Korang ada akaun Tradingview? Ada, tapi akaun free je?? Haaa .. tak perlu akaun yang berbayar premium tu pun. Yang free pun dah ok. Janji boleh akses kepada fungsi-fungsi dekat Tradingview tu.
Ehhh .. tapi betul ke ada teknik Tradingview ni? Haaa .. meh #abgman nak share. Register akaun Tradingview cepat-cepat. Kang tak ada dah akaun free selepas ni #abgman tak tahu.
Selepas korang dah siap register tu, buka je mana-mana carta pair, namun adalah disyorkan untuk menggunakan teknik ini untuk GOLD (XAUUSD) pada timeframe H1. Tetapi korang boleh je gunakan teknik ini untuk pair lain.
INDIKATOR
Okay, seterusnya korang klik ikon PENUNJUK, METRIK & STRATEGI tu.
Korang taip je UT BOT dekat bahagian search tu. Nanti keluar senarai. Korang pilih UT BOT yang dibuat oleh Yo_adriiiiaan.
Korang tutup window tadi. Korang klik dekat gambar gear (setting) untuk UT BOT tu.
Korang klik dekat tab GAYA/STYLE tu. Untick yang TRAILING STOP.
Klik OK.
Kita sambung dengan indikator kedua pula.
Sama macam step dekat atas. Klik ikon untuk PENUNJUK, METRIK & STRATEGI sekali lagi. Kali ni dekat search tu korang taip MOVING AVERAGE EXPONENTIAL.
Klik dekat indikator tu. Selepas tu korang boleh tutup window tu.
Sama juga macam tadi. Korang klik dekat ikon gear (setting) untuk EMA tu.
Untuk EMA ni korang perlu ubah setting dekat 2 bahagian.
#1 korang perlu ubah dekat tab INPUT. Klik dekat PANJANG, ubah nilai 9 kepada 200.
#2 klik tab GAYA/STYLE, klik kotak sebelah EMA tu.
Korang tukarkan ketebalan line biru kepada yang ketiga tebal. Ini untuk memudahkan korang nampak line EMA biru tu nanti.
Pastikan carta korang adalah seperti di bawah ni.
Macam mana nak guna teknik ni? SOPnya macam mana?
SOP SELL
SOP untuk contoh entry SELL adalah seperti berikut:
#1 korang perlu memastikan bahawa candle berada di bawah 200 EMA untuk trend SELL.
#2 seterusnya korang tunggu je signal SELL keluar untuk entry.
#3 untuk SL korang boleh letakkan pada shadow tertinggi sebelah kiri yang paling dekat.
#4 untuk TP pula korang boleh letakkan pada nisbah 1:2 daripada entry. Atau boleh je korang nak setkan TP dekat SNR/SND terdekat. *(untuk pair lain selain daripada GOLD, korang boleh gunakan nisbah R:R 1:1.5)
Rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas lagi.
SOP BUY
Untuk BUY pula macam mana? Korang terbalikkan je SOP tu .. sama je step dia. Kalau tak jelas lagi boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih lagi kefahaman.
Korang perlu memastikan bahawa candle berada di atas untuk trend BUY. Setelah itu barulah korang tunggu signal BUY keluar. Nisbah Risk:Reward adalah sama iaitu 1:2. Atau boleh juga korang setkan TP dekat SNR/SND terdekat. *(untuk pair lain selain daripada GOLD, korang boleh gunakan nisbah R:R 1:1.5)
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: