je fibo tersebut. Mana-mana je asalkan fibo tersebut berada di carta. Kita hanya nak tukarkan setting untuk fibo tersebut.
3. Fibo korang akan kelihatan seperti di bawah.
Gambar 03: Default FIBONACCI RETRACEMENT |
4. Klik dua kali di atas line merah tersebut. Klik kanan >> FIBO PROPERTIES.
Gambar 04: Klik kanan >> Fibo Properties |
5. Ikut step yang terdapat pada artikel berkenaan (BASIC: FIBONACCI RETRACEMENT) ni. Korang perlu edit DESCRIPTION untuk kesemua level fibo tersebut. Tambahkan ( -%$ ). Dan tukarkan juga warna (STYLE) kepada yang lebih mudah untuk dilihat. Dalam contoh, #abgman gunakan warna merah. Klik OK.
Gambar 05: Edit DESCRIPTION untuk kesemua level fibo dan tukarkan warna |
6. Oh yaa .. tambahkan juga satu level iaitu 1.314 (TP WAJIB) seperti gambar di bawah. Nanti #abgman kongsikan kenapa.
Gambar 06: Tambahkan satu level fibo iaitu TP WAJIB (131.4%) |
SOP ENTRY
Selesai bab setting untuk fibo tersebut. Jom kita teruskan dengan macam mana nak tarik fibo pula.
#abgman yakin sekarang ni korang sudah pun tahu bahawa pergerakan harga di pasaran forex adalah secara zig-zag. Dan untuk mengesahkan bahawa trend sudah sampai masa untuk membuat u-turn adalah dengan memastikan bahawa pergerakan zig-zag itu telah memecahkan tahap SNR yang terdekat.
Untuk downtrend, fibo perlu ditarik daripada bawah ke atas. Bermaksub point pertama yang diklik akan menandakan level 100, manakala point kedua adalah untuk level kosong bagi fibo tersebut.
NAK TARIK DARI MANA KE MANA?
#abgman ambil contoh analisa untuk downtrend. Step yang perlu korang buat adalah seperti di bawah ni:-
1. Untuk downtrend, korang perlu tunggu harga memecahkan dahulu trendline.
2. Setelah trendline dah pecah, korang tunggu pula harga melakukan retracement yang ketara dan jelas.
3. Apabila harga sudah membuat retracement, barulah korang tarik fibo bermula daripada badan candle terakhir sebelum harga retrace. *LEVEL 100
4. Untuk point kedua fibo, korang akan letakkan pada bayang (shadow) tertinggi sebelum harga memecahkan trendline pada step kedua.
Sila rujuk kepada gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.
Gambar 07: Contoh donwtrend untuk pair GBPCAD, Daily (21.2.2022 - 26.9.2022) |
Seperti yang korang nampak pada gambar di atas, #abgman tarik dari bawah ke atas untuk downtrend. Confirmation untuk tarik fibo adalah apabila harga telah pun memecahkan SNR terdekat (kotak kuning). Jelas harga telah sampai ke hujung trend apabila menyentuh level fibo iaitu 423.6% untuk downtrend tersebut.
Gambar 08: Contoh uptrend untuk pair GBPCAD, Daily (26.9.2022 - terkini) |
Cuba korang perhatikan contoh untuk uptrend di atas pula. Seperti yang korang nampak, #abgman hanya tarik fibo untuk uptrend apabila harga telah pun memecahkan SNR terdekat (kotak kuning) tersebut. Harga telah pun melepasi level TP WAJIB dan seterusnya terus ke level 161.8%. Jika harga tidak mampu untuk memecahkan level SNR terdekat, maka adalah masih valid untuk korang BUY ketika itu.
APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN TP WAJIB - 131.4%?
Menurut Kamus Dewan Online, WAJIB bermaksub:-
"2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu"
Maka boleh kita tafsirkan bahawa TP WAJIB adalah bermaksub level fibo yang MESTI, PERLU untuk harga melepasinya.
Untuk selamat, #abgman syorkan korang meletakkan TP pada level tersebut. Jika harga pergi ke level 161.8% itu adalah BONUS.
Manakala untuk SL korang boleh letakkan pada level 0%. KENAPA? Sebab harga sudah pasti telah melepasi SNR terdekat jika ia memecahkan level kosong, yang bermaksub trend untuk fibo tersebut sudah tidak valid untuk korang hold entry. Atau mungkin korang boleh tambahkan dalam 15-20 pips daripada level kosong untuk SL tersebut.
Andai korang masih lagi hold entry setelah harga melepasi level kosong tersebut, maka korang akan mengalami kerugian yang lebih besar nanti. Lebih baik rugi sedikit terkena SL daripada MC keseluruhan akaun trading tersebut.
TIMEFRAME UNTUK ANALISA DAN ENTRY?
Untuk analisa, #abgman syorkan korang untuk gunakan timeframe H4 dan ke atas. H1 ni banyak kali berlaku false signal. Jadi kalau nak analisa yang boleh diyakini, sememangnya H4 adalah yang terbaik.
Persoalan seterusnya pula adalah dekat mana nak entry? Kebiasaanya, jika fibo yang korang tarik itu betul maka kawasan terbaik untuk entry adalah yang berdekatan dengan SNR yang sebaris dengan level fibo iaitu level 23.6, 38.2, 50 dan 61.8. Lebih bagus lagi jika terdapat ENGULFING pada level SNR tersebut.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
mantap Hilman.... perkongsian yang bagus sekali
ReplyDeleteterima kasih bang .. semoga bermanfaat utk semua ye .. banyak lagi nak share ni .. semua dah taip .. dah siap schedule .. tunggu publish satu per satu .. jemput follow ye :)
Delete