Sponsor

ads header
Buat para trader yang biasa run Expert Advisor atau EA pasti biasa menggunakan VPS kan? Korang pernah tak alami keadaan di mana korang perlu monitor dan akses lebih daripada satu VPS dalam satu masa hampir serentak.

Mesti peningkan perlu hafal katalaluan untuk setiap VPS. Kalau kesemua VPS tu menggunakan katalaluan yang sama okay la juga kan. Kalau tak sama? Fuhhh .. berasap bang nak ingat satu per satu katalaluan tu.

Ada cara nak selesaikan ke masalah ni? Haaa .. korang datang tempat yang betul kali ni .. hahahahha ..

Moh sambung baca dekat bawah ni ..


Step #1

Pastikan korang dah install apps MICROSOFT REMOTE DESKTOP di smartphone korang ye.

Step #1: Pastikan remote desktop dah siap install.

Step #2

Klik yang garis tiga tu. Seterusnya klik USER ACCOUNTS.

Step #2: Klik USER ACCOUNTS.

Step #3

Klik simbol + untuk menambah akaun VPS.

Step #3: Klik + untuk tambah akaun VPS.

Step #4

Masukkan DOMAIN\USERNAME dan PASSWORD.

Step #4: Masukkan DOMAIN\USERNAME dan KATALALUAN.

TIP!!!

  1. DOMAIN@CLIENT: isikan NICKNAME untuk mewakili VPS tersebut agar korang mudah ingat ianya kepunyaan siapa.
  2. USERNAME: WAJIB letakkan ADMINISTRATOR ye.
Seterusnya tekan SAVE.


Step #5

Apabila sudah selesai, akan keluar page seperti di bawah ini. Korang boleh tambah sebanyak mungkin USER ACCOUNTS di sini. Setiap satu mewakili VPS yang berlainan ye.

Step #5: Tambah USER ACCOUNT di sini.


Step #6

Klik VPS yang korang nak gunakan. Klik simbol +, lepas tu klik DESKTOP.

Step #6: Masukkan VPS yang nak digunakan tadi.

Step #7

Masukkan IP untuk VPS tersebut. Untuk USERNAME tu korang pilihlah USER ACCOUNT yang korang dah create sebelum ni. (Ini akan memudahkan korang daripada memasukkan password setiap kali nak login ke VPS yang berbeza).

Step #7: Masukkan IP untuk VPS tersebut.

Klik SAVE setelah korang siap masukkan kesemua detail yang perlu tu.

Nak download  ebook ni dalam pdf? Klik sini ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 28, 2022
Read more ...

APA YANG KORANG FAHAM PASAL MULTI TIMEFRAME (MTF)?


Dalam bahasa mudahnya boleh disebut sebagai PELBAGAI JANGKA MASA.

Penting ke MTF ni dalam forex? Sebenarnya isu ini agak subjektif. Kenapa? Sebab ada je teknik yang menggunakan single timeframe, dan ada juga teknik yang memang menggunakan MTF ni. Yang mana guna single timeframe tu kira tak ada kaitan la dengan artikel ni ye. Hehehe ..

Buat mereka yang belum tahu, timeframe yang terdapat di dalam forex ni biasanya adalah

  1. Monthly (Mn)
  2. Weekly (W1)
  3. Daily (D1)
  4. 4 Hour (H4)
  5. 1 Hour (H1)
  6. 30-Minute (M30)
  7. 15-Minute (M15)
  8. 5 Minute (M5) dan
  9. 1 Minute (M1)
P/s - tapi ada juga platform yang menyediakan timeframe H5 (5 jam) namun tidak menyediakan timeframe H4.


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN TIMEFRAME NI YE?

Kita ambil contoh M1. Setiap candle yang terhasil memerlukan masa selama satu minit untuk disiapkan. Dalam satu period, akan terdapat 1440 candle mewakili 1440 minit untuk satu hari.

Manakala timeframe untuk H1 atau satu jam pula terdapat 24 candle untuk satu period.

Gambar 1: Timeframe H1 akan mempunyai 24 candle di dalam 1 period.

Untuk D1 pula akan terdapat 21-23 candle bergantung kepada bulan tersebut.

W1 pula terdapat 52 candle setiap period.

Gambar 2: Untuk timeframe W1 akan mempunyai 52 candle di dalam 1 period.

Setiap timeframe yang kecil akan siap terbentuk dahulu sebelum timeframe yang besar boleh siap. Disebabkan inilah, setiap timeframe itu mempunyai pasangan mereka yang tersendiri. Boleh rujuk senarai di bawah untuk pasangan tersebut (ni pasangan timeframe yang #abgman suka gunakan)

Mn = W1

D1 = H4

H4 = H1

H1 = M15

M15 = M1

Boleh ke nak gunakan pasangan yang lain daripada senarai ni? Boleh je. Semua tu bergantung kepada kesesuaian korang semasa nak buat analisa.

Setiap pasangan timeframe tu boleh digunakan untuk membuat analisa jenis trading style yang berlainan. 


Seperti contohnya:-

Pasangan timeframe D1+H4 atau H4+H1 sesuai untuk trading jenis swing.

Manakala H1+M15 sesuai untuk intraday.

Dan kalau korang minat untuk scalping maka boleh gunakan pasangan timeframe M15+M1.


WAJIB KE TRADE MENGIKUT PASANGAN TIMEFRAME NI?

Tak juga sebab ada je teknik yang menggunakan single timeframe seperti #abgman sebut dekat atas tu. Teknik mana yang guna single timeframe tu? Korang cari la sendiri ye.


MACAM MANA NAK GUNA PASANGAN TIMEFRAME NI?

Biasanya timeframe besar digunakan untuk menentukan MAJOR TREND entry korang nanti. Manakala timeframe kecil tu pula digunakan untuk mencari ENTRY POINT yang sesuai.

Korang trade dengan cara yang sama ke? Komen la sikit dekat bawah ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 21, 2022
Read more ...

Korang dah baca penerangan tentang trendline ni? Boleh baca dekat SINI dulu ye.

Okay .. kita sambung macam mana nak trade berdasarkan trendline pula.

Untuk dapatkan entry yang terbaik berdasarkan kepada trendline, korang perlu trade berdekatan dengan trendline itu sendiri. Dengan cara ini, korang dapat KECILKAN STOP LOSS (SL) yang mana ianya akan memberikan R:R (RISK : REWARD) yang baik.

Selain daripada itu, korang patut combine trendline dengan Support and Resistance (SNR) untuk mendapatkan peluang entry yang bagus.

Gambar 1: Cara combine trendline+SNR
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

BILA NAK ENTRY?

Seeloknya korang tunggu apabila REVERSAL CANDLESTICK PATTERN seperti Hammer, Engulfing dan lain-lain muncul sebagai HINT untuk entry. Maksubnya korang hanya entry apabila harga melantun daripada trendline, yang seterusnya akan bergerak lebih tinggi/rendah.

Rujuk contoh di bawah untuk lebih jelas lagi.

Gambar 2: Combine trendline+SNR+reversal pattern
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

STRATEGI BREAKOUT TRENDLINE

Okay .. kebiasaannya adalah sukar untuk entry semasa market trending. KENAPA? Sebab apabila market trending, PULLBACK yang berlaku adalah samaada terlampau JAUH atau DEKAT.

Andai pullback yang berlaku adalah JAUH, maka risiko untuk korang FLOATING adalah tinggi apabila korang entry terlalu awal. Manakala jika pullback adalah DEKAT pula, korang akan TERLEPAS PELUANG UNTUK ENTRY sebab korang akan masuk lambat.

Sebab itu korang perlu gunakan STRATEGI BREAKOUT TRENDLINE.

Untuk menjayakan strategi ini, korang perlu:-

  1. Tunggu pullback semasa uptrend.
  2. Lukis trendline (sambung point tertinggi pullback tersebut)
  3. Korang akan entry hanya apabila harga memecahkan trendline !!!

Contohnya:-

Gambar 3: Trendline breakout (uptrend)
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

Gambar 4: Trendline breakout (downtrend)
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

Apabila harga pecah di atas trendline, ia menunjukkan bahawa BUYER menguasai dan trend akan meneruskan pergerakan.

Sebaliknya jika harga tidak memecahkan trendline, maka ia menunjukkan bahawa SELLER menguasai pasaran. Korang boleh menunggu dahulu sebelum entry sehinggalah BUYER menguasai pasaran.

Boleh ke nak swing menggunakan trendline? Caranya?

  1. Korang lukiskan trendline menurun (downtrend).
  2. Letakkan trailing stop loss korang di bawah trendline.
  3. Tutup entry apabila harga tutup di atas trendline.

Korang boleh rujuk gambar untuk lebih kefahaman.

Gambar 5: Set trailing stop di bawah line trendline
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)

Macam mana nak menggunakan trendline dan mengesahkan trend reversal?


PERNAH TAK KORANG ALAMI SITUASI SEPERTI DI BAWAH?

Katakanlah ketika itu, korang perhatikan harga telah memecahkan downtrend line. Jadi semestinya korang akan jangkaan bahawa pasaran akan bertukar arah kepada uptrend.


TETAPI sebaliknya yang berlaku adalah market meneruskan lagi penurunan harga.

Cuba korang ingat semula .. sebelum ni #abgman ada sebut kita perlu membuat PERUBAHAN (adjustment) apabila berlaku FALSE BREAKOUT.

Maka untuk mengatasi perkara ini, korang perlu:-

  1. Tunggu harga pecah di atas trendline.
  2. Tunggu HIGHER LOW terhasil (tanda SELLER dah lemah).
  3. Bila harga telah memecahkan swing high, maka market akan naik tinggi lagi (BUYER menguat).
  4. Entry apabila harga RETEST kembali trendline tersebut.
Contohnya seperti di bawah

Gambar 6: Entry pada retest trendline
(Source: https://www.tradingwithrayner.com/trend-line-trading/)


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 17, 2022
Read more ...

JADI APAKAH ITU TRENDLINE?

Trendline ni boleh dikatakan sebagai SNR tapi dalam keadaan condong .. hmm .. agak-agak boleh faham tak kalau #abgman sebut macam tu? Cuba perhatikan gambar di bawah nanti ye. Mungkin lebih jelas kenapa trendline itu juga adalah sejenis SNR.

Gambar 1: Perbezaan antara uptrend dan downtrend

Trendline ni adalah antara teknik yang paling biasa para trader gunakan untuk analisa carta. Korang macam mana?

Trendline kalau dilukis dengan betul, maka korang akan mendapat arah entry yang betul. Cuma masalahnya tak semua trader pandai melukis trendline dengan tepat.

Secara asasnya, garisan UPTREND dilukis di bahagian bawah candle atau kita sebut sebagai kawasan support. Atau ia juga boleh dikenali sebagai garisan menaik.

Manakala untuk DOWNTREND pula, garisan adalah dilukis di bahagian atas candle atau boleh juga disebut sebagai kawasan resistance. Ianya juga dikenali sebagai garisan menurun.


MACAM MANA NAK LUKIS TRENDLINE NI?

Untuk melukis garisan trendline dengan sempurna, korang hanya perlu menentukan dua point tertinggi atau terendah, dan sambungkan dua point tersebut.

Haaa?? Takkan semudah itu je? Simple sangat ni.

Sila rujuk gambar di bawah supaya lebih jelas macam mana nak melukis kesemua line tersebut.

Korang perlu sentiasa melakukan perubahan kepada trendline sekiranya perlu.


BILA PERLU BUAT PERUBAHAN TU?

Akan ada ketika, harga memecahkan trendline dan selepas itu harga masuk kembali ke dalam kawasan trendline tersebut. Ketika itu, sedikit perubahan perlu dilakukan supaya trendline tersebut kembali sah untuk digunakan.


JENIS TREND YANG ADA?

Dalam analisa teknikal .. terdapat tiga jenis trend yang biasa berlaku iaitu:-

  1. Uptrend (higher low)
  2. Downtrend (lower high)
  3. Sideway trend (ranging)

Atau cara yang lagi mudah untuk menentukan arah trend adalah dengan memerhatikan samaada trendline tersebut menuju ke atas atau ke bawah.

Sekiranya menuju ke atas, maka UPTREND. Dan sebaliknya untuk downtrend, trendline adalah menuju ke bawah.


TIPS!!!

  • Dua point diperlukan untuk melukis trendline yang betul TETAPI tiga point diperlukan untuk MENGESAHKAN trendline tersebut.
  • Semakin mendatar trendline yang dilukis, semakin besar kemungkinan ia akan pecah. Sama seperti   level SNR, trendline akan menjadi lebih kuat apabila lebih banyak kali ia diuji.

Selain daripada itu, trendline juga berfungsi untuk memberitahu keadaan market ketika itu.


MACAM MANA?

Jawapannya adalah dengan melihat kepada kecerunan trendline itu sendiri.

CONTOH:-

Sekiranya trendline korang semakin mendatar menunjukkan bahawa market memasuki keadaan ranging. Manakala jika trendline tersebut semakin menegak, ianya menunjukkan bahawa trend semakin kuat.


ADAKAH INI PENTING?

Semestinya !! Kerana, apabila korang dah tahu market sedang berubah, maka korang bolehlah mengubah strategi trading mengikut keadaan semasa.

Macam mana nak trade berdasarkan TRENDLINE? Klik SINI kalau nak tahu.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 14, 2022
Read more ...

Pernah tak korang alami situasi di mana korang tengah entry scalping berlayer-layer kek lapis penuh satu skrin telefon. Nak set TP untuk setiap entry memang tak sempat la kan bila dah berlayer bagai tu. Dah la pakai telefon skrin kecil. Kalau pakai tablet tu okay lah sikit sebab skrin besarkan.

Jadi? Ada cara tak nak setelkan isu ni pakai telefon pintar? Kalau korang ada laptop atau PC takda la plak korang nak search keyword CLOSE ALL via SMARTPHONE ni kan? Kan? Kan?

Meh #abgman tunjuk macam mana korang boleh close all entry tu serentak pakai telefon.

P/s - korang kena test dulu broker yang korang guna tu boleh gunapakai tak trick ni. Sebab ada je broker yang #abgman pernah try cuba test tak lepas nak guna trick ni. Melilau tangan nak close entry manual satu per satu. Masak. Hahahaha.


STEP #1

Andaikan korang sudah ada beberapa entry dan entry tersebut telah profit.

Untuk trick close all secara manual dengan telefon ni berjaya, korang perlu masukkan satu entry MELAWAN arah entry korang sebelum ini dengan saiz lot yang sama (TOTAL LOT).

Rujuk contoh di bawah ni untuk lebih faham ye.

Katakanlah korang dah entry

EMPAT (4x) entry SELL dengan total LOT 0.40,

maka untuk close all korang perlu masukkan

SATU (1x) entry BUY dengan saiz LOT 0.40.


STEP #2

Rujuk contoh di bawah untuk satu (1x) entry BUY dengan lot 0.40.

Korang tak perlu tunggu entry BUY tu profit, yang penting entry SELL tu dah profit!!


STEP #3

Korang klik lama atas entry BUY tadi sehingga keluar popup seperti di bawah.

Seterusnya korang perlu klik CLOSE BY.


STEP #4

Dekat atas tu korang pilih MULTIPLE CLOSE BY.

Sama macam tadi, korang tak perlu bimbang profit berkurang walaupun masa ni dekat entry BUY tu negatif. Dekat bawah nanti korang akan nampak alasan kenapa tak perlu bimbang tu ye.

Korang klik dekat CLOSE bawah tu dengan tenang-tenang aja ye.


STEP #5

Cuba korang perhatikan di dalam kotak merah tu (gambar di bawah).

Kesemua EMPAT (4x) entry BUY dengan lot 0.00 setiap satu bernilai KOSONG.

Dan profit korang dari hasil SELL tadi masih sama tidak berkurang sedikit pun.


Klik SINI kalau nak download ebook ni. Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 10, 2022
Read more ...

Macam mana ye nak combine semua indikator duk dalam satu windows sahaja? Baru tak semak sangat chart korang kan. Barulah nak buat analisa tu terasa macam tenang je sikit. Tu dia punya intro tak nak kalah. Hahaha ..

Gambar 1: Tiga indikator dalam satu windows.

#abgman dulu-dulu pun merata tempat cari info macam mana nak buat. Tanya dekat kawan-kawan pun ramai yang tak tahu nak guide macam mana nak buat. Last-last tanya dekat pakcik Google. Tapi tulah, banyak sumber yang share dalam bahasa omputih la pula.

Meh #abgman guide macam mana nak buat dalam bahasa paling mudah. Moga-moga senang la korang nak faham nanti.

Korang mulakan dengan buka MT4. Chart kosong dulu ye.

Gambar 2: Chart kosong.

Seterusnya klik butang NAVIGATOR ataupun boleh juga guna (CTRL + N). Janji windows navigator tu keluar.

Gambar 3: Klik kotak merah tu (Navigator @ CTRL + N).

Gambar dekat bawah ni tunjuk kedudukan default windows navigator tu.

Gambar 4: Windows navigator (dalam kotak merah).

Cara paling mudah untuk tambah indikator ke dalam chart adalah dengan tarik indikator pilihan terus ke dalam chart. Jadi korang tarik je satu indikator yang korang nak gunakan ke dalam chart sebelah kanan tu.

Dalam contoh ni korang masukkan indikator RSI (relative strength index). Lepas tarik tu akan keluar windows untuk setting indikator tu berdasarkan kepada teknik masing-masing. Untuk contoh ni korang gunakan setting default je dahulu ye.

Gambar 5: Tarik je indikator pilihan ke arah chart.

Klik je OK dan hasilnya indikator pertama muncul dekat bawah tu haa ..

Gambar 6: Indikator pertama RSI.

Next step .. korang tarik je indikator kedua yang korang nak gunakan sama seperti step dekat atas tadi, cuma kali ni korang tarik indikator kedua tu ke arah kotak @ windows indikator pertama tadi (rujuk gambar di bawah ni).

Seperti tadi juga, korang ubahlah setting yang perlu untuk indikator kedua ni.

Gambar 7: Tarik indikator kedua korang mengikut arah anak panah (kotak windows indikator pertama tadi).

Klik je OK dan hasilnya sama seperti sebelum ni, indikator kedua tu akan muncul dekat dalam kotak @ windows indikator pertama tu.

Gambar 8: Kedua-dua indikator akan berada di dalam kotak yang sama.

Mesti ada yang bertanya ..

"Boleh tak kalau nak letakkan lebih daripada dua indikator kat dalam satu windows?"

Jawapannya .. mestilah BOLEH !! Tak ada masalah nak letak banyak mana pun indikator kat dalam tu. Nak letak semua indikator yang ada dalam MT4 tu pun boleh.

Tapi nanti chart korang akan jadi semak la pula kan. (Jadi, nasihat #abgman korang letaklah indikator yang korang betul-betul nak gunakan sahaja.)

Dekat bawah ni #abgman berikan contoh kalau letakkan tiga indikator dekat satu kotak @ windows. Selagi korang rasa OK dan bermanfaat letaklah banyak mana pun indikator yang diperlukan.

Gambar 9: Dalam contoh ni korang letakkan tiga indikator sekaligus iaitu RSI, STOCHASTIC dan ATR.

Klik SINI kalau nak download ebook ni.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 07, 2022
Read more ...

https://my.tradingview.com/chart/EURNZD/CwAqwHe0/

Berdasarkan kepada timeframe D1, #abgman cenderung untuk mencari peluang JUAL pada ketika ini.

Jangkaan harga membuat sedikit lagi penurunan sehingga ke level 1.67149 sebelum membuat retracement ke level 1.68470.

Entry JUAL: 1.68470

TP: 1.62754

SL: 1.70333

Jangkaan #abgman, harga akan turun sehingga level TP2 @ 1.62754.

================

PENAFIAN RISIKO

================

Sebarang pandangan, kaji selidik, analisis, harga, atau maklumat lain yang terkandung di laman ini adalah ulasan pasaran umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. #abgman tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk kerugian pada keuntungan yang berlaku secara langsung atau tidak dari menggunakan maklumat seperti itu.

================


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
hilmannawi November 06, 2022
Read more ...

Jadi, macam mana kalau nak install banyak MT4 daripada broker yang sama? Kalau ikut cara install yang normal biasa kita buat tu, kita hanya dapat satu sahaja MT4.

Sebelum itu .. kenapa perlu install banyak MT4 serentak ni? Tujuannya untuk apa ye?


Okay.

Contoh situasi .. katalah korang nak run:-

  • Dua (2) EA (Expert Advisor) berlainan
  • Di dua (2) akaun MT4
  • TETAPI di broker yang sama.
Jadi korang perlu dapatkan dua MT4 daripada broker yang sama tu. Boleh bayang tak situasi tu? Haa .. rumit juga ye nak dapatkan gambaran yang tepat ni. Hahaha .. Tak apa. #abgman try ..

Jom kita baca dekat bawah ni macam mana nak buat untuk selesaikan isu ni. Sebelum tu, pastikan korang dah siap-siap install satu MT4 dari broker pilihan korang tu ye. Baik, dah siap install tu korang close dulu semua MT4 yang tengah open/run tu.

Korang buka FILE EXPLORER (WIN + E) >> Program Files (x86).

Cari folder di mana program MT4 korang berada. (HINT: biasanya nama folder tersebut adalah nama broker yang korang install sebelum ni)

Gambar 1: Contoh yang digunakan adalah MT4 untuk broker TradingPro

Seterusnya korang copy folder tersebut. Klik kanan di atas folder tersebut dan COPY.

Gambar 2: Klik kanan di atas folder tersebut dan COPY.

Korang PASTE folder tersebut di dalam Program Files (x86) yang sama. Klik kanan di dalam Program Files (x86) tersebut dan PASTE.

Gambar 3: Klik kanan di dalam Program Files (x86) tersebut dan PASTE.

Sistem OS akan create satu folder baru dengan nama XX MetaTrader 4 Terminal - Copy.

Korang boleh rename folder tersebut kepada nama lain yang mewakili program MT4 kedua atau biarkan sahaja nama default tersebut. Klik kanan di atas folder tersebut dan RENAME.

Gambar 4: Klik kanan di atas folder tersebut dan RENAME.

Buka folder (baru) tersebut dan cari application dengan nama terminal.exe.

Klik kanan >> send to >> Desktop (create shortcut).

Gambar 5: Create shortcut untuk application tersebut di desktop.

Rename shortcut tersebut kepada sesuatu yang mewakili MT4 kedua. Contohnya seperti nombor akaun trading di broker tersebut.

Korang juga boleh menukarkan icon shortcut tersebut kepada default icon untuk broker tersebut.

Klik kanan atas shortcut >> Properties.

Seterusnya akan keluar popup untuk properties tersebut.

Klik Change Icon >> Browse >> cari lokasi folder yang kita paste di Program Files (x86) tadi >> pilih terminal.ico >> Open >> Ok >> Apply.

Selesai.

Gambar 6: Tukarkan icon untuk shortcut tersebut kepada icon default untuk broker.

Okay, dah siap. Korang boleh mula gunakan MT4 tersebut macam biasa. Masukkan nombor akaun dan katalaluan untuk akaun trading tersebut.

Haa .. mudah je kan? Tak ada la banyak sangat step yang nak kena ikut .. kan?? Hehehe ..

Klik SINI kalau nak download ebook ni.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 01, 2022
Read more ...