Slippage berlaku apabila sesuatu order itu dilaksanakan pada harga yang berlainan daripada harga yang diminta. Perbezaan antara harga yang diharapkan diisi dengan harga sebenar diisi adalah slippage. Setiap kali order korang diisi pada harga yang berlainan daripada harga diminta, maka ia dipanggil slippage. Slippage ini tidak semestinya sesuatu yang negatif kerana mana-mana perbezaan di antara harga diminta dan harga sebenar diisi layak dipanggil slippage.
Harga pasaran boleh berubah dengan cepat, yang menyebabkan slippage untuk berlaku sewaktu delay di antara order diproses dan juga siap transaksi.
Slippage berlaku semasa pasaran berada dalam keadaan volatile, contohnya semasa berita terkini atau apabila data ekonomi dihebahkan.
Di bawah keadaan pasaran yang normal dalam forex, pasangan matawang utama (major pair) adalah kurang terdedah kepada slippage kerana matawang tersebut adalah lebih cair berbanding matawang jenis lain.
Major pair yang dinyatakan adalah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, AUD/USD dan NZD/USD.
Korang boleh melindungi diri dari slippage dengan meletakkan LIMIT ORDER dan menghindari INSTANT ORDER.
CONTOH SLIPPAGE
Katakan korang cuba untuk membeli EUR/USD pada harga 1.1050. Jadi, dekat platform trading tu, korang dah nampak tertera harga 1.1050 dan tekan BUY.
Jadi, 1.1050 adalah harga yang korang nak order tersebut dilaksanakan.
Order tersebut akan dihantar ke broker melalui sambungan internet korang.
Setelah menerima order tersebut, broker seterusnya akan memeriksa sama ada korang memiliki fund yang mencukupi untuk melaksanakan order tersebut. Ini bermakna, broker akan memastikan bahawa korang ada free margin yang cukup selepas mengambilkira position lain yang ada.
Tempoh masa dari transaksi komunikasi sehingga memproses data, kesemua langkah ini akan menyebabkan delay. Ini bermakna, dari saat broker menghantar quote asal, sehingga kepada masa broker boleh melaksanakan order tersebut, harga semasa mungkin telah berubah.
Perbezaan harga antara harga yang di “QUOTE” dengan harga yang di “FILL” dikenali sebagai slippage.
Harga akhir yang dilaksanakan dengan harga maksub dilaksanakan akan mempunyai tiga hasil, iaitu:
- Tiada slippage
- Slippage positif
- Slippage negatif
TIADA SLIPPAGE
Apabila order dihantar, dan harga semasa yang ditawarkan adalah juga 1.1050 (seperti yang korang nakkan sebelum ni), maka order korang akan diisi dekat harga 1.1050.
SLIPPAGE POSITIF
Order dihantar, dan harga terbaik untuk BUY yang ditawarkan tiba-tiba bertukar kepada 1.1045 (5 pips kurang daripada harga yang dipinta), order seterusnya dilaksanakan pada harga yang lebih baik iaitu 1.1045.
SLIPPAGE NEGATIF
Order dihantar, dan harga terbaik untuk BUY yang ditawarkan tiba-tiba bertukar kepada 1.1057 (7 pips tinggi daripada harga yang diminta - requested), order seterusnya dilaksanakan pada harga 1.1057.
APA YANG MENYEBABKAN SLIPPAGE?
Macam mana slippage berlaku dan kenapa order tidak boleh filled dekat harga yang diminta?
Pasaran adalah merangkumi pembeli (buyer) dan penjual (seller).
Untuk setiap pembeli yang ingin membeli pada harga tertentu dengan kuantiti tertentu, perlukan juga jumlah yang sama banyak mereka yang ingin menjual pada harga tertentu dan kuantiti tertentu. Jika tidak, akan berlaku ketidaksamaan di antara pembeli dan penjual.
Inilah yang akan menyebabkan harga berubah-ubah dan bergerak naik atau turun.
Sebagai contoh, jika korang ingin menjual EUR/USD pada 1.1050, tetapi tidak mencukupi mereka yang ingin menjual EURO pada harga 1.1050, maka order korang perlu mencari harga terbaik seterusnya.
Harga itu semestinya perlu lebih tinggi (kerana tiada penjual di 1.1050), dan inilah yang menyebabkan slippage negatif. Katakanlah order korang fill pada 1.1053, maka korang mengalami slippage negatif sebanyak 3 pips.
Sebaliknya, jika terdapat ramai yang ingin menjual EURO, order korang mungkin dapat mencari penjual yang sanggup menjual pada harga yang lebih rendah dari 1.1050, seperti 1.1048. Jika order korang fill, maka korang dapat membeli EURO dengan harga 2pips lebih murah dari yang korang inginkan. Ini adalah slippage positif.
Slippage boleh berlaku kepada order STOP LOSS (SL). Ini bermakna bahawa jika korang meletakkan SL dalam order sebagai Pending Order (PO), jika harga bergerak laju, maka order korang mungkin tidak fill.
Sebagai contoh, korang membeli EUR/USD pada 1.1050 dan meletakkan SL pada 1.1030. Tiba-tiba sesuatu berlaku di Eropah, dan EUR/USD turun mendadak. SL korang akan triggered namun ia telah fill dekat harga 1.0930. Korang mengalami slippage negatif sebanyak 100 pips.
KENAPA SLIPPAGE ITU PENTING?
Slippage penting kerana korang mungkin akan menerima harga execution yang tidak adil. Broker akan menghasilkan keuntungan tanpa risiko dari korang.
Sebagai contoh, korang nak trade GBP/USD. Broker quote korang harga BID 1.3085 dan ASK 1.3090.
Apabila korang hantar market order, korang berharap untuk membeli pada harga 1.3090.
Tetapi disebabkan oleh delay semasa menguruskan order, katalah pasaran telah pun bergerak ke bawah kepada harga 1.3080. Broker sekarang ini boleh fill order korang dekat harga 1.3080. TETAPI korang minta nak beli dekat 1.3090.
Jadi, broker membeli GBP/USD pada 1.3080 dan seterusnya menjual dekat korang pada 1.3090, membuat keuntungan tanpa risiko sebanyak 10 pips untuk order tersebut.
Sebagai trader, korang tidak tahu bahawa harga telah berubah. Korang hanya melihat pesanan itu telah dilaksanakan pada 1.3090 yang merupakan harga di mana pesanan diletakkan.
REQUOTE
Daripada mengisi pesanan dengan harga yang berbeza, terdapat broker yang melakukan apa yang dikenali sebagai requote.
Ini adalah keadaan di mana broker tidak dapat atau tidak mahu mengisi pesanan dengan harga yang korang minta. Mereka meletakkan delay execution dan mengembalikan permintaan korang dengan penawaran yang berbeza, seringkali kurang menguntungkan korang.
Jika pasaran telah bergerak dengan limit tertentu, broker akan menghantar korang harga baru. Inilah yang dikatakan sebagai requote.
Seterusnya korang akan mendapat pilihan untuk berdagang dengan harga baru. Tentu sahaja, tiada jaminan bahawa pesanan baru itu akan terisi. Korang mungkin akan menerima penawaran requote sekali lagi. Ini sering berlaku jika pasaran bergerak laju, seperti semasa data ekonomi dilepaskan atau press conference bank negara.
Pada saat broker tu mendapat pesanan, pasaran telah bergerak terlalu laju untuk melaksanakan harga yang ditunjukkan.
Notification requote muncul di platform trading korang, yang memberitahu korang bahawa harga telah bergerak dan memberikan korang pilihan apakah korang bersedia menerima harga itu atau tidak.
Kebanyakkan masa, requote biasanya berlaku kepada perdagangan yang sangat besar.
Jika broker korang tidak dapat melaksanakan pesanan korang dengan segera, mungkin ada variasi harga yang signifikan, bahkan jika hanya baru beberapa saat berlalu.
Requote mungkin membuatkan korang kecewa, tetapi itu hanya mencerminkan kenyataan bahawa harga telah berubah dengan cepat.
Dengan demikian, jika requote berlaku semasa pasaran tenang atau korang mengalaminya secara berterusan, mungkin sudah waktunya untuk beralih kepada broker lain.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: