Seperti yang dijangka, pergerakan pasaran pada minggu yang lalu tidak terlalu laju kerana kurangnya pelepasan data utama dan juga kerana pengumuman bank pusat mendorong tumpuan pasaran kembali untuk meredakan kebimbangan perbankan global dan jangkaan kenaikan Fed yang kurang hawkish.
RECAP BERITA EKONOMI UNTUK MINGGU LEPAS:
Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi AS (CFTC) memfailkan saman terhadap Binance Holdings Ltd., bursa matawang kripto terbesar dunia, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Changpeng Zhao kerana didakwa melanggar undang-undang derivatif.
Minyak mentah melonjak selepas kerajaan persekutuan Iraq dan pegawai Kurdish gagal mencapai persetujuan untuk menyambung semula urusniaga kira-kira 400,000 tong sehari eksport minyak dari pelabuhan Turki.
Sementara itu, inflasi Australia merosot daripada 7.4% kepada paras terendah lapan bulan sebanyak 6.8% pada bulan Februari dan menyokong jeda dalam kenaikan kadar RBA.
KDNK A.S. pada Q4 2022 diturunkan lagi kepada 2.6% y/y berbanding bacaan awal 2.9% y/y; dan perbelanjaan pengguna merosot kepada 1.4% berbanding jangkaan awal sebanyak 2.1%.
Gabenor Bailey membayangkan bahawa BOE tidak terlalu bimbang tentang sektor perbankan, dengan mengatakan bahawa;
Dengan Jawatankuasa Dasar Kewangan dalam hal menjamin kestabilan kewangan, Jawatankuasa Dasar Monetari boleh memberi tumpuan kepada tugas pentingnya sendiri untuk mengembalikan inflasi ke sasaran.
Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen menggesa peraturan yang lebih ketat bagi sektor bukan bank atau "bank bayangan" yang merangkumi dana pasaran wang, dana lindung nilai, dan aset kripto.
Ekonomi U.K. berkembang sebanyak 0.1% pada Q4 dan mengelakkan kemelesetan rasmi berkat peningkatan pelancongan dan bantuan kerajaan untuk kos tenaga.
U.K. telah diterima masuk ke dalam Perkongsian Trans-Pasifik 11 Ekonomi, yang boleh menambah 1.8 bilion GBP kepada KDNK dari masa ke masa.
KEMASKINI SEKTOR PERBANKAN:
First Citizens BancShares Inc. bersetuju untuk membeli Silicon Valley Bank, memperoleh kira-kira $72 bilion dalam aset pada diskaun $16.5 bilion.
Michael Barr, naib pengerusi penyeliaan Fed, berkata pada hari Isnin bahawa Silicon Valley Bank gagal kerana tidak menguruskan kecairan dan risiko kadar faedahnya dengan berkesan.
Jawatakuasa Dasar Kewangan U.K. (FPC): Sistem perbankan U.K. berdaya tahan dan mempunyai modal yang baik.
IMF percaya bahawa BOJ harus mempertimbangkan untuk membenarkan kadar faedah jangka panjang bergerak lebih fleksibel untuk membantu mengurangkan tekanan di institusi kewangan Jepun.
Pada hari Khamis, Presiden Joe Biden menggesa pengawal selia persekutuan untuk "mengukuhkan pengawasan dan pengawalseliaan bank-bank yang lebih besar". Pembaharuan yang "boleh dicapai di bawah undang-undang sedia ada" atau tanpa penyertaan Kongres termasuk meningkatkan keperluan kecairan, mengemas kini ujian tekanan, dan mengehadkan bank yang mesti menyumbang kepada Dana Insuran Deposit yang menyelamatkan SVB.
KEMASKINI BANK PUSAT:
Erik Thedeen, Gabenor Riksbanl, berkata pada hari Ahad bahawa bank pusat Sweden mungkin telah salah menilai tekanan inflasi dan mungkin perlu berpegang pada prospek kenaikan kadar faedah lain pada bulan April.
Menurut Presiden Bundesbank, Joachim Nagel pada hari Isnin, Bank Pusat Eropah komited untuk memerangi inflasi di samping bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang tekanan pasaran masa depan.
Bank of Thailand menaikkan kadar dasar sebanyak 25 bps kepada 1.75%.
Bank Rizab Afrika Selatan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 bps (dua kali ganda ramalan 25 bps) kepada 7.75%.
Bank Pusat Kenya pula menaikkan kadar dasar kepada 9.5% pada hari Rabu, melebihi jangkaan 9.0% dan kadar dasar sebelumnya 8.75%.
Seterusnya apa yang akan berlaku pada minggu ini? Korang tengok senarai berita/event yang akan berlaku pada minggu ini pula. Adakah akan berlaku satu pergerakan yang besar?
Teruskan bacaan untuk senarai berita/event yang dijadualkan akan berlaku minggu ni.
Berita/event ekonomi 3hb - 7hb April 2023 |
PERISTIWA EKONOMI UTAMA:
Berikut merupakan sebahagian daripada berita/event ekonomi utama yang akan menjadi tumpuan pasaran untuk minggu ini.
Data PMI pembuatan A.S. tinjauan ISM (3hb April, 10.00 malam GMT +8) - Sektor pembuatan di A.S. masih berada di bawah paras angka yang menguncup. Bacaan tinjauan terbaru untuk bulan Mac juga dijangka masih kekal suram.
Mesyuarat polisi bank pusat Australia (4hb April, 12.30 tengahari GMT +8) - Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan mengekalkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi minggu ini selepas mula memperlahankan kenaikan kadar yang agresif sejak Oktober tahun lalu.
Mesyuarat polisi bank pusat New Zealand (5hb April, 10.00 pagi GMT +8) - Pasaran menjangkakan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mula memperlahankan kenaikan kadar faedah kepada 25 mata asas untuk mesyuarat terbaru ini, selepas masih mengekalkan kenaikan yang agresif sehingga mesyuarat terakhir pada Februari yang lalu.
Data pekerjaan ADP A.S. (5hb April, 8.15 malam GMT +8) - Bakal menjadi petunjuk awal untuk laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu, pasaran akan menilai pertambahan pekerjaan untuk sektor swasta di A.S bagi bulan Mac. Angka ramalan adalah lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.
Data PMI perkhidmatan A.S tinjauan ISM (5hb April, 10.00 malam GMT +8) - Selepas sektor pembuatan diperhatikan di awal minggu, tinjauan bagi sektor perkhidmatan di A.S pula akan diberi tumpuan. Bacaan diramalkan masih kekal baik seperti beberapa bulan terbaru.
Data pekerjaan Kanada (6hb April, 8.30 malam GMT +8) - Pertambahan pekerjaan di Kanada pada Mac diunjur lebih rendah berbanding bulan sebelumnya sementara kadar pengangguran pula dijangka meningkat. Komponen-komponen data yang negatif akan memberikan tekanan terhadap pergerakan matawang dollar Kanada dalam pasaran.
Data pekerjaan NFP A.S (7hb April, 8.30 malam GMT +8) - Menjadi tumpuan utama pada penutup dagangan minggu ini, laporan data NFP A.S penting untuk memberi bayangan terhadap keputusan penetapan dasar monetari oleh Fed. Jangkaan besar Fed akan memperlahankan dasar setelah krisis perbankan yang melanda.
Nampaknya untuk minggu ini tiada LDR dijadualkan berlaku. Adakah pasaran akan menjadi santai sahaja? Atau akan bergelora membenam akaun trading korang semua? Apa pun, janji korang analisa dengan baik-baik dan entry hanya apabila ada setup yang valid ye.
Jangan buat-buat ada setup ye !!!
Nak tengok bila lagi akan berlaku LDR? Meh tengok jadual LDR dekat SINI ye.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: