Hai sobat2 .. hari ni #abgman nak kongsikan 1 lagi teknik yang difikirkan agak senang untuk dipraktikkan iaitu TEKNIK STOCHASTIC GHOST.
Kalau korang berminat dengan teknik yang sesuai untuk SCALPING dan SWING, maka teknik ini sesuai untuk korang cuba.
*****
SETTING
Jom kita tengok setting yang digunakan untuk teknik ni pula. Seperti mana nama yang diberikan, teknik ini hanya menggunakan indikator STOCHASTIC sahaja.
SETTING STOCHASTIC (CLOSE/CLOSE/SIMPLE)
1. 15/3/5
2. 32/3/5
3. 50/3/5
Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih faham lagi ye.
Stochastic Oscillator 15,3,5 (Close, Simple) |
Stochastic Oscillator 32,3,5 (Close, Simple) |
Stochastic Oscillator 50,3,5 (Close, Simple) |
*****
SOP ENTRY
Seterusnya, jom kita tengok cara penggunaan atau SOP untuk TEKNIK STOCHASTIC GHOST ni.
1. Tunggu kesemua Stochastic berkumpul di atas (dalam kawasan 80/90) untuk SELL.
2. Tunggu kesemua Stochastic berkumpul di bawah (kawasan 20/10) untuk BUY.
3. TP @ Close secara manual semua entry apabila sudah profit 5 pips atau salah 1 Stoch telah patah balik.
a. Jika entry BUY semasa semua stochastic di bawah level 20/10, maka untuk CLOSE @ TP adalah apabila salah 1 stoch mencecah naik di level 80/90.
b. Jika SELL entry semasa semua stochastic berada di atas level 80/90, maka korang akan CLOSE @ TP apabila salah 1 stoch mencecah level 20/10.
*****
TIPS
Terdapat 2 tips yang perlu korang berikan perhatian semasa menggunakan teknik ni.
1. Untuk SCALPING, korang perlu gunakan pada TF M5 untuk entry.
Untuk dapatkan ketepatan entry dan mengurangkan floating, korang perlu memastikan STOHASTIC pada TF M5 adalah selari dengan TF H1.
a. Jika STOCHASTIC M5 berada di atas untuk entry SELL pastikan STOCHASTIC H1 menghala ke bawah.
b. Jika STOCHASTIC M5 berada di bawah untuk entry BUY, pastikan STOCHASTIC di H1 menghala ke atas.
c. Juga tips untuk trade secara scalping, adalah digalakkan korang untuk menggunakan broker yang menawarkan SPREAD YANG RENDAH supaya entry korang itu cepat profit dan dapat close dengan segera.
2. Bagi SWING pula, korang perlu gunakan pada TF H1 untuk entry.
Untuk ketepatan dan mengurangkan floating, korang perlu rujuk kepada TF D1. Pastikan kedua TF tersebut adalah selari sebelum entry.
a. Jika STOCHASTIC di H1 berkumpul di atas untuk entry SELL, pastikan STOCHASTIC di TF D1 menghala ke bawah.
b. Jika STOCHASTIC di TF H1 berkumpul di bawah untuk entry BUY, pastikan STOCHASTIC di D1 menghala ke atas.
*****
AMARAN
1. Pastikan kesemua STOCHASTIC berkumpul selari di level 80/90 untuk SELL dan level 20/10 untuk BUY.
2. Jika kesemua STOCHASTIC tidak berkumpul di level tersebut maka setup tersebut adalah tidak VALID untuk entry.
Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk contoh setup yang valid untuk entry.
--
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..