Untuk minggu lalu, kebanyakkan data yang mengerakkan pasaran adalah yang berkaitan dengan sektor bank dan central bank, termasuklah interest rate oleh Fed.
Minggu ini nampaknya senarai event tidak terlampau banyak, namun masih ada beberapa event yang perlu diberikan perhatian.
Berita/event ekonomi 26hb - 31hb Mac 2023 |
PERISTIWA EKONOMI UTAMA:
German Ifo business climate (27hb Mac, 4.00 petang GMT +8) - Buat permulaan kita akan tengok sentimen perniagaan dalam ekonomi terbesar di zon Euro.
Setelah angka sentimen ZEW yang negatif untuk bulan yang sama, mungkin kita akan melihat penurunan yang ketara dalam keyakinan untuk bulan Mac ini disebabkan oleh kejadian huru-hara bank baru-baru ini dan juga kebimbangan akan berlaku kejatuhan sektor kewangan.
Ucapan Gabenor BOE Bailey (28hb Mac, 1.00 pagi dan 4.45 petang GMT +8) - Walaupun bank pusat U.K. menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% seperti yang dijangkakan dalam kenyataan terbaru mereka, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa Bailey tidak berasa terlalu hawkish ketika ini.
Ingat bahawa beliau memberi amaran bahawa kejutan kenaikan CPI terkini mungkin berlaku sekali sahaja kerana mereka menjangkakan tekanan harga akan terus merudum sepanjang tahun ini. Namun kenyataan yang menyakinkan tentang industri perbankan U.K. mungkin cukup untuk mengekalkan pasangan pound untuk sementara waktu.
Bacaan awal CPI zon Euro (bermula 30hb Mac) - Kita akan melihat gambaran awal tentang angka inflasi terkini dari rantau ini, kerana Jerman dan Sepanyol akan mengeluarkan bacaan CPI awal mereka pada hari Selasa.
Kemudian pada minggu ini, rantau ini akan mencetak flash headline dan CPI terasnya, berkemungkinan memberikan sedikit gambaran tentang samaada ECB boleh meneruskan kitaran pengetatannya atau tidak. Jangan lupa bahawa Pengerusi Lagarde menjelaskan bahawa alat dasar yang diperlukan untuk mengekalkan kestabilan harga (a.k.a. kenaikan kadar faedah) adalah berasingan daripada yang diperlukan untuk memastikan kestabilan kewangan.
Tinjauan PMI rasmi China (31hb Mac, 9.30 pagi GMT +8) - China akan mencetak pusingan terbaru PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk Mac, berkemungkinan memberi kesan kepada sentimen pasaran secara keseluruhan pada tanda-tanda pemulihan ekonomi.
Indeks harga PCE teras A.S. (31hb Mac, 8.30 malam GMT +8) - Sebelum minggu ini berakhir, U.S. akan mengeluarkan ukuran inflasi pilihan Fed, yang mungkin masih mempengaruhi jangkaan pengetatan Fed.
Dan seperti minggu lepas, pada minggu ini, juga dijadualkan berlaku LDR pada hujung bulan iaitu pada hari Jumaat, 31hb Mac 2023. Nak tengok bila lagi akan berlaku LDR? Meh tengok jadual LDR dekat SINI ye.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: