Seperti mana yang korang semua maklum, terdapat banyak jenis akaun trading yang ditawarkan oleh broker-broker di luar sana. Pelbagai nama yang diberikan untuk membezakan akaun trading broker tersebut dengan broker lain. Namun jenis/kriteria/kualiti akaun itu sebenarnya sama sahaja. #abgman akan bincangkan lagi setiap perbezaan jenis akaun tersebut.
Namun sebelum itu korang perlu tahu apakah yang dimaksubkan dengan nilai pip dan saiz lot untuk setiap jenis akaun itu.
NILAI PIPS DALAM TRADING
Perbezaan di antara harga pembukaan dan penutupan trading dikira dalam pip. Dalam mana-mana entry, profit dan loss juga dikira dengan pips.
Nilai pip adalah berkaitan secara langsung dengan volume trading. Dalam forex, jumlah trading dikira dalam jumlah tertentu iaitu lot (mewakili bilangan unit matawang yang korang akan jual atau beli dalam trading itu).
Lot bersaiz standard ialah 100, 000 unit matawang. Terdapat juga lot mini (10, 000 unit matawang), lot mikro (1, 000 unit matawang) dan lot nano (100 unit matawang).
Nilai pip adalah berbeza bergantung kepada saiz lot yang korang trade seperti di bawah
Adalah penting untuk korang faham dengan baik tentang maksub ukuran ini (lot dan pip) sebelum memilih jenis akaun, kerana jenis akaun yang berbeza membolehkan korang berdagang saiz lot yang berbeza. Oleh itu, korang harus menyemak modal dan jumlah trading yang ingin didagangkan sebelum memilih jenis akaun yang sesuai.
Seperti yang #abgman sudah jelaskan di atas, jenis akaun trading yang biasa digunakan adalah berdasarkan kepada saiz lot yang ingin didagangkan. Selain itu, setiap jenis akaun yang berbeza juga mempunyai limit minima deposit yang dibenarkan.
#1 DEMO
Akaun demo membenarkan korang untuk berlatih teknik trading. Ianya adalah akaun virtual yang percuma, namun ada tempoh masa terhad untuk penggunaan (biasanya limit untuk 30 hari sahaja). Akaun demo sesuai untuk digunakan oleh trader beginner (berkenalan dengan market) dan juga trader yang berpengalaman (menguji strategi trading mereka tanpa risiko).
Spread yang ditawarkan biasanya dalam lingkungan antara 1~3 pips bergantung kepada pasangan matawang. Spread yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Ada broker yang menawarkan nilai spread pada kadar yang tetap (fix rate). Dan ada juga yang menawarkan nilai spread yang berubah-ubah (variable rate) mengikut pasaran, dalam 1~3 pips untuk pasangan utama (major pair).
#2 MINI/MICRO
Akaun mikro adalah (seperti namanya) akaun yang sesuai untuk trader dengan modal yang sedikit. Akaun ini membolehkan korang entry market dengan had deposit yang minimum sekecil $10. Kebanyakkan akaun micro mengehadkan korang untuk berdagang lot nano atau micro yang mana dapat membantu korang dalam mengawal tahap risiko, menjadikan akaun ini sesuai untuk beginner (mereka yang baru hendak bermula trading).
#3 STANDARD
Setiap broker menggunakan nama yang berbeza untuk akaun standard mereka. Sesetengah broker mungkin memanggil akaun jenis ini sebagai "CLASSIC" atau "INTERMEDIATE". Terdapat juga broker yang merujuk akaun ini sebagai "PREMIUM" atau "GOLD" (yang sedikit mengelirukan kerana akaun tersebut sebenarnya adalah akaun biasa sahaja).
Akaun standard biasanya mempunyai had deposit minima sekitar $100-$500. Dengan akaun ini, korang dapat berdagang dengan lot mini. Sesetengah akaun standard, bagaimanapun, mungkin membolehkan korang berdagang lot -standard tetapi ini jarang berlaku.
#4 CENT
Manakala akaun cent pula adalah akaun yang didagangkan dalam nilai sen. Ini bermaksub sekiranya korang deposit sebanyak $10 maka di dalam akaun korang akan tertera 1000 sen. #abgman syorkan korang mulakan dagangan menggunakan akaun jenis cent ini pula setelah korang telah mencuba akaun jenis demo.
Akaun cent sesuai untuk korang yang baru nak mencuba bidang analisa teknikal iaitu beginner. Ini adalah kerana akaun ini membenarkan nilai deposit yang kecil iaitu $1 yang seterusnya memberikan risiko kerugian yang sangat rendah. Ciri-ciri akaun cent adalah sama sahaja dengan akaun standard yang lain.
Terdapat banyak broker yang menawarkan akaun jenis cent untuk korang cuba. Korang boleh cuba buka akaun trading dekat broker TRADINGPRO.
#5 ECN
Seterusnya untuk mereka yang lebih berpengalaman adalah disyorkan untuk menggunakan akaun jenis Electronic Communications Networks (ECN). Minima deposit untuk akaun jenis ECN biasanya tinggi (dalam lingkungan $500 ke atas). ECN broker mendapatkan quotations harga daripada beberapa Liquidity Provider (LP) yang berbeza, yang mana membolehkan broker menawarkan spread bid/ask yang kecil kepada trader. Namun begitu, akaun ECN akan dikenakan cas komisen untuk setiap entry.
Broker ECN adalah broker jenis Non-dealing Desk (NDD) broker, bermaksub broker tersebut tidak membuat keuntungan daripada kerugian pelanggan mereka. Broker ECN mengelakkan isu tersebut. Bukan sahaja broker itu tidak mengambil bahagian yang lain dalam perdagangan, tetapi ia menawarkan keadaan perdagangan yang lebih baik dari segi penyebaran dan pelaksanaan. Ini bermakna, pasaran adalah telus dan langsung kepada LP.
Kesimpulannya ..
Terdapat banyak jenis akaun yang ditawarkan oleh broker-broker, namun korang pilihlah jenis akaun yang sesuai dengan modal dan pengalaman yang korang miliki. Banyak lagi kriteria lain yang perlu korang perhatikan dalam memilih jenis akaun trading contohnya seperti spread, leverage, minima deposit dll. (#abgman akan huraikan lagi perkara ini nanti di dalam artikel lain pula).
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: