Sponsor

ads header

Seperti yang korang sedia maklum, untuk trading dalam forex ni terdapat banyak cara untuk menghasilkan profit, salah satunya adalah dengan menggunakan EXPERT ADVISOR.


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN EXPERT ADVISOR NI?


Bahasa mudah untuk faham adalah robot ataupun automatik trading. Haa .. acaner tu? Kalau kereta ada transmisi manual dan automatik kan? Sama macam dengan forex trading ni ada juga fungsi untuk trade manual dan juga automatik ni. Kiranya kalau manual trade tu korang entry sendiri berdasarkan analisa dan teknik yang korang belajar. Manakala untuk automatik trading pula, korang hanya perlu masukkan Expert Advisor (EA) tu dalam patform yang korang gunakan, seterusnya EA tu akan entry bagi pihak korang berdasarkan kepada algorithma yang berdasarkan kepada teknik manual korang tu.


MACAM MANA NAK MASUKKAN EA DALAM PLATFORM TRADING?


Mudah je sebenarnya kalau nak masukkan EA ni. Nak mudah lagi korang rujuk ARTIKEL ni (step by step ditunjukkan). Korang ikut je nanti. #abgman yakin korang boleh faham sekejap je tu.


BOLEH PERCAYA KE EA NI BUAT PROFIT?


Dalam setiap perkara pasti akan ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sama juga dengan automatik trading ni. Betul EA dapat menjana profit dengan mudah jika kena dengan cara setting dan modalnya. Tapi risiko untuk MC masih ada jika tersilap setting. ADA KE CARA NAK TEST SETTING SEBELUM RUN DEKAT AKAUN REAL? Pasti ada !!!


BACKTEST? FORWARDTEST? APA TU?


Dalam menguji EA atau sesuatu sistem/teknik trading, korang boleh buat backtest dan juga forwardtest.


Backtest ni bermaksub korang membuat testing menggunakan data yang lepas daripada pasaran. Korang boleh start/pause pergerakan harga berdasarkan kepada keperluan. Mungkin korang perlu pause seketika untuk meletakkan marking untuk entry, selepas tu start semula untuk tengok hasil analisa tersebut samaada menuju ke arah TP atau SL.


Manakala forwardtest pula bermaksub korang menggunakan data semasa. Kiranya korang perlu menunggu pasaran dibuka untuk memastikan harga bergerak dan seterusnya meletakkan marking untuk entry atau boleh juga terus entry jika menggunakan akaun DEMO. Kenapa akaun demo? Iyelah, dah namanya nak test teknik@strategi yang belum korang mahir lagi, jadi kuranglah risiko untuk korang kerugian modal duit nanti.


ACANER NAK BACKTEST TU?


Meh #abgman share macam mana nak test EA dan setting yang korang dah dapat tu. Bila dah dapat setting yang terbaik barulah lega nak run dekat akaun real. (TAPI KORANG KENA INGAT, DALAM FINANCIAL TRADING NI, PAST RESULT TIDAK MENJAMIN PROFIT DI MASA HADAPAN).


MAKSUBNYA APA? Mudahnya, walau pun backtest yang dibuat menunjukkan EA tu mampu menjana profit yang banyak, tapi dalam realtime, mungkin akan ada ketika EA tersebut tewas dalam perjalanan. Sebaiknya gunalah modal yang korang berani RUGI untuk trade. Andai rugi, korang masih boleh tersenyum.


Dah jom kita tengok macam mana nak buat !!!


Pastikan korang dah masukkan EA yang nak test tu ke dalam platform yang digunakan. Untuk contoh ni, #abgman gunakan MT4 desktop ye. Ikut step SINI kalau nak masukkan EA dalam MT4 tu.


Okay .. next step, korang klik button STRATEGY TESTER dekat atas tu atau boleh juga klik VIEW >> STRATEGY TESTER atau shortcut CTRL + R.

Strategy tester @ Ctrl + R


Seterusnya akan keluar windows dekat bawah tu. Akan ada option untuk pilih EA mana yang korang nak test tu.


Untuk contoh artikel ni #abgman akan gunakan ea #ph_mrt (anser ali) - #abgman akan berikan link untuk download kalau korang berminat nak test ea ni. #percuma sahaja.

Senarai EA yang boleh digunakan untuk testing


Korang ikut je setting yang #abgman tunjuk dekat bawah ni.

Setting yang boleh diubah mengikut keperluan testing korang. Pastikan korang klik EXPERT PROPERTIES untuk ubah setting bagi EA tersebut


Lepas ni korang godek2 la semula setting ni ye. Boleh tukar-tukar simbol apa yang test, period (timeframe) yang nak digunakan. Pastikan korang tick kotak untuk DATE tu. Seeloknya gunakan tempoh masa yang tidak terlalu jauh ke belakang. Juga pastikan korang tick kotak untuk VISUAL MODE tu - untuk kawal speed display pergerakan candle semasa testing nanti. Korang boleh laju dan perlahankan pergerakan candle tu.


Seterusnya korang klik button EXPERT PROPERTIES untuk ubah setting EA yang dipilih tu.


Dekat tab TESTING tu korang boleh ubah INITIAL DEPOSIT mengikut modal yang korang nak. Untuk POSITIONS tu pula korang boleh set samaada nak EA tu open order BUY/SELL atau boleh juga nak set untuk BUY SAHAJA atau SELL SAHAJA.

Korang boleh ubah INITIAL DEPOSIT (modal) untuk test EA tersebut mengikut modal yang sesuai


Seterusnya dekat tab INPUTS adalah untuk korang ubah setting EA tersebut. Korang boleh la godek-godek dan tengok apa yang berlaku nanti. Setiap EA tu akan disediakan setting yang tidak sama bergantung kepada apa yang telah programmer set untuk EA tersebut.

Senarai setting EA yang boleh diubah-ubah. Senarai setting yang boleh diubah adalah berdasarkan kepada apa yang dibenarkan oleh programmer EA itu


Next dekat tab OPTIMIZATION pula adalah untuk korang optimize result yang korang nak dapatkan daripada EA pilihan. Dekat sini pun korang perlu godek-godek sendiri la ye. Dah siap setting tu korang kliklah button OK tu.

Tab OPTIMIZATION untuk ubah suai result yang akan dikeluarkan nanti


Klik button START untuk mulakan proses testing EA.

Klik START untuk memulakan testing


Nanti akan keluar satu chart berdasarkan kepada PAIR dan timeframe pilihan korang tadi. Korang tunggu je MT4 tu download data-data yang perlu. Selepas tu baru akan keluar result yang diinginkan.

Korang tunggu je tester menyiapkan tugasan. Nanti akan keluar result berdasarkan kepada setting yang korang buat tu


Untuk chart tu, korang boleh tukar display TEMPLATE sekiranya korang dah pernah save template sebelum ni. Seeloknya korang tukar la pakai NAKED CHART sahaja untuk memastikan MT4 tersebut tidak terlampau berat sangat (hang)

Korang boleh tukar template kepada NAKED CHART untuk ringankan proses testing tersebut


Dekat bawah tu korang akan nampak ada tab SETTINGS, RESULTS, GRAPH, REPORT dan JOURNAL. Setiap tab tersebut akan memberikan maklumat yang berbeza-beza. Korang tunggu je dulu EA siap buat testing selepas tu baru tengok maklumat apa yang tertera.


Korang boleh ubah-ubah setting sehinggalah korang mendapat keputusan yang dikehendaki.Setiap setting yang diubah akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Buatlah testing sehinggalah korang mendapat keputusan yang okay sebelum run EA tersebut pada akaun real korang tu.


Opss .. hampir terlupa pula #abgman nak share link untuk EA tu. Jap neh. Nak godek #cloud jap. Nah LINK untuk download file EA tu. Korang download kesemua file yang ada tu. Masukkan dalam MT4 desktop ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi August 02, 2023
Read more ...

Bila sebut forex, mesti korang terbayang kalau nak dapatkan income mesti trade sendiri je untuk dapatkan sumber pendapatan kan? Sebenarnya terdapat banyak cara/cabang untuk dapatkan income daripada forex ni.


Antaranya adalah:

1) Menjadi IB dan MIB.

2) Berkongsi pendidikan mengajar forex (teknikal dan fundamental).

3) Local depositor.

4) Menyediakan servis VPS.

5) Programmer (Expert Advisor - EA, skrip, indikator dll).

6) Menjual @ sewa EA kepada client.

7) Bekerja dengan broker.

8) Signal provider.

9) Manager copytrade.

10) Fund manager.

11) Prop trading (hot item sekarang ni) & affiliate.

12) Buka broker sendiri.


1) Menjadi IB dan MIB.

Antara cara yang paling mudah adalah dengan menjadi IB (Introducer Broker) ataupun MIB (Master Introducer Broker). Seperti mana yang korang faham, IB dan MIB ni berfungsi sebagai orang yang memperkenalkan broker kepada para client yang berada di bawah network mereka. IB dan MIB akan mendapat pendapatan daripada sistem affiliate berdasarkan kepada entry oleh client tersebut. IB dapat affiliate daripada profit yang client buat ke? Mesti ramai yang berfikir macam tu kan? Tidak begitu ye tuan puan. Affiliate ni adalah berdasarkan kepada spread yang telah diperkenalkan oleh broker untuk setiap pair yang ada. Spread tersebut akan dibahagi sesama yang berada dalam senarai affiliate tersebut. Semakin mahal spread yang diperkenalkan maka semakin masyuk la mereka yang berada di dalam senarai tersebut.


(Korang pernah tak terfikir macam mana broker yang meletakkan nilai spread yang kecil/halus namun berupaya membayar affiliate yang besar kepada para IB dan MIB mereka? Dari mana mereka mendapatkan sumber untuk membayar affiliate besar tersebut?) - kalau ada yang tahu bolehlah kongsikan pendapat korang dekat komen di bawah ye. #sharingiscaring.


2) Berkongsi pendidikan mengajar forex (teknikal dan fundamental).

Seterusnya adalah dengan menjadi cikgu/sifu/master sifu forex yang mengajar ilmu trading sama ada teknikal atau fundamental kepada orang ramai. Jika ilmu trading korang itu berjaya menjana pendapatan yang konsisten, pastinya ia akan menjadi daya penarik untuk mengalakkan orang ramai berguru untuk dengan korang walaupun harga yang diletakkan mahal kerana pelaburan itu pasti dapat ditebus dengan profit yang akan dijana selepas kelas tersebut.


Medium pengajaran pula boleh diadakan secara bersemuka (offline) dan juga secara maya (online) seperti webinar, youtube, channel telegram dll.


Dan sebenarnya ada juga cikgu tersebut menjadi MIB atau IB kepada broker yang digunakan di dalam kelas tersebut. Boleh dikatakan ianya suatu BONUS kepada MIB atau IB tersebut jika mereka pandai mengajar forex.


3) Local depositor.

Terdapat juga MIB yang ditawarkan oleh broker untuk menjadi LD - Local Depositor broker tersebut.


Apa yang dimaksubkan dengan LD tu? LD ni kira macam orang tengah (wakil) tempatan untuk urusan deposit dan juga withdrawal untuk sesuatu broker tu. Kenapa perlu ada LD? Kadang-kadang untuk mempercepatkan urusan deposit dan withdrawal, maka LD diperkenalkan. Macam mana LD mendapat income? Broker akan memberikan rate yang berbeza kepada LD untuk urusan deposit dan withdrawal. Perbezaan rate tersebut merupakan income kepada para LD tersebut.


4) Menyediakan servis VPS.

Terdapat juga mereka yang menawarkan perkhidmatan sewa VPS kepada orang ramai untuk menjalankan Expert Advisor mereka. Seperti yang korang maklum, untuk run EA dengan stabil tanpa sebarang gangguan (blackout, internet off, sistem OS rosak dll) adalah digalakkan untuk korang menggunakan VPS untuk memastikan EA tersebut dapat running 24 jam. Walaupun terdapat VPS yang ditawarkan dengan harga yang murah, namun kadang-kadang terdapat mereka yang tidak dapat monitor VPS tersebut, maka dengan cara menyewa slot dalam VPS orang lain, akan dapat menyelesaikan beberapa isu seperti tidak pandai masukkan EA ke dalam MT4 atau tidak pandai install banyak MT4 dalam satu OS.


Menyelesaikan isu@masalah orang sebenarnya dapat menjana pendapatan untuk kita. SETUJU?


5) Programmer (Expert Advisor - EA, skrip, indikator dll).

Manakala buat mereka yang pandai dengan programming pun sebenarnya dapat menjana income daripada forex dengan menyediakan perkhidmatan membuat EA kepada mereka yang memerlukan. Tidak semua orang pandai untuk membina EA mereka sendiri. Mereka mungkin ada satu teknik yang proven dan konsisten, namun untuk menjadikan teknik tersebut mampu running secara automatik maka mereka perlu program kan teknikal tersebut menjadi EA yang padu.


6) Menjual @ sewa EA kepada client.

Setelah EA tersebut siap dan telah melalui testing yang berterusan (supaya tiada isu yang timbul dan terbukti mampu menjana profit) maka sudah sampai masanya untuk owner menjual@menyewakan EA tersebut kepada orang ramai yang memerlukan. Jika dijual, biasanya EA tersebut akan dikhaskan (kunci) kepada owner akaun  sahaja berdasarkan kepada nombor akaun dan broker. Orang lain tidak akan boleh untuk run EA tersebut.


Manakala jika disewa, fail EA tersebut tidak akan diberikan kepada orang ramai, melainkan mereka yang berminat untuk sewa perlu bersetuju untuk membenarkan korang yang memasang EA tersebut di VPS (kepunyaan korang juga untuk memudahkan urusan). Dan biasanya kalau istilah sewa ni biasanya client hanya perlu register menggunakan link owner dan deposit akaun tersebut. Win-win situation kata orang.


7) Bekerja dengan broker.

Broker ini tetap adalah suatu perniagaan. Dan seperti mana-mana perniagaan, mereka tetap memerlukan staf untuk beroperasi. Korang boleh join broker sebagai Regional Officer (RO), Business Development Manager (BDM) atau mungkin juga sebagai support team untuk customer service dll. Berminat? Cubalah email kepada mereka untuk bertanya sebarang peluang untuk bekerja dengan mereka.


8) Signal provider.

Seandainya korang sudah mahir trade sendiri dan konsisten, apa kata korang menyediakan signal kepada follower. Signal tu korang boleh berikan dengan menggunakan telegram untuk memaksimumkan jumlah follower.


Dan daripada servis signal provider ini, korang boleh up sale untuk mengadakan kelas pula nanti.


9) Manager copytrade.

Jika korang telah mahir untuk trade secara konsisten, mungkin korang boleh menjalankan copytrade untuk mendapatkan extra income daripada self trading tu. Copytrade ni maksubnya follower korang akan dapat meniru entry korang tanpa mereka perlu membuat trading tu sendiri. Kesemuanya boleh ditetapkan di dalam sistem.


Macam mana manager mendapat income? Setiap copytrade yang dijalankan, akan terdapat profit sharing di atas profit yang dijana. Biasanya profit sharing yang ditetapkan oleh manager copytrade adalah dalam nisbah 20:80 atau 15:75. Malah jika manager tersebut mempunyai reputasi yang baik mungkin mereka boleh letakkan nisbah yang lebih tinggi.


Cara kira profit sharing? Okay. Katalah korang telah trade dan profit sebanyak $10 dan nisbah yang ditetapkan adalah sebanyak 20:80. Jika follower korang meletakkan modal yang sama banyak, maka ketika itu mereka juga akan mendapat profit sebanyak $10. Namun disebabkan oleh profit sharing tersebut, mereka akan mendapat sebanyak $8 manakala $2 akan dimiliki oleh manager tersebut.


Jadi, manager copytrade akan mendapat $10 + $2 = $12 daripada entry tersebut. Jika ada 10 orang follower dengan modal yang sama? $10 + ($2 x 10) = $30. Korang kiralah sendiri berapa manager copytrade dapat.


Jika 10 follower dengan modal lebih besar? Kalau modal lebih besar, maka saiz lot yang dibuka juga akan besar, maka profit yang diperoleh juga akan besar. Bayang berapa manager copytrade tersebut dapat!


10) Fund manager.

Sebagaimana nama yang diberikan, fund manager adalah mereka yang akan menguruskan fund daripada investor. Dan biasanya fund tersebut adalah dalam nilai yang sangat besar. Fund tersebut akan disediakan oleh pihak broker atau institusi kewangan. Korang akan terikat dengan T&C yang disediakan seperti limit floating dan maksimum cutloss yang dibenarkan. T&C tersebut adalah untuk menjaga pihak investor.


Para trader perlu melepasi beberapa syarat sebelum mereka dibenarkan untuk manage fund tersebut. Para trader tidak perlu untuk mengeluarkan modal sendiri untuk trade. Mereka akan trade kesemua modal yang diperolehi daripada investor (diuruskan oleh pihak broker).


11) Prop trading (hot item sekarang ni) & affiliate.

Cara prop trading berfungsi adalah lebih kurang sama dengan fund manager, namun terdapat fee tertentu yang dikenakan kepada para trader untuk membolehkan mereka join sistem prop trading ini. Selain itu, terdapat syarat-syarat trading yang perlu diikuti oleh para trader. Apabila mereka melanggar syarat yang dikenakan maka akaun tersebut akan terbatal dan mereka perlu bermula semula.


Terbaru yang diperkenalkan adalah affiliate kepada prop trading. Macam mana tu? Sama tugas macam dengan IB dan MIB, mereka perlu memperkenalkan prop trading kepada trader untuk join, dan affiliate akan diperolehi apabila trader membeli ujian prop trading tersebut. Ada sistem affiliate yang one-off payment sahaja, dan ada juga yang memberikan affiliate selagi mana trader membeli ujian dengan kod diskaun korang. Dengar-dengar affiliate prop trading lagi masyuk?

Nak tahu lagi detail pasal prop trading? Boleh baca dekat SINI ye.


12) Buka broker sendiri .. hak ni lagi masyuk !!

Yang last sekali, korang boleh buka broker sendiri. Bersepah dekat luar sana yang nak letgo akaun perniagaan broker mereka. Pandai cari dapatlah yang harga murah-murah. Dah dapat tu korang rebrand la kepada jenama korang sendiri pula. Cari team management yang pandai bab brokerage ni.


Untung woo kalau buka broker sendiri ni.


Apa sahaja cabang dalam bidang forex yang korang nak buat, buatlah dengan bersungguh-sungguh sampai berjaya. Korang tidak perlu kekal dengan satu cabang sahaja sebab boleh je gabungkan 2 atau 3 cabang serentak selagi mana korang mampu untuk uruskan dengan baik.


Korang ada lagi ke cara lain untuk jana pendapatan melalui forex? Kongsikan dekat komen ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi July 26, 2023
Read more ...

Korang pernah dengar perkataan PROP TRADING?


Jadi apa yang dimaksubkan dengan prop trading ni? Apa beza prop trading dengan hedge fund? Teruskan baca sampai habis kalau korang nak tahu ye!


Prop trading ini biasanya berlaku dekat firma prop trading yang bermakna mereka menggunakan modal mereka sendiri untuk menjana keuntungan berbanding menggunakan modal daripada client mereka seperti yang diamalkan oleh hedge fund atau bank pelaburan.


Sebagai trader untuk prop trading ni, korang akan mendapat bahagian daripada profit yang dijana oleh firma prop trading tanpa merisikokan modal korang. Prop trader boleh menjana profit daripada pelbagai instrumen kewangan yang ada seperti saham, bon, forex, komoditi dan lain-lain instrumen yang ada.


KENAPA PROP TRADING?


Prop fund atau prop shop dapat menjadi prospek yang menarik kepada trader berpengalaman yang ingin memanfaatkan kemahiran trading mereka. Tapi ia juga memberi kebaikan kepada pemula (beginner) kerana korang tidak memerlukan modal yang banyak untuk bermula. Korang tidak akan kehilangan modal kerana firma prop trading akan menggunakan modal mereka sendiri. Namun begitu, hampir kesemua firma prop akan melindungi para trader mereka daripada kerugian yang besar dengan meletakkan had kepada drawdown yang selari dengan risiko firma tersebut.


PROP TRADING VS. HEDGE FUND


Perbezaan ketara antara prop trading dan hedge fund adalah modal urusniaga.


Di mana untuk hedge fund, modal dikumpul daripada para pelabur luar yang digunakan untuk melabur dalam pasaran kewangan. Manakala prop trader menggunakan modal daripada firma prop trading tersebut.


Hedge fund dibayar untuk menjana keuntungan di atas pelaburan yang dibuat oleh para pelabur. Tidak seperti hedge fund, firma prop trading akan menjana keuntungan 100% daripada pelaburan yang mereka dapat. Prop trading tidak perlu menjawab kepada para pelabur di atas kerugian yang berlaku. Ini membenarkan prop trader untuk mengambil lebih banyak risiko kerana tidak perlu berurusan dengan fund client seperti mana hedge fund.


PROP TRADING VS. RETAIL TRADING


Dalam beberapa tahun terakhir ini, terdapat ramai trader runcit yang telah beralih daripada broker forex kepada firma prop trading.


Yang pasti, prop trading menawarkan lebih banyak potensi untuk berkembang berbanding pelaburan tradisi di broker forex. Dengan retail trading, korang akan merisikokan modal sendiri. Retail trader juga perlu menentukan sama ada untuk mengeluarkan modal atau besarkan akaun mereka. Sebaliknya di prop trading, keduanya berlaku serentak.


Asas perniagaan firma prop trading adalah untuk menjana keuntungan. Jika seorang prop trader tersebut terbukti mampu menjana keuntungan secara konsisten, firma akan menyediakan lebih banyak modal kepada mereka. Firma prop mahu menarik lebih ramai trader yang berbakat untuk optimal keuntungan mereka, manakala broker forex menjana keuntungan daripada komisen atau P&L trader.


KELEBIHAN:


1) Profit: Kelebihan utama adalah prop trading akan membenarkan institusi kewangan atau bank untuk menyimpan 100% keuntungan. Apabila firma broker atau bank pelaburan trade untuk para client, mereka mendapat keuntungan daripada komisen dan yuran dikenakan yang hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan pelaburan atau keuntungan yang dijana.


2) Market maker: Prop trading akan membolehkan sesuatu firma itu menjadi market maker. Firma dengan sekuriti tertentu dapat menyediakan liquidity untuk sekuriti atau kelompok sekuriti tertentu kepada  pelaburnya.


3) Teknologi: Prop trader akan mendapat akses kepada platform yang lebih canggih dan perisian automatik lain, yang akan membenarkan mereka untuk terlibat dengan high-frequency trading. Untuk kebanyakkan firma prop trading, platform yang digunakan adalah eksklusif in-house dan hanya tersedia untuk trader firma tersebut. Dengan menggunakan teknologi trading yang maju, prop trader mampu untuk membina strategi baru dan menguji kejayaan sistem tersebut dengan menggunakan akaun demo.


4) Mengurangkan risiko: Prop trader tidak perlu mengeluarkan sebarang modal; mereka trade menggunakan modal daripada firma tersebut. Jadi, tiada risiko untuk kehilangan modal sendiri.


5) Fleksibiliti: Prop trading boleh dijalankan secara remote dan firma prop menarik perhatian ramai trader berpengalaman yang ingin mengembangkan pengetahuan pelaburan mereka, keluar daripada imej bekerja daripada pejabat, dan trade secara online daripada rumah.


6) Gaji: Jika korang bekerja dengan firma prop trading yang sah, gaji asas korang boleh bermula dari $100,000. Bonus pula mungkin mencapai 50-100% daripada gaji asas (korang mungkin tidak akan dapat sekiranya loss dalam trading).


KEKURANGAN:


1) Yuran entry: Firma prop online akan mengenakan sign-up fee untuk cover kos ujian kelayakan.


2) Trading hour: Prop trading hour boleh menjadi sedikit memenatkan, sekitar 50 jam seminggu. Ini bergantung kepada firma dan juga seniority. Firma akan fokus kepada P&L korang, jadi korang tidak akan mendapat bonus yang lebih walaupun bekerja lebih masa. Waktu bekerja juga ditentukan oleh pasaran yang korang trade, juga lokasi korang berada.


3) Peluang untuk berhenti: Prop trading menawarkan peluang untuk berhenti yang rendah sekiranya pekerjaan ini tidak sesuai untuk korang. Skill yang korang develop dalam prop trading adalah spesifik dan mungkin tidak sesuai untuk situasi lain. Trading style untuk hedge fund atau bank yang lebih besar adalah berbeza. Juga, jika korang tidak perform, ia akan menyukarkan korang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang sama (mungkin korang perlu bertukar bidang lain).


4) Legitimacy: Adalah sangat mudah untuk kena scam dengan firma prop trading yang tidak sah. Kebiasaannya firma tersebut tidak membayar gaji asas dan mungkin akan meminta korang untuk membayar sendiri untuk latihan.


APA YANG PERLU DIPERHATIKAN PADA FIRMA PROP?


Terdapat beberapa jenis firma prop yang boleh korang pilih, bermakna korang perlu menentukan yang mana lebih sesuai dengan keperluan diri korang. Senarai tersebut mungkin dapat membantu korang memilih firma prop mana yang lagi sesuai untuk diri.


1) Demo vs. real account: Setengah firma prop akan menilai kesesuaian korang sebelum menyerahkan fund tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada akaun demo atau akaun live. Trading menggunakan akaun live akan memberikan fund yang segera. Jika korang adalah trader yang profitable, korang akan mendapat duit tersebut dengan segera.


2) Pasaran: Adalah logik jika korang trade untuk firma yang khusus dalam pasaran yang korang faham dan ada pengalaman seperti forex, option, crypto, saham atau future.


3) Trading hour: Setiap firm prop ada trading hour spesifik. Jadi pastikan waktu bekerja firma tersebut sesuai dengan jadual korang. Setengah firma terhad kepada intraday/day trading sementara yang lain ada yang membenarkan overnight trading.


4) Pembahagian profit: Kebanyakan firma prop menetapkan perjanjian pembahagian dengan prop trader berdasarkan kepada peratusan profit. Terdapat yang memberikan peratusan tinggi kepada para trader. Namun, pembahagian peratusan tidak mencerminkan profit yang berpotensi dalam istilah kewangan sebenar. Pastikan korang betul-betul faham apa yang terdapat dalam tawaran itu.


5) Kelayakan yang diperlukan: Kebanyakan firma prop dalam talian mempunyai protokol ujian semasa mengupah prop trader. Biasanya, prestasi lampau korang tidak diambil kira, bermakna beginner juga boleh memulakan prop trading juga. Kebanyakan prosedur kelayakan dilakukan pada akaun demo atau simulator tetapi melibatkan fasa perdagangan masa nyata di mana korang dijangka melakukan di bawah pelbagai keadaan pasaran. Beberapa alat penggoda dan latihan otak prop boleh didapati dalam talian.


6) Kos penyertaan: Terdapat 3 jenis yuran penyertaan: langganan (yuran bulanan sebaik sahaja korang berada dalam program ini), sekuriti deposit (dana akan memerhatikan ini untuk menentukan berapa banyak untuk menambah atau membeli dengan trader), dan yuran sekali sahaja (sebaik sahaja korang terbukti menguntungkan dan bertanggungjawab terhadap risiko, tidak akan ada kos selanjutnya kepada korang).


7) Program latihan: Sesetengah firma memerlukan prop trader untuk menggunakan strategi pelaburan mereka. Oleh kerana ini mungkin tidak biasa kepada korang, terutamanya jika korang seorang beginner, korang perlu mengambil kursus pendidikan sebelum fasa kelayakan. Berhari-hati dengan kos kursus pendidikan ini. Trader berpengalaman juga harus berhati-hati bahawa ini mungkin menjadi tanda bahawa dana prop hanya mencari trader pelaksana dan bukannya memberikan korang kebenaran untuk menggunakan strategi sendiri.


Terdapat pekerjaan lain yang terdapat di firma prop trading selain daripada menjadi trader, termasuklah penyelidik quant, di mana korang menghasilkan model matematik untuk algoritma dan strategi perdagangan, dan developer, menulis kod. Terdapat juga pekerjaan sokongan yang ada, seperti operasi, kewangan, compliance dan HR. Jadi pilihlah yang sesuai dengan kebolehan diri korang ye.


Pssstt .. seminggu dua ni kecoh betul pasal prop trading ni ye.


Kalau korang, yang mana satu yang menjadi pilihan korang, samaada firma prop trading atau pun broker yang menyediakan khidmat prop trading? Untuk #abgman secara personal, sekiranya boleh dan mampu, korang pilihlah firma yang memang khas untuk prop trading, kerana biasanya firma macam ni mempunyai modal yang stabil untuk menampung segala kos yang terlibat dan mereka juga biasanya mempunyai sistem dan pakar untuk monitor sistem yang digunapakai agar segala proses trading berjalan dengan lancar.


Jadi? Tak boleh ke guna khidmat broker yang menyediakan prop trading ni? Boleh sahaja selagi mana mereka mampu membayar profit sharing yang dijanjikan dan pengeluaran yang lain. Namun tidaklah #abgman syorkan korang untuk menabung di dalam broker-broker ini. Jika boleh, buatlah pengeluaran setiap hari@minggu mengikut kesesuaian korang. Buat pengeluaran yang konsisten. Andai berlaku yang tidak sepatutnya, sekurangnya korang telahpun mengeluarkan sebanyak mungkin USD ke dalam akaun bank korang. Fikir-fikirkanlah ye.. selamat beramal.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi July 19, 2023
Read more ...

ARBITRAGE?


Maksub arbitrage merujuk kepada amalan mengambil keuntungan daripada perbezaan harga antara dua atau lebih pasangan mata wang dalam pasaran yang berbeza untuk membuat keuntungan. Pedagang boleh membeli mata wang di satu pasaran di mana harganya rendah, dan menjualnya di pasaran lain di mana harganya tinggi, mengambil keuntungan daripada perbezaan harga.


Walau bagaimanapun, amalan ini tidak mudah untuk dilaksanakan dalam realiti disebabkan oleh kelajuan sistem perdagangan dan kelemahan pasaran yang boleh mengakibatkan perbezaan harga yang minima. Selain itu, amalan ini juga mungkin terhad oleh yuran perdagangan dan peraturan.


Kenapa ARBITRAGE tidak dibenarkan?


Arbitrage tidak selalu tidak dibenarkan, tetapi dalam beberapa situasi, ia mungkin dilarang atau terhad. Terdapat beberapa sebab mengapa beberapa entiti mungkin memilih untuk melarang atau membataskan Arbitrage:

  1. Risiko - Arbitrage melibatkan risiko tertentu, seperti risiko kegagalan eksekusi atau pergerakan harga yang tidak dijangka, yang boleh mengakibatkan kerugian yang besar.
  2. Manipulasi pasaran - Arbitrage yang berlebihan atau tidak adil boleh mengganggu keseimbangan pasaran dan memanipulasi harga.
  3. Ketersediaan maklumat - Arbitrage memerlukan akses kepada maklumat yang selalu tidak tersedia kepada semua orang, dan boleh memberikan kelebihan kepada mereka yang mempunyai akses kepada maklumat tersebut.
  4. Kebijaksanaan kewangan - Entiti tertentu, seperti bank pusat dan pengawal selia kewangan, mungkin membataskan Arbitrage untuk menjaga kestabilan kewangan dan melindungi nilai mata wang.


Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan Arbitrage dilarang atau dibatasi dalam sesetengah situasi.


Jenis-jenis teknik ARBITRAGE dalam forex


Terdapat beberapa teknik Arbitrage yang boleh digunakan untuk trading forex, antaranya ialah:

  1. Triangular Arbitrage - Ini melibatkan memanfaatkan perbezaan harga antara tiga mata wang. Pedagang akan membeli satu mata wang, menjual mata wang kedua, dan kemudian membeli mata wang ketiga dengan keuntungan yang diharapkan daripada perbezaan harga antara mata wang.
  2. Latency Arbitrage - Teknik ini melibatkan memanfaatkan perbezaan harga yang muncul semasa jangka masa yang sangat singkat (beberapa saat) antara kedua-dua broker. Teknik ini memerlukan penyelesaian pesanan yang sangat cepat dan akses kepada data pasaran secara langsung.
  3. Statistical Arbitrage - Ini melibatkan menggunakan model statistik untuk mengenal pasti perbezaan harga yang tidak normal dan menangkap keuntungan daripadanya.
  4. Covered Interest Arbitrage - Teknik ini melibatkan memanfaatkan perbezaan dalam kadar faedah antara dua mata wang dengan meminjamkan satu mata wang untuk kemudian melaburkannya dalam mata wang yang lain dengan kadar faedah yang lebih tinggi.


Kesimpulan


Namun, perlu diingat bahawa teknik Arbitrage mungkin tidak selalu menjadi pilihan yang terbaik untuk perdagangan forex dan ada risiko terkait dengan pelaksanaannya. Selain itu, praktik Arbitrage juga mungkin dilarang atau dibatasi oleh pengawal selia kewangan atau broker tertentu. Malah terdapat broker yang tidak teragak-agak untuk BAN trader yang menggunakan teknik ini. Oleh itu, pedagang perlu mempertimbangkan risiko dan kepatutan dalam menggunakan teknik Arbitrage dalam perdagangan forex.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi July 12, 2023
Read more ...

Martingale ialah satu teknik pengurusan kewangan yang biasa digunakan dalam perjudian (permainan Roulette) dan perdagangan.


Dalam konteks perdagangan, teknik martingale melibatkan peningkatan saiz kedudukan perdagangan setiap kali perdagangan sebelumnya menanggung kerugian, dengan tujuan untuk pulihkan kerugian sebelumnya dan mencapai keuntungan.


Teknik ini amat berisiko dan boleh menyebabkan kerugian besar jika digunakan dengan tidak betul. Oleh itu, ia sepatutnya digunakan dengan berhati-hati atau tidak digunakan sama sekali.


Berikut adalah beberapa kebaikan dan keburukan teknik martingale:


Kebaikan teknik martingale:

  1. Dapat menghasilkan keuntungan yang signifikan dalam jangka pendek jika digunakan pada kondisi pasar yang tepat.
  2. Cocok digunakan pada perdagangan dengan volatilitas tinggi dan tren yang stabil.
  3. Mampu memulihkan kerugian dalam waktu singkat jika digunakan dengan benar.


Keburukan teknik martingale:

  1. Sangat berisiko dan dapat menyebabkan kerugian besar jika tidak digunakan dengan hati-hati.
  2. Dapat menyebabkan trader mengalami margin call dan menguras akun trading.
  3. Tidak efektif pada kondisi pasar yang tidak menentu dan tren yang tidak stabil.
  4. Memerlukan modal besar dan dapat menyebabkan kelelahan mental jika digunakan secara terus-menerus.


Kesimpulannya, teknik martingale dapat menghasilkan keuntungan yang signifikan dalam jangka pendek, namun sangat berisiko dan memerlukan pengelolaan risiko yang tepat. Trader harus mempertimbangkan dengan hati-hati sebelum menggunakan teknik ini dan hanya menggunakannya pada kondisi pasar yang tepat.


Jadi macam mana nak trade guna teknik martingale ni?


Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan trading menggunakan teknik martingale dalam bahasa Melayu:

  1. Pilihlah pasangan mata wang atau aset yang ingin anda dagangkan.
  2. Tentukan jumlah lot (ukuran posisi) dagangan pertama yang ingin anda buka.
  3. Tetapkan paras kerugian untuk setiap dagangan. Disarankan untuk tidak melebihi 2-5% daripada jumlah baki akaun dagangan anda.
  4. Jika dagangan pertama mengalami kerugian, bukalah dagangan kedua dengan jumlah lot dua kali ganda dari dagangan pertama.
  5. Jika dagangan kedua juga mengalami kerugian, bukalah dagangan ketiga dengan jumlah lot empat kali ganda dari dagangan pertama.
  6. Teruskan peningkatan jumlah lot dengan cara yang sama setiap kali dagangan mengalami kerugian sehingga anda memperoleh dagangan yang menang.
  7. Setelah anda memperoleh dagangan yang menang, kembali ke jumlah lot asal dan mulakan semula proses dagangan dari awal.


Namun, sekali lagi #abgman nak ingatkan bahawa teknik martingale sangat berisiko dan tidak disyorkan untuk digunakan oleh trader yang baru memulakan perdagangan. Trader harus memahami risiko yang terlibat dan memiliki strategi pengelolaan risiko yang tepat sebelum memutuskan untuk menggunakan teknik martingale.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi July 05, 2023
Read more ...

Sebelum ni dekat PART 1 #abgman dah ada share satu cara nak jaga MONEY MANAGEMENT. Untuk PART 2 ni, #abgman nak share cara lain pula untuk money management dengan mudah.


Terdapat banyak cara atau formula yang diajarkan oleh cikgu-cikgu forex dalam cara menentukan saiz lot yang sesuai berdasarkan kepada modal yang korang gunakan. Meh #abgman share cara-cara yang senang untuk digunakan.


CARA #1 FORMULA


Modal / 12 = A

A x 80% = B

B / 1000 = TOTAL LOT yang boleh digunakan


Korang kena ingat bahawa formula di atas adalah TOTAL lot yang digunakan. Contoh; katalah korang ada modal $1000, maka daripada formula tersebut korang akan mendapat TOTAL lot yang boleh digunakan adalah 0.06. Kalau korang nak gunakan tiga entry@layer, maka setiap entry tersebut korang boleh gunakan lot bersaiz 0.02 sahaja.


CARA #2 FORMULA


Andai korang rasa formula di atas agak susah untuk ingat, korang boleh gunakan formula di bawah ni pula untuk kira jumlah lot yang boleh digunakan.


Modal / 5000

@

Modal / 3000

* yang ni pun korang boleh gunakan untuk menentukan saiz lot yang sesuai berdasarkan kepada modal yang ada.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

--

MONEY MANAGEMENT (PART 1)

MONEY MANAGEMENT (PART 3)

hilmannawi June 28, 2023
Read more ...

Korang pernah tak alami keadaan di mana korang tak tahu berapa USD yang korang akan dapat selepas entry korang tu hit TP. Atau berapa banyak akaun korang akan berkurang jika entry tersebut terkena SL.


Kalau single entry mudah je nak tahu kan. Korang hanya perlu letakkan cursor mouse tu dekat line yang korang dah set sebagai TP atau SL tu. Macam mana ye? Korang tengok contoh di bawah ni.


Gambar 1: Contoh macam mana nak tahu berapa $ yang korang akan dapat apabila harga mencecah TP tersebut.


Ooo .. gitu. Mudah je nak tahu. TETAPI macam mana pula kalau korang entry berlayer sampai penuh satu skrin? Takkan nak kira satu per satu? Mahu berpinar mata tu nanti. Hahahaha ..


#abgman ada satu indikator yang mana ia akan menunjukkan dengan jelas tentang akaun trading korang masa tu. Kalau ada set TP atau SL, korang akan tahu berapa TOTAL yang terlibat nanti. Jadi kalau banyak yang kena potong bila terkena SL tu, sekurangnya korang dah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya.


Tak adalah timbul isu berdebar berapalah kena tolak bila SL nanti ni. Mudahlah sikit korang nak sediakan bucu katil atau meja untuk menangis nanti. Bersihkan siap-siap, letak tisu siap-siap .. haaa, gitu. Hahahhahaha ..


Cumanya jumlah yang ditunjukkan adalah untuk keseluruhan entry. Ini bermakna, jika korang ada entry untuk banyak pair serentak maka indikator tersebut tidak dapat menunjukkan jumlah per pair.


Adeh laa .. sembang-sembang juga. Mana indikator yang #abgman kata nak bagi tu? Haa .. iye .. sabor-sabor.


Okay .. korang download file tu dekat SINI.


Macam mana nak install indikator tu? Selepas korang download file dekat link atas ni, copy dan paste file tersebut siap-siap.


Seterusnya korang klik dekat FILE >> OPEN DATA FOLDER

Gambar 2: FILE >> OPEN DATA FOLDER.


Satu windows akan dibuka

Gambar 3: Satu windows akan terpapar.


Next korang klik je MQL4 >> INDICATORS dan PASTE file tersebut di sini.

Gambar 4: MQL4.


Gambar 5: INDICATORS.

Gambar 6: Paste indicator tersebut di sini.


Seterusnya macam mana pula nak masukkan indikator tersebut ke dalam carta pilihan? Mudah je. Korang hanya perlu masukkan atau tarik je file tersebut ke dalam carta yang korang nak gunakan tu. Nanti akan keluar paparan carta seperti di bawah ni.

Gambar 7: Tarik sahaja indicator tersebut ke dalam carta pilihan.


Gambar 8: Korang boleh tengok pelbagai maklumat disediakan di bawah carta tersebut.


#abgman syorkan korang save kan satu template khas untuk indikator ni sahaja. Carta kosong tanpa apa-apa indikator adalah lebih bagus. Kenapa? Sebabnya indikator tersebut agak sarat dengan pelbagai info. Kalau korang tambah pula dengan indikator-indikator lain maka carta korang akan menjadi serabut pula nanti.


Alah .. korang godek-godek la sendiri pula, tengok sendiri yang mana sesuai. Takkan semua benda nak kena suap? Manja sangat ni. Hahahaha ..


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..


hilmannawi June 21, 2023
Read more ...