Sponsor

ads header


"Expert Advisor are programs that allow automation of the analytical and trading processes in the MT4 platform. To create an expert advisor  (or "EXPERT"), the expert editing program - MetaEditor - has to be opened from within the MT4 platform."


JADI APA ITU EXPERT ADVISOR?

Ok. Bebalik kepada tajuk artikel kita pula ye. Mudah ke nak guna? Macam mana nak masukkan dalam MT4? Haaa .. kalau nak tahu kena la baca sampai habis ye. Hehehe ..

Expert Advisor atau singkatannya EA boleh kita katakan sebagai robot yang menjalankan proses trading bagi pihak korang. Maksubnya semua proses JUAL dan BELI akan dilaksanakan secara automatik berdasarkan kepada sop analisis programming EA tersebut. Kita cuma perlu ON kan sahaja EA tersebut.

Cuma untuk memastikan segala proses berjalan lancar, adalah digalakkan untuk menggunakan VPS. Adehhh .. apa pula VPS ni. Hehehe .. kena tanya kat pakcik Google la ye.


Jom kita sambung topik pasal macam mana nak masukkan EA dalam MT4 ye.

#1 Pastikan korang dah download siap-siap EA tersebut ke dalam komputer. Nak tahu betul ke tak file tu EA senang je .. pastikan extension dia adalah **.EX4 ye. Kan tak pasal-pasal tak boleh guna sebab korang salah download file lain. Naya Pak Abu !! Korang copy siap-siap file tu sebelum kita mulakan step seterusnya ye.

#2 Lepas tu, macam biasa, open MT4 sobat-sobat ye.

#3 Klik FILE -->> OPEN DATA FOLDER.

#4 Nanti akan keluar windows explorer. Apa lagi .. klik la folder MQL4 -->> Experts. Haaa .. paste je file EA yang dah copy siap-siap tadi. Atau drag je dari folder korang save file EA tu.

#5 Dah setel tu, tutup dan buka semula MT4 tu atau refresh semula connection. Yang mana-mana dirasakan mudah la ye.

#6 Okay. Korang teruskan dengan step seterusnya ya. Mula-mula klik butang AUTO TRADING (bertukar warna kepada HIJAU). Seterusnya klik juga butang NAVIGATOR atau CTRL+N.

#7 Haaaa .. panel NAVIGATOR akan keluar di sebelah kiri MT4 korang. Scroll ke bawah sekali. EA yang telah di COPY tadi akan berada di dalam senarai EXPERT ADVISORS seperti dalam contoh di bawah. Dalam contoh artikel ini, Abgman gunakan EA CLOSEALL_ACC_PROFIT. Dah nampak EA yang kita nak gunakan tu kan? So apa lagi? Drag la EA tu ke arah chart yang korang nak gunakan. Contohnya pair EURUSD di timeframe H1.

#8 Dah drag tu, maka akan keluar la windows untuk setting EA tersebut. Ubahlah setting mengikut SOP yang telah disediakan untuk EA tersebut. Atau pun kalau korang taknak pening-pening, gunakan sahaja setting default yang telah diberikan. Try and error. Tapi kalau nak lagi selamat, korang dapatkanlah setting yang terbaik daripada programmer EA tersebut. Kan tak pasal-pasal akaun korang MC.

#9 Aikk .. tak ada perubahan pun kat chart? Tak jadi ke ni? Ada masalah ke? Tersilap langkah ke tadi? Haaa .. sabar orang muda ..

Cuba korang perhatikan sebelah kanan chart tu. Ada muka senyum tak? Kalau ada maknanya step-step korang buat dah betul la tu. Kalau tak ada muka senyum, maksubnya ada silap la tu dekat mana2. Cuba ulang semula langkah-langkah dekat atas ni.


Ehhh .. tengok step by step pakai gambar kurang jelas lagi macam mana nak buat? Meh layan video pula cara macam mana nak masukkan EA ke dalam MT4 tu. Layannnnnn ..

SELAMAT MENCUBA !!


EHHH .. DAH HABIS KE??

Ada satu lagi step korang kena tahu ni ..

#10 ON kan EA dah tahu kan? Takkan nak biar ON camtu je kan? Mesti la nak juga tahu cara macam mana nak OFF kan plak ye. Ok, untuk OFF kan EA tersebut mudah sahaja. Tekan kembali butang AUTO TRADING tadi. Pastikan butang tersebut bertukar warna MERAH dan muka senyum tadi dah jadi masam. Hahahaha (masam la sebab korang dah OFF kan dia)

Tapi tak apa. Nanti korang boleh ON kan semula bila perlu. Ikut je langkah-langkah kat atas ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 26, 2022
Read more ...

Semasa trade forex, kita tidak boleh menolak kepentingan untuk monitor news walaupun kita bukanlah trade berdasarkan kepada fundamental. Apa yang biasa berlaku semasa news adalah akan berlaku pergerakan yang besar (volatile) kerana kesan daripada news yang berlaku terutamanya news yang memberikan high impact seperti news yang berkaitan dengan interest rate.

Nasihat #abgman .. kalau boleh, elakkan untuk trade matawang yang dijadualkan ada news high impact ketika itu. Trade lah matawang lain dulu sementara. Atau lebih baik berhenti trade sekejap sehingga efek news tu habis.

Source: https://www.earnforex.com/guides/top-forex-calendars/#TheList

Kalau korang rajin, klik la link dekat atas ni dan baca review tentang 11 website yang menyediakan kalendar untuk ekonomi ni. Setiap orang ada keperluan yang tersendiri daripada kalendar ekonomi ini. Antara website yang menyediakan kalendar ekonomi ni adalah seperti FOREX FACTORY, FXSTREET, MYFXBOOK dan lain-lain (#abgman senaraikan beberapa website sahaja).

Untuk #abgman (secara personal), lebih suka gunakan FOREX FACTORY berbanding website lain.

Source: www.forexfactory.com

KENAPA YE?


#abgman tak suka website yang terlampau banyak grafik/iklan kerana ianya akan kacau fokus kepada news yang penting ketika itu.

Untuk event news itu pun korang boleh filter berdasarkan efek (high, medium, low dan non economic).

Source: www.forexfactory.com

Matawang mana yang korang nak fokus pun boleh dipilih daripada 9 matawang yang terpilih. Jenis-jenis event pun boleh difilter juga.

#abgman suka TICK news yang ada efek HIGH dan NON ECONOMIC sahaja. Untuk EVENT TYPE dan MATAWANG tu memang #abgman akan tick kesemua kotak yang ada.

Manakala untuk monitor news pula #abgman suka pilih period untuk satu minggu.


KENAPA?

Sebabnya dengan view ni, #abgman boleh monitor berapa banyak lagi news high impact yang akan berlaku dalam minggu tersebut. Dan juga hari apa yang tiada news langsung.

Dua perkara ini penting dalam menentukan hari apa yang boleh trade jika korang jenis trade Intraday.

Korang suka pakai website mana untuk monitor news? Cer komen sikit dekat bawah. Kotlah boleh bertukar-tukar pendapat.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 24, 2022
Read more ...

Hari ni #abgman nak berkongsi sikit lagi pasal BASIC MT4.

#abgman nak bercerita pasal Fibonacci Retracement (atau biasa orang sebut fibo). Dalam bidang analisa teknikal ni macam-macam jenis teknik fibo diperkenalkan. Di antaranya adalah seperti Smart Fibo, Fibo Musang, Fibo Gear, Fibo Panda dll (#abgman sebutkan beberapa contoh sahaja ye, kalau ada lagi jenis-jenis fibo lain, boleh la korang komen dekat bawah nanti #abgman update semula).

Ok. Kembali kepada tujuan utama artikel ni. Jadi apakah perkongsian BASIC MT4 kali ni??

Artikel ni BUKAN mengenai macam mana nak guna fibo atau cara nak tarik fibo ye. Untuk belajar teknik menggunakan fibo tu, korang boleh cari dalam SOCMED. Ramai cikgu-cikgi yang mengajar sekarang ni dekat sana. Bersilaturahim la dengan mereka, bertalaqi untuk mendapatkan ilmu dari mereka. Baru berkat ilmu yang kita nak belajar tu.

Opss .. panjang lebar pula bebel. Okay, terus ke tajuk utama.

Yang #abgman nak berkongsi hari ini adalah macam mana korang nak dapatkan nilai untuk setiap level fibo tu secara automatic tanpa perlu korang menggunakan Crosshair atau dengan meletakkan horizontal line. Ada cara yang lebih mudah sebenarnya untuk dapat nilai tu.

“Dalam forex ni korang kena cepat, baru tak terlepas entry yang berharga.”

Gambar 1: Perhatikan di sebelah kanan carta.

Sila perhatikan di sebelah kanan carta tersebut. Yang ada hanyalah level-level yang telah di setting secara default tanpa sebarang nilai. Maksubnya, untuk mengetahui nilai setiap level itu, korang perlu klik crosshair dan letakkan di setiap level untuk mengetahui nilai yang tepat untuk level tersebut.

Untuk mudahkan kerja korang. Ikuti langkah-langkah kat bawah ni untuk ubah setting default Fibonacci tersebut.

1) Klik 2x di atas fibo yang dah ditarik tadi.

2) Klik kanan, dan pilih Fibo properties.

Gambar 2: Klik kanan, pilih FIBO PROPERTIES.

3) Akan keluar windows seperti di bawah.

Gambar 3: Windows untuk setting Fibonacci.

4) Klik tab FIBO LEVELS.

Gambar 4: Klik tab FIBO LEVELS.

5) Edit di bahagian Description. Tambahkan simbol %$ di tepi setiap level tersebut.

Gambar 5: Edit description. Tambahkan simbol %$.

6) Letakkan simbol tersebut untuk kesemua level fibo yang ada.

Gambar 6: Edit kesemua level fibo yang ada.

7) Seterusnya klik OK.

8) Perhatikan di tepi setiap level fibo tadi telah ada nilai secara automatik. Jadi mudah la untuk korang letakkan PO, ikut je nilai yang terdapat pada setiap level tersebut (mengikut teknik-teknik yang dipelajari la ye).

Gambar 7: Perhatikan di sebelah kanan carta. Nilai untuk setiap level automatik diletakkan.

Pesan penaja – cari la cikgu untuk belajar macam mana nak gunakan Fibonacci Retracement dengan optimum. Melaburlah sedikit untuk mendapatkan ilmu. Tak rugi melabur untuk ilmu ni.

Klik sini kalau korang nak download ebook ni dalam bentuk pdf.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 21, 2022
Read more ...
source: https://www.teamviewer.com/en/


JADI APAKAH “TEAMVIEWER” NI?

Selamat ke? Mudah ke nak gunakan?

Berdasarkan kepada website official, aplikasi ini dikatakan boleh digunakan untuk access kepada device (pc, hp, tablet dll) korang secara remote dari jauh, juga untuk mendapatkan bantuan daripada sesiapa sahaja juga secara remote, dan juga bekerja secara remote menggunakan apa sahaja device yang ada berdekatan dengan korang.

source: https://www.teamviewer.com/en/

REMOTE WORKING? APA TU?

Maksubnya korang boleh melakukan kerja daripada jauh sahaja dengan syarat mempunyai liputan internet.


SELAMAT KE?

Menurut website Teamviewer, aplikasi mereka adalah dilindungi oleh penyulitan AES 256-bit end to end, mempunyai pengesahan dua faktor, pengurusan akses berbutir, kebenaran peranti dan ciri keselamatan gred industri yang lain. Mereka juga mematuhi sepenuhnya GDPR dan diperakui mengikut SOC2, HIPAA/HITECH, ISO/IEC 27001 dan ISO 9001:2015.

source: https://www.teamviewer.com/en/

Dalam bahasa mudahnya .. untuk membenarkan orang lain remote device korang daripada jauh, mereka memerlukan password yang akan bertukar secara automatik dalam software tersebut. Jadi tidak timbul isu mereka boleh login tanpa kebenaran korang. Dan juga, untuk korang login ke device baru pun, akan memerlukan pengesahan dua faktor yang mana mungkin sukar untuk dilakukan tanpa pengetahuan (device) korang.

Nak tahu detail lagi pasal teamviewer tu korang boleh la baca sendiri ye. Info hujung jari je sekarang ni. Korang pilih nak baca atau tak je. Korang boleh klik SINI untuk baca dekat official website mereka ye.


JADI KENAPA #abgman DUK PROMOTE TEAMVIEWER NI?

Baik .. #abgman berikan contoh situasi yang biasa berlaku ye.

Katalah korang nak install MT4 dekstop dekat komputer. Tapi selepas dah siap tu, korang tak boleh nak login ke akaun. #abgman guide pakai WhatsApp pun tak boleh juga selesaikan perkara ini.

Pilihan terakhir yang #abgman boleh bagi ketika itu adalah untuk remote komputer korang tu gunapakai Teamviewer sekejap. Dah selesai isu/masalah tu korang off la teamviewer tu.

Haaa .. kan mudah tu. Kita remote je komputer tu daripada jauh. Tak perlulah #abgman nak travel jauh-jauh semata nak tolong setup akaun MT4 korang tu.

Naya tuan .. Jadi .. tiada lagi alasan jarak jauh untuk kita menolong. Antara mahu dengan tidak sahaja.

Dekat mana nak download Teamviewer ni? Korang klik je link INI untuk ke page download official.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 19, 2022
Read more ...

Sebelum tu .. korang dah baca PART 1 dan PART 2? Baca dulu yang sana ye. Melompat baca yang PART 3 terus kang pening kepala nak faham.


SETERUSNYA .. kita akan tengok di chart ye..

#1: SNR yang ada potensi adalah yang mempunyai ENGULFING. Sila cari sendiri apa yang dimaksubkan dengan engulfing ye. Sila tandakan semua SNR yang mempunyai engulfing. Kemungkinan akan ada peluang untuk entry di situ.

#1.A: Harga bermain2 di kawasan tersebut berulang kali. Atau bahasa mudahnya disebut sebagai harga cuba untuk memecahkan point tersebut namun tidak berjaya. HINT perubahan trend akan berlaku.

#2: Harga telah keluar daripada BB. Hint perubahan trend akan berlaku. Tunggu peluang untuk entry hanya apabila harga telah memasuki kembali BB.

#2.A: Combine dengan AO untuk mendapatkan kepastian perubahan trend tersebut.

#3: Seterusnya harga berjaya turun dan memecahkan MIDDLE BB dan juga MA. Yang ni boleh disebut sebagai CONFIRMATION perubahan trend berlaku.

#4: Perhatikan AO masih lagi tidak menyentuh level 10 untuk hint perubahan trend BUY pula. Maka korang fokus untuk SELL dahulu.


Klik sini kalau korang nak download ebook ni dalam bentuk pdf.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 19, 2022
Read more ...

CARA MENENTUKAN ARAH TREND DENGAN MUDAH?

Hari ni #abgman nak share sikit cara macam mana untuk menentukan arah trend dengan mudah dan yakin. Kita akan combine menggunakan indikator dan juga basic forex iaitu SNR.

Sebelum tu, korang dah baca MAJOR TREND PART 1 ke? Jemput baca yang tu dulu.


TIMEFRAME YANG #abgman SYORKAN ADALAH H4 KE ATAS.

Kenapa? Sebab kurangnya berlaku false signal pada timeframe yang besar ni.


JADI INDIKATOR APA YANG KITA PERLUKAN?

(Ini indikator yang #abgman suka gunakan ye. Kalau korang ada indikator lain tu silakan guna).

Pastikan korang faham dan jelas FUNGSI setiap indikator yang nak digunakan tu. Kalau penuh satu chart dengan indikator tapi korang tak jelas dengan fungsinya pun tak ada gunanya kan.

#1 - BOLLINGER BANDS (DEFAULT)


#2 - MOVING AVERAGE (21, 0, SIMPLE, TYPICAL PRICE)



#3 - AWESOME OSCILLATOR (AO)



FUNGSI INDIKATOR

  1. Bollinger Bands (BB)
    1. Berfungsi sebagai pagar untuk memastikan lilin (candle) berada di dalam kawanan yang betul.
    2. Cuba perhatikan chart korang. Setiap kali candle berada di luar daripada kawanan tersebut, ia akan ditarik masuk kembali ke dalam BB tersebut.
    3. Maka, setiap kali candle terkeluar daripada pagar tersebut maka korang boleh jangka akan berlaku perubahan TREND atau bahasa mudah kita sebut sebagai HINT.
  2. Moving Average (MA)
    1. Berfungsi sebagai SNR bergerak.
    2. Andai trend semasa kuat, setiap kali candle menyentuh MA tersebut maka ia akan melantun kembali.
    3. Namun apabila trend semasa sudah lemah, maka candle tersebut akan memecahkan line MA tersebut. Ketika ini, barulah korang boleh mencari peluang untuk entry pada timeframe yang sesuai mengikut teknik yang korang nak gunakan.
  3. Awesome Oscillator (AO)
    1. Yang ni #abgman suka gunakan sebagai HINT awal untuk entry apabila indikator tersebut sudah menyentuh level 10 (BUY) atau 90 (SELL).
    2. Korang kena faham ye, HINT bermaksub bukan terus entry tapi menunggu peluang dan masa yang sesuai untuk entry.
    3. Indikator ini juga #abgman gunakan untuk menentukan samaada trend semasa masih valid atau tidak (timeframe H4)

p/s - kita sambung PART 3 pula ye. Panjang sangat dahni. Kang korang jemu lak nak baca panjang-panjang.

Klik sini kalau korang nak download ebook ni dalam bentuk pdf.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 19, 2022
Read more ...

Macam mana nak menentukan major trend?

Selain daripada menggunakan trendline, kita juga boleh gunakan sifat candle itu sendiri untuk menentukan MAJOR TREND untuk minggu tersebut.


MACAM MANA TU? JOM TERUSKAN BACAAN

Untuk menentukan arah trend untuk sesuatu minggu, kita akan merujuk kepada candle minggu sebelumnya.

#1 Gunakan timeframe weekly. Sebab kita nak menentukan major trend untuk seminggu kan? Jadi kita fokus kepada timeframe weekly. (Rujuk contoh di bawah).

Chart: AUDUSD 5.8.2018

#2 Seterusnya, kita akan kira jarak pips dari HIGH ke CLOSE (HC) dan juga LOW ke CLOSE (LC). Yang mana lagi panjang?

#3 Jika HC > LC maka kita akan mencari peluang untuk SELL. Begitu juga jika sebaliknya LC > HC maka kita akan fokus mencari peluang BUY.

#4 Maka dari contoh pair AUDUSD pada 5.8.2018 telah memberikan petunjuk bahawa minggu seterusnya kita patut fokus mencari peluang SELL.


MACAM MANA NAK BUY ATAU SELL?

Yang ni korang boleh gunakan teknik yang pernah korang belajar. Tak kisah la nak gunakan naked chart atau chart berselirat dengan indikator. Matlamat kita adalah nak dapatkan sebanyak mungkin USD dari setiap analisa yang kita buat.

Bila nak entry? Kita akan entry hanya pada hari RABU atau KHAMIS. Kenapa? Sebab Isnin dan Selasa biasanya market akan melakukan retracement dahulu. Rabu@Khamis barulah market akan mengikut arah sebenarnya.

Stop loss (SL) dekat mana? Kita akan letakkan SL pada HIGH/LOW candle minggu sebelumnya.

"Ehh .. kata nak tahu cara baca MAJOR TREND je. Ni dah termasuk teknik entry la plak."

Nak teknik lain lagi? Proceed ke MAJOR TREND PART 2 dan PART 3 pula ye.

Klik sini kalau korang nak download ebook ni dalam bentuk pdf.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 19, 2022
Read more ...


Menurut Wikipedia
"SNR adalah satu konsep di mana pergerakan harga akan berkemungkinan besar untuk berhenti dan reverse pada harga tertentu. Yang mana ia akan menyentuh harga tersebut beberapa kali tanpa memecahkan tahap tersebut."

Manakala menurut Investopedia

"Tahap support adalah di mana permintaan dianggap cukup kuat untuk mengelakkan harga jatuh, manakala tahap resistance adalah harga di mana penjualan dianggap cukup kuat untuk mencegah harga naik lebih tinggi."

Berdasarkan kepada maksub tersebut, bolehlah kita huraikan SNR dalam bahasa mudah ianya adalah tempat di mana sesuatu harga itu akan bertahan daripada terus turun atau naik. Atau bahasa mudah lagi, support boleh dikatakan sebagai lantai, manakala resistance boleh dianggap sebagai bumbung.


JADI APA KEGUNAAN SNR DALAM FOREX TRADING?

SNR boleh digunakan sebagai tempat untuk entry atau take profit (TP). Untuk menentukan samaada sesuatu SNR itu kuat atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa kali sesuatu tahap harga itu bertahan. Semakin banyak kali harga tidak mampu untuk menembusi tahap harga tersebut maka semakin kuat la tahap tersebut.

Selain daripada itu, korang perlu elakkan meletakkan stoploss (SL) di kawasan SNR. Kenapa? Disebabkan harga memang akan mencari kawasan tersebut untuk retrace, maka jika korang letakkan SL pada kawasan tersebut, potensi untuk terkena SL adalah tinggi. Adalah disyorkan untuk korang meletakkan SL sekurangnya 20 pips daripada SNR untuk mengelakkan ia trigger.


MACAM MANA NAK GUNAPAKAI SNR DALAM TRADING?

Antara cara yang biasa #abgman gunakan untuk menentukan kekuatan tahap SNR adalah dengan melukis satu garisan untuk melihat berapa kali tahap tersebut telah bertahan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman.

Gambarajah 1: Carta kosong tanpa sebarang indikator.

Gambarajah 2: Tukarkan carta kepada LINE Chart (ALT+3)

Gambarajah 3: Lukiskan satu garisan lurus di tahap2 di mana harga telah bertahan banyak kali.

Bulatan merah adalah tahap resistance, manakala bulatan biru adalah tahap support.

Gambarajah 4: Seterusnya tukarkan kembali kepada candlestick chart (ALT+2).

Maka korang akan dapati harga telah retrace/reverse di kawasan yang telah ditandakan dengan warna merah (resistance). Sekiranya harga mampu untuk memecahkan tahap support di kawasan bulatan biru, maka pergerakan market adalah kuat untuk turun ke bawah.

Nak download e-book nota ini? Klik link sini untk dapatkannya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 17, 2022
Read more ...
https://my.tradingview.com/chart/XAUUSD/fmREbeNJ/

Berdasarkan kepada timeframe H4, #abgman cenderung untuk mencari peluang JUAL pada ketika ini.

Harga telah pun menyentuh level TP WAJIB iaitu level 131.4%. Jika harga tidak mampu melepasi level 1644.20 maka tidak valid untuk JUAL.

Jangkaan #abgman, harga akan turun sehingga level TP1 @ 1616.65.

================

PENAFIAN RISIKO

================

Sebarang pandangan, kaji selidik, analisis, harga, atau maklumat lain yang terkandung di laman ini adalah ulasan pasaran umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. #abgman tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk kerugian pada keuntungan yang berlaku secara langsung atau tidak dari menggunakan maklumat seperti itu.

================


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
hilmannawi October 16, 2022
Read more ...

Ada ke TOOL untuk mudahkan trade FOREX ni?

Jadi .. hari ni #abgman nak share la satu tool/apps yang kita boleh gunakan dalam trading.

Korang pernah dengar atau guna tak website/apps investing.com?

Yang pernah guna mesti dah tahu macam mana rupa dan kegunaan benda alah website/apps tu kan. Yang tak pernah guna atau pertama kali dengar, jangan bimbang, #abgman nak kongsi la ni macam mana nak mendapatkan hasil yang terbaik daripada website/apps tu.

Korang klik je link dekat atas tu .. korang akan terus sampai ke website investing.com tu ..

Source: www.investing.com

Nak cantik lagi, korang signup la siap-siap satu akaun dekat website tu. Jadi nanti bila korang ada buat apa-apa perubahan setting custom, korang tak perlu dah load semula setting tu. Cuma perlu LOGIN je akaun investing.com yang dah korang signup tu. Kan lagi mudah kalau macam tu. Iye dak?


JADI APA YANG SYOKNYA PASAL INVESTING.COM NI ??

Haaa .. meh sini #abgman nak tunjukkan. Sebenarnya banyak je yang korang boleh dapat dari investing.com ni.

Antaranya, korang boleh dapatkan berita semasa berkait dengan ekonomi (saham, forex, komoditi dll). 

Tapi hari ni #abgman tak nak cerita pasal fungsi lain-lain tu. #abgman nak cerita yang istimewa sikit. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni jap. (Klik caption tu kalau korang nak pergi ke page yang dimaksubkan)

Source: www.investing.com

APA YANG KORANG NAMPAK DARI GAMBAR TU?

Haa .. betul la tu. Korang boleh tengok trend semasa untuk sesuatu pair matawang tersebut.

#abgman ambil contoh pair USDJPY. Dalam gambar tu, korang boleh tengok kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY kecuali timeframe 1 minit.

Maka #abgman boleh buat kesimpulan bahawa, USDJPY sekarang ni MUNGKIN boleh dicari peluang untuk BUY. Tapi masih lagi tidak betul-betul kuat disebabkan timeframe 1 minit tu menunjukkan SELL. Andai kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY maka baru #abgman yakin/cun nak entry BUY.

Selepas tu nak buat apa pula ye? Apa lagi kan!!! Korang cari la peluang untuk BUY sahaja pada waktu tu. Jangan terus masuk BUY, buat la analisa untuk dapatkan point entry yang terbaik. Kang kalau floating korang marah #abgman lak.
"Ehhh .. dahtu kena ON komputer setiap kali nak dapatkan info dari investing.com ni ke?"

Tak perlu pun. Sekarang kan zaman semua dah mudah. Pakai je smartphone korang tu. Korang boleh dapatkan apps tersebut daripada Play Store atau App Store.

Play store

App store

Install siap-siap dalam device korang. Senang bila nak pakai nanti. Tak perlu dah korang nak buka browser setiap kali nak tengok investing.com ni.

Korang login la ke akaun yang dah signup sebelum ni. Jadi senang la bila nak digunakan nanti. Korang boleh set kan pair yang korang biasa trade dalam senarai tu. Cepat la sikit nanti bila nak rujuk. Jangan la letak banyak-banyak melainkan memang korang kaki entry semua pair yang ada. Hehehehe ..


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 16, 2022
Read more ...

OUTLINE:-


Jadi apakah sebenarnya Currency Strength Meter ni? Ianya berfungsi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang berdasarkan kepada perbandingan dengan matawang yang lain. Dan hasilnya korang akan mendapat satu senarai yang menunjukkan matawang yang paling kuat sehingga yang paling lemah.

I
Currency Strength Meter : FX Blue

MACAM MANA NAK MEMANFAATKAN METER NI?

Caranya, korang akan melihat senarai untuk mendapatkan matawang yang paling kuat dan paling lemah. Seterusnya korang akan jadikan matawang tersebut sebagai pasangan.

Contoh:-
Matawang paling kuat adalah GBP dan matawang yang paling lemah CHF dan JPY untuk medium-term period (timeframe H1). Maka dari sini, korang tahu matawang yang korang boleh fokus untuk trade ketika itu adalah dua matawang iaitu GBPCHF dan GBPJPY.

Namun, adakah korang perlu trade kedua-dua matawang tersebut? TIDAK!! Korang hanya fokus kepada satu atau dua pasangan sahaja bergantung kepada modal korang.

Go to Top


JADI YANG MANA SATU PATUT KORANG FOKUS?

Ok. Untuk menentukan pasangan yang boleh korang fokus pula, korang perlu lihat senarai lain pula dengan bantuan maklumat yang korang dapat daripada website berikut :-

Website tersebut akan menunjukkan sentimen para trader seluruh dunia pada ketika itu.

Apa yang akan korang perhatikan di sini ye? Ok. Cuba korang klik dulu link tersebut dan tengok apa yang kelihatan?

Yezzaa. Dekat situ akan ada senarai pasangan matawang berdasarkan kepada apa yang berlaku di pasaran semasa. Maksubnya korang dapat melihat samaada ramai trader yang sedang BUY/SELL sesuatu pasangan matawang tersebut.


GBPJPY


GBPCHF


Berdasarkan kepada screen shot tersebut korang dapat perhatikan bahawa ramai trader sekarang ini memilih untuk SELL GBPJPY dan GBPCHF. Adakah ini bermakna korang akan terus masuk untuk follow the trend untuk SELL juga?


SABAR DULU !!!

Sebelum korang nak masuk entry mana-mana posisi adalah seeloknya korang buat analisa teknikal terlebih dahulukan? Apa guna korang belajar buat analisa tapi tak nak guna kan? Masa ni la nak tunjukkan kehandalan korang menganalisa market.

Analisa sampai lebam. Dah puas hati baru entry menggunakan kefahaman teknikal korang. Jangan ikut-ikut orang@masta pula ye. Cukup la ikut signal orang tu. Cuba la guna signal sendiri pula. Mesti satu kepuasan yang amat bila TP tu akan lebih terserlah. Hehe ..

Go to Top


DEKAT MANA NAK TENGOK CURRENCY STRENGTH METER TU?

Korang klik je link dekat bawah ni ye. Pilih la yang mana korang selesa antara 2 meter tu.

1. FX BLUE - www.fxblue.com
2. BABYPIPS.COM - babypips.com/currency-strength

Banyak je lagi meter lain dekat luar sana tu. Korang survey la sendiri pula ye. Kalau rajin tu share la juga dekat sini!! Komen dekat bawah.

Go to Top


Moga kita semua mendapat kebaikan meter tu. Semoga bermanfaat buat semua ye.


hilmannawi October 14, 2022
Read more ...

ABOUT ME !!!

Hi korang semua.

Fuhhh .. dah lama juga ye #abgman tak menulis blog ni.

Terpaksa stop lama sebab kekangan masa dan fokus. Sekarang ni rasanya dah sesuai untuk #abgman berkongsi semula tips dan teknik yang mungkin sesuai untuk semua (kecuali mereka yang dah mahir la).

Rindu sebenarnya nak berkongsi seperti dulu-dulu sebab tu #abgman cuba mencari platform yang sesuai untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada ni.

Moh la follow #abgman ye.

Next post #abgman start upload semula tips dan trick berkaitan dengan trading ye. Ada apa-apa yang korang nak tahu boleh la komen ye.

Oh .. ya. Lupa nak bagitahu .. kesemua artikel yang dibuat adalah bukan mengikut susunan ye. #abgman buat secara spontan tajuk-tajuk ni. Jadi korang baca la satu per satu ye. Semoga bermanfaat untuk korang semua.

- -

Kalau korang nak hubungi #abgman boleh klik link >> INI <<

hilmannawi October 13, 2022
Read more ...