Antara soalan yang biasa ditanya adalah,
“Tuan, broker forex mana yang selamat untuk deposit dan trade?”
Itulah kan. Mesti korang pun pernah alami keadaan dimana korang dah trade penat-penat, tiba-tiba bila nak keluarkan duit, sangkut tak lepas. Barulah masa tu kantoi broker tu tak gentel. Sakit juga tu kan.
Jadi, macam mana nak pilih broker yang selamat ni? Ada tip ke ke? Terdapat beberapa kriteria yang perlu korang perhatikan sebelum membuat deposit.
Antaranya ..
1. Korang perlu memastikan bahawa broker tersebut berdaftar dengan REGULATOR yang kukuh.
- Contoh regulator adalah
- FCA / FSA: UK
- NFA / COMMODITY FUTURES TRADING COMMISSION (CFTC): USA
- CYSEC: Cyprus
- ASIC: Australia
- Regulator tersebut adalah tegas dalam menangani salahlaku yang dilakukan oleh pihak broker.
- Deposit korang adalah lebih selamat kerana ada tempat untuk mengadu andai berlaku sesuatu salahlaku oleh broker.
2. Korang juga perlu memerhatikan saiz komisen (swap dan spread) kerana keduanya adalah merupakan pendapatan broker.
- Andai cas komisen yang dikenakan terlampau tinggi maka korang perlu mendapatkan jarak profit atau pips yang lebih jauh. Agak penat untuk dapatkan pips yang banyak ni.
- Korang juga perlu tahu samaada spread yang ditawarkan adalah tetap (fix) atau terapung (variable), ini kerana dengan perubahan pasaran yang ketara, parameter ini boleh berubah dengan ketara juga.
- Untuk trader beragama ISLAM, korang perlu memastikan bahawa cas SWAP tersebut boleh dikecualikan ke atas korang.
3. Deposit permulaan untuk setiap akaun trading juga antara kriteria penting.
- Pelbagai broker menawarkan pelbagai jenis akaun trading kepada trader. Dan setiap akaun trading tersebut mempunyai nilai yang berbeza untuk deposit permulaan. Ada yang serendah $1 sehingga setinggi $1000 untuk permulaan.
- Kegagalan untuk deposit nilai yang betul akan menyebabkan akaun trading tersebut tidak dapat diaktifkan. Korang perlu mencari broker yang menawarkan nilai deposit yang sesuai dengan kemampuan poket korang la ye.
- Adakah ini bermakna korang perlu deposit nilai permulaan ni setiap kali nak topup? Untuk topup akaun trading tersebut, korang boleh deposit tanpa limit minima. Ini kerana akaun tersebut telah aktif setelah korang deposit permulaan dan melakukan transaksi entry yang pertama.
- Contohnya seperti broker TradingPro ada menawarkan akaun jenis ECN dengan modal permulaan serendah $50. Spread yang rendah semestinya untuk akaun trading jenis ECN ni.
4. Ciri-ciri deposit dan WD (pengeluaran wang). Kedua proses tersebut perlu menggunakan pelbagai jenis sistem pembayaran dan kelajuan transaksi adalah penting. Juga tiada isu viral@lambat berkenaan deposit dan WD.
5. Kebolehpercayaan dan sejarah broker. Korang perlu ambil tahu tentang:-
- Pengalaman broker. Bila mula beroperasi?
- Lesen. Bila dikeluarkan?
- Dimana broker didaftarkan? Berkait dengan regulator.
- Berapa jumlah modal yang dimiliki? Ini perlu untuk menunjukkan kestabilan kewangan broker; jika berlaku FORCE MAJEURE, maka broker mampu untuk membayar keuntungan kepada pelanggannya.
- Apakah ulasan pelanggan (review @ testimonial)?
6. Kelajuan pelaksaan pesanan (order).
- Berapa cepat transaksi ditutup dalam pasaran? Ini kerana jika ianya lambat diproses, maka korang akan mengalami kerugian.
7. Sekatan tambahan. Terdapat broker yang menetapkan had pada jumlah minima dana pada deposit dan bilangan transaksi yang boleh dilakukan dalam satu masa.
8. Perjanjian kerjasama pula penting untuk memastikan terdapat mekanisma untuk menyelesaikan pertikaian, yang ditetapkan dalam perjanjian, sebelum korang bersetuju untuk membuka akaun trading di broker tersebut.
9. Broker tersebut juga sepatutnya mempunyai pejabat urusan atau wakil di Malaysia untuk memudahkan korang berurusan sekiranya perlu.
10. Tiada trading rule yang pelik-pelik. Kebiasaan trading rule yang pelik ni hanyalah untuk menyusahkan korang daripada mampu untuk menjana keuntungan daripada trading korang.
11. Juga terdapat broker yang biasanya menawarkan BONUS untuk deposit, tetapi ianya tidak support floating. Sekiranya korang mendapat tawaran sedemikian, seeloknya abaikan sahaja bonus tersebut sebab ada pun tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk akaun trading korang tu. Perhiasan semata-mata.
Kesimpulannya ..
Untuk membolehkan korang mampu trade lama, #abgman syorkan satu amalan yang bagus untuk korang sebagai trader, iaitu korang buatlah WD secara konsisten kesemua profit yang telah dibuat tanpa mengira jumlah profit. Selagi USD tersebut berada di dalam akaun trading atau wallet/kabinet, ianya masih lagi dikira sebagai hakmilik broker sebab bila-bila masa je USD tersebut boleh hilang atau habis. Tapi bila korang dah WD masa tu barulah jadi hakmilik sah korang.
Seandainya jika broker tersebut tutup perniagaan, korang tidak kehilangan kesemua dana deposit. Jadi kuranglah risiko korang kena tipu dengan broker. Jika korang perlu topup akaun, deposit je semula duit yang korang dah WD tu. Nampak macam menyusahkan sebab perlu buat deposit banyak kali TETAPI ianya adalah selamat untuk tempoh masa yang lama.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: