JADI APAKAH ITU TRENDLINE?
Trendline ni boleh dikatakan sebagai SNR tapi dalam keadaan condong .. hmm .. agak-agak boleh faham tak kalau #abgman sebut macam tu? Cuba perhatikan gambar di bawah nanti ye. Mungkin lebih jelas kenapa trendline itu juga adalah sejenis SNR.
Gambar 1: Perbezaan antara uptrend dan downtrend |
Trendline ni adalah antara teknik yang paling biasa para trader gunakan untuk analisa carta. Korang macam mana?
Trendline kalau dilukis dengan betul, maka korang akan mendapat arah entry yang betul. Cuma masalahnya tak semua trader pandai melukis trendline dengan tepat.
Secara asasnya, garisan UPTREND dilukis di bahagian bawah candle atau kita sebut sebagai kawasan support. Atau ia juga boleh dikenali sebagai garisan menaik.
Manakala untuk DOWNTREND pula, garisan adalah dilukis di bahagian atas candle atau boleh juga disebut sebagai kawasan resistance. Ianya juga dikenali sebagai garisan menurun.
MACAM MANA NAK LUKIS TRENDLINE NI?
Untuk melukis garisan trendline dengan sempurna, korang hanya perlu menentukan dua point tertinggi atau terendah, dan sambungkan dua point tersebut.
Haaa?? Takkan semudah itu je? Simple sangat ni.
Sila rujuk gambar di bawah supaya lebih jelas macam mana nak melukis kesemua line tersebut.
Korang perlu sentiasa melakukan perubahan kepada trendline sekiranya perlu.
BILA PERLU BUAT PERUBAHAN TU?
Akan ada ketika, harga memecahkan trendline dan selepas itu harga masuk kembali ke dalam kawasan trendline tersebut. Ketika itu, sedikit perubahan perlu dilakukan supaya trendline tersebut kembali sah untuk digunakan.
JENIS TREND YANG ADA?
Dalam analisa teknikal .. terdapat tiga jenis trend yang biasa berlaku iaitu:-
- Uptrend (higher low)
- Downtrend (lower high)
- Sideway trend (ranging)
Atau cara yang lagi mudah untuk menentukan arah trend adalah dengan memerhatikan samaada trendline tersebut menuju ke atas atau ke bawah.
Sekiranya menuju ke atas, maka UPTREND. Dan sebaliknya untuk downtrend, trendline adalah menuju ke bawah.
TIPS!!!
- Dua point diperlukan untuk melukis trendline yang betul TETAPI tiga point diperlukan untuk MENGESAHKAN trendline tersebut.
- Semakin mendatar trendline yang dilukis, semakin besar kemungkinan ia akan pecah. Sama seperti level SNR, trendline akan menjadi lebih kuat apabila lebih banyak kali ia diuji.
Selain daripada itu, trendline juga berfungsi untuk memberitahu keadaan market ketika itu.
MACAM MANA?
Jawapannya adalah dengan melihat kepada kecerunan trendline itu sendiri.
CONTOH:-
Sekiranya trendline korang semakin mendatar menunjukkan bahawa market memasuki keadaan ranging. Manakala jika trendline tersebut semakin menegak, ianya menunjukkan bahawa trend semakin kuat.
ADAKAH INI PENTING?
Semestinya !! Kerana, apabila korang dah tahu market sedang berubah, maka korang bolehlah mengubah strategi trading mengikut keadaan semasa.
Macam mana nak trade berdasarkan TRENDLINE? Klik SINI kalau nak tahu.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: