Seperti yang korang sedia maklum, untuk trading dalam forex ni terdapat banyak cara untuk menghasilkan profit, salah satunya adalah dengan menggunakan EXPERT ADVISOR.
APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN EXPERT ADVISOR NI?
Bahasa mudah untuk faham adalah robot ataupun automatik trading. Haa .. acaner tu? Kalau kereta ada transmisi manual dan automatik kan? Sama macam dengan forex trading ni ada juga fungsi untuk trade manual dan juga automatik ni. Kiranya kalau manual trade tu korang entry sendiri berdasarkan analisa dan teknik yang korang belajar. Manakala untuk automatik trading pula, korang hanya perlu masukkan Expert Advisor (EA) tu dalam patform yang korang gunakan, seterusnya EA tu akan entry bagi pihak korang berdasarkan kepada algorithma yang berdasarkan kepada teknik manual korang tu.
MACAM MANA NAK MASUKKAN EA DALAM PLATFORM TRADING?
Mudah je sebenarnya kalau nak masukkan EA ni. Nak mudah lagi korang rujuk ARTIKEL ni (step by step ditunjukkan). Korang ikut je nanti. #abgman yakin korang boleh faham sekejap je tu.
BOLEH PERCAYA KE EA NI BUAT PROFIT?
Dalam setiap perkara pasti akan ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sama juga dengan automatik trading ni. Betul EA dapat menjana profit dengan mudah jika kena dengan cara setting dan modalnya. Tapi risiko untuk MC masih ada jika tersilap setting. ADA KE CARA NAK TEST SETTING SEBELUM RUN DEKAT AKAUN REAL? Pasti ada !!!
BACKTEST? FORWARDTEST? APA TU?
Dalam menguji EA atau sesuatu sistem/teknik trading, korang boleh buat backtest dan juga forwardtest.
Backtest ni bermaksub korang membuat testing menggunakan data yang lepas daripada pasaran. Korang boleh start/pause pergerakan harga berdasarkan kepada keperluan. Mungkin korang perlu pause seketika untuk meletakkan marking untuk entry, selepas tu start semula untuk tengok hasil analisa tersebut samaada menuju ke arah TP atau SL.
Manakala forwardtest pula bermaksub korang menggunakan data semasa. Kiranya korang perlu menunggu pasaran dibuka untuk memastikan harga bergerak dan seterusnya meletakkan marking untuk entry atau boleh juga terus entry jika menggunakan akaun DEMO. Kenapa akaun demo? Iyelah, dah namanya nak test teknik@strategi yang belum korang mahir lagi, jadi kuranglah risiko untuk korang kerugian modal duit nanti.
ACANER NAK BACKTEST TU?
Meh #abgman share macam mana nak test EA dan setting yang korang dah dapat tu. Bila dah dapat setting yang terbaik barulah lega nak run dekat akaun real. (TAPI KORANG KENA INGAT, DALAM FINANCIAL TRADING NI, PAST RESULT TIDAK MENJAMIN PROFIT DI MASA HADAPAN).
MAKSUBNYA APA? Mudahnya, walau pun backtest yang dibuat menunjukkan EA tu mampu menjana profit yang banyak, tapi dalam realtime, mungkin akan ada ketika EA tersebut tewas dalam perjalanan. Sebaiknya gunalah modal yang korang berani RUGI untuk trade. Andai rugi, korang masih boleh tersenyum.
Dah jom kita tengok macam mana nak buat !!!
Pastikan korang dah masukkan EA yang nak test tu ke dalam platform yang digunakan. Untuk contoh ni, #abgman gunakan MT4 desktop ye. Ikut step SINI kalau nak masukkan EA dalam MT4 tu.
Okay .. next step, korang klik button STRATEGY TESTER dekat atas tu atau boleh juga klik VIEW >> STRATEGY TESTER atau shortcut CTRL + R.
Strategy tester @ Ctrl + R |
Seterusnya akan keluar windows dekat bawah tu. Akan ada option untuk pilih EA mana yang korang nak test tu.
Untuk contoh artikel ni #abgman akan gunakan ea #ph_mrt (anser ali) - #abgman akan berikan link untuk download kalau korang berminat nak test ea ni. #percuma sahaja.
Senarai EA yang boleh digunakan untuk testing |
Korang ikut je setting yang #abgman tunjuk dekat bawah ni.
Setting yang boleh diubah mengikut keperluan testing korang. Pastikan korang klik EXPERT PROPERTIES untuk ubah setting bagi EA tersebut |
Lepas ni korang godek2 la semula setting ni ye. Boleh tukar-tukar simbol apa yang test, period (timeframe) yang nak digunakan. Pastikan korang tick kotak untuk DATE tu. Seeloknya gunakan tempoh masa yang tidak terlalu jauh ke belakang. Juga pastikan korang tick kotak untuk VISUAL MODE tu - untuk kawal speed display pergerakan candle semasa testing nanti. Korang boleh laju dan perlahankan pergerakan candle tu.
Seterusnya korang klik button EXPERT PROPERTIES untuk ubah setting EA yang dipilih tu.
Dekat tab TESTING tu korang boleh ubah INITIAL DEPOSIT mengikut modal yang korang nak. Untuk POSITIONS tu pula korang boleh set samaada nak EA tu open order BUY/SELL atau boleh juga nak set untuk BUY SAHAJA atau SELL SAHAJA.
Korang boleh ubah INITIAL DEPOSIT (modal) untuk test EA tersebut mengikut modal yang sesuai |
Seterusnya dekat tab INPUTS adalah untuk korang ubah setting EA tersebut. Korang boleh la godek-godek dan tengok apa yang berlaku nanti. Setiap EA tu akan disediakan setting yang tidak sama bergantung kepada apa yang telah programmer set untuk EA tersebut.
Senarai setting EA yang boleh diubah-ubah. Senarai setting yang boleh diubah adalah berdasarkan kepada apa yang dibenarkan oleh programmer EA itu |
Next dekat tab OPTIMIZATION pula adalah untuk korang optimize result yang korang nak dapatkan daripada EA pilihan. Dekat sini pun korang perlu godek-godek sendiri la ye. Dah siap setting tu korang kliklah button OK tu.
Tab OPTIMIZATION untuk ubah suai result yang akan dikeluarkan nanti |
Klik button START untuk mulakan proses testing EA.
Klik START untuk memulakan testing |
Nanti akan keluar satu chart berdasarkan kepada PAIR dan timeframe pilihan korang tadi. Korang tunggu je MT4 tu download data-data yang perlu. Selepas tu baru akan keluar result yang diinginkan.
Korang tunggu je tester menyiapkan tugasan. Nanti akan keluar result berdasarkan kepada setting yang korang buat tu |
Untuk chart tu, korang boleh tukar display TEMPLATE sekiranya korang dah pernah save template sebelum ni. Seeloknya korang tukar la pakai NAKED CHART sahaja untuk memastikan MT4 tersebut tidak terlampau berat sangat (hang)
Korang boleh tukar template kepada NAKED CHART untuk ringankan proses testing tersebut |
Dekat bawah tu korang akan nampak ada tab SETTINGS, RESULTS, GRAPH, REPORT dan JOURNAL. Setiap tab tersebut akan memberikan maklumat yang berbeza-beza. Korang tunggu je dulu EA siap buat testing selepas tu baru tengok maklumat apa yang tertera.
Korang boleh ubah-ubah setting sehinggalah korang mendapat keputusan yang dikehendaki.Setiap setting yang diubah akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Buatlah testing sehinggalah korang mendapat keputusan yang okay sebelum run EA tersebut pada akaun real korang tu.
Opss .. hampir terlupa pula #abgman nak share link untuk EA tu. Jap neh. Nak godek #cloud jap. Nah LINK untuk download file EA tu. Korang download kesemua file yang ada tu. Masukkan dalam MT4 desktop ye.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..