Sponsor

ads header

TOOL: ULTIMATE TREND SIGNAL

Sebelum ni .. #abgman ada kongsikan teknik scalping menggunakan timeframe M1. Timeframe yang agak liar untuk setengah orang. Kan? Boleh sakit jantung tu kalau tak biasa dengan dia punya laju. Hehe ..

Jadi .. ada lagi tak cara lain nak filter untuk mendapatkan signal yang tepat? Okay, jom #abgman kongsikan sedikit lagi TOOL yang boleh membantu korang dalam mendapatkan entry yang bermutu.


Step #1:

Korang download salah satu daripada dua file INDIKATOR ni. Kenalpasti dahulu MT4 korang BUILD berapa untuk download file yang betul. Hanya perlu download satu file sahaja.

Perbezaan antara kedua file tersebut adalah xxx500.ex4 adalah untuk MT4 Build 500 ke bawah, manakala xxx600.ex4 pula adalah untuk MT4 yang Build 600 ke atas. Seeloknya UPDATE la MT4 korang tu kepada latest version. Pakai yang latest baru selamat.

Macam mana nak pastikan MT4 korang yang mana satu? Buka MT4 korang, lepas tu klik HELP >> ABOUT.

Contoh MT4 #abgman build 1359, jadi gunakan file xxx600.ex4


Step #2:

Setelah korang telah dapatkan file yang betul, COPY dan PASTE file tersebut di dalam DATA FOLDER untuk MT4 korang tu. Dekat mana nak cari folder ni?

Korang klik FILE >> OPEN DATA FOLDER

Korang paste kan file tersebut di dalam folder MQL4 >> INDICATORS. Restart MT4 korang tu.


Step #3:

Korang buka NAVIGATOR, CTRL+N. Korang double click indicator yang sesuai dengan MT4 tu. Atau boleh je drag indicator tu masuk ke chart korang.


Step #4:

Ubahkan INPUT untuk indikator tersebut.

Ubah nilai GMTHours mengikut broker yang korang gunakan. Jika tidak pasti, bertanyalah dengan IB atau CS broker tersebut untuk jawapan tepat.


Step #5:

Entry berdasarkan kepada SIGNAL yang diberikan. Korang fokus kepada dua timeframe ini sahaja. Selain daripada signal ini, korang elakkan untuk entry.

Signal BUY

Signal SELL

Step #6:

Korang boleh buat analisa berdasarkan kepada SOP Teknik: M1 Scalping atau mana-mana teknik scalping yang korang tahu. Entry hanya apabila sop dan signal menunjukkan arah yang sama. M15 untuk trend entry, manakala M1 pula adalah untuk point entry berdasarkan kepada trend M15.

Gabungkan sop teknik + indikator ini untuk mendapatkan keyakinan entry yang lebih baik. Sayangi USD korang. #TAYOR. Tidak semua teknik dan indikator itu sesuai digunakan bersama, namun tidak salah sekiranya korang mencuba dahulu. Mana tahu keserasian itu ada. Cia cia cia ..


Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: