Sponsor

ads header

BASIC: CARA TRADE MENGGUNAKAN TRENDLINE (PART 2)

Korang dah baca penerangan tentang trendline ni? Boleh baca dekat SINI dulu ye.

Okay .. kita sambung macam mana nak trade berdasarkan trendline pula.

Untuk dapatkan entry yang terbaik berdasarkan kepada trendline, korang perlu trade berdekatan dengan trendline itu sendiri. Dengan cara ini, korang dapat KECILKAN STOP LOSS (SL) yang mana ianya akan memberikan R:R (RISK : REWARD) yang baik.

Selain daripada itu, korang patut combine trendline dengan Support and Resistance (SNR) untuk mendapatkan peluang entry yang bagus.

Gambar 1: Cara combine trendline+SNR
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

BILA NAK ENTRY?

Seeloknya korang tunggu apabila REVERSAL CANDLESTICK PATTERN seperti Hammer, Engulfing dan lain-lain muncul sebagai HINT untuk entry. Maksubnya korang hanya entry apabila harga melantun daripada trendline, yang seterusnya akan bergerak lebih tinggi/rendah.

Rujuk contoh di bawah untuk lebih jelas lagi.

Gambar 2: Combine trendline+SNR+reversal pattern
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

STRATEGI BREAKOUT TRENDLINE

Okay .. kebiasaannya adalah sukar untuk entry semasa market trending. KENAPA? Sebab apabila market trending, PULLBACK yang berlaku adalah samaada terlampau JAUH atau DEKAT.

Andai pullback yang berlaku adalah JAUH, maka risiko untuk korang FLOATING adalah tinggi apabila korang entry terlalu awal. Manakala jika pullback adalah DEKAT pula, korang akan TERLEPAS PELUANG UNTUK ENTRY sebab korang akan masuk lambat.

Sebab itu korang perlu gunakan STRATEGI BREAKOUT TRENDLINE.

Untuk menjayakan strategi ini, korang perlu:-

  1. Tunggu pullback semasa uptrend.
  2. Lukis trendline (sambung point tertinggi pullback tersebut)
  3. Korang akan entry hanya apabila harga memecahkan trendline !!!

Contohnya:-

Gambar 3: Trendline breakout (uptrend)
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

Gambar 4: Trendline breakout (downtrend)
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

Apabila harga pecah di atas trendline, ia menunjukkan bahawa BUYER menguasai dan trend akan meneruskan pergerakan.

Sebaliknya jika harga tidak memecahkan trendline, maka ia menunjukkan bahawa SELLER menguasai pasaran. Korang boleh menunggu dahulu sebelum entry sehinggalah BUYER menguasai pasaran.

Boleh ke nak swing menggunakan trendline? Caranya?

  1. Korang lukiskan trendline menurun (downtrend).
  2. Letakkan trailing stop loss korang di bawah trendline.
  3. Tutup entry apabila harga tutup di atas trendline.

Korang boleh rujuk gambar untuk lebih kefahaman.

Gambar 5: Set trailing stop di bawah line trendline
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

Macam mana nak menggunakan trendline dan mengesahkan trend reversal?


PERNAH TAK KORANG ALAMI SITUASI SEPERTI DI BAWAH?

Katakanlah ketika itu, korang perhatikan harga telah memecahkan downtrend line. Jadi semestinya korang akan jangkaan bahawa pasaran akan bertukar arah kepada uptrend.


TETAPI sebaliknya yang berlaku adalah market meneruskan lagi penurunan harga.

Cuba korang ingat semula .. sebelum ni #abgman ada sebut kita perlu membuat PERUBAHAN (adjustment) apabila berlaku FALSE BREAKOUT.

Maka untuk mengatasi perkara ini, korang perlu:-

  1. Tunggu harga pecah di atas trendline.
  2. Tunggu HIGHER LOW terhasil (tanda SELLER dah lemah).
  3. Bila harga telah memecahkan swing high, maka market akan naik tinggi lagi (BUYER menguat).
  4. Entry apabila harga RETEST kembali trendline tersebut.
Contohnya seperti di bawah

Gambar 6: Entry pada retest trendline
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: