Kenapa perlu buat copytrade?
Katalah korang adalah newbie forex yang masih baru belajar, tapi dalam masa yang sama sangat-sangat memerlukan duit tambahan ketika ini. Kalau nak trade sendiri memang ke laut la entry korang. Baru belajar trading katanya.
Jadi, apa solusi untuk masalah ni?
Untuk beginner, terdapat pelbagai cabang rezeki LAIN yang korang boleh perhatikan dan juga buat untuk dapatkan gaji dalam USD. Antaranya adalah dengan mengikuti copytrade yang dibuat oleh pakar-pakar trading (disebut juga sebagai manager copytrade) di luar sana.
Apa yang korang faham dengan perkataan COPYTRADE?
Yaa .. jika copytrade diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, secara ringkasnya .. copytrade adalah meniru dagangan yang dibuat oleh manager copytrade secara automatik dalam sistem. Maksubnya korang hanya perlu deposit modal yang sesuai (disyorkan oleh manager copytrade), dan pilih manager copytrade mana yang korang nak follow. Seterusnya korang hanya perlu tunggu manager copytrade tersebut melakukan dagangan dan mendapat keuntungan atau kerugian.
Perkara yang membuatkan copytrade ini menarik adalah korang tidak perlu membuat sebarang tindakan kerana kesemuanya berlaku secara automatik sebaik sahaja ia ditetapkan. Setiap kali manager copytrade yang dipautkan membuka entry, akaun korang juga akan ada entry yang sama. Sebaik sahaja manager copytrade tersebut menutup entry tersebut, perkara yang sama berlaku kepada akaun korang. Maksubnya jika manager copytrade untung, korang juga akan untung. Begitu juga sebaliknya jika mereka rugi, maka korang juga akan rugi.
Copytrade semakin popular kerana ia membolehkan trader beginner menjana USD tanpa korang perlu mahir trade.
Sebelum korang memilih mana-mana manager copytrade, adalah WAJIB untuk melihat portfolio trading mereka yang sebelum ini. Korang perlu melihat strategi mereka, pengurusan risiko yang mereka gunakan dan juga winning ratio strategi mereka itu. Korang juga perlu melihat jumlah pengikut mereka, jumlah dana yang mereka uruskan, pulangan pelaburan mereka, dan juga risiko minima yang mereka letakkan. Korang mungkin akan memilih gabungan kriteria-kriteria ini, TETAPI elakkan daripada memilih manager copytrade berdasarkan populariti mereka kerana ianya tidak menjamin kejayaan trading mereka.
Seterusnya korang perlu menentukan jumlah modal (pelaburan) dan bagaimana korang akan membahagikannya di antara manager copytrade yang berbeza.
“Do not put all your egg in one basket”
Pelbagaikan risiko yang korang hadapi daripada pelbagai jenis manager copytrade. Seimbangkan risiko pelaburan dengan memilih manager copytrade yang berlainan. Korang perlu ingat bahawa, jika manager copytrade rugi, korang rugi, dan jika mereka untung, korang juga untung.
Sekiranya korang suka dengan cara trading manager copytrade yang dipilih, korang boleh menambah modal untuk copytrade tersebut. Dengan cara ini, keuntungan korang akan meningkat. Namun, risiko yang terlibat juga meningkat.
“High risk, high reward”
Oh yaa .. korang juga perlu tahu bahawa untuk copytrade terdapat yuran profit sharing yang akan ditetapkan oleh para manager copytrade. Maksubnya setiap kali manager copytrade menutup entry dengan profit, mereka akan mendapat sebahagian daripada keuntungan korang sebagai upah trading mereka.
Sebagai contoh, katakanlah manager copytrade menetapkan yuran profit sharing untuk copytrade mereka adalah 10:90. Dan jika korang mendapat keuntungan sebanyak $10, maka sebanyak $1 daripada $10 tersebut akan diberikan kepada manager copytrade secara automatik dalam sistem. Bermakna korang akan mendapat $9 untuk entry tersebut. Pemotongan keuntungan akan dilakukan automatik oleh sistem. Yuran profit sharing untuk setiap manager copytrade adalah berbeza, jadi korang perlu memastikan hal ini dahulu sebelum mengikuti mana2 copytrade.
Ringkasan!!!
Copytrade merupakan salah satu cara mudah untuk menjana USD buat mereka yang baru nak berjinak dengan forex. Namun terdapat beberapa kriteria manager copytrade yang perlu korang perhatikan, iaitu:
- Yuran profit sharing yang dikenakan
- Kaji portfolio trading manager copytrade
- Strategi trading yang digunakan
- Pengurusan risiko yang diamalkan
- Winning ratio
- Jumlah follower (pelabur)
- Jumlah dana yang diuruskan
- Pulangan pelaburan, dan juga
- Risiko minima yang diletakkan
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: