MC adalah singkatan kepada Margin Call yang bermaksub kekurangan margin dalam akaun trading atau habis kesemua modal pelaburan. Dalam forex trading, tahap margin call adalah apabila tahap margin telah mencapai tahap atau ambang tertentu.
Apabila ambang ini dicapai, korang berada dalam kemungkinan bahaya. Ini kerana korang telah mempunyai beberapa atau semua entry korang akan ditutup secara paksa atau dicairkan. Tahap margin ialah metrik dan tahap panggilan margin ialah nilai khusus metrik iaitu tahap margin.
Margin call juga boleh berlaku apabila trader tidak lagi mempunyai sebarang margin boleh guna atau bebas. Ini bermaksub akaun korang tu memerlukan lebih banyak deposit untuk menampung kerugian semasa. Ini akan berlaku apabila kerugian dagangan mengurangkan margin boleh guna di bawah tahap yang boleh diterima (ditentukan oleh broker). Setiap jenis akaun yang dibuka mempunyai tahap margin call yang berbeza-beza.
APA YANG MENYEBABKAN MARGIN CALL?
Korang pernah tak mengalami MC tapi masih lagi mahu meneruskan trading dalam forex? Duit dah banyak habis, tapi masih tidak serik untuk trade forex?
#abgman yakin korang telah mengalami sekurangnya sekali MC sepanjang korang trade forex kan? Apabila berlakunya MC, ada je trader yang masih tak ambil serius kenapa mereka MC. Yang biasa berlaku adalah, korang mengetahui kesilapan yang dilakukan selepas MC tetapi selepas korang deposit modal baru, korang masih lagi melakukan kesilapan yang sama dan akhirnya menyesal kembali (tapi sekejap je .. pasti berulang lagi selagi korang tidak betul2 belajar daripada kesilapan tersebut).
Lazimnya, penyebab MC adalah korang tidak mengikut perancangan sop trading. Sop penting diabaikan menyebabkan korang terdedah kepada potensi besar untuk loss, lebih teruk lagi MC keseluruhan modal trading.
#abgman SENARAIKAN ANTARA PENYEBAB BERLAKUNYA MC
1. Entry tanpa Stop Loss (SL)
- SL mampu mengelakkan korang daripada mengalami lebih banyak kerugian. Kebiasaannya trader meletakkan HOPE ANALYSIS dengan berharap floating loss mereka akan bertukar menjadi keuntungan walaupun telah jelas analisa mereka tidak tepat.
2. Tidak berani untuk Cut Loss (CL)
- Biasa berlaku apabila floating loss semakin besar, dan korang pula tidak sanggup menerima kenyataan kerugian tersebut. Yang mana menyebabkan kerugian semakin banyak dan akhirnya korang MC.
3. Entry dengan lot besar.
- Kebanyakkan trader tamak akan membuat entry dengan lot besar kononnya ingin mendapatkan keuntungan besar daripada sekali entry. Sekalipun analisa yang dibuat adalah tepat, namun korang perlu ingat bahawa pergerakan harga forex bukanlah pergerakan yang lurus semata-mata. Harga akan sentiasa melakukan retracement samaada untuk mendapatkan momentum meneruskan perjalanan atau memang sudah sampai waktu untuk berubah arah pergerakan. Jadi dengan meletakkan saiz lot yang terlampau besar adalah sangat-sangat merisikokan akaun trading korang.
4. Entry dengan layer yang banyak.
- Selain daripada saiz lot yang terlampau besar, jika korang entry dengan lot yang kecil tapi layer terlampau banyak juga boleh menyebabkan berlakunya MC. Market tidak mengikut analisa korang, koranglah yang perlu mengikut arah market untuk mendapatkan keuntungan yang setimpal. Korang berasa yakin dengan analisa disebabkan layer banyak tetapi apabila layer melebihi kemampuan modal akan menyebabkan akaun trading tersebut MC jika market membuat pergerakan besar menjauhi kawasan korang layer.
CARA UNTUK MENGELAKKAN MC
1. Tutup (CL) entry semasa yang sedang rugi ATAU tambah modal sebelum MC.
Jika modal di dalam akaun trading korang hampir mencapai had, korang boleh membuat dua pilihan.
- Pertama, tutup entry semasa. Ini harus dilakukan walaupun korang masih dalam floating untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
- Kedua, korang boleh deposit modal tambahan supaya tahap margin akaun trading korang meningkat.
2. Pilih leverage yang sesuai.
Leverage boleh membantu trader untuk mendapatkan keuntungan dengan modal yang minimum tetapi ia juga boleh menyebabkan kerugian kerana overtrade disebabkan mampu untuk layer entry kerana leverage yang besar.
3. Money management yang baik.
MC tidak akan berlaku jika korang mengamalkan pengurusan kewangan yang baik, seperti hanya meletakkan 2% ekuiti dalam trading. Katakan korang mempunyai modal sebanyak $1000, maka korang hanya perlu risiko kan $20 untuk setiap entry. Jadi korang perlu melakukan kesilapan sebanyak 50x sebelum akaun trading tersebut MC. Agak mustahil berlaku melainkan korang tidak belajar daripada kesilapan.
Setiap entry yang korang lakukan sentiasa berisiko untuk RUGI, malah lebih teruk lagi habis keseluruhan modal trading. Apa yang mampu menghalang daripada MC adalah dengan mengelakkann melakukan 4 kesilapan di atas.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: