Sponsor

ads header

Buat mereka yang dah biasa dengan copytrade dan prop trading pasti akan biasa dengan perkataan drawdown ni. Ianya adalah antara faktor penting yang perlu dititikberat oleh para trader tersebut.


Jadi, sebenarnya apa yang dimaksubkan dengan DRAWDOWN ni?


Meh kita tengok contoh di bawah untuk mudahkan korang faham apa itu drawdown. Katakan korang ada modal trading sebanyak $100,000 dan korang rugi sebanyak $50,000 iaitu 50%. Peratusan (%) tersebutlah yang kita semua kenali sebagai drawdown tu. Mudahkan?


Drawdown dalam perdagangan forex merujuk kepada penurunan atau kerugian dari jumlah modal yang telah dilaburkan. Ia adalah perbezaan antara jumlah baki tertinggi dalam akaun perdagangan dan baki semasa.


Drawdown boleh berlaku apabila perdagangan mengalami kerugian, dan ia penting untuk diukur kerana ia dapat memberikan gambaran tentang sejauh mana risiko yang diambil oleh seorang trader. Trader yang mengurus risiko dengan baik cenderung memiliki drawdown yang lebih rendah, yang dapat membantu mereka untuk menjaga modal.


Maximum drawdown tu apa pula?


Ianya merujuk kepada jumlah kerugian terbesar yang pernah dialami oleh seorang trader atau akaun trading dalam tempoh masa tertentu. Ia mengukur sejauh mana penurunan terburuk dalam nilai akaun trading dari puncak tertinggi sebelumnya.


Maximum drawdown adalah cara untuk menilai risiko dalam trading, dan penting bagi trader untuk memahami berapa besar kerugian yang mungkin mereka alami selama tempoh tertentu. Semakin rendah maximum drawdown, semakin baik, kerana ini berarti risiko dalam akaun trading lebih terkawal. Trader sering berusaha untuk mengawal risiko dan mengurangi maximum drawdown selama kegiatan trading mereka.


Perbezaan utama antara drawdown dan maximum drawdown:


Drawdown merujuk kepada penurunan atau kerugian dalam nilai akaun trading dari puncak tertinggi hingga titik terendah sebelum pulih kembali. Ia adalah ukuran kerugian dalam perdagangan yang boleh terjadi pada setiap titik dalam sejarah trading korang.


Drawdown tidak membatasi diri pada satu tempoh masa tertentu dan seringkali diukur sebagai % penurunan dari titik tertinggi sehingga titik terendah sebelum pulih.


Maximum drawdown pula adalah ukuran kerugian terburuk atau terbesar yang pernah dialami oleh akaun trading dalam satu tempoh tertentu, biasanya dinyatakan dalam %. Ia mengukur kerugian terbesar dalam akaun korang dari titik tertinggi hingga titik terendah selama tempoh masa tertentu, misalnya, selama sebulan atau setahun.


Maximum drawdown memberikan pandangan yang lebih terbatas tentang seberapa buruknya kerugian yang mungkin korang alami dalam tempoh tertentu. Jadi, sementara drawdown adalah kerugian yang dapat terjadi bila-bila saja dalam sejarah trading korang, maximum drawdown adalah ukuran kerugian terbesar dalam tempoh waktu tertentu.


Maximum drawdown berguna untuk menilai risiko dalam jangka masa tertentu, sementara drawdown lebih umum menggambarkan kerugian yang terjadi sepanjang perjalanan trading korang tu.


Macam mana korang boleh dapatkan drawdown yang rendah?


Untuk mencapai drawdown yang rendah dalam forex trading, korang boleh mempertimbangkan beberapa langkah berikut:-

  1. Rancang trading yang baik. Buat trading plan yang jelas dengan aturan kawalan risiko yang ketat. Tetapkan TP dan SL yang masuk akal untuk setiap trading.
  2. Pengurusan risiko. Batasi risiko dalam setiap perdagangan dengan melaburkan hanya sebagian kecil dari modal korang pada satu trading. Sebagai pedoman umum, korang tidak patut merisikokan lebih daripada 1-2% dari modal korang dalam satu trading.
  3. Diversifikasi. Korang pernah dengar pesanan agar jangan meletakkan semua telur dalam satu bakul? Pelbagaikan portfolio korang dengan berbagai instrumen kewangan seperti forex, saham, FCPO dan lain-lain lagi untuk mengurangkan risiko rugi keseluruhan modal andai berlaku sesuatu diluar jangkaan.
  4. Analisa pasaran. Pelajari analisa teknikal dan fundamental untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik. Elakkan trading yang berdasarkan kepada emosi atau spekulasi semata.
  5. Pemantauan berterusan. Pantau portfolio korang secara teratur dan buat penilaian semula strategi trading korang jika diperlukan. Jangan biarkan trading korang berjalan tanpa pengawasan.
  6. Penggunaan Stop Loss (SL). Pasti korang menggunakan order SL dalam setiap trade untuk mengurangkan kerugian korang. Ini adalah tool penting dalam pengawalan risiko.
  7. Disiplin. Pertahankan disiplin dalam mengikuti trading plan korang tu. Jangan cuba memulihkan kerugian dengan meningkatkan saiz pelaburan atau mengambil risiko yang tidak perlu.
  8. Tambah ilmu. Terus belajar tentang market forex dan strategi trading. Perubahan market adalah hal yang konstan, jadi adalah penting untuk menambahbaik teknik trading.
  9. Kawalan psikologi. Kuasai emosi korang, seperti ketamakan dan ketakutan. Ini adalah faktor penting dalam menghindari drawdown yang tinggi.
  10. Evaluasi dan perbaikan. Setelah mengalami drawdown, evaluasi trading korang dan ambil pengajaran daripada kerugian tersebut. Selalu mencari cara untuk memperbaiki strategi korang.
Ingatlah bahawa drawdown adalah perkara yang sentiasa berlaku dalam forex trading dan tidak selalu dapat dielakkan sepenuhnya. Tujuannya adalah mengelola dan meminimalkan risikonya agar tetap dalam had yang boleh korang terima.

--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 25, 2023
Read more ...

MONEY MANAGEMENT (PART 1)

MONEY MANAGEMENT (PART 2)


Bila sebut perkataan MONEY MANAGEMENT, apa yang akan korang terbayang?


Selain daripada menggunakan saiz lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, sebenarnya ada lagi cara lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan akaun trading korang blow.


Apa tu? Cer cerita ...


Okay .. macam ni. Ni apa yang #abgman amalkan untuk diri sendiri ye. Kalau korang rasa cara ini juga sesuai dengan diri korang boleh lah cuba juga.



Selain daripada membuat pengiraan berapa lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, #abgman juga suka set target untuk setiap trading @ entry tu. Sebagai contoh, #abgman suka set target untuk setiap minggu profit yang terkumpul mestilah sekurangnya (+/-) nilai tertentu.


Nilai tertentu tu pula adalah nilai komitmen bulanan #abgman (convert kepada USD) dan dibahagikan kepada 4 untuk mendapatkan nilai yang perlu untuk seminggu. Sebagai contoh, katalah komitmen bulanan #abgman adalah $1000, maka target mingguan yang perlu #abgman dapatkan adalah sebanyak $250 seminggu.


Dan .. katalah selepas 1x entry, target mingguan tersebut sudah pun tercapai, jadi untuk akaun tersebut #abgman dah boleh rehatkan. Jika gatal tangan, nak juga entry lagi selepas itu, #abgman akan gunakan akaun lain.


Maka untuk setiap entry yang dibuat, #abgman tak ada rasa nak tekan lot yang besar sangat, berbeza dengan jika kita set target harian. Emosi lebih tenang dengan set target mingguan atau bulanan berbanding target harian ni.


Untuk target mingguan ni .. andai katalah korang dapat profit yang sedikit kurang daripada target yang diletakkan tu, usahlah korang entry lagi akaun tersebut. Anggap sahaja untuk minggu tersebut, rezeki korang adalah setakat itu sahaja. Tak perlu nak kejar untuk mencukupkan juga target tersebut.


KENAPA?


Jangan hanya kerana nak mencukupkan nilai target yang mungkin kurang tak sampai $1 korang kehilangan (blow @ mc) akaun tersebut. Hal ini sudah banyak kali terjadi dekat #abgman dan juga sobat2 lain. Jadikanlah pengajaran .. jangan diulang kesilapan mereka2 ini (termasuk #abgman juga). Korang jangan lupa kita trade ni untuk mendapatkan hasil USD untuk tempoh masa selama yang mungkin.


Peluang untuk entry pada minggu berikutnya masih ada. Peluang untuk menjana USD masih ada. Bertenang sahaja.


Trading adalah bisnes.

 

Ada minggu kita untung lebih, ada masa kita untung kurang. InsyaAllah yang terlebih tu mampu untuk cover yang terkurang nanti.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 18, 2023
Read more ...

Apa yang korang faham tentang engulfing ni? Padu sangat ke kalau guna engulfing ni untuk analisa dan entry?


Sebelum #abgman cerita lebih lanjut lagi, meh korang tengok dulu apa yang dimaksubkan dengan perkataan engulfing tu.


Atau .. jika korang translate kepada Bahasa Melayu, engulfing bermaksub MENYELUBUNGI. Kalau engulf pula bermakna menelan.


Jadi apa yang ditelan? Siapa yang menelan? Menyelubungi apa? Misteri nusantara sangat ni .. hahahaha ..


Okaylah .. untuk lebih mudah faham, #abgman cuba terangkan pakai bahasa kampung la ye.


Engulf ni berlaku apabila badan candle yang baru siap lebih besar daripada candle sebelumnya. Besarnya candle tersebut (yang baru siap) sehingga menengelamkan badan candle sebelumnya.


Haaa .. boleh bayang tak tu? Kalau tak faham, #abgman lukis dekat bawah ni. Korang tengok betul-betul candle engulfing tu macam mana.


Secara asasnya, engulfing ni terdapat dua jenis iaitu

1) Bullish engulfing; dan

2) Bearish engulfing.


PERBEZAAN ANTARA BEARISH DAN BULLISH ENGULFING


Jadi macam mana nak bezakan kedua jenis engulfing ni? Ringkasnya, terdapat enam (6) perbezaan ketara antara keduanya iaitu:-


1) Arah trend sebelum pembentukan pattern engulfing.

Bearish engulfing terjadi setelah berlakunya uptrend, sementara bullish engulfing pula terjadi setelah suatu downtrend. Jadi, bearish engulfing pattern menandakan kemungkinan pembalikan trend ke bawah, sedangkan bullish engulfing menandakan kemungkinan pembalikan trend ke atas.


2) Bentuk dan saiz candle dalam pattern.

Bearish engulfing terdiri daripada sebatang candle bull yang diikuti oleh sebatang candle bear yang panjang. Saiz candle bear biasanya lebih panjang daripada candle bull sebelumnya. Bullish engulfing pula terdiri daripada sebatang candle bear yang panjang, diikuti oleh sebatang candle bull yang lebih panjang. Saiz candle bull itu sepatutnya lebih panjang sehingga menenggelamkan candle bear tersebut.


3) Pergerakan price action sebelum pattern terbentuk.

Sebelum bearish engulfing terbentuk, harga harus berada pada level yang tinggi. Selain itu, candle bull sebelumnya harus menunjukkan kekuatan market yang signifikan. Sebelum bullish engulfing terbentuk pula, harga harus berada pada level yang rendah. Selain daripada itu, candle bear sebelumnya harus menunjukkan kelemahan market yang signifikan.


4) Indikasi momentum dan volume.

Bearish engulfing menunjukkan adanya penurunan momentum dan peningkatan volume pada saat pembentukan engulfing. Bullish engulfing menunjukkan adanya peningkatan momentum dan volume pada saat pembentukan pattern.


5) Trading signal.

Bearish engulfing memberikan signal jual, sementara bullish engulfing memberikan signal beli. Namun, signal yang diberikan bukanlah signal yang pasti dan harus disahkan dengan indikator teknikal yang lain sebelum korang melakukan entry.


6) Trend sebelumnya yang panjang.

Kekuatan signal engulfing jugs dipengaruhi oleh panjang trend sebelumnya. Bearish engulfing yang terjadi setelah trend menaik yang panjang dianggap sebagai signal yang lebih kuat kerana menunjukkan bahawa seller telah kehilangan kekuatan untuk menguasai market, dan buyer mula mengambil alih market. Sebaliknya, bullish engulfing yang terjadi setelah trend menurun yang panjang dianggap sebagai signal yang kuat kerana menunjukkan bahawa seller telah kehilangan kendali market, dan buyer menguasai pasaran.


KELEMAHAN MENGGUNAKAN PATTERN ENGULFING


Walaupun engulfing sering digunakan sebagai isyarat dan pengesahan sebelum mengambil bahagian dalam posisi menjual atau membeli, terdapat beberapa kelemahan penggunaan engulfing pattern.


1) Isyarat palsu. Engulfing tidak 100% boleh dipercayai kerana ia juga mampu memberikan isyarat palsu. Kadangkala corak mungkin kelihatan terbentuk, namun arah aliran mungkin berterusan ke arah yang asal. Trader harus menggunakan indikator teknikal yang lain untuk mengesahkan pattern engulfing sebelum membuat perdagangan.


2) Kekurangan ketepatan. Engulfing memberikan petunjuk umum pembalikan arah trend tetapi tidak memberikan point entry atau exit khusus untuk trader. Trader perlu menggunakan analisa tambahan untuk menentukan point entry dan exit yang terbaik.


3) Keadaan pasaran. Engulfing lebih dipercayai dalam pasaran arah aliran dan kurang dipercayai dalam pasaran volatile atau sideway. Trader harus mempertimbangkan keadaan market sebelum bergantung kepada engulfing.


4) Jangka masa. Keboleh percayaan engulfing boleh berbeza-beza bergantung kepada timeframe yang digunakan. Timeframe yang kecil mungkin menghasilkan lebih banyak isyarat palsu, manakala timeframe besar mungkin menghasilkan sedikit isyarat namun lebih berkualiti.


5) Bias pengesahan. Trader mungkin menjadi mangsa berat sebelah pengesahan apabila bergantung kepada engulfing semata. Bias pengesahan ialah kecenderungan untuk mentaksir maklumat dengan cara yang menyokong kepercayaan sedia ada. Trader harus sedar tentang kecenderungan ini dan menggunakan analisa teknikal tambahan untuk mengesahkan trading mereka.


6) Pengurusan risiko. Engulfing tidak memberikan maklumat tentang pengurusan risiko, jadi trader harus menggunakan strategi tambahan untuk menguruskan risiko mereka. Contohnya seperti penggunaan STOP LOSS dan saiz lot.


7) Terlalu bergantung kepada pattern. Trader mungkin terlalu bergantung kepada engulfing dan mengabaikan indikator teknikal lain yang mungkin memberikan analisa lebih bernilai tentang arah trend pasaran.


JADI MACAM MANA NAK GUNAPAKAI ENGULFING INI DALAM TRADING?


1) Kenal pasti corak bullish engulfing pada carta. Ia harus terdiri daripada dua candle, iaitu candle pertama adalah candle bear yang lebih kecil, dan candle kedua pula adalah candle bullish yang lebih besar dan menelan sepenuhnya badan candle sebelumnya (candle pertama).


2) Sahkan corak bullish engulfing. Sebelum berdagang, adalah penting untuk mengesahkan bahawa corak bullish engulfing telah terbentuk dengan sempurna. Cari isyarat pengesahan seperti momentum bullish, corak carta bullish, atau berita fundamental positif yang boleh menyokong pembalikan bullish. Jika harga berada pada paras support atau trendline, ia juga merupakan salah satu isyarat jelas untuk mengesahkan harga mungkin akan naik lagi.


3) Letakkan pesanan belian (buy). Setelah corak bullish engulfing disahkan, letakkan pesanan belian pada pembukaan candle ketiga atau di atas tinggi corak bullish engulfing. SL harus diletakkan di bawah rendah corak bullish engulfifng untuk memastikan kerugian dihadkan.


4) Tetapkan sasaran keuntungan (TP). Tetapkan sasaran keuntungan berdasarkan kepada analisa teknikal seperti level resistance, atau corak carta, atau analisa fundamental seperti pendapatan atau laporan ekonomi positif.


5) Uruskan trading korang. Adalah penting untuk menguruskan trading korang dengan memindahkan SL ke tahap breakeven (BE) apabila harga bergerak dalam keuntungan. Korang juga boleh menggunakan TRAILING untuk mengunci keuntungan sambil membenarkan dagangan berterusan selagi trend bullish berterusan. Namun korang perlu ingat bahawa trailing hanya berfungsi sekiranya MT4 desktop korang tu aktif. Sekiranya MT4 tersebut ditutup maka fungsi trailing turut sama tertutup @ tidak berfungsi ye.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 11, 2023
Read more ...

Antara soalan yang biasa ditanya adalah dekat mana nak entry, dekat mana nak TP dan dekat mana nak SL/CL? Haa .. kenapa timbul soalan2 macam ni ye? Antara jawapan yang biasa diberikan adalah:

  1. Tiada masa untuk analisa.
  2. Tak pandai nak analisa sendiri.
  3. Baru nak cuba trade.
  4. Dan lain-lain jawapan/alasan yang boleh diberikan .. cer tambah skit dekat bahagian komen bawah nunnn.

Jadi? Kesimpulannya nak ikut signal sifoo atau buat signal sendiri?


Okay .. isu ni sebenarnya tiada jawapan yang tepat sebab ianya bergantung kepada situasi korang sendiri.


Sebagai contoh, buat mereka yang baru nak berjinak dengan forex (newbie) atau yang tiada masa untuk buat analisa sendiri, korang mungkin boleh menggunakan khidmat signal provider ini. NAMUN .. ada beberapa perkara yang korang perlu beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk follow entry/signal tersebut.


Andai korang berhajat nak mendapatkan signal sifoo, abgman syorkan dapatkan trial dahulu signal mereka. Alaaa .. kalau services provider dekat luar sana berani nak offer trial, takkan mereka tak berani pula kan. Apa brann. Korang boleh try di akaun demo atau real (yang korang sanggup burn modal) untuk mencuba ketepatan signal yang diberikan. Kalau signal yang diberikan cun, barulah korang proceed dengan subscribe full servis masuk group VVIP mereka.


Namun, korang harus ingat bahawa signal provider juga adalah manusia biasa yang membuat analisa berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka. Tidak mustahil signal yang diberikan rugi kerana terkena SL. Namun yang penting win rate signal yang diberikan, untung mengatasi kerugian. Sebagai contoh, daripada 10 signal yang berikan, 8 signal untung, manakala 2 signal rugi. Secara keseluruhan, akaun korang masih mendapat untung. Adalah lebih selamat untuk follow signal yang ada diberikan level SL. Sekurangnya korang masih ada modal lagi untuk recover akaun selepas SL tu.


Selain itu, jika korang tahu teknik yang signal provider berikan adalah BONUS sebab korang tahu macam mana nak counter entry (jika perlu) sekiranya signal yang diberikan salah arah. Tak semua signal provider akan mengajar teknik yang mereka guna, tapi kalau korang pandai cari pasti akan jumpa sifoo yang memberikan value added kepada servis yang disediakan dengan turut mengajar teknik yang digunapakai.


Abgman pun kadang2 ada juga intai signal yang diberikan. Kenapa? Sebabnya dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa untuk filter pair mana nak entry. Andai signal yang diberikan selari dengan teknik yang kita belajar, maka keyakinan untuk entry semakin bertambah. Kan mudah kerja tu. Hehehe ..


Dalam trading ni kita bukan nak berlumba siapa lagi yang lebih hebat, namun yang lebih penting adalah untuk mendapatkan profit semaksima yang mungkin. Cara mana nak dapatkan profit tu, korang jadilah lebih kreatif, jangan tutup minda kepada pelbagai peluang yang ada.


Berbalik kepada persoalan di atas .. korang tepuklah dada, tanya selera sendiri. Korang lagi tahu apa yang korang perlukan dalam trading ni. Tak salah pun mengambil servis signal provider, namun janganlah bergantung kepada mereka sahaja untuk trading. Untuk permulaan tiada masalah, namun bukan untuk selamanya ye. Seeloknya, korang melaburlah sedikit duit yang ada untuk mencari ilmu juga. Sambil-sambil trade ikut signal yang diberikan, korang juga boleh cari ilmu trading yang sesuai.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 05, 2023
Read more ...