Sponsor

ads header

Apa yang dimaksubkan dengan CURRENCY PAIR (pasangan matawang) dalam forex?

Pasangan matawang ialah SEBUT HARGA @ QUOTATION untuk dua matawang yang berbeza, dengan nilai satu matawang disebut harga berbanding matawang yang lain. Matawang yang pertama dalam pasangan matawang dipanggil matawang asas (base), dan matawang kedua dipanggil matawang sebut harga (quote).

Sebagai contoh pasangan matawang USD/JPY. Maka USD adalah matawang asas (base) manakala JPY pula adalah matawang sebut harga (quote).

Pasangan matawang disebut berdasarkan harga bida (beli) dan permintaan (jual). Harga bida ialah harga yang broker forex akan membeli matawang asas daripada korang, sebagai pertukaran untuk sebut harga atau matawang kaunter. Permintaan (atau juga disebut sebagai tawaran) ialah harga yang broker akan menjual matawang asas kepada korang sebagai pertukaran untuk sebut harga atau matawang balas.

Apabila berdagang matawang, korang menjual satu matawang untuk membeli matawang yang lain. Sebaliknya, apabila berdagang komoditi atau saham, korang menggunakan wang tunai untuk membeli unit komoditi itu atau beberapa saham-saham tertentu. Data ekonomi yang berkaitan dengan pasangan matawang, seperti kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK), mempengaruhi harga pasangan dagangan.


Pasangan Matawang Utama (Major Pair)

Pasangan matawang yang didagangkan secara meluar ialah EURO berbanding DOLLAR A. S atau ditunjukkan sebagai EUR/USD. Malah ia adalah pasangan matawang paling cair di dunia kerana ia adalah yang paling banyak didagangkan. Sebut harga EUR/USD = 1.2500 bermakna satu EURO ditukar kepada 1.2500 DOLLAR A. S.. Dalam kes ini, EUR ialah matawang asas dan USD ialah matawang sebut harga (matawang kaunter). Cara lain untuk melihat perkara ini ialah korang akan dikenakan bayaran $125 untuk membeli 100 Euro.

Matawang yang berdagang paling banyak volume berbanding DOLLAR A.S. dirujuk sebagai matawang utama (MAJOR PAIR); termasuk

  • EUR/USD
  • USD/JPY
  • GBP/USD
  • USD/CHF
  • AUD/USD
  • USD/CAD

Dua pasangan matawang dalam senarai di atas iaitu AUD/USD & USD/CAD juga dikenali sebagai matawang komoditi kerana kedua-dua Kanada dan Australia kaya dengan komoditi dan kedua negara dipengaruhi oleh harga mereka. Major pair cenderung mempunyai pasaran paling cair dan berdagang 24 jam sehari dari Isnin hingga Khamis. Pasaran matawang dibuka pada pagi Isnin (waktu tempatan GMT +8) dan ditutup pada hari Sabtu pukul empat (4) pagi.


Pasangan Matawang Kecil (Minor Pair)

Pasangan matawang yang tidak dikaitkan dengan DOLLAR A.S. disebut sebagai matawang kecil (minor) atau CROSS. Matawang ini berasal daripada negara yang mempunyai kekuatan ekonomi dunia seperti Eropah, Great Britain, Kanada, Jepun, Australia, New Zealand dan Switzerland. Pasangan ini mempunyai spread yang sedikit besar dan tidak secair seperti yang utama, tetapi ia adalah pasaran yang cukup cair. Pasangan cross yang berdagang paling banyak volume adalah antara pasangan matawang dimana matawang individu juga merupakan matawang utama. Contoh pasangan cross tersebut adalah EUR/GBP. GBP/JPY dan EUR/CHF.


Pasangan Matawang Eksotik (Exotic Pair)

Pasangan matawang eksotik termasuk matawang negara yang mempunyai ekonomi lebih kecil dari perspektif global seperti negara Brazil, Mexico, Hungary, Hong Kong dan Singapura. Pasangan ini tidak cair (pergerakan chart adalah perlahan), dan spread lebih besar. Contoh pasangan matawang eksotik ialah USD/SGD (DOLLAR A. S. x DOLLAR Singapura).


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 23, 2023
Read more ...

Money Management (pengurusan kewangan) atau biasa disebut sebagai MM merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan korang dalam trading. Nampak macam mudah je MM ni tapi tak semua orang betul-betul mampu ikut 100% yang telah mereka rancang.

Contoh, mereka rancang untuk merisikokan 2% daripada modal pada setiap entry yang dibuat, namun disebabkan kerap kena Stop Loss (SL) mereka tidak mengikut rancangan asal dengan mengubah risiko trading kepada 10% hanya kerana nak membalas dendam kepada market.

Percayalah .. perbuatan ni hanya akan merosakkan lagi akaun trading dan mental korang.

Sepatutnya apa yang perlu korang lakukan adalah untuk berhenti trading buat seketika apabila mengalami kerugian secara berturut. Supaya emosi korang kembali stabil dan korang mampu untuk membuat analisa dengan tenang kembali.

“Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.”

Forex trading adalah suatu perniagaan, dan dalam setiap perniagaan HOLDING POWER adalah amat penting. Salah satu cara untuk bertahan dalam sesuatu perniagaan adalah MM. Dalam menguruskan modal forex trading, (tiada kos untuk marketing, sewa kedai, upah pekerja, urusniaga dengan pembekal dan lain-lain kos yang berkaitan dengan perniagaan) korang hanya perlu menguruskan akaun trading dengan baik.


TEKNIK MONEY MANAGEMENT YANG PADU!!!

Untuk beginner dan juga mereka yang masih lagi mengalami kerugian berterusan di dalam trading, #abgman ingin mensyorkan korang untuk mengikuti cara MM yang dikongsikan ini.

Apa kata korang cuba risikokan hanya 2% untuk setiap entry korang tu. Dengan cara ini, korang mempunyai kira2 50x SL untuk Margin Call (MC).

Selain itu, Risk:Reward ratio 1:2 iaitu SL 2% dan Take Profit (TP) 4% juga perlu diamalkan.

Sebagai contoh, katalah korang ada modal $1000, maka risiko SL korang hanyalah $20 dan TP pula adalah $40.

Atau korang boleh gunakan R:R yang sedikit besar iaitu 1:3. Jadi SL korang kekal $20 untuk 1 setup, manakala TP adalah $60. Jika korang rugi 6x dalam 10x trade, korang masih lagi untung sebanyak $120 untuk 4x TP.

TP 4x $60 = $240

SL 6x $20 = $120

Keseluruhan $240-$120 = $120

*masih lagi UNTUNG > RUGI

Jika korang merisikokan akaun sehingga 10%, korang hanya memerlukan 10x terkena SL untuk MC. Tanya diri sendiri adakah korang sanggup merisikokan 10%

Kalau nak bertahan lama, sila gunakan % risiko SL dan TP yang sesuai. Tapi yang paling utama adalah, korang WAJIB ikut rancangan tersebut untuk berjaya.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

--

MONEY MANAGEMENT (PART 2)

MONEY MANAGEMENT (PART 3)

hilmannawi January 16, 2023
Read more ...

Permulaan tahun 2023, para trader kecoh dengan isu beberapa broker berkaitan dengan pengeluaran oleh client mereka. Adakah ini suatu kelaziman broker di Malaysia, khasnya?

Jom kita ikuti perkongsian yang dibuat oleh sahabat trader kita di facebook.


Nukilan asal beliau:



Lately banyak gak lalu post berkenaan sangkut withdrawal dengan broker.. saya sebagai orang yang manage broker, ini adalah perkara pertama yang paling saya takuti iaitu tak mampu bayar withdrawal client.. saya sampai mewajibkan team finance untuk update daily kesihatan kewangan untuk pastikan kemampuan untuk membayar withdrawal tidak terganggu.


Sebenarnya apa yang saya perasan.. berapa ramai RO dalam Malaysia ni yang bekerja dengan broker masing-masing, boleh lihat kekuatan kewangan broker anda? kalau lah anda boleh lihat.. takkan anda tidak menggulupur tengok duit takder nak bayar withdrawal? kecuali anda tak dapat lihat statistik ni dan dirahsiakan? yang anda tahu net deposit sahaja? tahu tak net deposit positive tidak melambangkan broker tu untung!!! sebab profitable client tak withdraw lagi.. kena semak PnL hourly/daily baru tahu perubahan equity pool clients yang ada.


Broker yang tak mampu bayar ni, mengikut pengalaman saya ada beberapa faktor.

1) Overspending - menggunakan deposit client untuk memberi jajan kepada MIB/IB untuk marketing expenses.

2) Management - boss bawa lari duit ataupun guna duit deposit client untuk kepentingan sendiri mahupun kepentingan company

3) Teknikal - berlaku glitch dalam sistem broker, seperti affiliate terbayar lebih, withdraw dah approve tapi duit tak tolak, staff pecah amanah dan amik kesempatan atas teknikal error ni.

4) Memang tak nak bayar bila dah sampai masa.


Jangan salahkan staf kalau mereka berhenti tatkala broker ada isu dengan pergi tempat lain, kekadang mereka ni stay pun tak boleh buat apa dah.. gaji pun mungkin dipotong.. so baik pindah cari peluang kat tempat lain.. betul tak? hidup mesti diteruskan.


Kepada client/IB yang kena tempias.. saya doakan semoga suatu hari nanti semua isu ni akan selesai.. walaupun peluang agak tipis.. sebab RO broker senyap je bila ada isu.. patut tampil lah bersuara kat depan bagi keadaan reda.. ini live chat/sales/bdm apa je kuasa yang mereka ada.. RO dah makan gaji dan komisen waktu senang.. takkan waktu susah senyap je


Sepanjang career saya dalam industri brokerage ni.. dah berpuluh broker tawarkan kerja.. tetapi saya hanya bekerja dengan 2 broker sahaja.. so far pemilihan saya tepat.. Alhamdulillah broker pertama saya XM sampai sekarang kukuh.. dan GMI Markets setakat ini cemerlang dengan kekukuhan kewangan (yang mana datang Gala Dinner saya dah tengok pun statistik broker GMI kan).. saya berhenti XM tatkala di kemuncak kerjaya.. nampak gayanya GMI pun saya dan team dah bawa ke kemuncak hasil air tangan anak melayu sendiri.. siapa kata broker anak melayu tak boleh sukses?


So, kalau ada broker yang tengah senak.. perlukan konsultan saya.. roger2.. saya tak caj pun.. saya boleh bagi pendapat dan tengok apa yang berlaku.. saya tak pandai.. dan tak berpengalaman.. cuma ada lah sikit2 rasa tanggungjawab untuk memastikan client dibawah jagaan saya tiada isu untuk withdrawal.


5 tahun di XM, 4 tahun di GMI.. next ke mana kitaaaaaa? saya berminat pulak nak try kerja dengan broker bermasalah.. ada job2 hello saya ya.


Done #bebel

Nukilan: fb Royfaizal Razali Chong

hilmannawi January 12, 2023
Read more ...


Kenapa perlu buat copytrade?

Katalah korang adalah newbie forex yang masih baru belajar, tapi dalam masa yang sama sangat-sangat memerlukan duit tambahan ketika ini. Kalau nak trade sendiri memang ke laut la entry korang. Baru belajar trading katanya.


Jadi, apa solusi untuk masalah ni?

Untuk beginner, terdapat pelbagai cabang rezeki LAIN yang korang boleh perhatikan dan juga buat untuk dapatkan gaji dalam USD. Antaranya adalah dengan mengikuti copytrade yang dibuat oleh pakar-pakar trading (disebut juga sebagai manager copytrade) di luar sana.


Apa yang korang faham dengan perkataan COPYTRADE?

Yaa .. jika copytrade diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, secara ringkasnya .. copytrade adalah meniru dagangan yang dibuat oleh manager copytrade secara automatik dalam sistem. Maksubnya korang hanya perlu deposit modal yang sesuai (disyorkan oleh manager copytrade), dan pilih manager copytrade mana yang korang nak follow. Seterusnya korang hanya perlu tunggu manager copytrade tersebut melakukan dagangan dan mendapat keuntungan atau kerugian.

Perkara yang membuatkan copytrade ini menarik adalah korang tidak perlu membuat sebarang tindakan kerana kesemuanya berlaku secara automatik sebaik sahaja ia ditetapkan. Setiap kali manager copytrade yang dipautkan membuka entry, akaun korang juga akan ada entry yang sama. Sebaik sahaja manager copytrade tersebut menutup entry tersebut, perkara yang sama berlaku kepada akaun korang. Maksubnya jika manager copytrade untung, korang juga akan untung. Begitu juga sebaliknya jika mereka rugi, maka korang juga akan rugi.

Copytrade semakin popular kerana ia membolehkan trader beginner menjana USD tanpa korang perlu mahir trade.

Sebelum korang memilih mana-mana manager copytrade, adalah WAJIB untuk melihat portfolio trading mereka yang sebelum ini. Korang perlu melihat strategi mereka, pengurusan risiko yang mereka gunakan dan juga winning ratio strategi mereka itu. Korang juga perlu melihat jumlah pengikut mereka, jumlah dana yang mereka uruskan, pulangan pelaburan mereka, dan juga risiko minima yang mereka letakkan. Korang mungkin akan memilih gabungan kriteria-kriteria ini, TETAPI elakkan daripada memilih manager copytrade berdasarkan populariti mereka kerana ianya tidak menjamin kejayaan trading mereka.

Seterusnya korang perlu menentukan jumlah modal (pelaburan) dan bagaimana korang akan membahagikannya di antara manager copytrade yang berbeza.

“Do not put all your egg in one basket”

Pelbagaikan risiko yang korang hadapi daripada pelbagai jenis manager copytrade. Seimbangkan risiko pelaburan dengan memilih manager copytrade yang berlainan. Korang perlu ingat bahawa, jika manager copytrade rugi, korang rugi, dan jika mereka untung, korang juga untung.

Sekiranya korang suka dengan cara trading manager copytrade yang dipilih, korang boleh menambah modal untuk copytrade tersebut. Dengan cara ini, keuntungan korang akan meningkat. Namun, risiko yang terlibat juga meningkat.

“High risk, high reward”

Oh yaa .. korang juga perlu tahu bahawa untuk copytrade terdapat yuran profit sharing yang akan ditetapkan oleh para manager copytrade. Maksubnya setiap kali manager copytrade menutup entry dengan profit, mereka akan mendapat sebahagian daripada keuntungan korang sebagai upah trading mereka.

Sebagai contoh, katakanlah manager copytrade menetapkan yuran profit sharing untuk copytrade mereka adalah 10:90. Dan jika korang mendapat keuntungan sebanyak $10, maka sebanyak $1 daripada $10 tersebut akan diberikan kepada manager copytrade secara automatik dalam sistem. Bermakna korang akan mendapat $9 untuk entry tersebut. Pemotongan keuntungan akan dilakukan automatik oleh sistem. Yuran profit sharing untuk setiap manager copytrade adalah berbeza, jadi korang perlu memastikan hal ini dahulu sebelum mengikuti mana2 copytrade.


Ringkasan!!!

Copytrade merupakan salah satu cara mudah untuk menjana USD buat mereka yang baru nak berjinak dengan forex. Namun terdapat beberapa kriteria manager copytrade yang perlu korang perhatikan, iaitu:

  • Yuran profit sharing yang dikenakan
  • Kaji portfolio trading manager copytrade
  • Strategi trading yang digunakan
  • Pengurusan risiko yang diamalkan
  • Winning ratio
  • Jumlah follower (pelabur)
  • Jumlah dana yang diuruskan
  • Pulangan pelaburan, dan juga
  • Risiko minima yang diletakkan
Secara keseluruhan, copytrade adalah cara terbaik untuk memulakan trading. Korang mungkin akan berhenti untuk copytrade apabila korang sudah mahir dengan urusniaga forex. Namun, ianya mampu memberikan pulangan pelaburan sementara korang menimba ilmu untuk memahirkan diri dengan analisa teknikal.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 09, 2023
Read more ...

"Apakah yang dimaksubkan dengan LDR ni?"

"Long distance relationship ke?"

"Eh .. bukan .. salah .. salah .."

Hahaha .. jadi apakah yang dimaksubkan dengan LDR untuk forex trader ni? Jawapannya adalah .. LUMINOUS DAILY ROADMAP atau ringkasnya adalah LDR merupakan satu jadual pertukaran trend atau sambungan trend yang lebih besar. LDR biasa berlaku semasa sesi LONDON OPEN dan berterusan sehingga NEW YORK OPEN.


APA YANG AKAN BERLAKU KETIKA LDR NI?

LDR akan menyebabkan berlakunya satu pergerakan besar dalam market. Dan biasanya ia akan berlaku samaada pada tarikh yang diberikan, sehari sebelum atau sehari selepas tarikh tersebut.


BOLEH KE NAK TRADE LDR NI?

Boleh je kalau korang nak trade semasa LDR ni .. namun dinasihatkan agar korang menggunakan saiz lot yang lebih kecil kerana dijangkakan akan berlaku pergerakan yang besarkan? Jadi kalau korang guna lot dinasour tu maka potensi untuk akaun trading korang blow atau MC adalah tinggi.

Kadang-kadang duduk memerhati pergerakan market sahaja ketika pergerakan laju juga disebut sebagai strategi trading. Bukanlah bermaksub setiap masa korang perlu entry kan. Bila dah ada setup yang betul-betul ikut SOP teknik korang tu, korang entry la betul-betul. Jangan buat-buat ada setup pula dah la yea.


JOM TENGOK JADUAL LDR DI BAWAH NI ..

Source: fb Monika Zok

Cuba korang perhatikan apa yang berlaku pada setiap tarikh yang ada pada jadual tu ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 02, 2023
Read more ...

Persoalan yang biasa kedengaran ..

Tuan .. bila waktu yang elok untuk analisa? .. Bila masa yang sesuai untuk entry?

Okay .. jom #abgman kongsikan tentang isu ni.

Terdapat perkara basic yang korang perlu tahu, iaitu pergerakan market forex ni berlaku selama 24 jam dan ianya terbahagi kepada tiga sesi urusniaga yang berlainan iaitu:

  • Asia
  • Eropah (juga dikenali sebagai London Open)
  • dan Amerika (New York)
Korang juga perlu tahu bahawa setiap pasangan matawang tersebut mempunyai waktu aktif yang berlainan. Contohnya, untuk waktu tempatan di Malaysia, pasangan USDJPY adalah aktif pada waktu pagi (ketika Tokyo memulakan sesi dagangan mereka) dan juga aktif waktu malam (apabila New York pula memulakan sesi dagangan mereka).


KENAPA PERLU AMBIL TAHU TENTANG MASA NI?

Pergerakan pasangan matawang adalah dipengaruhi oleh sesi dagangan. Ianya aktif pada waktu yang berbeza mengikut waktu sesi dagangan tersebut. Pada waktu market aktif, korang akan dapat melihat banyak pergerakan pada carta, yang seterusnya akan mempengaruhi analisa yang dibuat ketika itu.

Market juga adalah aktif apabila dua sesi dagangan bertindih iaitu:

  • sesi TOKYO vs. LONDON (5 petang waktu tempatan); dan juga
  • sesi LONDON vs. NEW YORK (8 malam ke atas)

Masa terbaik untuk korang trade adalah bila terdapat banyak transaksi @  LIQUIDITY pada waktu tersebut.


PERTINDIHAN SESI TOKYO VS. LONDON

Liquidity pada sesi ini tidak begitu banyak. Sebab itu jarang berlaku pergerakan yang besar atau laju ketika ini melainkan terdapat berita yang berkait dengan matawang ASIA tersebut.


PERTINDIHAN SESI LONDON VS. NEW YORK

Dua pusat kewangan terbesar iaitu LONDON dan NEW YORK sedang beroperasi ketika ini. Korang akan dapat melihat pergerakan besar dalam pasaran pada sesi ini, lebih lagi jika terdapat berita dari USA dan KANADA.


JADI BILA WAKTU SESUAI UNTUK ENTRY?

Adalah syorkan untuk korang trade pada sesi LONDON VS. NEW YORK yang menyaksikan pergerakan harga yang laju. Ini akan membantu entry korang cepat mencapai sasaran.

Manakala adalah digalakkan juga korang untuk mengelakkan trade selepas pukul 12 tengah malam. KENAPA? Alasannya adalah kerana selepas tengah malam, pergerakan harga adalah perlahan disebabkan hanya pasaran NEW YORK sahaja yang beroperasi ketika ini. Sekiranya korang entry juga pada waktu itu, kemungkinan besar korang terpaksa menunggu lama untuk harga sampai dekat TP korang.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi January 02, 2023
Read more ...

 

hilmannawi January 01, 2023
Read more ...