Jadi apa yang dimaksubkan dengan leverage ni? Dalam bahasa mudahnya leverage boleh dikatakan sebagai pinjaman daripada broker kepada para trader namun tidak perlu dibayar kembali kepada broker sekiranya korang LOSS atau Margin Call (MC). Maksubnya korang tak perlu fikir macam mana nak bayar balik duit tu kalau MC.
Seperti mana yang korang sedia maklum, pasaran forex adalah sebesar $5 trillion yang mana memang memerlukan modal besar untuk korang berdagang di dalamnya. Dan seperti kebanyakkan orang, tidak semua mampu untuk menyediakan modal besar untuk mulakan dagangan. Maka di atas sebab inilah maka konsep leverage daripada broker diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada semua orang berdagang forex dengan modal yang minima.
Dengan adanya leverage, korang mampu untuk trade seolah ada modal besar. Sebab itu jangan hairan mengapa korang boleh buka lot besar dengan modal kecil. Besar atau kecil leverage adalah bergantung kepada yang ditawarkan oleh broker. Ada broker yang menawarkan serendah 1:50 dan ada juga sampai 1:2000.
Leverage ni boleh juga dijadikan sebagai money management trader. Macam mana tu? Untuk mengurangkan risiko akaun korang cepat MC, #abgman syorkan korang menggunakan leverage yang kecil. Ini kerana dengan menggunakan leverage kecil seperti 1:100 korang hanya akan mampu membuka entry dengan saiz lot yang kecil, yang mana dapat memastikan akaun korang selamat walaupun sedang floating.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: