Sponsor

ads header

Sebelum ni dekat PART 1 #abgman dah ada share satu cara nak jaga MONEY MANAGEMENT. Untuk PART 2 ni, #abgman nak share cara lain pula untuk money management dengan mudah.


Terdapat banyak cara atau formula yang diajarkan oleh cikgu-cikgu forex dalam cara menentukan saiz lot yang sesuai berdasarkan kepada modal yang korang gunakan. Meh #abgman share cara-cara yang senang untuk digunakan.


CARA #1 FORMULA


Modal / 12 = A

A x 80% = B

B / 1000 = TOTAL LOT yang boleh digunakan


Korang kena ingat bahawa formula di atas adalah TOTAL lot yang digunakan. Contoh; katalah korang ada modal $1000, maka daripada formula tersebut korang akan mendapat TOTAL lot yang boleh digunakan adalah 0.06. Kalau korang nak gunakan tiga entry@layer, maka setiap entry tersebut korang boleh gunakan lot bersaiz 0.02 sahaja.


CARA #2 FORMULA


Andai korang rasa formula di atas agak susah untuk ingat, korang boleh gunakan formula di bawah ni pula untuk kira jumlah lot yang boleh digunakan.


Modal / 5000

@

Modal / 3000

* yang ni pun korang boleh gunakan untuk menentukan saiz lot yang sesuai berdasarkan kepada modal yang ada.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

--

MONEY MANAGEMENT (PART 1)

MONEY MANAGEMENT (PART 3)

hilmannawi June 28, 2023
Read more ...

Korang pernah tak alami keadaan di mana korang tak tahu berapa USD yang korang akan dapat selepas entry korang tu hit TP. Atau berapa banyak akaun korang akan berkurang jika entry tersebut terkena SL.


Kalau single entry mudah je nak tahu kan. Korang hanya perlu letakkan cursor mouse tu dekat line yang korang dah set sebagai TP atau SL tu. Macam mana ye? Korang tengok contoh di bawah ni.


Gambar 1: Contoh macam mana nak tahu berapa $ yang korang akan dapat apabila harga mencecah TP tersebut.


Ooo .. gitu. Mudah je nak tahu. TETAPI macam mana pula kalau korang entry berlayer sampai penuh satu skrin? Takkan nak kira satu per satu? Mahu berpinar mata tu nanti. Hahahaha ..


#abgman ada satu indikator yang mana ia akan menunjukkan dengan jelas tentang akaun trading korang masa tu. Kalau ada set TP atau SL, korang akan tahu berapa TOTAL yang terlibat nanti. Jadi kalau banyak yang kena potong bila terkena SL tu, sekurangnya korang dah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya.


Tak adalah timbul isu berdebar berapalah kena tolak bila SL nanti ni. Mudahlah sikit korang nak sediakan bucu katil atau meja untuk menangis nanti. Bersihkan siap-siap, letak tisu siap-siap .. haaa, gitu. Hahahhahaha ..


Cumanya jumlah yang ditunjukkan adalah untuk keseluruhan entry. Ini bermakna, jika korang ada entry untuk banyak pair serentak maka indikator tersebut tidak dapat menunjukkan jumlah per pair.


Adeh laa .. sembang-sembang juga. Mana indikator yang #abgman kata nak bagi tu? Haa .. iye .. sabor-sabor.


Okay .. korang download file tu dekat SINI.


Macam mana nak install indikator tu? Selepas korang download file dekat link atas ni, copy dan paste file tersebut siap-siap.


Seterusnya korang klik dekat FILE >> OPEN DATA FOLDER

Gambar 2: FILE >> OPEN DATA FOLDER.


Satu windows akan dibuka

Gambar 3: Satu windows akan terpapar.


Next korang klik je MQL4 >> INDICATORS dan PASTE file tersebut di sini.

Gambar 4: MQL4.


Gambar 5: INDICATORS.

Gambar 6: Paste indicator tersebut di sini.


Seterusnya macam mana pula nak masukkan indikator tersebut ke dalam carta pilihan? Mudah je. Korang hanya perlu masukkan atau tarik je file tersebut ke dalam carta yang korang nak gunakan tu. Nanti akan keluar paparan carta seperti di bawah ni.

Gambar 7: Tarik sahaja indicator tersebut ke dalam carta pilihan.


Gambar 8: Korang boleh tengok pelbagai maklumat disediakan di bawah carta tersebut.


#abgman syorkan korang save kan satu template khas untuk indikator ni sahaja. Carta kosong tanpa apa-apa indikator adalah lebih bagus. Kenapa? Sebabnya indikator tersebut agak sarat dengan pelbagai info. Kalau korang tambah pula dengan indikator-indikator lain maka carta korang akan menjadi serabut pula nanti.


Alah .. korang godek-godek la sendiri pula, tengok sendiri yang mana sesuai. Takkan semua benda nak kena suap? Manja sangat ni. Hahahaha ..


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..


hilmannawi June 21, 2023
Read more ...

Divergen @ "Percanggahan" dalam dagangan forex merujuk kepada perbezaan atau percanggahan antara dua atau lebih indikator (penunjuk) atau set data. Dalam dagangan forex, perbezaan boleh merujuk kepada perbezaan antara harga pasangan matawang dan penunjuk teknikal seperti oscillator, contohnya Relative Strength Index (RSI) atau Moving Average Convergence Divergence (MACD).


Apabila harga pasangan matawang yang bergerak dalam satu arah, tetapi penunjuk teknikal bergerak ke arah yang bertentang, ini dipanggil "capah negatif" @ "negative divergence". Ia boleh menjadi tanda potensi pembalikan harga. Sebaliknya, apabila kedua-dua harga pasangan matawang dan penunjuk teknikal bergerak ke arah yang sama, ini dipanggil "capah positif" @ "positive divergen". Positive divergen boleh menunjukkan bahawa arah aliran harga semasa berkemungkinan berterusan.


Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun perbezaan boleh menjadi alat yang berguna dalam perdagangan forex, ia bukan jaminan pergerakan harga masa hadapan. Ia hanyalah salah satu daripada banyak faktor yang dipertimbangkan oleh peniaga semasa membuat keputusan tentang membeli atau menjual matawang. Oleh itu, divergen lebih baik digunakan bersama-sama dengan alat analisa teknikal dan asas pasaran yang lain.


DIVERGEN DALAM FOREX TRADING


Untuk menggunakan divergen dalam dagangan forex, berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan:


1. Cari pasangan matawang yang sedang menunjukkan divergen antara pergerakan harga dan penunjuk teknikal seperti MACD atau Stochastic Oscillator.


2. Tentukan arah perdagangan. Jika ada divergen bullish, buka posisi BELI. Sebaliknya, jika ada divergen bearish, buka posisi JUAL.


3. Pasang SL (Stop Loss) di bawah rendah (lower low) atau atas tinggi (higher high), bergantung pada arah perdagangan.


4. Tentukan TP (Take Profit). Ia boleh dilakukan dengan menentukan ratio Risk:Reward atau dengan menentukan level SNR.


5. Monitor perdagangan korang dan tutup posisi apabila mencapai TP atau SL.


Perlu diingat bahawa perdagangan forex memiliki tahap risiko yang tinggi dan divergen tidak merupakan indikator yang tepat untuk pergerakan harga. Oleh kerana itu, selalu disarankan untuk melakukan percubaan dan memahami risiko sebelum melakukan perdagangan.


CONTOH SETUP DIVERGEN TYPE-R


SENARAI INDIKATOR YANG DIGUNAKAN:


  1. Awesome Oscillator (AO)
  2. Stochastic Oscillator (STO)
  3. Bollinger Bands (BB)
*kesemua indikator tersebut menggunakan default setting untuk MT4 (sesuai untuk digunakan pada smartphone dan juga desktop).


Setup korang akan kelihatan seperti di bawah ni:

Indikator yang digunakan adalah AO, STO dan BB (setting Default).


CARA ANALISA & ENTRY


1. Timeframe (TF) yang disyorkan adalah H4 ke atas.


2. Korang perhatikan bukit AO. Untuk valid setup divergen type-R, bukit AO sebelah kanan terkini perlu lebih rendah daripada bukit sebelah kiri. Rujuk gambar di bawah untuk penjelasan.

Pair GbpUsd; H4. Setup BUY. Line MERAH adalah untuk marking divergen yang berlaku.


3. Seterusnya korang tengok indikator STO. Untuk setup BUY (rujuk gambar di atas), STO perlu rapat ke bawah (level 20 ke bawah) untuk mula entry.

*jaga MM korang dengan baik.
**kemungkinan untuk market bergerak sikit lagi ke bawah sebelum mula retrace masih ada.


4. Untuk TP, korang boleh letakkan pada MID BB. Cari level SNR/engulfing berdekatan dengan MID BB tersebut.


5. Atau korang boleh rujuk kepada STO untuk tutup entry apabila STO sudah rapat. (Rujuk gambar). Tutup entry apabila STO sudah rapat pada level 80 ke atas untuk setup buy.

Untuk TP, boleh letakkan berdekatan dengan Mid BB (level harga yang terdapat SNR @ SND). Atau boleh juga close all manual apabila STO telah mencecah level 80 dan ke atas.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi June 14, 2023
Read more ...

OHLC adalah singkatan kepada Open, High, Low dan Close, yang merupakan empat data harga dalam forex. Open menunjukkan harga pembukaan suatu pasangan matawang dalam timeframe tertentu (misalnya per hari atau per minggu). High menunjukkan harga tertinggi dalam timeframe yang sama, Low menunjukkan harga terendah, dan Close menunjukkan harga penutupan.


Data OHLC sangat penting bagi trader forex kerana ia dapat membantu mereka memahami pergerakan harga dan membuat keputusan trading.


CONTOH TEKNIK BERDASARKAN KEPADA OHLC


Ada beberapa teknik trading berdasarkan kepada OHLC untuk forex, di antaranya adalah:

  1. Trend Following: teknik ini menggunakan OHLC untuk mengenalpasti trend market. Jika harga menunjukkan trend naik, trader akan membuka posisi beli, dan jika trend turun, mereka akan membuka posisi jual.
  2. Price Action: teknik ini fokus kepada pergerakan harga dan pembentukan candle stick sebagai signal untuk membuka posisi. Trader akan memerhatikan formasi candle dan trend yang terjadi untuk menentukan posisi beli atau jual.
  3. Moving Average: teknik ini menggunakan purata pergerakan harga dalam timeframe tertentu untuk meramalkan pergerakan harga selanjutnya. Jika harga berada di atas moving average, trader akan membuka posisi beli, dan jika harga berada di bawah moving average, trader akan membuka posisi jual.
  4. Support and Resistance: teknik ini fokus kepada level support dan resistance dalam pergerakan harga. Jika harga menembusi level support, trader akan membuka posisi jual, dan jika harga menembusi level resistance, trader akan membuka posisi beli.


Kejayaan dalam forex trading sangat bergantung kepada strategi dan disiplin dalam mengikuti aturan teknik yang digunakan. Korang perlu selalu berhati-hati dan terus belajar untuk meningkatkan kemampuan trading. Kejayaan tidak hadir sekelip mata, melainkan dengan penat lelah korang belajar dan memahirkan diri dengan teknik trading forex.


TEKNIK OHLC YANG MUDAH


Bila nak buat mapping?

  1. Setiap hari Isnin & Jumaat, korang buat mapping menggunakan timeframe weekly, W1.
  2. Manakala untuk hari Selasa sampai Khamis, korang buat mapping berdasarkan kepada timeframe daily, D1.


Pasangan TF yang disyorkan:


Setiap timeframe mempunyai pasangan masing-masing. Tidak semua timeframe itu sesuai dipasangkan. Tiada jodoh kata orang. Hehe ..


Jadi, pasangan yang diyorkan adalah seperti di bawah ni ye:

W1 = H4

D1 = H1

H4 = M30


Baik .. untuk penerangan kali ini, #abgman akan gunakan TF H4 & M30 ye.


H4 (hint arah entry)


Untuk setup BUY, candlestick sebelumnya perlu CLOSED dalam keadaan SELL.


(TF H4 bermaksub kita perlu menunggu setiap 4 jam untuk sebatang candle pada TF H4 siap. Selagi candle tidak siap @ close, korang jangan gatal-gatal nak entry ye. Ikut je SOP yang ada ni.)


Contoh carta yang disediakan adalah untuk GOLD @ H4.

Gold @ H4. Line kuning tersebut adalah line tengah untuk kotak marking tersebut.


Setelah candle tersebut closed dalam keadaan SELL, maka korang marking kotak untuk shadow candle sell tersebut. Seterusnya korang letakkan satu line horizontal pada tengah kotak tersebut.


*BONUS apabila terdapat candle ENGULFING sebelah kiri carta korang tu. Semakin kuat alasan untuk korang BUY jika terdapat engulfing tersebut.

Korang perhatikan bahawa terdapat candle engulfing di sebelah kiri carta.


Setelah korang sudah marking kotak dan letakkan line horizontal tersebut korang perlu tukar kepada TF M30 pula.


M30 (confirmation dan entry)


Seterusnya korang perlu tunggu candle BUY siap.

Entry setelah candle BUY siap closed. Untuk TP korang cari SNR @ SND terdekat.


Candle tersebut adalah candle confirmation untuk setup BUY tersebut valid dengan syarat candle tersebut closed di atas line horizontal yang dibuat sebelum ini. Jika terdapat candle closed di bawah line horizontal ianya adalah sedikit berisiko untuk entry.


Dekat mana nak set TP & SL?


Haa .. untuk SL boleh letakkan di bawah kotak tersebut dalam jarak kira-kira 15-20 pips. Manakala untuk TP pula korang boleh letakkan pada jarak yang sesuai dengan kehendak korang sendiri. Sebaiknya carilah SNR atau SND terdekat untuk letakkan TP korang tu.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi June 07, 2023
Read more ...