AMARAN: ARTIKEL INI SEDIKIT PANJANG. BACA DENGAN KERELAAN KORANG 😅
Sejujurnya apa sahaja yang #abgman kongsi di SINI adalah merupakan apa yang #abgman gunakan untuk trade. Kesemua yang bermula daripada BASIC sampailah kepada ADVANCE, teknik, tool dan tip & trick merupakan apa yang memang #abgman gunakan untuk trade. Andai ianya bermanfaat untuk korang, gunakanlah. Kalau tak berguna, abaikan sahaja. Tiada paksaan.
TETAPI ... Percayalah bahawa bukan kesemua yang dikongsikan itu sesuai untuk semua orang.
Tidak ada satu ubat yang sesuai untuk kesemua jenis penyakit. Kalau betul macam tu mudahlah kerja doktor. Berikan je "Panadol" untuk kesemua jenis sakit dari ringan sakit demam, hinggalah kepada sakit yang berat seperti kencing manis, jantung berlubang hatta kanser sekali pun. Bukan begitu ye sobat sekalian.
“Dalam perjalanan korang mencari ilmu untuk trade ni, korang akan berjumpa dengan pelbagai jenis teknik @ ilmu @ cikgu sekalipun, tetapi diakhir perjalanan tersebut, korang akan mendapat satu teknik yang serasi @ sesuai dengan diri korang.”
Maka percayalah, ketika itu korang sudah pun mencapai tahap yang dikatakan bahawa korang telah pun mendapat teknik yang ampuh untuk korang dapatkan USD dengan mudah.
Ini cara yang #abgman amalkan ye. Korang mungkin gunakan step yang berbeza. Yang pasti, matlamat kita adalah sama iaitu untuk menjana pendapatan daripada analisa teknikal ini.
JADI MACAM MANA #abgman DAPATKAN ENTRY??
1. #abgman akan bermula dengan melihat kepada Currency Strength Meter dan juga Forex News. Meter adalah untuk mencari matawang mana untuk trade, manakala news adalah untuk memastikan bahawa tiada berita yang berkait dengan matawang tersebut dalam masa terdekat.
2. Setelah #abgman sudah kenalpasti matawang mana yang sesuai untuk trade ketika itu, barulah #abgman akan buka chart yang berpasangan dengan matawang tersebut.
3. #abgman akan membuat analisa untuk pair tersebut dengan menggunakan teknik yang sesuai. Kebanyakkan masa #abgman akan menggunakan teknik scalping iaitu M1 Scalping.
4. #abgman akan filter kesemua chart yang telah dibuka. Pair yang tidak menepati sop teknik tersebut #abgman akan tutup supaya tidak menganggu fokus kepada pair yang betul. Biasanya dalam 10 chart yang dibuka MUNGKIN akan ada hanya tiga pair yang betul-betul menepati sop teknik yang digunakan. Dan daripada tiga pair tersebut biasanya akan ada satu @ dua pair sahaja yang sesuai untuk entry dalam masa terdekat. Dengan cara ini, #abgman sudah mengurangkan beban untuk menganalisa pair yang tidak perlu.
5. #abgman cuba kawal untuk trade hanya satu pair sahaja buat satu masa untuk memastikan bahawa Money Management (MM) adalah terjaga. Cuma kadang-kadang terbabas juga entry banyak pair serentak jika terdapat banyak setup yang cantik. Hahahaha .. tapi layer secara berhemah la ye. Kalau tidak pun, jika nak trade banyak pair macam tu, #abgman akan kecilkan saiz lot (sesuai dengan modal).
PAIR APA NAK TRADE?
#abgman tak ada senarai pair mana yang #abgman suka trade sebab boleh dikatakan hampir semua pair yang ada setup cun #abgman akan trade. Haaa .. gitu!!
Cuma, kalau dapat #abgman akan cuba trade pair yang mempunyai spread yang halus. Bukan semua jenis akaun trading itu sesuai untuk kesemua jenis teknik. Untuk teknik scalping sebolehnya memang #abgman suka gunakan akaun jenis ECN untuk memastikan spread yang ditawarkan adalah kecil sahaja.
BILA MASA YANG SESUAI UNTUK ANALISA DAN TRADE?
Kalau korang pernah berjumpa atau bertanya dengan #abgman berkenaan teknik, pasti #abgman akan bertanya tentang latarbelakang pekerjaan korang. KENAPA YE? Jawapannya adalah untuk memastikan teknik yang dikongsikan adalah sesuai dengan cara hidup korang.
Ada orang yang masih bekerja 9-5 setiap hari, maka #abgman akan syorkan untuk fokus teknik jenis intraday atau swing? Teknik ini kebanyakkannya tidak memerlukan korang untuk monitor chart setiap masa. Korang hanya perlu untuk buat analisa, dan meletakkan Pending Order (PO) berdasarkan kepada analisa tersebut.
Manakala buat korang yang mempunyai banyak masa terluang, maka korang mungkin boleh kepada teknik scalping. Ini kerana korang ada banyak peluang untuk analisa dan entry. Scalping akan memerlukan korang untuk memberikan fokus yang lebih ketika entry kerana perubahan boleh berlaku dengan cepat.
Namun, tidak menjadi satu kesalahan jika korang dapat memahirkan diri dengan beberapa jenis trading. Akan ada ketika korang perlu menggunakan teknik scalping, dan akan ada ketika korang perlu untuk intraday @ swing. Jadi tidak salah pun jika korang mahir dengan dua, tiga teknik. Kata kuncinya adalah MAHIRKAN DIRI.
Dalam trading ni kita bukan dalam pertandingan siapa yang mendapat profit lebih daripada orang lain. Jadi trade lah dengan masa yang sesuai untuk korang. Komitmen setiap orang tidak sama. Ada orang hanya memerlukan sedikit profit untuk menampung komitmen bulanan mereka, manakala ada juga yang memerlukan profit yang beribu untuk bayar komitmen mereka. Janganlah dibuat perbandingan dengan orang lain, nescaya hidup korang akan lebih tenang.
Tetapi kita sebagai rakyat di ASIA adalah beruntung kerana market forex adalah aktif pada waktu korang sudah pun selesai menyiapkan kerja hakiki korang. Jadi waktu malam boleh korang buat kerja part time untuk mencari duit lebihan tanpa perlu keluar daripada rumah. Untungkan???
NAK TRADE PAKAI APA?
Pernah juga sobat sekalian yang hadir untuk ngeteh bagitahu segan nak datang sebab hanya ada HP semata .. laptop tak ada, pc desktop lagilah tak ada. Bagi #abgman, untuk bermula, korang gunalah apa sahaja device yang korang ada. Tak adanya orang nak tanya korang pakai apa untuk trade? Yang orang akan tanya berapa banyak profit/loss korang, teknik apa yang korang gunakan. Itu je.
#abgman pernah berjumpa dengan trader yang beliau memang hanya menggunakan HP untuk trade. Dan profit yang beliau dapat tu sebenarnya lebih dari mampu untuk membolehkan beliau membeli laptop/pc dengan spesifikasi yang paling mantap. Tapi beliau masih kekal trade dengan HP. KENAPA? Sebab beliau sudah selesa dengan device yang beliau gunakan tu. Buat apa ikut-ikut orang. Janji beliau bahagia.
Bagi pihak #abgman secara personal, #abgman suka gunakan MT4 desktop di atas beberapa sebab seperti:-
- Skrin monitor yang besar membenarkan #abgman untuk melihat carta dengan lebih banyak candle ke belakang (ke kiri carta).
- Skrip atau Expert Advisor dapat digunakan untuk trade. Keduanya mampu untuk memudahkan urusan trading korang.
- Lebih banyak carta dapat dibuka dan diperhatikan secara serentak disebabkan oleh skrin monitor yang besar.
Namun begitu, trade menggunakan MT4 desktop ini juga mempunyai kelemahan. Antaranya adalah jika ianya sebuah pc atau desktop maka korang tidak dapat membawa ke mana sahaja melainkan jika korang sanggup untuk pikul desktop tu ke sana, ke sini. Hehehe ...
Haaa .. lainlah kalau korang guna laptop, barulah korang dapat trade di mana sahaja dengan syarat ada sambungan internet.
Pucuk pangkal, yang penting adalah korang selesa untuk trade menggunakan device tersebut. Jika korang selesa trade dengan HP teruskan sahaja. Tiada yang melarang. Begitu juga jika korang gemar trade pakai pc @ desktop pun teruskan trade tersebut. Korang yang tentukan sendiri.
DEKAT MANA NAK TRADE? BILIK TRADING? KERETA? TEPI JALAN?
Untuk persoalan ni #abgman tak ada jawapan yang specific. Sebabnya #abgman trade je di mana sahaja asalkan ada setup dan situasi yang sesuai untuk trade. Kadang-kadang sambil menunggu sesuatu urusan selesai, #abgman boleh je trade. Tapi yang paling sesuai adalah untuk trade dalam keadaan korang dah bertenang.
Contohnya korang baru sampai ke rumah selepas redah jam dekat hiway Sungai Buloh. Tak sempat nak berehat dan mandi bagai terus korang nak buka MT4 untuk trade sebab ada news NFP malam tu. Dahla sifu besar ada share signal cun malam tu ..
Haaa .. bertenanglah dulu orang muda. Rehat dulu. Mandi dulu. Emosi dah okay semua barulah korang buka MT4 buat analisa dulu, bukan terus entry tikam je BUY @ SELL (itu judi namanya!!!). Andai memang dah tertulis rezeki korang masa tu jangan bimbang pasti akan ada kesempatan untuk korang entry nanti. Nak kalut ke mana weh??
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: