Sponsor

ads header
Results for lain2
Source: Apps Store pada 7hb Mac 2023

Seperti mana yang korang semua maklum, bermula pada bulan September 2022, aplikasi/platform Metatrader 4 dan Metatrader 5 telah dikeluarkan daripada gedung aplikasi Apps Store untuk IOS (iphone dan ipad) terkesan terutamanya buat mereka yang baru-baru nak install aplikasi tersebut.

Macam-macam solusi telah dikongsikan untuk menyelesaikan isu tersebut, salah satunya adalah dengan meminjam Apple ID daripada mereka yang pernah install aplikasi tersebut.

Dan, akhirnya bermula 6hb Mac 2023 (setelah 9 bulan - dah macam mengandung la pula ye .. hahahaha), satu khabar gembira buat mereka apabila kedua aplikasi tersebut kembali disenaraikan untuk download di Apps Store. Barulah tak pening kepala korang macam mana nak cari cara untuk install MT4 dekat iphone 14 Pro Max 512gb kaler gold baru beli CASH tu ye. Legaaa .. hahahaha ..

Cadangan dari #abgman .. dah alang-alang boleh install tu korang install la dulu walaupun mungkin MT5 tu korang tak gunakan lagi. Manalah kita tahu kot-kot nanti timbul lagi isu dengan Apps Store yang menyebabkan Meta trader dikeluarkan sekali lagi. Siapa tahu kan?

"Sediakan payung sebelum hujan."


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi March 07, 2023
Read more ...

Okay .. hari ni #abgman nak kongsi tutorial yang tidak berkaitan dengan forex. Kalau tak berkaitan dengan korang, boleh je skip baca artikel lain. Tiada paksaan dalam membaca .. cia cia ..

Hari ni #abgman nak cerita pasal macam mana nak buat #anchor word untuk blogspot .. kalau wordpress #abgman tak pasti step sama ke tak. Apa pun korang cuba la dulu ye. Mana tahu boleh guna step yang sama.

Jadi apa tu anchor word ni? Okay .. contoh dia macam ni .. katalah korang klik perkataan >> LINE 1 << tapi dengan fungsi anchor word ni, korang boleh bawa pembaca tu pergi ke >> LINE 7 << seperti di bawah ni.

LINE 1

.

.

.

LINE 2

.

.

.

LINE 3

.

.

.

LINE 4

.

.

.

LINE 5

.

.

.

LINE 6

.

.

.

LINE 7


MACAM MANA NAK BUAT?

Jadi macam mana nak buat tu? Meh follow step yang #abgman kongsikan ni ye.

#1 Korang siapkan 1 artikel seperti di atas ni. Korang copy & paste ayat dekat atas ni pun boleh.

#2 Korang tukar view draf blogger daripada COMPOSE VIEW kepada HTML VIEW.

#3 Korang kena tambah code ni dekat perkataan yang korang nk jadikan sebagai anchor tu.

<span id=“ACNHORWORD”>

*korang perlu memastikan bahawa perkataan yang dipilih sebagai anchor tersebut tidak terlalu panjang, ringkas menjelaskan anchor yang nak digunakan nanti.

#4 Korang boleh tekan UPDATE untuk save perubaban yang telah dilakukan tu.

#5 Tukarkan semula view draf korang kepada COMPOSE VIEW.

#6 Klik LINKS di sebelah KANAN, dan copy PERMALINK yang tertera di situ.

#7 Seterusnya korang perlu highlight perkataan LINE 1 untuk HYPERLINK perkataan tersebut kepada LINE 7.

#8 Klik simbol HYPERLINK tu. Pastekan permalink yang korang dah copy sebelum ni. Tambahkan perkataan ini dihujung link tersebut “ #anchorword ”.

Pastikan korang tick kotak “ Add 'rel=nofollow' attribute ”.

Untuk kotak “ Open this link in a new window ” tu terpulang pada korang sama ada nak tick atau tak.

#9 Untuk test sama ada anchor tersebut berjaya atau tidak korang klik PUBLISH tu dan view blog korang tu. Cuba klik LINE 1 tu, pastikan korang dibawa pergi ke LINE 7 seperti yang telah di code sebelum ini.


MACAM MANA PULA KALAU NAK LETAK ANCHOR TU DEKAT PAGE LAIN TAPI BAWA KE PAGE ASAL?

Korang faham tak ni? Okay.. katalah korang ada dua page A dan B. Anchor word ni korang letakkan di page A. Korang siapkan page B then nak anchor kan kepada page A tadi.


BOLEH KE? Mestilah boleh.


#1 Caranya .. korang copy link untuk page A tu siap-siap dan ingat anchor word yang korang dah setkan dekat page A tu.

#2 Buka page B dan cari perkataan yang korang nak linkkan ke page A tu.

#3 Highlight perkataan tersebut dan klik HYPERLINK.

#4 Korang paste kan link untuk page A tu, dekat hujung link tu korang perlu tambahkan #anchor_word tersebut.

#5 Tekan PUBLISH/UPDATE. Sudah siap !!!


NAK TENGOK CONTOH ANCHOR KE PAGE LAIN?

Korang klik je LINK ni. Dekat artikel tu #abgman ada buat banyak anchor word ni. Korang try klik LINK yang ada tu.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 29, 2023
Read more ...