Sponsor

ads header

BASIC: SUPPORT AND RESISTANCE (SNR)



Menurut Wikipedia
"SNR adalah satu konsep di mana pergerakan harga akan berkemungkinan besar untuk berhenti dan reverse pada harga tertentu. Yang mana ia akan menyentuh harga tersebut beberapa kali tanpa memecahkan tahap tersebut."

Manakala menurut Investopedia

"Tahap support adalah di mana permintaan dianggap cukup kuat untuk mengelakkan harga jatuh, manakala tahap resistance adalah harga di mana penjualan dianggap cukup kuat untuk mencegah harga naik lebih tinggi."

Berdasarkan kepada maksub tersebut, bolehlah kita huraikan SNR dalam bahasa mudah ianya adalah tempat di mana sesuatu harga itu akan bertahan daripada terus turun atau naik. Atau bahasa mudah lagi, support boleh dikatakan sebagai lantai, manakala resistance boleh dianggap sebagai bumbung.


JADI APA KEGUNAAN SNR DALAM FOREX TRADING?

SNR boleh digunakan sebagai tempat untuk entry atau take profit (TP). Untuk menentukan samaada sesuatu SNR itu kuat atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa kali sesuatu tahap harga itu bertahan. Semakin banyak kali harga tidak mampu untuk menembusi tahap harga tersebut maka semakin kuat la tahap tersebut.

Selain daripada itu, korang perlu elakkan meletakkan stoploss (SL) di kawasan SNR. Kenapa? Disebabkan harga memang akan mencari kawasan tersebut untuk retrace, maka jika korang letakkan SL pada kawasan tersebut, potensi untuk terkena SL adalah tinggi. Adalah disyorkan untuk korang meletakkan SL sekurangnya 20 pips daripada SNR untuk mengelakkan ia trigger.


MACAM MANA NAK GUNAPAKAI SNR DALAM TRADING?

Antara cara yang biasa #abgman gunakan untuk menentukan kekuatan tahap SNR adalah dengan melukis satu garisan untuk melihat berapa kali tahap tersebut telah bertahan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman.

Gambarajah 1: Carta kosong tanpa sebarang indikator.

Gambarajah 2: Tukarkan carta kepada LINE Chart (ALT+3)

Gambarajah 3: Lukiskan satu garisan lurus di tahap2 di mana harga telah bertahan banyak kali.

Bulatan merah adalah tahap resistance, manakala bulatan biru adalah tahap support.

Gambarajah 4: Seterusnya tukarkan kembali kepada candlestick chart (ALT+2).

Maka korang akan dapati harga telah retrace/reverse di kawasan yang telah ditandakan dengan warna merah (resistance). Sekiranya harga mampu untuk memecahkan tahap support di kawasan bulatan biru, maka pergerakan market adalah kuat untuk turun ke bawah.

Nak download e-book nota ini? Klik link sini untk dapatkannya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: