Sponsor

ads header

ADVANCE: SCRIPT PENDING ORDER

Khas buat korang yang suka trade berlayer-layer macam kek lapis, hari ni #abgman nak share dekat korang satu skrip khas untuk memudahkan korang manage kesemua entry dengan mudah.

Banyak situasi untuk korang gunakan skrip ni .. contohnya, katakan korang dah entry berlayer-layer lepas tu korang baru decide nak letak TP / SL dekat mana. Nak edit satu per satu entry untuk ubah TP / SL secara manual tu tak ada masalah kalau korang masih ada masa. Yang jadi isu kalau tempat nak letak TP / SL tu dah dekat sangat dengan harga semasa.

Silap-silap tengah edit entry tu, harga dah sampai tempat korang nak TP / SL tu. Confirm akan ada entry yang tak sempat nak edit kan. Jadi dengan menggunakan skrip ni, korang hanya perlu drag & drop fungsi skrip yang mana satu korang nak gunakan tu. Skrip akan ubah automatik kesemua layer entry tersebut pada point harga yang sama.

Mudahkan kerja korang? Kita trade ni nak santai-santai. Baru boleh kawal emosi dengan okay. Kalau semua benda nak buat kelam kabut, naya dekat akaun trading tu nanti.


Antara fungsi skrip yang #abgman suka gunakan adalah:-

  • Set Pending Order untuk Buy atau Sell
  • Set SL
  • Set TP
  • Close all profit
  • Close all trades

Dah download nanti .. korang copy dan paste je kesemua skrip tu masuk dalam folder MQL4 >> Scripts. Buh je sekali dengan folder tu. Tak ada kacau pun fungsi skrip tu. Dah siap paste tu korang restart la MT4 tu. Korang dah boleh start guna skrip tu untuk mudahkan trading.

Oh yea, lupa nak bagitahu. Skrip ni hanya boleh guna dekat MT4 dekstop ye. Untuk MT4 mobile buat masa ni memang tak dapat nak guna la.


Klik SINI kalau korang berminat nak dapatkan skrip tu.


Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: