Sponsor

ads header

BASIC: PLATFORM UNTUK FOREX TRADING

Apabila nampak perkataan PLATFORM mesti korang terbayangkan senarai broker yang boleh digunakan untuk trader forex kan? TAPI sebenarnya, platform yang dimaksubkan di sini adalah sistem perisian yang digunakan untuk trade secara online.

Semasa perkembangan awal platform trading forex pada lewat 90an, forex trading hanya dibenarkan untuk institusi kewangan yang besar sahaja. Pembangunan internet, perisian trading dan penubuhan broker forex (yang membenarkan dagangan pada margin) telah memulakan perdagangan runcit untuk para trader. Hari ini, trader boleh berdagang matawang spot dengan broker menggunakan margin. Ini bermakna mereka perlu meletakkan hanya sebahagian kecil daripada saiz dagangan dan boleh membeli dan menjual matawang dalam beberapa saat.


SEJARAH AWAL PLATFORM TRADING FOREX

Pada tahun 1996 menyaksikan platform dagangan dalam talian generasi pertama untuk forex. Teknologi web bukan sahaja membenarkan perdagangan tukaran matawang asing secara runcit untuk memupuk cara mudah dan pantas untuk pelanggan mengakses pasaran, tetapi juga pasangan matawang semasa membuat dagangan dari komputer mereka sendiri.

Pembangunan perisian platform dagangan telah menyaksikan beberapa peringkat perubahan. Pada mulanya, platform dagangan adalah berdasarkan program asas yang dimuat turun ke komputer. Ini diikuti dengan pembangunan antara muka yang lebih mudah digunakan dan ciri lanjutan seperti alat carta dan analisis teknikal.

Peringkat seterusnya menyaksikan peralihan kepada platform berasaskan web dan peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar. Sejak 2010, terdapat juga tumpuan pada perkembangan untuk mengintegrasikan alat dagangan automatik dan perdagangan sosial ke dalam platform dagangan forex.


APAKAH YANG DIMAKSUBKAN DENGAN PLATFORM TRADING?

Platform trading adalah sistem perisian yang digunakan untuk trade securities. Ia membenarkan pelabur untuk membuka, menutup dan menguruskan posisi pasaran secara online melalui pihak tengah kewangan, contohnya seperti broker online.

Platform perdagangan online sering ditawarkan oleh broker baik secara percuma atau dengan diskaun sebagai balasan untuk mengekalkan akaun yang dideposit dan melakukan sejumlah perdagangan tertentu setiap bulan. Platform dagangan terbaik akan menawarkan kombinasi fungsi yang berguna dan yuran yang rendah.


MEMAHAMI PLATFORM TRADING

Platform trading adalah sistem perisian yang ditawarkan kepada investor dan trader oleh institusi kewangan tertentu, seperti brokerage dan bank. Pada dasarnya, platform trading memungkinkan investor dan trader untuk membuat perdagangan dan memantau akaun mereka.

Seringkali, platform trading menyertakan fungsi lain yang membantu investor membuat keputusan pelaburan mereka. Fungsi-fungsi ini meliputi real time quote, carta interaktif, dan pelbagai alatan untuk menganalisa carta, news feed terkini, dan kajian/analisa premium. Platform juga dapat disesuaikan dengan pasaran tertentu, seperti saham, matawang, option atau future market.


Ada dua jenis platform trading iaitu:

1. Platform komersial.

  • Disediakan untuk trader harian dan juga investor retail.
  • Mudah digunakan, pelbagai fungsi yang berguna (seperti real time quote), berita ekonomi antarabangsa, carta yang menarik, perkongsian pendidikan dan juga alatan untuk analisa.

2. Platform proprietary.

  • Platform khas dibangunkan untuk brokerage besar dan institusi kewangan lain untuk kegunaan mereka sendiri.
  • Tidak disediakan untuk kegunaan retail trader.


PLATFORM TRADING FOREX YANG POPULAR

Terdapat beberapa platform trading yang popular dikalangan trader di Malaysia. Antaranya adalah:

*senarai tidak mengikut susunan pilihan popular.


1. Metatrader (desktop, mobile dan web terminal); MT4 dan MT5

2. Tradingview

3. Ctrader

4. Ninjatrader


Setiap platform trading tersebut mempunyai peminat/pengguna yang tersendiri. Setiap platform itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap broker menawarkan platform yang berbeza-beza. Ada yang menawarkan Metatrader kepada pelanggan mereka, dan ada juga yang menawarkan Ctrader. Setiap platform disediakan secara percuma oleh broker-broker di luar sana. Korang boleh try cuba test yang mana serasi dengan diri tu.

Metatrader dikatakan antara platform yang paling banyak digunakan untuk trade forex berbanding platform lain. Terdapat pelbagai kelebihan yang disediakan antaranya trader dapat menggunakan pelbagai jenis alat (tool) default tersedia di dalam perisian tersebut untuk membantu analisa masing-masing, dan juga para trader dapat menggunakan tool atau skrip yang dibuat custom oleh programmer untuk memudahkan analisa dan entry. Selain itu, trader juga dapat menggunakan fungsi automatik expert advisor (robot) untuk membantu dalam menjalankan trading berdasarkan kepada algo teknik yang dah terbukti berkesan secara manual trade.

Pada akhir tahun 2022, para trader dikejutkan dengan keputusan Apps Store (IOS) membuang Metatrader daripada senarai aplikasi yang ditawarkan, namun buat trader yang gemar menggunakan Metatrader usah khuatir kerana kebanyakkan broker telah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan penggunaan Metatrader web terminal. Ini bermakna korang tidak perlu untuk install perisian Metatrader di dalam komputer atau tablet, korang hanya perlu membuka browser internet pilihan masing-masing dan membuka laman website untuk web terminal tu.

Cuma, kekurangan yang terdapat adalah ianya tidak mampu untuk menyimpan template pilihan korang yang bermaksub korang perlu membuat setting setiap kali nak menggunakannya. Diharapkan Metatrader dapat mengubah aplikasi tersebut untuk menarik lebih ramai trader untuk menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, korang perlu ada sambungan internet untuk menggunakannya.

UPDATE: bermula 6hb Mac 2023, aplikasi MT4 telah kembali ke APP STORE (IOS). Lega la korang ehh..

Jadi, apakah platform trading pilihan korang? Yang mana lebih mudah digunakan, user friendly. Cuba kongsikan pilihan korang dekat komen. Kita sharing is caring sesama kita. Ayuhhhh .. !!!


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: