APAKAH YANG DIMAKSUBKAN DENGAN OFF QUOTE NI?
Saban tahun, perdagangan automatik menjadi semakin popular. Oleh kerana itu, adalah tidak menghairankan bahawa platform yang paling terkenal digunakan untuk berdagang dengan robot oleh retail trader adalah MetaTrader 4 (MT4).
Di bawah ni, #abgman menjawab pertanyaan “Apa yang dimaksubkan dengan Off Quote di MT4 dan cara mengatasi perkara ni daripada berlaku?"
Semasa turun naik yang melampau dan kecairan yang rendah dalam pasaran, contohnya semasa berita ekonomi yang penting, pergerakan harga boleh turun dan naik dengan sangat cepat. Mesej ERROR di MT4 "OFF QUOTES" atau sebut harga tidak aktif bermaksub bahawa pada masa pesanan (order) korang sampai ke server, harga telah berubah dan menyebabkan order tersebut tidak boleh diterima. Ini bermakna tiada harga baru pada instrumen yang dipilih untuk beberapa waktu, dan harga terkini ini tidak lagi boleh dianggap sebagai harga pasaran. Atas sebab ini, apabila korang cuba untuk melaksanakan order pada harga ini, server akan memaparkan mesej "OUT OF QUOTES" @ kehabisan sebut harga dan enggan melengkapkannya. Off quote adalah perkara biasa semasa tempoh kecairan rendah, contohnya semasa tempoh berita berprofil tinggi atau sekitar waktu pasaran ditutup atau dibuka.
MENGAPAKAH ERROR OFF QUOTES BERLAKU?
Jom kita tengok faktor yang menyebabkan error OFF QUOTE berlaku. Terdapat banyak sebab untuk OFF QUOTE di MT4, seperti sambungan internet yang lemah, turun naik pasaran yang ketara dan ralat pelaksanaan dengan server broker. Secara amnya, jika MT4 tidak mendapat harga order daripada broker atau LP (Liquidity Provider), sebut harga tidak akan dipaparkan pada platform MT4.
Isu sambungan internet, sambungan internet yang teruk adalah sebab yang agak biasa untuk error MT4 136. Apabila membuat order trading, jika MT4 korang kehilangan sambungan internet atau gagal menyambung ke server broker, platform MT4 akan memaparkan error OFF QUOTE dalam order window.
Broker atau server LP akan menolak untuk melaksanakan order. Kadangkala, broker atau LP menolak order kerana tiada harga yang sepadan dengan BID/ASK korang pada waktu itu.
Sebagai contoh, korang meletakkan order jual EUR/USD pada 1.2030 dengan deviation maksimum sebanyak 5 pip. Pada masa yang sama, broker menawarkan korang harga jualan tertinggi 1.2020. Oleh itu, harga telah melebihi had deviation daripada harga yang korang letak. Order korang itu akan ditolak, dan MT4 akan memaparkan OFF QUOTE. Isu ini biasannya berlaku kerana pasaran sangat tidak menentu (volatile), dan broker tidak dapat menandingi harga real-time yang disediakan oleh MT4.
MACAM MANA NAK SELESAIKAN OFF QUOTE DI MT4?
KES #1: ISU SAMBUNGAN INTERNET.
OFF QUOTE dalam MT4 biasanya menunjukkan sambungan internet terputus dan menyebabkan tiada harga real-time tersedia. Semak sambungan internet korang. Jika ia perlahan, atau firewall korang menyekat MT4, platform mempunyai masalah dengan sambungan, dan korang melihat OFF QUOTE dalam error description MT4.
Jika OFF QUOTE disebabkan oleh masalah sambungan, korang perlu semak sama ada terdapat mana-mana mesej tersebut:
- Pada komputer: lihat di bahagian bawah sebelah kanan platform jika korang dapat melihat mesej “INVALID ACCOUNT” atau “CONNECTION FAILED”.
- Untuk mobile: jika korang menggunakan aplikasi mudah alih, sila semak sama ada mesej “DISCONNECTED” tertera di bahagian atas menu.
Langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jika korang melihat mana-mana mesej ini, korang mungkin tidak log masuk dengan betul. Sila ikuti langkah ini untuk menyelesaikan isu tersebut:
- Semak ID: ID MT4 korang adalah ID yang merangkumi nombor akaun lima atau enam angka tanpa huruf.
- Semak katalaluan: katalaluan MT4 korang diterima melalui email apabila korang mencipta akaun MT4 tersebut. Jika korang tidak dapat mencarinya atau telah menukarnya dan terlupa, sila hubungi CS (khidmat pelanggan) broker tersebut untuk dapatkan bantuan.
- Semak server: pastikan server yang dipilih adalah tepat/betul berdasarkan kepada email yang diterima.
- Pada komputer: klik “FILE” dan kemudian pilih “CONNECT TO TRADING ACCOUNT”. Korang akan melihat window muncul di mana korang boleh memilih server yang betul.
- Pada mobile: klik “SETTING” kemudian “CONNECT” untuk memilih server yang korang nak akses.
Selain mengesahkan bahawa korang berada di server yang betul, adalah berguna untuk memastikan korang tidak cuba menyambung ke server demo.
Bagaimana untuk menyemak sama ada korang telah login?
Setelah berjaya LOGIN, korang akan melihat harga dalam bahagian “MARKET WATCH” di sebelah kiri panel trade MT4. Akhir sekali, jika korang masih tidak dapat menyambung, sila semak halaman “STATUS PLATFORM” untuk memastikan MT4 berfungsi dengan betul.
KES #2: ISU VOLATILITY MT4.
Isu yang biasa menyebabkan OFF QUOTE adalah volatility pasaran. Harga naik dan turun setiap saat dan berubah dengan sangat cepat. Harga terbaik berada di luar range maksimum deviation yang korang dah tetapkan untuk order trading korang tu.
Tetapan maksimum deviation ini membolehkan korang untuk memantau slippage dengan menentukan nilai maksimum pip deviation daripada harga order yang telah dihantar, yang korang sanggup terima untuk diisi. Namun, maksimum pip deviation yang ketat boleh menyebabkan penolakan order berdasarkan pergerakan pasaran yang cepat jika korang berdagang semasa situasi pasaran yang volatile.
KES #3: MASALAH TEKNIKAL BROKER.
Ini sangat jarang berlaku, tetapi broker boleh mengalami isu teknikal untuk connectivity dan juga boleh offline untuk beberapa saat hingga beberapa jam. Jika itu masalahnya, korang akan mendapat mesej error OFF QUOTE. Isu ini tidak dapat diselesaikan oleh korang kerana ianya melibatkan isu teknikal broker. Cuma apa yang dapat korang lakukan adalah dengan berhubung dengan khidmat pelanggan broker untuk menyatakan isu yang berlaku agar mereka mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu berkait. Buat sementara waktu, korang hanya boleh menunggu broker menyelesaikan isu berkenaan.
BAIKI ISU OFF QUOTE DENGAN MEMBUAT TETAPAN MAKSIMUM DEVIATION YANG LEBIH BESAR.
Pada window trading order execution MT4, ubah tetapan maksimum pips deviation dalam range untuk order trade korang. Deviation maksimum membolehkan korang untuk menentukan range pips yang dapat diterima jika pesanan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada harga yang dipinta.
Sebagai contoh, jika korang meletakkan 2 pips sebagai maksimum deviation, yang bermakna korang bersetuju jika harga yang dilaksanakan mungkin 2 pips lebih tinggi atau rendah dari harga yang diminta.
Dengan cara ini, korang dapat minimalkan jumlah pesanan yang ditolak. Dan itu sangat berguna semasa pasaran sangat volatile. Jika berlaku slippage, broker dapat memberikan korang harga yang dalam margin deviation.
Untuk memaksimumkan deviation, buka TOOLS > OPTIONS > TRADE TAB > dekat DEFAULT BY DEVIATION > KLIK DEFAULT dan masukkan jumlah pips yang korang nak. Klik OK dan lakukan order sekali lagi.
RINGKASAN !!!
- Elakkan trading semasa pasaran sangat volatile dan juga liquidity rendah.
- Periksa jika instrumen tersebut tersedia untuk trade ketika itu.
- Jika error tersebut berterusan, sila berhubung dengan khidmat pelanggan broker tersebut.
- Restart MT4 korang dan letakkan order sekali lagi, pastikan proses tersebut dilakukan tidak terlalu cepat.
- Jika korang menggunakan expert advisor (EA), tutupkan sekejap selepas restart MT4 korang, dan aktifkan semula selepas itu, atau korang boleh cuba trade secara manual untuk memastikan isu OFF QUOTE telah selesai.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: