Sponsor

ads header

TOOL: INVESTING.COM

Ada ke TOOL untuk mudahkan trade FOREX ni?

Jadi .. hari ni #abgman nak share la satu tool/apps yang kita boleh gunakan dalam trading.

Korang pernah dengar atau guna tak website/apps investing.com?

Yang pernah guna mesti dah tahu macam mana rupa dan kegunaan benda alah website/apps tu kan. Yang tak pernah guna atau pertama kali dengar, jangan bimbang, #abgman nak kongsi la ni macam mana nak mendapatkan hasil yang terbaik daripada website/apps tu.

Korang klik je link dekat atas tu .. korang akan terus sampai ke website investing.com tu ..

Source: www.investing.com

Nak cantik lagi, korang signup la siap-siap satu akaun dekat website tu. Jadi nanti bila korang ada buat apa-apa perubahan setting custom, korang tak perlu dah load semula setting tu. Cuma perlu LOGIN je akaun investing.com yang dah korang signup tu. Kan lagi mudah kalau macam tu. Iye dak?


JADI APA YANG SYOKNYA PASAL INVESTING.COM NI ??

Haaa .. meh sini #abgman nak tunjukkan. Sebenarnya banyak je yang korang boleh dapat dari investing.com ni.

Antaranya, korang boleh dapatkan berita semasa berkait dengan ekonomi (saham, forex, komoditi dll). 

Tapi hari ni #abgman tak nak cerita pasal fungsi lain-lain tu. #abgman nak cerita yang istimewa sikit. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni jap. (Klik caption tu kalau korang nak pergi ke page yang dimaksubkan)

Source: www.investing.com

APA YANG KORANG NAMPAK DARI GAMBAR TU?

Haa .. betul la tu. Korang boleh tengok trend semasa untuk sesuatu pair matawang tersebut.

#abgman ambil contoh pair USDJPY. Dalam gambar tu, korang boleh tengok kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY kecuali timeframe 1 minit.

Maka #abgman boleh buat kesimpulan bahawa, USDJPY sekarang ni MUNGKIN boleh dicari peluang untuk BUY. Tapi masih lagi tidak betul-betul kuat disebabkan timeframe 1 minit tu menunjukkan SELL. Andai kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY maka baru #abgman yakin/cun nak entry BUY.

Selepas tu nak buat apa pula ye? Apa lagi kan!!! Korang cari la peluang untuk BUY sahaja pada waktu tu. Jangan terus masuk BUY, buat la analisa untuk dapatkan point entry yang terbaik. Kang kalau floating korang marah #abgman lak.
"Ehhh .. dahtu kena ON komputer setiap kali nak dapatkan info dari investing.com ni ke?"

Tak perlu pun. Sekarang kan zaman semua dah mudah. Pakai je smartphone korang tu. Korang boleh dapatkan apps tersebut daripada Play Store atau App Store.

Play store

App store

Install siap-siap dalam device korang. Senang bila nak pakai nanti. Tak perlu dah korang nak buka browser setiap kali nak tengok investing.com ni.

Korang login la ke akaun yang dah signup sebelum ni. Jadi senang la bila nak digunakan nanti. Korang boleh set kan pair yang korang biasa trade dalam senarai tu. Cepat la sikit nanti bila nak rujuk. Jangan la letak banyak-banyak melainkan memang korang kaki entry semua pair yang ada. Hehehehe ..


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: