Perbezaan di antara trading style |
Scalping dan intraday adalah trading style yang bersifat short term.
Manakala swing trading pula adalah untuk tempoh masa short @ medium term.
Dan position trading pula adalah untuk long term.
Antara ciri-ciri teknik scalping adalah
- Trader akan hold entry mereka selama beberapa saat hingga minit sahaja.
- Mereka target untuk mendapatkan pips yang sedikit tetapi secara kerap semasa market bergerak laju.
- Scalper hanya akan entry pada waktu-waktu tertentu sahaja dalam sehari.
Day trader atau juga dikenali sebagai Intraday
- Mereka akan entry ketika awal market dibuka.
- Kebiasaannya mereka yang trade Intraday ini tidak akan hold entry lebih daripada 24 jam.
- Mereka akan close entry samaada dalam keadaan profit atau loss.
Swing trader pula boleh disimpulkan sebagai mereka yang
- Hold entry beberapa hari sehingga maksimum minggu.
- Trader ini tidak dapat monitor chart setiap waktu.
- Jadi, biasanya mereka akan membuat analisa pada waktu malam atau waktu mereka lapang, dan membuat Pending Order (PO) untuk analisa tersebut.
Position trader adalah mereka yang
- Hold entry selama minggu, bulan .. bahkan ada yang hold entry sehingga bertahun lamanya.
- Mereka membuat analisa berdasarkan Fundamental.
- Mereka tidak goyah dengan turun naik market selagi mana fundamental menyebelahi entry mereka.
P/s - kekerapan menukar teknik adalah tidak bagus. Maka pilihlah jenis trade yang sesuai dengan diri korang bukan sebab ramai orang menggunakan teknik tersebut.
Hanya diri korang yang tahu ciri-ciri trading yang sesuai untuk korang berdasarkan lifestyle dan suasana kerja korang. Mungkin korang jenis yang banyak masa terluang maka korang boleh cuba teknik scalping. Atau korang jenis sibuk mengalahkan pak menteri maka mungkin korang sesuai dengan teknik swing atau position.
Position ni pula hanya untuk mereka yang betul-betul kental sahaja mampu menahan tekanan emosi. Bukan semua orang mampu kawal emosi ni.
Position trader .. korang memang terbaik !!!
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: