Sponsor

ads header

TEKNIK: M1 SCALPING

Hari ni #abgman nak berkongsi salah satu teknik M1 SCALPING yang pernah #abgman pelajari dahulu. Semoga bermanfaat untuk korang. #abgman mulakan dengan asas yang perlu korang semua faham dan jelas dulu sebelum #abgman pergi ke bahagian yang lebih advance.


TREND

Dalam mana-mana teknik analisa, adalah penting untuk korang jelas tentang major trend yang sedang berlaku sebelum korang entry.

Terdapat tiga (3) trend utama yang perlu korang tahu iaitu:
  • Uptrend (bullish @ BUY)
  • Downtrend (bearish @ SELL)
  • Sideway @ ranging = NO ENTRY
Gambar 1: Contoh chart Uptrend dan Downtrend

Gambar 2: Contoh chart Uptrend, Downtrend dan juga Sideway trend


KENAPA PERLU IKUT TREND SEMASA?

Di antara kelebihan jika korang entry berdasarkan kepada trend semasa adalah RISIKO trade korang itu adalah RENDAH. Kebarangkalian untuk salah entry adalah kecil jika korang entry mengikut arah yang sepatutnya.

Selain itu, WIN RATIO juga adalah TINGGI sekiranya korang entry berdasarkan trend semasa.


OVERBOUGHT vs. OVERSOLD

Gambar 3: Rahsia Overbought (OB) vs. Oversold (OS)


OVERBOUGHT (OB) – satu keadaan dimana price sudah mengalami KENAIKAN yang cukup tinggi dan tahap teratas menyebabkan arus buyer semakin mengecil; kebiasaannya price menjadi sukar untuk naik lebih tinggi lagi; price cenderung dan berpeluang BESAR untuk TURUN !!!


OVERSOLD (OS) – satu keadaan dimana price sudah mengalami PENURUNAN yang cukup rendah dan tahap terbawah menyebabkan arus seller semakin mengecil; kebiasaannya price menjadi sukar untuk turun lebih rendah lagi; price cenderung dan berpeluang BESAR untuk NAIK !!!


TIP !!!
  • Cari OB di TF M15, tukar ke TF M1 tunggu OB sebelum entry SELL
  • Cari OS di TF M15, tukar ke TF M1 tunggu OS sebelum entry BUY


INDIKATOR

Okay. Seterusnya #abgman nak kongsikan indikator apa yang digunakan dalam teknik M1 scalping ini. Senarai indikator yang perlu korang masukkan chart adalah seperti di bawah ni.

  1. MOVING AVERAGE
    1. EMA 50
    2. EMA 100
    3. EMA 200
  2. STOCHASTIC OSCILLATOR
  3. MACD


MOVING AVERAGE (EMA 50)

Gambar 4: EMA 50


MOVING AVERAGE (EMA 100)

Gambar 5: EMA 100

MOVING AVERAGE (EMA 200)

Gambar 6: EMA 200

STOCHASTIC OSCILLATOR; 3, 1, 3

Gambar 7: Stochastic Oscillator

Gambar 8: Stochastic Oscillator


*OPTIONAL: tambahan level

  • 90 = SELL
  • 10 = BUY

MACD 12, 26, 1

Gambar 9: MACD


FOLLOW THE TREND MENGGUNAKAN tiga (3) EMA


UPTREND @ BUY – susunan tiga (3) EMA (M15)

  • 50 (kuning) @ atas
  • 100 (merah) @ tengah
  • 200 (hijau) @ bawah

*fokus mencari setup BUY

Gambar 10: Uptrend


DOWNTREND @ SELL – susunan tiga (3) EMA (M15)

  • 200 (hijau) @ atas
  • 100 (merah) @ tengah
  • 50 (kuning) @ bawah

*fokus mencari setup SELL

Gambar 11: Downtrend


SIDEWAY / RANGING - tiga (3) EMA – kuncup @ rapat

  • pertukaran trend akan berlaku (TIADA ENTRY)
  • Tiga (3) EMA dalam keadaan RAPAT/MENGUNCUP/BERSILANG TIDAK TERSUSUN
  • menunjukkan keadaan TREND SEMASA adalah KURANG JELAS
  • dalam situasi ini, LEBIH BAIK cari pair lain yang lebih selamat untuk TRADE

* korang hanya trade dalam keadaan TREND SEMASA yang jelas

Gambar 12: Sideway @ ranging


DOUBLE CONFIRM TREND SEMASA – MACD


CONTOH #1 - UPTREND

Bulatan A trend semasa UPTREND

2nd confirmation – bukit / lembah MACD di ATAS

*pastikan tiga (3) EMA & MACD adalah sama iaitu UPTREND / ATAS

Gambar 13: Tiga (3) EMA Uptrend; Bulatan A Uptrend; Bulatan B bukit MACD di atas


CONTOH #2 - DOWNTREND

Bulatan A trend semasa DOWNTREND

2nd confirmation – bukit / lembah MACD di BAWAH

*pastikan tiga (3) EMA & MACD adalah sama iaitu DOWNTREND / BAWAH

Gambar 14: Tiga (3) EMA Downtrend; Bulatan A Downtrend; Bulatan B bukit MACD di bawah


MENGENALPASTI AREA OB & OS DENGAN STOCHASTIC 3, 1, 3

Gambar 15: Bulatan A (Overbought - OB); bulatan B (Oversold - OS)

Korang perlu memastikan bahawa STOCHASTIC telah berada di zon OB atau OS untuk melakukan entry.


SOP ENTRY BUY


  1. Pastikan tiada NEWS.
  2. TF M15, cari pair trend semasa adalah jelas UPTREND – 3 EMA.
    1. 50 EMA (KUNING)
    2. 100 EMA (MERAH)
    3. 200 EMA (HIJAU)
  3. Confirmation trend semasa – MACD (BUKIT ATAS).
  4. Apabila jelas UPTREND tunggu STO 313 OVERSOLD (OS).
  5. Setelah STO 313 OS maka standby untuk BUY.
  6. Tunggu STO 313 sentuh level 0 @ bentuk mahu bengkok, tukar ke TF M1.
  7. TF M1 abaikan tiga (3) EMA & MACD, hanya fokus STO 313 untuk entry BUY.
  8. Entry BUY hanya apabila STO 313 menyentuh level 0.
  9. Take profit (TP) jika STO 313 OB level 100.
  10. Stop loss (SL) jika tiga (3) EMA pada M15 bersilang tukar trend.

SOP ENTRY SELL


  1. Pastikan tiada NEWS.
  2. TF M15, cari pair trend semasa adalah jelas DOWNTREND – tiga (3) EMA.
    1. 200 EMA (HIJAU)
    2. 100 EMA (MERAH)
    3. 50 EMA (KUNING)
  3. Confirmation trend semasa – MACD (BUKIT BAWAH).
  4. Apabila jelas UPTREND tunggu STO 313 OVERBOUGHT (OB).
  5. Setelah STO 313 OS maka standby untuk SELL.
  6. Tunggu STO 313 sentuh level 100 @ bentuk mahu bengkok, tukar ke TF M1.
  7. TF M1 abaikan tiga (3) EMA & MACD, hanya fokus STO 313 untuk entry SELL.
  8. Entry SELL hanya apabila STO 313 menyentuh level 100.
  9. Take profit (TP) jika STO 313 OS level 0.
  10. Stop loss (SL) jika tiga (3) EMA pada M15 bersilang tukar trend.


BONUS !!! (KILLER ENTRY)

Dekat bawah ni #abgman nak berkongsi entry bonus sekiranya hadir setup tersebut korang jangan lepaskan peluang untuk kaut sebanyak mungkin profit.

Korang fokus dekat STO 313 untuk TF M15 & M30 serentak sentuh level 0 @ 100. Perhatikan juga tiga (3) EMA pada TF M15/M30 & H1/H4 - perlu selari @ sama arah untuk confirmation. Kekuatan OB/OS pada M15/M30 akan buatkan STO H1 ikut arah walaupun H1 tak sampai OB/OS.

Sebab kekuatan utama adalah trend yang sama arah.

Nak download e-book nota ini? Klik link sini untk dapatkannya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: